Labels:

assalamu'alaikum warahmatullah~

hamdan wa syukran lillah dapat juga kembali ke ruangan ni. Memetik kata2 sahabat ana: 'sementara tengah free'. Insya-Allah, Allah berikan kita 24 jam.. tinggal kita untuk memanfaatkannya dengan cara paling baik dan bijak.

sementara masih bersisa nafas ni..ana ucapkan salam aidiladha buat sahabat sahabiah.. meminjam kata2 kiriman sahabat ana melalui 'short messaging service' tempoh hari: "sorry body & soul".



Suka untuk ana kongsi di sini:

Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) juga disebut Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia yang disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Menyingkap kembali kisah disebalik Aidiladha.. perayaan ini merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan juga kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah subhanahu wa ta'ala : Penyembelihan Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul A'zmi telah membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam sama ada yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunatkan untuk berqurban menyembelih sama ada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.(pautan lanjut)



Ibadat qurban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari tersebut iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah..(kampung halaman ana tahun ni tumbangkan 4 ekor lembu..alhamdulillah~ tetapi kali ni lebih 'bermakna' sebab bukan sahaja lembu yang diqurbankan tetapi jiwa hamba-hamba Allah yang mengerjakan ibadah qurban pada hari itu turut sama diqurbankan..pengorbanan dan kesabaran mereka menumbangkan lembu dalam keadaan hujan lebat a.k.a separa ribut)

Bila kita hayati makna qurban ini, kalau dari segi bahasa, qurban bermaksud dekat. Dari segi istilah pula ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Sedikit info berkaitan Zulhijjah:
  • Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam
  • 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah
  • Pada tahun ke-5 (sebelum pelantikan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wassallam) Baginda membawa barang dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana lah baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah
  • Pada tahun ke-13 (selepas pelantikan Nabi Allah) Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) yang disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW kepada penduduk Yatsrib (Madinah). Baiatul Aqabah juga merupakan kunci kepada penghijrahan Nabi SAW ke Madhinah. Nabi sudah menyediakan pendokong-pendokongnya terlebih dahulu di Madhinah sebelum berhijrah
  • Pada tahun ke-2 Hijrah, peristiwa Peperangan As Sawiq, Nabi SAW keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda
  • Pada 7 Zulhijjah tahun ke-5 Hijrah, satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak
  • Pada tahun ke-8 Hijrah, peristiwa kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah
  • Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji (Hajjatul Wada’ - Haji Selamat Tinggal). Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam
  • Pada tahun ke-12 Hijrah, Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w
  • Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam
  • Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin
  • Pada tahun ke-23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab mati syahid dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi
  • Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya
  • Pada tahun ke-35 Hijrah, peristiwa pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan
  • Pada tahun ke-242 Hijrah, peristiwa kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan

Labels:



..:: Lafaz Takbir Raya ::..

..:: Makna Takbir Raya ::..


“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya,
Maha Suci Allah pagi dan petang.”
“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya,
yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”


Firman Allah:


"Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."
(AlBaqarah : 185)

Allah SWT telah berfirman memuji mereka:


“Sungguh beruntunglah orang-orang yang membersihkan diri (dengan zakat fitrah). Dan yang menyebut nama Tuhannya (takbir), maka mereka sembahyang.”

Nabi juga telah berkata:

“Ini hari raya untuk kalian. Hari kembali kepada fitrah. Barang siapa mengagungkan Idul Fitri dengan menyebut nama Allah akan termasuk orang-orang yang menang.”

“Setiap umat ada hari raya, tetapi hari raya kamu adalah hari raya terbaik di sisi Allah!,” kata Nabi lagi.


“Hiasilah hari raya kamu dengan takbir, tahmid dan tasbih, sebab hari itu Allah mengampuni dosa-dosamu” (Kitab Durratun Waa’izhiin)








indahkan suasana ni ~

Labels:


alhamdulillah..diam tak diam dah 8 Syawal dah hari ni. Bermakna dah 8 hari berlalu setelah kita berjaya merentasi segala dugaan dan cabaran Ramadhan al-Mubarak. Moga tarbiyyah Ramadhan tahun ni dapat membentuk peribadi kita sebagai Muslimin dan Muslimah sejati yang menjadi asas kepada pembentukan Ummah yang cemerlang.

Hari raya AIDILFITRI adalah hari raya FITRAH. Hari umat Islam meraikan kemenangan setelah sebulan berada dalam Madrasah Ramadhan.

Pada pagi Syawal tersebut, banyak sangat perkara sunat yang boleh kita laksanakan. Pertamanya, bangun awal dan laksanakan ibadah qiamullail. Kemudian, setelah menunaikan Solat Subuh, pergi menziarahi pusara. Bukan 'orang hidup' sahaja yang perlu dilawat, tetapi mereka yang telah 'kembali kepada tanah' juga perlu diziarahi supaya kita ingat akan kematian.


Sekembali dari pusara, bersihkan badan setelah ziarah pusara dan mandi sunat sempena menyambut ketibaan bulan Syawal.

"Nawaitul ghusla min yaumi 'idilfitri sunnatan lillahi ta'ala"
Sahaja aku mandi pada hari raya fitrah sunat kerana Allah Ta'ala

Setelah segar, sarungkan pakaian yang hebat lagi cantik ke tubuh. Hijab auratmu dari pandangan manusia bernafsu. Sunat bagi MUSLIMIN untuk memakai haruman yang wangi. Dah siap berpakaian semua, alas perut dengan menjamu sedikit makanan sebelum berkonvoi ke masjid. Ajak sefamili sama-sama ke masjid menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.

Sampainya di masjid, dirikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid. Selesai solat janganlah berborak kosong. Seeloknya, sambil menunggu jemaah lain sampai, isi masa yang ada dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih.



Tiba masanya, laksanakan Solat Sunat Aidilfitri.

"Usolli sunnata 'aidilfitri rak'ataini lillahi ta'ala"
Sahaja aku sembahyang sunat hari raya fitrah dua raka'at kerana Allah Ta'ala

Setelah sempurna menunaikan solat, hayati pula dua khutbah yang disampaikan oleh imam. Kemudian sebelum pulang, saling bersalam-salaman sesama para jemaah sambil berselawat puji-pujian buat junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam.

Balik sahaja dari masjid, ahli keluarga saling bermaaf-maafan. Masa ni lah kesempatan yang ada untuk saling bermaafan (walaupun tak semestinya pada hari raya) tapi bagi ahli keluarga yang tinggal jauh, ni lah kesempatan yang terbaik. Cumanya, jangan asyik tunggu raya baru nak bermaafan sebab kita tak tau bila nafas kita akan terhenti.

Bagi yang besar saat ni sangat bermakna kerana kita tahu nilai berjabat salam kemaafan yang dihulurkan. Namun bagi si kecil, saat ini juga 'bermakna' buat mereka. Sebabnya masa inilah mereka akan dapat duit raya!

Masa menjamu selera pula, jangan lupa mulakan dengan doa sebelum makan.


Kemudian, jangan lupa untuk bersedekah dan menziarahi sanak saudara, kaum keluarga dan jiran tetangga. Sekali lagi, masa ‘emas’ bagi si kecil, sambil bersorak,

"boleh collect duit raya ye aunty!"

Insya-Allah sampai masanya si kecil ni akan faham semuanya.

Dah sakan beraya, jangan lupa ibadah puasa enam. Sunat bagi setiap muslim untuk mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Besar ganjarannya ibadah puasa enam ni.

Nabi Muhammad saw. bersabda:
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Biasanya 2 Syawal dah mula nampak muslim berpuasa sunat. Puasa 6 boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan tapi boleh juga dilakukan pada mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dengannya, disunatkan memulakan puasa pada hari Isnin kerana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam dilahirkan pada hari Isnin.

Sama-sama kita ambil peluang ini untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Sebagaimana yang kita ketahui, setiap amalan sunat merupakan 'agen penampal' bagi mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu kita.

Rebutlah peluang selagi kita bernyawa, selain dapat pahala puasa setahun, kita juga dapat perbaiki kekurangan dalam ibadah puasa bulan Ramadhan. Walaupun madrasah Ramadhan pergi meninggalkan kita tanpa menjanjikan pertemuan semula, harapnya setiap latihan ibadah yang kita sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, tadarus al-Quran, qiamullail dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain.



"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan
kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan
yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa
kecuali orang yang berpuasa sahaja."

"Ya Allah, kami juga sedar bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka.
Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya.
Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya... "

Amin~


AIDILFITRI bukan hari raya BUDAYA, AIDILFITRI adalah hari raya AGAMA (Cukuplah sekadar diraikan dengan sederhana cuma)

Labels:

Imtihaan..ujian..periksa..

Perkara inilah berada di tangga teratas dalam fikiran semua mahasiswi di bumi MMU sekarang ni. Berbagai persediaan di buat, masing-masing sibuk 'pulun study'.Pelbagai gaya..study di library la, di exam hall la, study sehingga ke subuh dan ada juga dikalangan ikhwan dan akhawat yang memilih untuk belajar di 'madrasah al-irsyad'.



Namun ramai antara kita yang tidak sedar bahawa setiap insan di bumi Allah ini sedang menghadapi imtihan yang amat besar. Rata-rata tidak sedar kita sebenarnya sedang berada di 'dewan imtihan agung'. Kita dihidupkan, kemudiannya dimatikan..dan pengakhirannya kita akan dihidupkan semula.

Firman Allah dalah surah al-Hajj (22:66),
"Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu kembali(pada hari kebangkitan). Sungguh, manusia itu sangat kufur nikmat"

Firman Allah lagi dalam surah al-Mulk (67:2),
"Dia yang mencipta kehidupan dan kematian untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang melakukan amalan yang terbaik"

'Imtihan agung' ini bukannya seperti kita duduk di dewan peperiksaan kemudiannya mengkehendaki kita menjawab jawapan pendek, karangan atau pun diberi pilihan jawapan. TIDAK! Imtihaan ini berbentuk amali yang dilakukan secara praktikal. Pengawas peperiksaannya pula terdiri daripada para Katibin(malaikat penulis) iaitu Raqib dan 'Atid. 'Pengawas' ini lah yang akan menulis setiap perbuatan dan perkataan kita.

Firman Allah dalam surah al-Infitar (82:10-12),
"Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan"

Firman Allah dalam surah al-Qaf (50:17-18),
"(Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya),yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap(mencatat)"

Pengiraan markah dalam peperikasaan agung ini adalah amat telus dan amat teliti.

Firman Allah dalam surah az-Zalzalah (99:7-8),
"Maka sesiapa yang berbuat baik seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya. Dan sesiapa yang berbuat jahat seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya"

Setelah itu, kad laporan peperiksaan akan diberikan. Sekiranya kita menerimanya dengan tangan kanan, bermakna kita telah lulus dengan jayanya. Jika sebaliknya, jika kita menerimanya menerusi tangan kiri, bermakna kita telah gagal dalam imtihan agung ini.

Firman Allah dalam surah al-Haqqah (69:21-23)
,
"Maka mereka yang mendapat kitab amalannya dengan tangan kanan berada dalam kehidupan yang amat bahagia dan amat menyenangkan sekali. Mereka berada dalam tempat yang amat mewah sekali dan berkelas tinggi iaitu syurga. Istana-istana mewah mereka terdapat pohon buah buahan yang rendang dan berhampiran dengan kediaman mewah mereka"

Firman Allah dalam
surah al-Haqqah (69:25-29),
"Dan adapun mereka yang mendapat buku amalan dengan tangan kiri, maka dia berkata “alangkah baiknya kalau aku tidak mendapat buku amalan ini; dan aku tidak mengetahui terhadap perhitungan amaln ini (hisab). Alangkah baiknya kematianku dahulu menjadi penghujung bagi kehidupanku (tidak mahu hidup dialam barzahk dan alam akhirat). Tidak bergunalah segala hartaku yang kuhimpunkan kerana tidak dapat menolak segala azab di akhirat. Telah binasalah dan lenyaplah segala kekuasaanku"

Firman Allah dalam surah al-Haqqah (69:30-32),
"Kemudian Allah berkata kepada Zabaniah (malaikat penjaga neraka) “Ambillah penjenayah yang menerima ‘buku amalan’ dengan tangan kiri ini dan ikat dia dengan rantai besi.. Kemudian bakarlah dia dengan api neraka yang marak menyala. Kemdian masukkan dia kedalam rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta dan lilit rantai ini keseluruh tubuhnya sehingga dia tidak bergerak"

Inilah akibatnya sekiranya kita gagal dalam 'Imtihaan Agung'.Kesannya sangat dahsyat dan menggerunkan berbanding kegagalan dalam imtihan duniawi-buatan manusia. Jika kita gagal dalam imtihan duniawi, kita boleh ambil supplementary tapi kalau kita gagal dalam 'imtihan agung', boleh ke kita ulang semula untuk mendapat keputusan yang terbaik??

wallahu'alam..ana harap kita semua dapat muhasabah diri. Biarlah kita berjaya dalam imtihan duniawi DAN 'imtihan agung'. Jangan sebabkan terlalu mengejar imtihan duniawi, 'imtihan agung' diperlekehkan!

Sama-sama kita doakan kejayaan sahabat sahabiah kita (untuk ana sekali ye), doakan agar kita semua dipermudahkan urusan dalam menghadapi imtihan daripada
29hb September 2007 (^_^) hingga 10hb Oktober 2007 dan mendapat keputusan yang cemerlang!

Ma'at taufiq wan najah fil imtihaan~



"Ya Allah..tidak ada sesuatu yang mudah, melainkan Engkau menjadikannya mudah, dan Engkau jualah yang menjadikan perasaan dukacita, maka permudahkanlah"

*karya asal: akh salman

Labels:

Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyyah (mendidik diri), bulan untuk kita membentuk diri dengan akhlak-akhlak Islami.



Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

"Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa"

Riwayat lain oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah sallallahu 'Alaihi wassalam bersabda:

"Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)"



"Ya Allah, tuhan yang berkuasa menjadikanku,
mencipta diriku, aku pohon padaMu,
bentukkanlah diriku dengan sifat-sifat mahmudah(sifat-sifat yang baik)
dan hindarilah aku dari sifat-sifat mazmumah(sifat-sifat yang tercela)"




Labels:

Di antara kekuatan dalaman yang perlu dibina melalui tarbiyyah ruhiyyah ialah :

1. Pastikan solat berjemaah dijaga setiap hari, terutamnya solat Isyak dan Subuh.
Hadis nabi s.a.w. yang bermaksud ;

Dirikanlah sembahyang Subuh kerana ia lebih besar pahala untukmu

Sesiapa yang mendengar azan sembahyang, kemudian ia tidak mendatangi, maka tidak ada sembahyang baginya, kecuali uzur

Sesiapa yang suka untuk berjumpa dengan Allah pada hari esok(kiamat) dalam keadaan Islam, maka hendaklah menjaga sembahyang-senbahyangnya di mana ia diseur untuk mengerjaknnya


2. Membiasakan diri untuk bangun malam (Qiamulail)
Hadis nabi s.a.w.bermaksud ;

Hendaklah kamu berqiamulil kerana sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, menghapuskan keburukan, mencegah dari perbuatan dosa dan menghalau penyakit dari tubuh badan

3. Sentiasa membaca al-Quran dan zikir kepada Allah.

4. Sentiasa komited dengan majlis ilmu agama.

5. Menajamkan pemikiran dengan membanyakkan membaca bahan ilmiah dan buku-buku yang berkonsepkan jihad, tasawuf, ibadah dan sebagainya.

6. Menjauhi segala bentuk bida’ah yang dholalah atau bida’ah tarkiyyah (amalan yang tiada nas dan dalil).

7. Mengkaji sirah perjuangan Rsulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.

8. Jadikan Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyatun nafs(mendidik nafsu).

9. Pastikan cara hidup Islam berfungsi di dalam kehidupan kita seperti di kelas, kampus, kolej dan di tempat umum.

10. Jauhi dosa-dosa kecil yang berterusan dan jangan sekali-kali ingin membuat dosa besar.

Maka ini merupakan antara amalan yang cukup penting di dalam membentuk peribadi dalaman seseorang muslim. Jadikan amalan di atas ini amalan wajib untuk diri-sendiri!

"Aku merinduimu TEMAN untuk berjuang,
aku rindukan SAHABAT untuk berjihad,
KAWAN senda dan tawa,
RAFIQ untuk sama-sama beribadah,
RAKAN untuk sama-sama bermuhasabah, 
yang sama-sama menuntut ilmu ALLAH
sama-sama bekerja demi ISLAM
sama-sama berkorban demiNya
dan sama-sama saling berpesan-pesan
dengan kebenaran dan kesabaran...
Ya Allah, ubatilah rinduku ini!
 "

Labels:

Sedikit info yang ingin ana kongsi di ruangan ni mengenai KEISTIMEWAAN RAMADHAN:

1. Mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
(Hadith Muttafaqun 'Allah)

2. Pada bulan Ramadhan telah diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan menerangkan antara yang haq dan yang bathil

3. Pada bulan ini disunatkan mendirikan solat sunat tarawih, iaitu solat malam pada bulan Ramadhan: "Barangsiapa mendirikan solat malam Ramadhan karena iman dan mengharap pahala (dari Allah) nescaya diampuni dosa- dosanya yang telah lalu. " (Hadith Muttafaqun 'Alaih).

4. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.

5. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para Syaitan diikat.

6.Pada bulan ini terjadinya dua peristiwa besar iaitu Perang Badar Al-Kubra dan Pembukaan Kota Mekah Al- Mukarramah yang menyaksikan kemenangan Islam dan kekalahan kebatilan serta jahiliyyah.

7. Pada bulan ini diampunkan dosa orang-orang Islam selagi mana dosa besar tidak dilakukan.

“Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat lainnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antaranya jika dosa-dosa besar ditinggalkan. " (HR.Muslim).









Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak "Kullu 'Am Wa Antum Bil Khair" moga madrasah ramadhan mendidik kita menjadi mu'min yang cemerlang

Labels:

Assalamu'alaikum wbt~ sedikit pengisian khusus buat da'ie da'ieah yang diredhai Allah insya-Allah

Hendak tidur tidurlah mata
Moga hilang nanti lelah di dada
Hendak lena lenalah jiwa
Moga besokan kembali ceria

Lama aku berjuang
Ku menempuh duri dan gelombang
Lama ku berpanas hujan
Ingin ku reguk setitik kedamaian


hendak tidur tidurlah mata
moga hilang nanti lelah di dada
hendak lena lena lah jiwa
moga besokan kembali ceria

lama aku berjuang
ku menempuh duri dan gelombang
lama ku berpanas hujan
ingin ku reguk setitik kedamaian


moga dapat ku rehat seketika
membasuh luka nan dosa dan noda
doakan aku teman semua
bangkit ku nanti berjuang semula



hendak tidur tidurlah mata
moga hilang nanti lelah di dada
hendak lena lena lah jiwa
moga besokan kembali ceria

nanti akan ku impikan
bersama kita berganding tangan
nanti akan ku impikan bendera islam
sama dikibarkan


aku kini lemah tak berdaya
tak mampu rasa menyimpan perasaan
kerdilnya diri di sisi tuhan
terasa malu menatap alam


hendak tidur tidurlah mata
moga hilang nanti lelah di dada
hendak lena lena lah jiwa
moga besokan kan kembali ceria

tidurlah tidur biar lena
bersama dodoian kasih ini
nanti bila terjaga
dapat kau bangkit berjuang semula


tidurlah tidur biar lena
bersama alunan cinta di hati
nanti bila terjaga dapat berbakti
pada agama

tidurlah tidur biar lena
bersama dodoian kasih ini
nanti bila terjaga dapat kau bangkit berjuang semula
tidurlah tidur biar lena




Labels:

Betul ke definisi menjaga negara seperti yang dipertontonkan dewasa ni?

Kunci kejayaan bagi seorang Muslim adalah dengan memahami lima perkara yang wajib dipelihara: (Usul ad-Dakwah/Dasar - dasar ilmu Dakwah)

Lima perkara yang wajib dipelihara:
1.Agama
2.Akal
3.Jiwa
4.Harta
5.Kehormatan & keturunan


Walaupun dalam senarai tersebut tiada disebut mengenai negara, bukan bermakna, sebagai warganegara tidak perlu menjaga negaranya, kerana orang-orang kafir juga bersungguh dalam menjaga negara mereka walaupun yang lain-lain tergadai.

Rasulullah dalam sirahnya juga ada menyebut semasa beberapa ketika sebelum berhijrah ke Madinah menegaskan di hadapan Kaabah : Wahai Makkah, Wahai Kaabah! Engkaulah negara yang paling aku cinta (kerana baginda dilahirkan di situ), tetapi kalau tidak kerana penduduk-penduduk Makkah mengusir aku keluar, aku tidak akan keluar. – (lihat kitab-kitab Sirah)

Nabi juga sayangkan negaranya, tetapi baginda bertindak mengikut arahan Allah untuk ke Madinah kerana agama Islam tidak boleh berkembang di Makkah, atas dasar agamalah baginda meninggalkan Makkah.

Agama menjadi perkara utama dalam agenda perjuangan Rasulullah s.a.w, justeru matlamat tidak menghalalkan cara, itulah kaedah yang diguna-pakai dalam disiplin ilmu “Usul Fiqh”.

Matlamat serta cara baginda memelihara agama adalah selari dan sekata, tidak seperti sambutan kemerdekaan negara yang disambut oleh pelbagai lapisan masyarakat, agama bukan lagi menjadi matlamat untuk dipelihara.

Kebiasaannya kalau kita perasan, kebanyakan aktiviti yang diadakan sempena hari kemerdekaan adalah seperti konsert-konsert artis yang tidak langsung menunjukkan imej sebagai seorang Muslim; lagu yang dibawa; pakaian yang dipertontonkan kepada umum; para penonton yg bukan muhrim saling berlaga-laga bahu; bercampur; solat ke mana;akhlak ke mana....langsung tak mencerminkan diri kita yang kononnya telah merdeka. Pengakhirannya kerana nak jaga nama negara, agama menjadi mangsa..

Inilah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara, bukan lagi walaupun caranya menjejaskan hukum-hukum Islam, namun ia tidak lagi diendahkan oleh individu bernama muslim.

Wahai muda-mudi..fikir-fikirkan..rajin-rajinkan berfikir mengenai perkara ni. Hakikat yang pasti MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA..

Labels:

Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami


Allah, Allah, Allah tuhan kami
Allah, Allah, Allah matlamat kami
ar-Rasul ikutan kami, al-Quran panduan kami
ar-Rasul ikutan kami, al-Quran panduan kami



Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami


Berjihad, berjihad, jihad jalan kami
Berjihad, berjihad, jihad jalan kami
Mati dijalan Allah cita tertinggi kami
Mati dijalan Allah cita tertinggi kami


Labels:



Ya Allah, istiqamahkanlah kami di atas jalan yg kami pilih ini..jalan yg mana Kau redhai

Labels:



Boleh diperolehi melalui http://www.iluvislam.com/

Labels:

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Labels:

Al-Imam Ahmad berkata: “Aku tidak mengetahui sebuah dosa -setelah dosa membunuh jiwa- yang lebih besar dari dosa zina.”

http://ukhtiaini.imeem.com/photo/7TD81mrh/Im-szDtEBh/

“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari Kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina kecuali orang-orang yang bertaubat …” (Al-Furqan: 68-70).

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

Mendekati saja tidak boleh. Tahu maksudnya mendekati perzinaan? Ertinya dengan pergaulan yang bebas, rapat dengan perempuan yang bukan muhrimnya atau sudah tahu tempat itu tempat ‘kupu-kupu malam’ disitulah dia bermesra…“Tidak cuma mendekat saja, cuma melihat saja” Kenapa? “Cuci mata” katanya begitu. Itu namanya sudah mendekati perzinaan.

Allah is watching!

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (Ghafir: 19).

Cinta itu indah? Cinta itu fitrah…

“Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik.” (Al-Qur`an: Al-Imran ayat 14)




Tetapi awas!

Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

JADI:

TUNDUKKANLAH PANDANGANMU

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).

TUTUPLAH AURATMU

Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31).

Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).

ADAKAN BATASAN ANTARA DIRIMU DAN KAUM SEJENISMU

Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

JANGAN BERDUA DUAAN!

Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

JANGAN TUNDUK DALAM BERBICARA

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalamhatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)



JANGAN DISENTUH SIAPA YANG TIDAK HALAL BAGIMU

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).

*PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA….

Labels:

Assalamu'alaikum..

copy-paste input penting buat panduan diri dan antum yang sudi menjenguk blog ni..

Rasulullah bersabda bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka." Maka sahabat pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat?" Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah) ." (Riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah melarang umatnya mengerjakan solat seperti burung yang mematuk makanan iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa'i).

Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud." (Riwayat al-Tabrani).

*Semua hadith-hadith menekankan aspek "disiplin" di dalam melakukan pergerakan masa solat.

Labels:

al-Quran..lembaran petunjuk & panduan segala zaman dibelek sehelai demi sehelai.Subuh ni, surah Yusuf menjadi pilihan untuk direnungi kisah yang tersirat..diteliti satu persatu kalimah indah tersebut..sehingga ke mukasurat kedua terakhir..mataku ter'tancap' pada bait-bait indah; petikan dari ayat ke-101...

"...(Wahai Tuhan) Pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat,wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang yang soleh."

lama ku merenung ayat tersebut..

hmm..

insya-Allah..ku mohon agar diriku tidak hanyut dek pengaruh rakan-rakan sebaya..lemas dalam tawanan hawa nafsu sendiri..terkapai-kapai dengan serangan syaitan dan konco-konconya yang bertubi-tubi.. ku mohon dipermudahkan untuk istiqamah dalam jalan perjuangan ni..sentiasa bersedia hadapi ujian dan mehnah.. biarpun jatuh.. sentiasa berazam kuatkan diri untuk bangkit semula..inilah pilihan ku!

yakini..Allah lah sebaik-baik pelindung kita..apa sahaja yang berlaku, sentiasa beringat untuk kembali kepada yang MAHA ESA...DIA lah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu..

saban hari ku pohon..jika esok tiada lagi bagi ku, ku pohon agar saat itu aku masih lagi ber'title'kan Muslim luar dan dalam..seluruhnya!

aminn..

Labels:

Assalamu'alaikum..

Kebiasaannya, antara bulan Jun hingga Julai setiap tahun seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) di negara meriah dengan kemasukan pelajar baru. Pelajar lepasan SPM, STPM mahupun pelajar kolej Matrikulasi kementerian pendidikan semestinya bergembira untuk menjejak kaki ke universiti.
Ketika ini, terkumpul semua perasaan termasuk gembira, berdebar-debar, sedih dan sebagainya di dalam hati kecil mereka.

Bagi pelajar yang berasal dari desa atau luar bandar, ada di kalangan ibu bapa yang terpaksa bergolok-gadai bagi menyediakan bekalan peralatan dan kewangan yang mencukupi untuk anak-anak mereka. Malah, anak mereka itu turut menjadi kebanggaan warga sekampung kerana terpilih menjejak kaki ke menara gading. Harapan yang menggunung diletakkan kepada anak-anak ini untuk berjaya sebagai seorang graduan suatu hari kelak.

Kawan-kawan, kehidupan di universiti bukan suatu yang mudah diharungi. Universiti adalah medan untuk kawan-kawan belajar tentang makna kehidupan yang diwarnai asam garam, jerih payah, pahit manis, jatuh bangun, kejayaan dan kegagalan.

Di kampus, mahasiswa dituntut mendisplinkan diri. Universiti adalah tempat golongan terpelajar ini untuk mengurus diri secara bijak. Mereka perlu mengetahui kaedah-kaedah dan juga cara untuk mengurus masa, kewangan, diri, tekanan yang dihadapi dan mengurus aktiviti pembelajaran dengan bijak serta tenang.

Kawan-kawan, di sini nanti akan terjawab, adakah mahasiswa itu akan hanyut dalam arus dunia kampus serta terbuai bagaikan lalang ditiup angin atau mampu berdiri dengan prinsip pegangan serta pendirian (stand) sendiri walaupun kadang kala perlu melawan arus perdana?

Perkara asas yang perlu kawan-kawan ketahui sebelum menjejak kali ke menara gading adalah kaedah pembelajarannya adalah sangat berbeza dengan alam sekolah. Di universiti pelajar perlu lebih berdikari dan banyak mencari dengan kreativiti sendiri. Ini jauh berbeza dengan sekolah yang mana pelajar banyak “disuap” dan diberikan tunjuk ajar sepenuhnya oleh guru. Corak pembelajaran adalah berasaskan kuliah yang disampaikan kepada sejumlah pelajar. Maka agak mustahil tumpuan pensyarah dapat diberikan sepenuhnya kepada mana individu.

Ramai mahasiswa yang mengalami “culture shocked” kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini. Bukan hanya corak pembelajaran yang berbeza, malah suasana persekitaran dan sikap teman sekampus yang pelbagai ragam.

Kawan-kawan akan berhadapan dengan penularan budaya hedonisme (budaya hiburan) dalam kehidupan di kampus. Antaranya sikap suka berfoya-foya, enjoy dan berhibur secara berlebihan tanpa kawalan, akhirnya merencatkan proses pembelajaran.

Dalam hal ini, kawan-kawan perlu bijak memilih rakan sebagai teman seperjuangan sewaktu menuntut ilmu. Kawan-kawan mesti bijak membezakan ‘penawar kasturi’ yang akan memberi wangian kepada kita dengan ‘peniup api’ yang akan memberikan percikan api yang mengotorkan dan menyakitkan.

Oleh itu, kawan-kawan perlu menyusun dan membuat perancangan demi menjamin kejayaan kelak. Perancangan itu adalah jambatan masa kini untuk sampai ke masa depan. Rancanglah waktu dan peluang yang ada di universiti dengan sebaik mungkin. Sikap sambil lewa dan malas harus dikikis segera bagi mempercepatkan perjalanan ke gerbang kejayaan.

Selain itu, budaya keilmuan perlu disematkan dan dihayati dalam kehidupan seharian. Buku yang mengandungi ilmu bermanfaat perlu dijadikan teman seharian. Tempoh empat hingga lima tahun di universiti adalah waktu yang amat berharga bagi mencari hikmah dan ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan bagi meneruskan perjalanan hidup seterusnya.

Di samping itu, kawan-kawan juga harus bijaksana dalam mengendalikan emosi, khususnya apabila terjebak dengan kancah percintaan. Jangan sekali-kali ‘hanyut’ dalam alam percintaan yang tiada penghujung dan bermatlamat. Letakkan kayu ukur dalam memenuhi tuntutan fitrah insani itu kepada nilai syarak.

Paling penting, kawan-kawan sekalian perlulah memperbetulkan persepsi terhadap tujuan kehadiran di universiti. Niat hendaklah betul dan ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t. Jadikan ubudiyah (ibadah) kepada Allah sebagai tujuan utama.

Universiti di mana kawan-kawan belajar sewajarnya dijadikan medium yang penting ke arah membina peribadi insan soleh iaitu mahasiswa yang boleh memahami tuntutan agama ke atas dirinya. Namun, pembinaan ini harus meliputi dan seimbang dalam semua fakulti keinsanan iaitu rohani, jasmani dan fikiran. Kemudian disusuli dengan amal yang istiqamah (berterusan) sehingga terbentuk mahasiswa yang berperibadi unggul.

Mahasiswa yang dimaksudkan unggul itu ialah mereka yang sihat aqidah, kukuh akhlak, luas pemikiran, kuat tubuh badan, mampu mencari sara hidup, tepat ibadah, bermujahadah (bersungguh-sungguh) terhadap dirinya, menjaga waktu, tersusun rapi segala urusannya serta berguna kepada orang lain.

Sumber: Majalah Haluan
Hasil tulisan Brother Hamzah

Labels:

al-islaamu: an tasyhada an laa ilaha illAllah waanna muhammadar rasulullah..watuqimas solaata, watu'tiyaz zakaata, watasuuma ramadhaan, watahujjal baita inistato'ta ilaihi sabiilaa..

lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Labels:

"Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, maka Allah akan
mengampuni orang tersebut dan memasukkannya di dalam syurga"

sekadar perkongsian..

Labels:

*sambungan

Syubhat dan jawapan yang sebenarnya keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Permasalahan 'ikhtilat'(pergaulan) masyarakat dinihari di paras yang sangat membimbangkan. Jangan ambil mudah perkra seperti ini.. Bagaimana nak mendapat keberkatan hidup di dunia jika kita terus-terusan melakukan perkara yg di MURKAI Allah.

Marilah bermuhasabah diri..fikir sejenak betul ke apa yang kita lakukan selama ni.. periksa satu persatu semua yang dah kita lakukan..

Moga kita semua berusaha dan menanam azam untuk mendapat rahmat Allah..
dengan rahmat Allah..kita dihidupkan di muka bumi..
dgn rahmat Allah..kita diberi segala kenikmatan..
dgn rahmat Allah..kita dimasukkan ke dlm syurga..

Mudah2han apa yg dikongsi di ruangan ini akan memberi iktibar dan peringatan buat diri sy dan kalian yang membacanya..moga syurga al-jannah milik kita semua..insya-Allah

wallahu'alam

Labels:

*sambungan

Hukum ber 'COUPLE' setelah memerhatikan ayat Quran dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5. Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Labels:

Assalamu'alaikum

Saya tertarik dan sgt berminat dgn apa yg disuarakan oleh seorang sahabat sy yg mana kebanyakan daripada remaja yg dianggap sbg "harapan negara" sekarang ini seolah-olah memperlekeh dan memandang enteng permasalahan tersebut.

Kalau kita lihat..fenomena COUPLE dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat kritikal. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan Sunnah RasulNya. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu.

Nauzubillah...

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah sememangnya dilarang (haram).

Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

*bersambung..

Labels:

Tahun Baru menyusul lagi..

Yang indah & baik tersemat sebagai kenangan..

Yang perit & buruk ditinggalkan dan diambil sebagai pengajaran..

Perindahkan lagi keimananmu..

Kukuhkan lagi benteng akidah dan pendirianmu..

Cantikkan lagi akhlakmu..

Moga tahun mendatang tidak menyaksikan lagi kelalaian dan kealpaan kita dlm melaksanakan kewajipan sbg hamba kpd Sang Pencipta...insya-Allah

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka...

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan di atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

"ke arah mencapai mardhatillah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...