Mar 25, 2008

Dapatan d arena




iklan ni comel sungguh.. sambil-sambil itu, cuba fikirkan apa nilai yang boleh kita dapat darinya..renung-renungkanlah~

Mar 11, 2008

Kenalilah politik

Bila ditanya.."Boleh ceritakan sedikit mengenai politik?"

Saudari A : "Politik?? No komen~ "

Saudara B : "Tak tau laa.. malas nak ambil tau. Buat serabut kepala je."

Saudara C : "Macam-macam hal dalam politik. Entah mana satu aku nak percaya entah. Lantak diorang lah!"

Saudari D : "Saya tak nak masuk campur. kan ada AUKU.. kang tak pasal-pasal kene tangkap.. naya aku."

Inilah keadaannya segelintir mahasiswa/mahasiswi bila ditanya mengenai politik. Takut benar dengan perkataan politik.

KENALILAH POLITIK


JIKA sebelum ini jarang orang berminat bercakap mengenai politik, melainkan golongan yang terbabit secara langsung dengannya, keadaan adalah sebaliknya, malah remaja juga berminat mengetahui senarionya. Meskipun bukannya 100% mengambil peduli, namun hal ini dah cukup baik. Masih ada lagi golongan berkesedaran.

Di rumah bersama seisi keluarga, minum bersama teman di warung atau restoran, mengisi masa terluang di pejabat, malah di jalanan, topik perbualan mengenai politik tidak ditinggalkan. Sering juga diperkatakan bahawa politik itu kotor. Tetapi, hakikatnya orang yang terbabit dengan politik yang melakukan onak sehingga dikatakan kotor.

Penyalahgunaan kuasa, politik wang, maki hamun dan skandal seks menyebabkan politik dipalit kekotoran.

Tetapi, bagaimana Islam melihat politik dan pilihan raya itu sendiri. Nabi Muhammad s.a.w ketika mengembangkan Islam turut menggunakan politik.

Kamus Dewan Edisi Tiga, "
politik" bermaksud ilmu cara pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenegaraan; kedua, segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain dan ketiga, kelicikan, muslihat atau tipu muslihat.


Takrifan itu membuktikan makna politik amat luas, bukan saja merujuk kepada pengetahuan dan kebijaksanaan mentadbir negara, malah membawa maksud tipu muslihat.

Jadi, tidak hairan ada pihak menggunakan muslihat tersendiri untuk mendapatkan pengaruh dan gelaran yang diidamkan, kerana politik itu sendiri dari satu sudut dikatakan muslihat.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, berkata politik ialah keupayaan manusia mengurus sesuatu, mengikut disiplin ditetapkan.

Beliau berkata, manusia sudah lama berpolitik malah di kalangan nabi termasuk Rasulullah s.a.w, baginda turut berpolitik.

"Nabi Muhammad s.a.w dari muda mempunyai kebijaksanaan termasuk berniaga sehingga Khadijah tertarik padanya, manakala Nabi Nuh a.s ada kepandaian mengemudikan bahtera.

"Nabi Yusuf pernah dilantik menteri dan Nabi Musa pernah berdoa supaya saudaranya, Nabi Harun menjadi pembantunya dalam gerak kerja dakwah," katanya.

Beliau turut mengungkap nas dari
surah Thahaa, ayat 29, bermaksud:

"Dan, jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

Dalam Islam, urusan membabitkan pelantikan pemimpin bukan perkara sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara. Justeru itu, katanya, menjadi kewajipan bagi umat Islam melantik pemimpin bagi memastikan Islam dan umatnya terbela dan apabila dilantik mesti ditaati.

"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
(an-Nisa: 59)

Zamihan berkata, Nabi Muhammad s.a.w sudah menggambarkan ada pemerintah yang memerintah dengan baik dan pemerintah yang buruk.

"Apabila pemerintah baik, Nabi kata kamu kena dengar dan apabila pemerintah yang buruk, disuruh kita menghindarinya. Itulah juga dinamakan politik," katanya.

Beliau berkata, kewajipan umat Islam ke atas pelantikan pemerintah adalah fardu kifayah seperti jihad dan menuntut ilmu.

"Tidak salah menggunakan sistem demokrasi walaupun asalnya dari barat, sebab ada kebaikannya.

"Walaupun ada yang kata tiada demokrasi dalam Islam, tetapi Islam tidak menafikan manfaat demokrasi.

"Malah, sistem pilihan raya seperti sekarang ini juga tidak mengongkong syariat Islam daripada terlaksana.

"Hari ini kerajaan melaksanakan pelbagai sistem Islam, seperti ekonomi Islam dan pendidikan Islam. Itu semua lanjutan sistem demokrasi.

"Jika ada yang mengatakan kena ketepikan pilihan raya dan kembali kepada sistem syura seperti zaman awal Islam, masalahnya kini tiada sistem khalifah. Bagaimana mahu kembali kepada cara itu, sebab sistem khalifah itu sendiri tidak ada.

"Kita tidak mampu kembali kepada sistem itu, tetapi kita kena ada cita-cita ke arah itu dan oleh kerana demokrasi menjadi latar belakang pemerintahan sistem negara, jadi tidaklah mengapa untuk menjadikannya wahana dalam pemerintahan dan orang Islam diberikan hak memilih.

"Walaupun dalam Islam tidak dinyatakan secara khusus penegasan membuang undi untuk memilih pemimpin, masih ada nas mengenai prinsip asas dalam surah al-Maidah supaya bantu membantu hal kebajikan dan bertaqwa serta melarang daripada melakukan dosa dan pencerobohan.

"Dalam konteks Malaysia yang dinilai pengundi ialah calon atau ideologi politik. Mengundi asalnya adalah harus, tetapi jika calon yang baik menjadi sunat malah wajib pula, sebaliknya calon jahat hukumnya haram disokong," katanya.

Beliau juga menjelaskan beberapa kriteria yang sewajarnya tersemat pada diri pemimpin, iaitu
orang yang adil mempunyai ilmu mendalam, sempurna pancaindera dan tidak mengalami kecacatan (jika cacat seperti buta mudah ditipu orang), berpandangan terbuka, berwibawa dan berani mengemukakan pendapat, bijak, tegas dan dari keturunan mulia.

"Tetapi janganlah kerana politik timbul sengketa, sehingga anak berbalah dengan bapa, putus persahabatan dan suami isteri sampai bercerai.



"Dalam kempen juga kena ada etika, seperti bercakap benar, apabila berjanji ditunaikan, apabila diberikan amanah tidak khianat, apabila berselisih faham tidak melangkaui had, tidak mengadu domba dan menabur fitnah," katanya.

Sumber: Metro 24/02/08

Ulasan:

Cukup menarik tulisan di atas dengan menggabungkan perbincangan tentang ‘Politik, Demokrasi dan Khalifah’. Ada pun tentang istilah politik dan demokrasi, ini adalah istilah biasa, namun istilah ‘Khilafah’ yang baru bagi sesetengah orang, nampaknya semakin diminati dan difahami oleh umat Islam. Ada yang suka dengan politik dan tidak kurang juga yang membenci politik. Semuanya bergantung kepada pemahaman makna politik yang mereka fahami. Inilah ragam pemikiran manusia termasuklah umat Islam kita hari ini.

Ketika demam pilihan raya umum ke-12 semakin kuat, pelbagai tulisan berkenaan politik, demokrasi dan Islam telah menjadi tajuk pilihan untuk diperbincangkan. Saat inilah, para ulama dan ilmuan akan diperguna dan diperkuda sepenuhnya oleh kerajaan untuk menulis tentang ‘politik’ bagi mengulas dan menyokong apa jua yang kerajaan telah lakukan selama ini. Bagi ulama dan ilmuan yang cintakan glamor, pangkat, kedudukan, harta dunia dan ingin dipandang mulia oleh kerajaan (bukannya oleh Allah), maka saat ini jugalah mereka akan cuba muncul untuk menjadi ‘jaguh’ mempertahankan apa jua yang kerajaan lakukan, khususnya dalam aspek menerangkan kepada rakyat bahawa apa yang kerajaan lakukan semua tidak pernah bertentangan dengan Islam.

Justeru, makna dan amalan ‘politik’ di dalam sistem Demokrasi yang ada saat ini (yang mana ianya lahir dari pemikiran kufur) telah di interpretasi sebagai sesuatu yang tidak bertentangan dengan Islam. Malah di katakan boleh diambil kerana mengandungi kebaikan. Kecetekan ilmu tentang politik dan demokrasi menyebabkan umat Islam terjerumus ke lembah maksiat kerana mengambil sistem yang kufur ini. Cahaya telah tertutup dari mereka hingga mereka tidak nampak bahawa dengan demokrasilah, manusia pada hari ini, sama ada sedar ataupun tidak telah mengambil hak Allah SWT untuk membuat undang-undang yang akibatnya menjadi biang keladi kepada pelbagai masalah yang menimpa seluruh dunia umat Islam pada hari ini. Sedangkan hak untuk membuat undang-undang itu hanyalah milik Allah SWT semata-mata dan bukannya hak manusia.

Adalah suatu yang naif adanya dakwaan bahawa kerajaan telah melaksanakan pelbagai sistem Islam hasil dari keberlangsungan sistem Demokrasi yang telah diterapkan. Ketidakjelasan tentang apa dan bagaimanakah sistem ekonomi dan sistem pendidikan dalam Islam menyebabkan pujian melambung diberi kepada kerajaan kerana dikata telah melaksanakan ekonomi dan pendidikan Islam? Kita hairan dalam keadaan bank yang berasaskan riba masih terus dibiarkan beroperasi, tempat-tempat maksiat (kilang arak, tempat judi, bursa saham dan yang lain-lainnya) yang masih diberikan lesennya diperbaharui setiap tahun, Malaysia dikatakan telah mengamalkan ekonomi Islam. Ini belum kira lagi sistem Islam yang lain yang tidak pernah berjalan seperti hudud, qisas, takzir, mukhalafat, jizyah, jihad, sistem pergaulan dan banyak lagi, semua ini merupakan bukti jelas tentang sistem yang berjalan sekarang semuanya adalah sistem kufur yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam.

Ya memang benar bahawa pilihan raya adalah satu uslub yang mubah untuk digunakan bagi memilih pemimpin. Tetapi perlu kita fahami bahawa pilihan raya di dalam sistem demokrasi bukanlah digunakan untuk memilih pemimpin. Pilihan raya di bawah sistem demokrasi adalah satu cara untuk memilih wakil (bukan pemimpin) untuk dihantar ke Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) untuk membuat undang-undang!!! Inilah kedudukan sebenarnya – di mana proses yang berlaku ini adalah suatu proses di mana manusia telah mengambil hak Allah sebagai Pembuat Hukum (undang-undang) bagi manusia.

Bagaimana dengan sistem Khilafah? Ya Sistem Khilafah saat ini telah tiada semenjak diruntuhkan pada 3 Mac 1924 oleh Mustafa Kamal Attartuk seorang agen British. Dengan hilangnya Sistem Khilafah ini bukan bermakna umat Islam boleh mengambil sistem-sistem lain untuk diterapkan, namun kewajipan umat Islam saat ini adalah untuk menegakkan kembali sistem yang telah hilang ini. Caranya bukanlah dengan mengambil demokrasi, tapi dengan berusaha untuk merubah atau menukar sistem demokrasi kufur ini kepada sistem Khilafah. Bukankah Rasulullah telah menunjukkan caranya – selama 13 tahun perjuangan baginda di Mekah sehingga tertegaknya Daulah Islam Madinah – inilah yang wajib kita contohi. Belum sampaikah masanya hawa-hawa nafsu yang ada itu tunduk kepada perintah Allah SWT, bukannya tunduk kepada pemimpin sekular dalam rangka ingin mengampu mereka untuk mendapat sedikit upah dan jawatan?

Mar 10, 2008

Dah terang lagi bersuluh

Tamatnya PRU 12. Semuanya sudah selesai. Rakyat Malaysia sudah menjalankan kewajipan mereka dan rakyat juga sudah bersuara. Segalanya jelas kini.

Parlimen

BN : 140
BA : 82 - (PAS-23),(KeADILan-31), (DAP-28)
Jumlah kerusi : 222

Dewan Undangan Negeri (Dun)

*Dun Perlis : BN (14), PAS (1) jumlah kerusi = 15
*Kedah : BN (14), PAS (16), KeADILan (4), DAP (1), Bebas (1) = 36
*Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45
*Terangganu : BN (24), PAS (8); = 32
*Pulau PInang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40
*Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59
*Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2),Bebas (1), = 42
*Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10),KeADILan (4); = 36
*Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28
*Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56
*Sarawak : BN (30), DAP (1) = 31
*Sabah : BN (59), DAP (1) = 60

Mar 8, 2008

Peperangan bermula!

08.03.2008 - 8 Mac 2008  Pilihan Raya Umum ke-12

Segalanya akan terjawab hari ini.

Sekali lagi..Selamat Mengundi khusus buat Pengundi-Pengundi sekalian~

moga KEBENARAN dapat menumpaskan
KEBATILAN.





Mar 7, 2008

ayuh laksanakan tanggungjawab!

Pada 8hb Mac ini, rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Dalam kesibukan pilihan raya ini, timbullah di kalangan kaum Muslimin di Malaysia pelbagai pandangan mengenai urusan ini. Fatwa dan pandangan terdengar di sana-sini mengenai pilihan raya dan hukum melibatkan diri dengannya. Ada yang mewajibkannya, dengan menggunakan pelbagai dalil bagi menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi dan ada yang mengharamkannya kerana mengikut dakwaan mereka perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Bagi menjawab persoalan mengenai hukum melibatkan diri dengan proses pilihan raya, kami akan membawa/menjelaskan realiti pilihan raya itu sendiri yakni pilihan raya yang diamalkan dalam sistem demokrasi sekarang ini dan seterusnya menjelaskan dalil-dalil syarak mengenainya.

Adapun
hukum asal pilihan raya dalam Islam adalah mubah (harus). Ini kerana ‘pilihan raya’ (intikhab) yang dijalankan dalam Islam, sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah hanyalah (bertujuan) untuk memilih wakil bagi mewakili kaum masing-masing (waktu itu Aus dan Khazraj), manakala pada zaman Khulafa’ Rasyidin, intikhab dilakukan untuk memilih Khalifah itu sendiri dan juga untuk memilih wakil dalam Majlis Syura (Majlis Umat). Perlu difahami dan dibezakan di sini fungsi Majlis Ummat adalah untuk muhasabah pemimpin dan musyawarah antara mereka serta memberi masukan/input kepada pemerintah. Majlis Syura ini bukannya majlis untuk membuat/menggubal undang-undang atau merubah undang-undang. Ia berbeza sama sekali dengan realiti pilihan raya yang ada dalam sistem demokrasi sekarang.

Bertolak dari sini, kita mestilah memahami dan membezakan realiti intikhab di masa Rasulullah dengan realiti intikhab dalam sistem demokrasi yang ada sekarang. Untuk mengetahui hukum syarak mengenai masalah pilihan raya sekarang, kita perlulah mengkaji terlebih dahulu realitinya (tahqiq al-manath). Yang pertama sekali, kita mestilah faham perbezaan di antara ‘pilihan raya’ dan ‘demokrasi’ itu sendiri.
Pilihan raya tidak sama dengan demokrasi dan demokrasi tidak sama dengan pilihan raya. Pilihan raya hanyalah salah satu cara/uslub dalam sistem demokrasi untuk memilih wakil (bukan memilih pemimpin). Manakala demokrasi pula adalah sebuah sistem pemerintahan di mana hak membuat undang-undang berada di tangan manusia. Hukum pilihan raya adalah berbeza dengan hukum demokrasi. Hukum demokrasi jelas haram dalam Islam berdasarkan nas-nas yang qath’i.

Seperkara lagi yang perlu difahami dan dibezakan adalah ‘suara majoriti’. Suara majoriti tidak sama dengan demokrasi dan tidak sama dengan pilihan raya. Suara majoriti tidak salah untuk diambil dalam membuat sesuatu keputusan yang bersifat mubah (harus), contohnya majoriti bersetuju melantik A sebagai pemimpin atau majoriti bersetuju untuk pergi ke suatu tempat dengan menaiki bas. Namun suara majoriti akan menjadi haram apabila yang disepakati adalah bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk merejam penzina dengan 6 kali sebatan, atau majoriti bersetuju untuk memenjarakan seorang pencuri, atau majoriti bersetuju untuk menghalalkan sistem perbankan riba. Dalam aspek menggubal undang-undang, suara majoriti juga menjadi haram walaupun yang dipersetujui (secara majoriti) adalah suatu yang bertepatan dengan hukum syarak. Contohnya majoriti bersetuju untuk gubal undang-undang bahawa solat itu wajib atau puasa itu wajib atau riba itu haram. Ini kerana kewajipan solat dan puasa dan keharaman riba adalah datang dari Allah sebagai Zat Pembuat undang-undang. Jadi, tidak kira sama ada majoriti bersetuju atau tidak, solat tetap wajib dan riba tetap haram. Ia bukan untuk disetujui atau diundi oleh manusia. Ia (hukum syarak) adalah untuk dilaksanakan oleh manusia. Manusia tidak ada sebesar zarah pun hak untuk mencadangkan, apatah lagi menggubal dan mengundi hukum Allah untuk diluluskan secara majoriti.

Pilihan raya yang dijalankan dalam sistem demokrasi hakikatnya adalah merupakan pemilihan wakil untuk ke Parlimen/DUN untuk menggubal undang-undang. Dengan kata lain ia adalah pemilihan ahli-ahli majlis tasyri' yakni majlis yang akan membuat undang-undang. Jadi, majlis perwakilan (wakil Parlimen atau wakil DUN), fungsi utama mereka (apabila menang) adalah berada dalam majlis tasyri' untuk membuat undang-undang. Autoriti majlis ini adalah untuk menggubal undang-undang, meminda dan menghapuskannya dengan suara majoriti. Inilah tahqiq al-manathnya. Oleh yang demikian (setelah jelas akan realitinya), maka barulah hukum syarak bagi realiti ini digali untuk diselesaikan. Sehubungan itu, kami akan menjelaskan hukum syarak mengenai penyertaan di dalam pilihan raya dan juga kedudukan mereka yang berdalil dengan suara majoriti dalam sistem demokrasi ini.

Pilihan raya hakikatnya merupakan suatu bentuk perwakilan (wakalah). Oleh itu, ia haruslah mematuhi semua syarat-syarat dan rukun akad wakalah agar akad ini menjadi akad yang sah di sisi syarak.

Wakalah melibatkan beberapa aspek yakni
(i) ijab dan kabul
(ii) pihak yang diwakili (muwakkil) 
(iii) pihak yang menjadi wakil (wakil)
(iv) perkara yang harus dilakukan oleh wakil dalam urusan perwakilan ini dan 
(v) bentuk (sighah) perwakilan tersebut.


Majlis perwakilan, berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan di kebanyakan negeri kaum Muslimin (di Malaysia di kenali sebagai Parlimen dan DUN), bertanggungjawab menjalankan beberapa fungsi utama. Antaranya adalah menggubal undang-undang, melantik ketua negara atau membatasi calon-calon ketua negara, memberikan kepercayaan penuh kepada pemerintah (dalam urusan pemerintahan), mengesahkan pelbagai undang-undang, persetujuan dan perjanjian serta mengawasi dan memuhasabah pemerintah negara.

Adapun mengenai penggubalan undang-undang, ia merupakan aktiviti yang tidak dibolehkan (haram) bagi seorang Muslim untuk melakukannya, tidak kira sama ada ia terlibat secara langsung dalam penggubalan ataupun terlibat dalam pengundian (sokong atau tidak), meskipun undang-undang yang digubal itu ‘selari’ dengan hukum Islam yang mulia (sebagaimana dijelaskan di atas). Ini adalah kerana, ketika hukum Islam diambil dan dirujuk, ia didasari dengan dalil syarak yang terpancar dari aqidah Islam yang diwahyukan Allah. Seseorang Muslim tidak dibolehkan membuat undang-undang, tetapi kewajiban mereka hanyalah untuk menerima dan menerapkan syariat Allah sahaja dan bukan yang lain, tidak kira sama ada ia dipersetujui secara majoriti atau tidak. Hukum Allah (apatah lagi hukum kufur) bukan untuk dibuat, diundi dan diluluskan dengan majoriti. Oleh itu, hak untuk membuat undang-undang (hukum) hanyalah terletak pada Allah semata-mata. Tidak ada sesiapapun yang berhak meletakkan dirinya setara dengan Allah ‘Azza wa Jalla dalam membuat undang-undang.

Allah berfirman:

“…hanya Allah jualah yang menetapkan hukum…..” [TMQ Al-an’aam (6) :57]

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”
[TMQ Al-Nisa’ (4):65]

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya”
[TMQ Al-nahl (16) :116]


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda kepada Adi bin Hatim,

“Tidakkah mereka itu menghalalkan bagi mereka apa yang telah diharamkan (oleh Allah) dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan?, dan Adi berkata, ‘ya’, maka Rasulullah berkata, ‘Maka mereka itu telah menyembah (rahib dan pendeta) mereka”

Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah membacakan ayat di bawah kepadanya.

“Mereka menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib (ahli-ahli agama) mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah"
[TMQ Al-Taubah (9) :31]

Hakikatnya, Majlis Perwakilan (Parlimen/DUN) ini adalah majlis yang hanya menjadikan demokrasi Barat sebagai ikutannya. Ia menjadikan prinsip ‘kedaulatan di tangan rakyat’ sebagai prinsip utama. Prinsip ini meletakkan rakyat (manusia) sebagai satu-satunya institusi yang boleh menentukan hukum ke atas benda dan perbuatan, sama ada baik atau buruk. Manusia yang diwakilkan itu (wakil rakyat)lah yang berhak menentukannya, dan ia (undang-undang) hanya ditentukan semudah dengan suara majoriti. Apa yang dilihat oleh majoriti (wakil) rakyat sebagai buruk, maka buruklah ia dan apa yang dilihat oleh majoriti (wakil) rakyat sebagai baik, maka baiklah ia. Prinsip ini dijadikan sebagai autoriti yang tertinggi dalam demokrasi, sistem kufur yang bertentangan seratus peratus dengan Al-Quran dan Sunnah.

Adapun dalam memberikan kepercayaan kepada pemerintahan sekular yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, memilih pemimpin negara serta mengesahkan pelbagai undang-undang, perjanjian dan persetujuan, seorang Muslim tidak dibolehkan terlibat dengannya. Seorang Muslim tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan selain dari hukum Allah. Seorang Muslim juga tidak boleh terlibat dalam mengesahkan apa-apa perjanjian yang dibuat atas dasar kufur kerana ini akan menyebabkan kaum kuffar diberikan jalan-jalan untuk menguasai negeri kaum Muslimin. Dalam hal ini,

Allah berfirman:

“...dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk (menguasai) orang-orang yang beriman”
[TMQ Al-Nisa’ (4) :141]

Mengenai fungsi mengawasi negara dan memuhasabah para pemerintah, ini merupakan suatu kewajiban syarak ke atas kaum Muslimin dalam menjalankan tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar. Ini adalah merupakan hak dan kewajiban majlis perwakilan untuk menjalankannya. Oleh itu (untuk hak dan tanggungjawab ini dijalankan oleh seseorang ahli majlis perwakilan), terdapat syarat-syarat syar’i yang perlu dipenuhi sekiranya seseorang ingin mencalonkan dirinya untuk pilihan raya (majlis perwakilan) pada hari ini. Pencalonan hendaklah berpandukan kepada syarat –syarat ini, namun ia (syarat-syarat ini) tidak boleh dijadikan sebagai kebenaran (untuk pencalonan) secara mutlak.

Syarat-syarat tersebut adalah:-


(1) Dia mestilah mengisytiharkan dengan jelas dan lantang (tidak cukup dengan niat dan tidak dibolehkan berpura-pura) bahawa ia menolak sistem kapitalisme Barat dan kesemua sistem kufur.

(2) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa fungsinya di Parlimen (jika menang) adalah untuk mengubah sistem kufur dan menggantikannya dengan sistem Islam.

(3) Dia akan berkempen hanya dengan apa yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.

(4) Dia mestilah mengisytiharkan bahawa dia akan menggunakan Parlimen sebagai platform untuk berdakwah kepada Islam.

(5) Dia tidak akan masuk dalam pencalonan (parti) sekular, mahupun bekerjasama dengan mereka, kerana mereka ini adalah penyokong kepada sistem kufur.

(6) Dia tidak dibolehkan merapatkan diri dengan badan Eksekutif dan Judikatif (dengan mereka yang menerapkan (hukum) serta mereka yang terlibat dengan perundangan) dan memasukkan namanya sebagai calon untuk tujuan bermanis muka dengan badan-badan ini yang merupakan sandaran bagi mereka yang berlaku zalim.


Allah swt berfirman,

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” [TMQ Hud:113]

(7) Bahawa kempennya di sepanjang waktu pencalonannya ini bertujuan agar umat manusia memahami objektif-objektif yang telah disebutkan di atas.


Berdasarkan apa yang telah kami jelaskan, kami berpandangan bahawa sebahagian besar dari fungsi ahli-ahli majlis perwakilan melibatkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka untuk melakukannya. Ini termasuklah fungsi menggubal undang-undang yang bertolak belakang dari Al-Quran dan Sunnah, fungsi melantik ketua negara yang tidak berhukum dengan hukum Allah, memberikan kepercayaan kepada pemerintah yang memerintah dengan hukum yang bukan diturunkan oleh Allah dan mengesahkan pelbagai perjanjian dan persetujuan yang dibina atas dasar kufur, membolehkan pihak kuffar untuk menguasai kaum Muslimin. Mana-mana calon yang dicalonkan sebagai ahli Parlimen atau DUN untuk menjalankan fungsi-fungsi ini sesungguhnya telah berdosa dan kaum Muslimin tidak dibolehkan untuk membantu mereka, memilih mereka mahupun mengucapkan tahniah kepada mereka sekiranya mereka berjaya.

Bagaimanapun, terdapat satu fungsi dari fungsi-fungsi ahli majlis perwakilan yang diperintahkan oleh syarak. Dan bagi menjalankan fungsi ini, dibolehkan seorang Muslim untuk terlibat di dalam pilihan raya. Namun begitu, ia hanya dibolehkan sekiranya pencalonan ini berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Fungsi ini adalah fungsi memuhasabah pemerintah dan negara sekiranya ia menjalankan perkara yang menyalahi hukum syarak. Malah, ahli majlis perwakilan wajib menjadikan Parlimen sebagai platform dalam usaha untuk menghancurkan sistem, perlembagaan dan undang-undang yang dibina di atas asas kekufuran. Parlimen juga mesti dijadikan sebagai platform untuk mengingatkan manusia bahawa kewujudan undang-undang dan negara yang diasaskan atas dasar ini merupakan suatu kemungkaran, bahkan ia merupakan ibu kepada segala kemungkaran yang ada dan oleh itu ia wajib dihapuskan dan dibina di atasnya Daulah Islam yang akan berhukum dengan hukum Allah secara kaffah. Daulah yang dimaksudkan ini adalah Daulah Khilafah Rasyidah yang didirikan atas jalan kenabian.

Seseorang yang ingin menjalankan fungsi yang mulia ini tidaklah perlu merasa terkilan sekiranya tidak berjaya menjadi ahli Parlimen tersebut kerana sesungguhnya, platform untuk menjalankan fungsi ini (dakwah kepada Islam) terdapat di mana-mana dan tidak hanya terbatas di Parlimen sahaja. Bahkan dengan menjadi ahli Parlimen, seorang Muslim itu mungkin akan berubah akibat pelbagai godaan, peluang dan kekayaan yang tersedia, lantas mengganggu konsistensi dan keikhlasannya dalam menjalankan dakwah hanya untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukan untuk mendapat habuan dunia.

Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya Islam mewajibkan ke atas kita untuk muhasabah para pemerintah dan mengubah mereka melalui jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa Sallam, yakni dengan peperangan pemikiran (sira’ul fikr) dan penentangan politik (kifah siyasi) sekiranya hukum yang dijalankan adalah selain dari hukum Allah. Sekiranya ini tidak kita lakukan, maka pastilah situasi kita akan menjadi semakin buruk dan Allah akan menghukum kita di dunia dan akhirat. Sesungguhnya mengubah keadaan (kaum Muslimin) sekarang bukanlah suatu yang mustahil, seperti mana yang kerap digembar-gemburkan oleh mereka yang jahil, pengecut dan dalam kesesatan. Mengubah suasana ini merupakan suatu yang mampu dilakukan oleh umat Islam sekiranya umat ini bertawakal kepada Allah dan menjalankan apa yang telah diwajibkanNya ke atas kaum Muslimin. Janganlah rasa putus asa menyelubungi diri kita sehingga kita berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi saat ini. Janganlah kita membiarkan segala ilusi (bahawa kita tidak akan dapat berubah) ini mengalihkan pandangan kita dari berusaha untuk mengubah situasi umat dan melanjutkan kehidupan Islam serta menyebarkan Islam ke seluruh dunia melalui Daulah Khilafah yang akan menyatukan seluruh kaum Muslimin. Umat ini, Insya Allah akan disatukan di bawah seorang pemimpin dan kibaran bendera Islam yang satu di mana negeri-negeri kaum Muslimin yang bertaburan akan disatukan dan umat Islam akan dibebaskan dari ketidakadilan sistem kufur yang rosak kepada keadilan Islam. Maka akan wujudlah negara yang satu, Khilafah Rasyidah, yang menerapkan Islam dan menegakkan jihad sehinggalah Islam mendominasi dan mengatasi segala din (cara hidup) yang lain.

“Kepada pentadbiran Allah jualah kembali segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira - dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”
[TMQ Al-Rum (30):5-6]









p/s : tinggal beberapa jam sahaja lagi, selamat mengundi buat semua~ semoga selamat pergi selamat kembali =)

Mar 5, 2008

Aduhai manusia~

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.

TETAPI
AWAS,

apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat
Yang perempuan, pakai mini sekerat.Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak ben da ‘ bulat ‘ .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat ..Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?

Kita ‘ bukti ‘ lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
Ilmu anta, adakah anta manafaat…?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.


santapan jiwa oleh: Ust. Akil Hayy

Mar 3, 2008

dacing oh dacing

berjalan ke depan, bergerak ke kiri, membelok ke kanan, berundur ke belakang..pandangan masih tetap sama; penuh dengan poster-poster pilihanraya. yg pasti BN menduduki carta pertama dalam penguasaan tempat untuk berkempen. tiba-tiba hati terdetik..apa signifikasi BN menggunakan dacing sebagai logo benderanya? apakah yang ditunjukkan oleh bendera itu mempamerkan sistem pemerintahan negara? buka mata, buka telinga, buka minda...rajin-rajin membaca, rajin-rajin berfikir. jangan hanya dengar, jangan hanya terima. Jadi orang yang waras, jadi orang yag bijak. Ayuh melangkah!

JANGAN mudah melatah!

“Apa ni, kata tok guru, tapi berlagak tak nak salam orang..” Kata seorang pemuda apabila membaca Utusan Malaysia

“Umpat tu haram la , dosa besar .macammana la seorang alim boleh kata lagu ni?” Seorang pak cik tua menggelengkan kepala sambil menikmati air kopi di sebuah warung apabila dia terpandangkan tajuk hangat di sebuah akhbar dari jauh.

“Bagus betullah kerajaan kita, tengok tu, iklan-iklan semua tunjukkan Malaysia sangat berjaya. Terima kasih Pak Lah”.Seorang suri rumah begitu bersemangat bercakap seorang diri sambil melipat kain di hadapan televisyen.

“Betul kata Pak Lah, tidak mungkinlah harga minyak akan turun.Tak ada carapun.BA retorik.” Getus seorang mahasiswa yang umurnya baru melayakkan dia mengundi tahun ini, apabila mendengar berita yang disampaikan oleh sebuah radio.

Tidak dinafikan, apabila berada dalam bahang pilihanraya yang semakin panas, bagi yang baru berjinak-jinak mengenali yang mana paling terbaik untuk menjaga masa depan agama, Negara dan diri, mereka akan mula pening kepala. Kedua-dua pihak mengatakan pihak lawan mereka mendedangkan manifesto yang tidak realistik.Tidak relevan.

Orang yang bijak, tidak akan mudah cepat melatah mendengar khabar angin. Kecerdikan yang dimiliki akan mendorong beliau mencari jawapan terhadap setiap perkara yang di dengar dan dilihat..

berfikiran atas pagar?

Saya menunggu reaksi daripada pengunjung-pengunjung blog saya terutama yang tidak sependapat ataupun yang berfikrah “atas pagar” dan tidak jemu mencari jawapan.Saya menantikan maklumat yang bernas dari insan-insan yang sudi berkongsi pendapat dan idea.

“Saya tak sukalah politik ni.Orang ni kata yang itu, orang yang itu kata yang ini.Baiklah saya fikir masa depan saya saja,sudahlah.”

Cakap-cakap begini agak saya kurang gemari. Malah bertambah simpati dengan tuan empunya diri.

Suka saya menasihatkan golongan sebegini, sebelum meletakkan satu-satu hukum, cuba kenali dahulu perkara yang hendak dihukumkan. Saya tidak salahkan mereka yang mempunyai fikiran atas pagar. Malah saya amat suka pada individu-individu yang membenarkan ruang untuk diri mereka berfikir dengan lebih analitikal dalam membuat keputusan.

Teringat saya pada kata-kata sahabat baik saya yang pintar, sewaktu beliau menceritakan apa jawapan beliau sewaktu berdebat dengan seorang salesman yang ingin menjual produk Linguaphone pada beliau. Saya tidak berapa ingat secara terperinci akan dialog tersebut, tetapi, lebih kurang begini bunyinya. Kata penjual tersebut ,

“ Cik adik, a clever person , will not take a long time to think in order to get a better thing”

“Yeah, but they do think first before making any decision, right?” beliau membalas dengan hujah yang begitu bernas sehingga membuatkan penjual tersebut mati kutu.

Ya, orang yang bijak tidak akan mudah membuat penghakiman dengan hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja.Orang yang bijak akan menyiasat setiap berita yang disampaikan.

Cantiknya ajaran Islam ialah Islam tidak mengajar umatnya mudah melatah apabila mendengar sesuatu perkhabaran. Setelah kita mendengar berita dari sebelah pihak, kita berikan pula ruang pada pihak yang sebelah lagi untuk menyatakan pendapat mereka.Setelah itu, nilailah dengan menggunakan pertimbangan akal yang telah dikurniakanNya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...