Labels:


"Pesanan saya, jangan pernah berlumba-lumba untuk menjadi lebih baik daripada orang lain. Tetapi, jadilah yang terbaik buat diri sendiri. Setelah sampai di puncak, bimbinglah orang lain juga menuju kejayaan itu.."

"Ingat, kesalahan atau kesilapan, mahupun kecacatan bukan dicipta untuk menyusahkan seseorang. Tetapi di sebalik itu wujud HIKMAH yang menjadikan seseorang
MENYEDARI bahawa manusia sukakan kesempurnaan."

- Akmal Hakim bin Abdul Khalik - 



p/s: usaha semampu mungkin!

Labels:

السلام عليكم


Kalau di tv, ada iklan si adik kecil menyampaikan hasrat ibunya untuk menjemput semua orang datang beraya ke rumahnya di Kampung Badak. Kali ini, giliran saya pula nak mengajak.


Jamuan Jalinan Ukhuwwah

Kami penghuni-penghuni Bait Hanan, nak jemput semua MUSLIMAT datang beraya rumah di

No. 12, Jalan Melawis 3, Taman Melawis
26 September 2009 
11 pagi onwards


Jangan lupa ye.

Kalau sesat, boleh contact Ukhti ‘Izzati


p/s: hari-hari lain pun boleh datang juga :)

Labels:

Saya tak nonton tv petang tu walaupun ia terpasang kuat. Sibuk membantu ibu dan kakak di dapur. Masih sibuk-sibuk dengan persiapan untuk juadah berbuka puasa dan hidangan 1 syawal nanti. Entahkan esok atau pun lusa.. masih lagi berteka teki. Kami plan, sekiranya esok raya, untunglah dah masak awal kerana ibu kerja malam, makanya, kakitangan di rumah ni pasti berkurangan. Namun, jika esok masih ramadhan, untung juga. Boleh kami menjenguk bazaar ramadhan. Puasa kali ini, belum sempat lagi menjenguk mana-mana bazaar di kluang. Terfikir juga nak cari sehelai lagi baju raya buat ‘ada-ada’.

Seloroh aunty dalam telefon lewat zohor tadi, “kalau esok raya, nak pergi tandas pun kena fikir dua kali..”. 

Aunty tak balik kluang raya ni. Kerja malam, sama macam ibu. Kakak, adik, sama je.. ~_~ Berkhidmat untuk masyarakat. Moga hati-hati itu ikhlas memberi. Ya Allah, ganjarilah mereka dengan kebaikan setimpal dengan pengorbanan yang mereka lakukan.

Selesai berbuka puasa dan bersolat maghrib. Sambil-sambil mengemas meja makan, akak dan yang lain menunggu pengumuman di tv. Saya pula di belakang, sibuk mengacau rendang. Malas berebut remote control dengan awish. Kalau si kecik tu balik kluang, jangan haraplah nak tengok rancangan pilihan sendiri. Semua rancangan yang terpapar di skrin tv itu semuanya pilihan dia. Biasalah, kalau dah tarikh lahir sebelah-sebelah ni, surelah tak ngam. Huhu. Aunty otomen ni pasrah je lah ye~

Sayup-sayup terdengar takbir dari surau berhampiran. Alhamdulillah, syawal dah. Syukur Allah permudahkan ramadhan kali ini. Banyak yang tidak dapat diulangi seperti ramadhan sebelum-sebelum ni, tapi alhamdulillah, Allah permudahkan yang lain. Meskipun ia tidak dilalui dengan orang yang sama, tapi tetap bersyukur kerana Dia mengeratkan saya dengan yang baru. Ini jugalah buat pertama kalinya saya ber’ramadhan’ di bait hanan bersama penghuni-penghuninya.

Selepas isya’ dan bertakbir, along dan kak ita hantar ibu ke kerja. Saya dan kakak sambung mengemas rumah. Mengeluarkan pinggan mangkuk, menyusun kuih raya dsb. sambil menjaga awish yang dah tertidur kepenatan kat atas tu. Sementara di luar rumah, anak-anak jiran sibuk membakar mercun satu demi satu. Seronok betul mereka bermain. Debam debum, kuat betul bunyi, mengalahkan alunan takbir raya dari al-ikram. Awish yang tadinya tidur lena, keluar terpisat-pisat, mencari-cari orang untuk dipeluk. Takut barangkali dengan dentuman mercun yang membingit.

“..Kring..kring..”

Ibu call, minta dihantar sedikit baki biskut daging juadah berbuka tadi untuk dijamu pada ‘anak-anak’ di UKK. Sayang betul Mak Mi kat ‘anak-anak’, teman sekerjanya. Saya dan kakak pun bersiap. Alang-alang dah keluar, boleh la ke bazaar. Balik nantilah baru tenggek ayam kat dapur. Yang lain semua dah siap masak. Tinggal rendang ayam je..


Bazaar Ramadhan di Kluang.. manusia dalam gambar ni tak sepadat suasana malam raya tu


Ya Rabbi, ramainya manusia kat bazaar. Masing-masing tak melepaskan peluang membeli di saat-saat akhir kerana tahu barang-barang di bazaar akan dijual dengan harga lelong dan pastinya murah-murah belaka. Suasana sendat dan padat! Puas menjenguk dari hujung ke hujung, akhirnya kami pulang dengan tangan kosong. Tiada yang menarik. Pakaian yang dijual umpama langsir ‘day’. Jarang dan nipis-nipis belaka. Allah, makin teruk citarasa dunia fesyen kini.

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
- Surah an-Nur:31 -

وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ وَأَقِمۡنَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتِينَ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَطِعۡنَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۚ ۥۤ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنڪُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرً۬ا

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
- Surah al-Ahzab:33 -



Jalan penuh dengan kereta. Walaupun banyak kedai dan pasaraya dah tutup, tetapi orang ramai tak juga susut. Hmm begini rupanya suasana di bandar pada malam-malam raya. Inilah pertama kali kami berada di bandar ketika malam raya. Kalau tak kerana ibu kerja malam, sudah tentu kami berada di rumah, ‘buat apa yang patut’ sambil bertukar-tukar cerita hingga ke pagi. Jarang sekali kami sekeluarga tidur di malam raya. Lain sungguh cerita malam raya syawal kali ini..



Aidilfitri Lambang Kesatuan Umat

Selepas jemput ibu dari tempat kerja, kami bersiap-siap untuk ke al-ikram, solat raya di sana. Susut bilangan jama’ah kali ini. Ramai yang pulang ke kampung mungkin. Seronok khutbah kali ini. Meskipun ia disampaikan berdasarkan teks yang disediakan, tapi suara yang menyampaikannya itu yang saya rindu-rindukan. Ketegasannya cukup dihormati. Tabik springlah imam Sudin! ^_^

Antara input yang dikongsikan untuk kita ingat, hadam dan amal adalah untuk memaknakan aidilfitri dengan sebaik-baiknya. Aidilfitri bukanlah cuti peristiwa yang kita raikan dengan menghabiskan masa menonton tv dari pagi santap ke malam. Aidilfitri juga bukan hari kita mengqadha’ kembali masa makan. Bukan juga masa untuk melepaskan diri dari hiruk pikuk ibu kota dengan ‘mengukur katil’ 24 jam.

Aidilfitri adalah simbolik kepada kesatuan dan perpaduan kita sesama masyarakat. Ia perlu dihidupkan dengan saling berkunjung antara satu sama lain. Inilah masanya untuk kita mengeratkan silaturrahim, baik sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, tidak kira umur, tidak kira bangsa dan budaya. Ini juga masanya untuk kita mengambil peluang menjernihkan segala kekeruhan, menguntum senyuman, menghulur tangan untuk saling bermaafan. 

Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah s.w.t. berfirman:

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)”
(Riwayat Ahmad)

Ini barulah raya namanya!

Terima kasih Imam Sudin kerana mengingatkan kami .. apa lagi? Sesi praktikal bermula!


Syawal dan kemeriahan

Syawal ini tak cukup kalau kita nak meriahkan hanya dengan bunga api yang berdentum dentam, tak lengkap juga jika hanya dengan lagu-lagu raya yang mengasyikkan. Syawal pasti meriah jika kita meneranginya dengan ‘cahaya’ itu. Bukan cahaya pelita yang kita pasang berderet-deret masa malam 7 likur itu yang saya maksudkan di sini. Tetapi cahaya ini adalah cahaya mardhatillah yang ternyala dengan semangat ukhuwwah dan ziarah sambil bertakbir yang terpalit keinsafan dan kesedaran. 

Kita bukan hanya menunggu dikunjung, tapi kita juga perlu berkunjung. Lagi cantik apabila ada sesi tukar-menukar juadah raya. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Kebiasaannya, sejak malam raya lagi kami sesama jiran dah bertukar-tukar juadah. Istimewanya kali ini, kami dapat 2 putik buah mangga. Hehe terima kasih pakcik Mat.

Aktiviti beraya rumah ke rumah kali ini terpaksa dilewatkan. Atok beraya bersama aunty di Muar. Ibu pula kerja malam. Kami banyak habiskan masa melayan tetamu dan beraya ke rumah jiran-jiran berhampiran sahaja. Raya ketiga nanti barulah bergerak jauh sikit since ibu pun dah habis kerja malam. Tak sabar nak pergi beraya. Awish pun semangat. Semangat menantikan duit raya. Tidak mengapalah, walaupun belum mengerti apa-apa, tapi kami akan pastikan praktis itu sudah dibiasakan sejak dari kecil supaya dia tahu amalan ini bukan untuk mengumpul duit raya semata-mata. Dia perlu dikenal-kenalkan dengan sanak saudara dan jiran tetangga. Biar dia tahu siapa datuk nenek, berapa ramai sepupu dia, tahu latar belakang dan salah silah keturunan. Saya dan adik beradik juga tak ketinggalan, inilah masa paling sesuai untuk berkumpul bersama sanak saudara yang jarang-jarang jumpa. Mahu berkenalan dengan yang tak kenal. Moga lama-kelamaan akan terbentuk kemesraan di situ. Inilah misi terbesar yang dibawa tahun ke tahun.


awish ber'salam raya' dengan atok
teruja dengan upin & ipin - rambut pun dah hampir sama

Selepas bersolat raya, bermaaf-maafan dan menikmati juadah yang tersedia, kami ke pusara angah, moyang, tok van dan tok tam. Bukan hanya yang hidup perlu dikunjung, mereka yang pergi meninggalkan kita juga harus diziarahi. Mengunjungi pusara mereka menyedarkan kita akan fitrah penciptaan manusia. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita datang dari Allah, dan kepada Dia kita kembali.


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
- Surah al-Imran:185 -


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬‌ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
- Surah al-Anbiya’:35 -


Frust juga awish. Bukan sebab tak nak ikut pergi sekali, tapi tak faham siapa yang telah 'pergi'. Nanti aunty cerita dalam kereta dalam perjalanan balik nanti ye.

Saban tahun inilah aktiviti rutin kami. Elemen ini perlu dihidupkan zaman berzaman. Inilah erti kemeriahan yang sebenar dalam kita ber’Aidilfitri.
promote awish ke promote bunting belakang tu (hehe.. sambil menyelam minum air~)

Syawal kali ini juga meriah kerana jatuh pada bulan September. Ada kejutan rupanya di pagi Syawal. Syukur alhamdulillah.. Moga keimananku, amalanku, ketaqwaanku, kesihatanku bertambah-tambah baik selari dengan umur yang semakin banyak. Banyak lagi yang perlu saya lunaskan di dunia. Moga masih ada kesempatan untuk menyempurnakan semuanya sebelum jasad pulang ke tanah dan roh dipanggil menghadap Tuannya. 
tadaa~ dulu kek pulut.. sekarang cup cakes pooh! wink2*
awish dapat Ben 10 .. melebar senyum!

Buat insan-insan yang lahirnya juga sebulan dengan saya ( u know i know la~ :) ), sanah helwah saya ucapkan. Moga rahmat, maghfirah dan mawaddah sentiasa membaluti tubuhmu sepanjang perjalananmu mengembara di penjara dunia. 




Teristimewa buat sahabiah-sahabiah yang menanti di Melaka. Jemput datang ke Bait Hanan di No 12, Jalan Melawis 3, Taman Melawis pada hari Sabtu 26 Sept. Jangan lupa ye..

Oh ye, telefon bimbit saya dah tiada. Ada kekangan sedikit untuk kita berkomunikasi. Jika sesat, atau mahu bertanya lokasi rumah, boleh hubungi penghuni-penghuninya yang lain ye.


p/s: jom buat yang enam tu ..

Labels:



Forgiving someone is not always easy, especially if they have hurt us quite deeply. Very often, it’s our egos which get in the way of forgiving someone.

“It may be infinitely worse to refuse to forgive than to murder, because the latter may be an impulse of a moment of heat, whereas the former is a cold and deliberate choice of the heart.”
George MacDonald

In other words, George MacDonald is saying that to refuse to forgive is worse than murder and a COLD and DELIBERATE choice of the heart!! The words Cold and Deliberate strikes me, and really made me sit back, think and reflect. It made me think about the times I found it so difficult to forgive someone immediately.

Over time and through experience, we learn that in effect it’s better for us to actually forgive a person than to carry resentment in our hearts. I recall one of our beloved sheikh saying how our emotions are heavy baggage and prove to be obstacles in our journey to Allah subhanahu wa’ ta’ala . The lighter our bags, the quicker we shall reach Allah subhanahu wa’ ta’ala; the more emotion (anger, hatred, sadness, jealousy, envy etc.) we have within us, the more it will slow down our journey to Allah subhanahu wa’ ta’ala as we will waste a lot of time dealing with and overcoming such issues. Therefore we must quickly forgive, close that chapter and move on! 

Let’s not forget, our beloved Prophet sallaAllahu alayhi wasalam was the most forgiving person, and regardless of how he was treated sallaAllahu alayhi wassalam, he was always ready to forgive. So in essence, forgiving others is the prophetic way and being the followers of our beloved Prophet sallaAllahu alayhi wassalam, it’s something that we should strive to embody within our characters. (Reminder to myself first and foremost) 

May Allah soften our hearts and may we find it easy to follow the prophetic way of forgiving each other easily. 



p/s: perkataan yang ringkas tapi padat dengan yang tersirat ..

Labels:




Sedih ..


Syahdu ..


Terkilan ..


Itu yang saya rasa.. 


Menghampiri detik-detik akhir ramadhan kali ini, entah kenapa hati menjadi terlalu sensitif, mudah terusik, tersentuh, terasa dsb. Baik pengucapan, ekspresi tubuh badan, tindakan.. semuanya mengusik hati. 

Buntu. Ada yang ingin Dia tunjukkan.. tapi saya sukar menafsirkan barangkali ..

Inna lillahi wa inna ilaihi raji`un

Asif jiddan, saya mulakan entry kali ini dengan luahan rasa yang amat amat amat berat.. Bukan ini matlamatnya, tetap, perkongsian menjadi fokus utama terlahirnya entry di sini. Moga catatan peribadi lewat ceramah tempoh hari dapat meredakan hati dengan hikmahNya.







Biasa dengar ayat ini ?


Bila selalunya kita guna ayat ini ?


Adakah hanya sekadar digunakan apabila menerima berita kematian?


Mari adik-adik.. kita ulangi sebutannya .. 
Inna lillahi wa inna ilaihi raji`un


Jom hayati kisah di sebalik ayat ini. Adik-adik kenal Ummu Salamah? Siapa dia?


Nama sebenar Ummu Salamah ialah Hindun binti Abi Umayah bin Mugfirah bin Abdullah bin Ibnu Makhzum bin Murrah bin Ka’ab bin Ghalib Al Makhzumiyah Al Quraisyah. Beliau adalah anak saudara Khalid bin Walid Syaifullah dan anak saudara Abu Jahal bin Hisyam. Ayah beliau adalah seorang pembesar Bani Makhzum yang termasyhur. Termasuk salah seorang kaum dermawan Arab yang terkenal, sehigga digelar Zadur Rakib. Ayahnya dengan murah hati selalu membekalkan makanan kepada para musafir yang datang ke rumahnya. Begitu juga, yang pergi bersamanya tanpa mengharapkan balasan.

Ummu Salamah r.a menikah dengan sepupunya, Abdullah bin Asad bin Hilal bin Abdillah bin Amr bin Makhzum bin Murrah bin Ka’ab bin Al Azadi r.a. Suami isteri dari Bani Makhzum dan Bani Asad ini terdaftar dalam golongan orang yang masuk islam pertama.

Suami Ummu Salamah meninggal dunia setelah pulang dari perang Uhud. Ia meninggal akibat luka parah yang dialaminya. Abu Salamah meninggalkan seorang isteri, Ummu Salamah. Ummu Salamah merasa sangat sedih. Fikiran terganggu. Ummu Salamah, seorang yang intelek tidak mahu membiarkan dirinya dirundung pilu berterusan. 

Ummu Salamah sedar Muhammad bin Abdullah, insan yang paling dekat dengan Allah itu masih ada. Balu dan ibu kepada anak-anak yang kematian ayah itu dinasihatkan oleh Nabi s.a.w berkenaan masalahnya. Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar satu doa yang bermaksud,


“Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.” 



Pada waktu itu, Ummu Salamah tertanya-tanya juga siapa lagi yang lebih baik dari suaminya. Namun Ummu Salamah terus mengamalkan doa tersebut serta yakin dengan Allah yang akan memakbulkan doanya.

Beberapa sahabat Rasulullah s.a.w segera melamar Ummu Salamah. Hal ini mereka lakukan sebagai tanda hormat terhadap suaminya yang telah berkorban demi Islam. Juga untuk melindungi diri Ummu Salamah. Mereka itu termasuklah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin al-Khattab , tetapi Ummu Salamah menolaknya.

Kebimbangan Ummu Salamah berhubung pengganti suaminya akhirnya terjawab tatkala dilamar oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Inilah rupanya hasil doa dan kesabarannya. Kehilangan Abu Salamah telah diganti oleh Allah dengan sebaik-baik manusia yakni Rasulullah s.aw.

Lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.” 

Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”

Hilanglah rasa ralat di hati Ummu Salamah. Lalu diterima lamaran sebaik-baik manusia itu dengan rasa gembira. Status Ummu Salamah meningkat menjadi salah satu Ummahatul Mukminin, yang telah memberikan contoh tauladan dalam menempuh mehnah hidup. 
Adik-adik, apa iktibar yang boleh kita dapat dari Kisah Ummu Salamah ini? 

  • Sabar tatkala menghadapi mehnah dan tribulasi.
  • Doakan agar mereka yang menganiaya kita mendapat hidayah.
  • Jangan berdendam.
  • Mohon Allah jadikan kesedihan hati sebagai kaffarah dosa-dosa yang lalu serta beristighfarlah.
  • Elakkan mengadu sesama manusia kecuali untuk mendapatkan pandangan agama dalam masalah yang dihadapi.
  • Serahkan urusan mereka yang menganiaya (kecuali kes kematian pasangan) kepada Allah. Jangan sekali-kali cuba membalas perbuatan mereka kerana bimbang kita ter’over’ membalasnya. Cukuplah Allah sebagai hakim yang maha adil untuk mengadili kes mereka.
  • Amalkan doa Ummu Salamah seperti tertulis di atas.
  • Bersangka baik dengan Allah bahawa Allah takdirkan yang terbaik untuk kita dengan menjauhkan sesuatu yang akan lebih menyusahkan diri kita di masa-masa akan datang. Dalam masa yang sama, sebenarnya Allah mahu beri sesuatu yang lebih baik untuk kita. Dalam tempoh diuji, Allah mahu menilai tahap sabar, pasrah kita padaNya dan akhlak kita sesama manusia. Bila kita dapat melepasi pra-syarat tersebut, insya Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
  • Jangan putus asa dari rahmat Allah.


When we are afflicted with hardships and tests, or simply do not get something we anticipated or hoped for, then the story of Ummu Salamah radiAllahu anha brings much comfort to the heart. It also encourages us to build up our own strength and increase our trust in Allah subhanahu wa tala, for surely He is the best of planners and providers.





p/s: berlumba-lumba membuat kebaikan, menghapus kemungkaran (biarkan ia seiringan!)

Labels:


Sebuah nasihat terutama untuk diriku dan saudari-saudariku…”Kembalilah pada Kitabullah, Al Qur’an Al-Karim”

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


“Sesungguhnya Al Qur’an ini memberikan petunjuk pada (jalan) yang lebih lurus.” 
(Surah Al Isra’: 9)


Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian Kitabullah, yang jika kalian berpegang teguh dengannya, maka kalian tidak akan tersesat.” 
(HR. Muslim dan At-Turmudzi)


Apa tujuan al-quran diturunkan? Allah telah menurunkan Al-Qur’an untuk diimani, dipelajari, dibaca, ditadabburi, diamalkan, dijadikan sandaran hukum, dijadikan rujukan dan untuk dijadikan ubat daripada pelbagai penyakit dan ‘kekotoran’ hati serta untuk hikmah-hikmah lain yang Allah kehendaki. 

Ukhti adinda-adinda tersayang, fahamilah tujuan ini ..

Selamatkanlah dirimu dengan bertaqwa kepada Allah. Tanamkanlah kemahuan yang amat amat amat tinggi untuk mengambil manfaat dari al-Qur’an dalam segala hal yang memungkinkan. Letakkanlah usahamu di situ. Demi Allah, semakin kita berusaha mendekatinya, merenungi dan mentadabburi, maka semakin banyak kebaikan yang akan kita dapatkan.


Perbaikkan dan Perbanyakkanlah Membacanya

Kita disyari’atkan dan disunnahkan memperbanyak membacanya serta mengkhatamkannya sebulan sekali, namun ini tidak wajib. Seandainya kita boleh mengkhatamkannya dalam durasi lebih singkat daripada itu, maka lakukanlah kerana itu lebih bagus.


Ukhti, Tidakkah Engkau Menginginkan Pahala yang Banyak dari Rabbmu? 

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." 
(Muttafaqun ‘alaih: Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Allah s.w.t. telah mengangkat darjat banyak kaum dengan Al Qur’an dan menghinakan yang lain dengannya pula. Maka apa yang telah kita usahakan agar darjat kita diangkat di sisi Allah. 

Memahukan sesuatu perkara tidak akan ada ertinya kecuali kita bangun dan bersegera untuk mencapai apa yang kita mahukan

Titipan kasih buat adik-adik juga sahabat yang Berkeinginan dan Berusaha Menjadi Penghafaz Al Qur’an

Ya ukhti, jika telah hadir perasaan yang membuak-buak untuk menghafaz Kalam Allah, semangat yang menggunung tinggi, namun tanpa dijemput-jemput, sang syaitan memanah kita dengan panahan rasa jemu, disibukkan dengan urusan-urusan lain yang menjadi penghalang, dan membuatkan hafazan al-Quran menjadi suatu yang berat, maka bacalah sabda Rasulullah s.a.w:

“Jagalah (hafalan) Al-Qur’an, demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya Al-Qur’an itu sangat cepat terlepas melebihi (lepasnya) unta dari ikatannya.” (Diriwayatkan Al-Bukhari dari hadits Abu Musa r.a.)

Bagaimana untuk elakkan ikatan Unta daripada Terlepas?

Tentulah dengan mengikatnya dengan kuat kemudian menjaganya. Ukhti, Al-Qur’an memerlukan kita untuk selalu mengulang dan membacanya. Bila kita dah hafaz satu surah, selalulah mengulang-ulang bacaannya sehingga kita benar-benar menguasainya dengan mantap, lebih cantik jika kita hafaz merujuk kepada maknanya sekali. Supaya kita bukan hafaz untuk bersahaja tetapi menghafaz untuk bercinta dengan Pencipta. Jangan pindah ke surah lain, kecuali bila kita sudah menghafaznya dengan mantap.

Allah s.w.t. berfirman:

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur’an untuk dijadikan pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” 
(Surah Al-Qamar: 17)


Kita boleh menghafaz di pagi hari setelah solat Subuh atau pada waktu-waktu yang lain yang senang untuk kita. Tak perlu spesifik masa. Boleh sahaja mengulang bacaan ketika solat, ketika berjalan ke kampus, hatta ketika menunggu pensyarah memulakan kelas pun kita boleh sempatkan diri mengulangi bacaan. Ia boleh dilakukan dimana sahaja tidak kira masa dan tempat selagi mana kita tahu menjaga adab-adabnya. Semuanya terletak pada kemahuan diri dan ketulusan niat kita. Jika kita serius untuk memaknakannya, dengan izinNya, Al-Quran itu menjadi suatu yang mudah untuk dihafaz.

 
Ukhti yang disayangi, semoga Allah meluruskan niatku dan niatmu. Mohonlah kemudahan dari Allah. Katakanlah pada dirimu, sesungguhnya besarnya kebaikan yang kita peroleh akan setimpal dengan kesulitan yang kita hadapi. Dagangan Allah itu teramat mahal. Takkan bisa kita dapatkan kecuali dengan kesungguhan, kerja keras dan kesabaran. Takkan ada lagi kesulitan setelah masuk syurga, dan takkan ada kebahagiaan sedikit pun di dalam neraka. Dan bukankah yang kita tuju adalah kebahagiaan abadi di dalam syurgaNya serta kenikmatan melihat wajahNya?

Ukhti, didiklah sahabat-sahabatmu, adik beradikmu, juga cahaya matamu (kelak) untuk mencintai Al-Qur’an. Sesungguhnya orang yang menunjukkan kepada seseorang kebaikan maka akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya. Maka didik dan doronglah mereka untuk membaca, mentadabburi, serta menghafaz Al Qur’an. Jika merasa jemu atau lelah dalam mengajar mereka, bayangkan balasan yang telah dijanjikan itu. Semoga semua usaha untuk mendidik mereka mendapat balasan yang lebih baik dari Allah s.w.t.

Tips Mengafaz al-Quran:

  • Kemahuan Sendiri (bukan kerana dipaksa atau terpaksa)
  • Membenarkan Ucapan dan Bacaan

    - boleh dengar kaset-kaset murattal yang di baca qari yang baik dan bagus bacaannnya atau dari mereka yang hafaz al-Quran. Wajib bagi penghafaz al-Quran untuk tidak bersandar kepada dirinya semata-mata dalam hal bacaan al-Quran beserta tajwid.
  • Buat Sasaran Hafazan Setiap Hari

    - Sebagai contoh, kita set sepuluh ayat setiap hari atau satu halaman (sesuai mengikut kemampuan), dan dilaksanakan seboleh mungkin dengan berdisiplin.
  • Memperbaiki dan Memantapkan bacaan

    - pastikan kita tidak beralih hafalan sebelum mendapat hafalan yang sempurna. Supaya dapat memantapkan hafalan di hati.
  • Menghafaz dengan merujuk satu mushaf(kitab) sahaja

    - semasa kita menghafaz, secara tidak langsung akan terbekas dalam hati dan ingatan akan bentuk-bentuk ayat dan tempat – tempatnya dalam mushaf. Bila mana kita menggunakan banyak mushaf (merubah /mengganti mushaf), maka hafalannya akan berbeza-beza dan secara tidak langsung akan menyulitkan proses hafazan.
  • Merujuk makna 

    - Memahami adalah salah satu jalan untuk menghafaz. Kita akan lebih mudah menghafaz bila kita tahu kaitan antara satu ayat dengan satu ayat yang lain, tahu sebab turunnya ayat, memahami makna yang sukar dan kenal hokum yang khusus.
  • Selalu Memperdengarkan Hafazan (disemak oleh orang lain)

    - Hal ini untuk tujuan kita perbaiki kesalahan dalam bacaan atau lupa.
  • Selalu Menjaga Hafalan dengan Muraja’ah

    - Bersabda Rasulullah SAW: 

    "Jagalah benar-benar AL-QUR'AN ini ,demi Yang jiwaku berada di tanganNya al-Quran 
    lebih cepat terlepas daripada unta yang terikat dari ikatannnya”.

  • Bersungguh–sungguh dan berhati–hati ketika menghafaz ayat yang serupa

    - Hati-hati semasa membaca/menghafaz ayat-ayat yang serupa/hampir serupa dalam lafaz. 

  • Menghafaz al-Quran bermula dari usia muda

    - Usia yang baik untuk menghafaz adalah dari umur 5-25 tahun. Menghafaz di usia muda lebih mudah dan lebih baik daripada menghafal di usia tua.

Menghafal di waktu kecil seperti mengukir di atas batu, menghafal di waktu tua seperti mengukir di atas air.



Waspada Perkara-perkara berikut!

  • ‘Memeriahkan’ dosa dan maksiat

    - Sesungguhnya dosa dan maksiat akan melupakan dan menjauhkan kita daripada al-Quran. Apa yang lebih teruk apabila hati menjadi buta dari dzikrullah. 
  • Tiada usaha dan kesungguhan untuk menjaga hafalan dan konsistensi untuk mengulangi bacaan

    - Tidak mahu memperdengarkan (meminta orang lain untuk menyemak) hafalan kepada orang lain.

  • Perhatian yang berlebihan terhadap urusan dunia

    - Menjadikan hati tergantung dengan urusan duniawi sehingga menyebabkan diri terleka dan seterusnya tidak mampu untuk menghafal dengan mudah.

"Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi) 

"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)




Adik-adik, kita pohon pada Allah agar ditolong dan dipermudahkan dalam membaca, mempelajari dan menghafal, serta mengamalkan kandungan Kitabullah. Semoga Al Qur’an menjadi pemberi syafa’at dan penolong kita di akhirat kelak. Dan kita berharap agar Allah tidak menjadikan Al Qur’an menjadi hujjah yang justru akan mencelakan kita di akhirat. Aamiin…



Alhamdulillah, tadarus kita berakhir semalam. Insya-Allah penutupnya akan diadakan pada:


Majlis Khatam al-Quran
Tempat: Masjid al-Irsyad, MMU Melaka
Tarikh/Masa: 10 Sept. 2009 (Khamis) / 9.30 malam (usai solat Tarawikh)


Jom kita meriahkan masjid ye :)


p/s: ana uhibbukum fillah ya usrati >:D<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...