Labels:

Alhamdulillah~

Hamdan katheeran thoiyyiban mubarakan fiihi ‘ala kulli hal~

Tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata apabila Allah berikan nikmat kesempatan untuk menghadiri  majlis Haul Imam al-Haddad Rahimahu Allah. Jarang sekali saya dapat ke sana. Kebetulan tiada sebarang keutamaan lain yang perlu disegerakan, ajakan kak ainur melalui sms untuk ke sana pantas dibalas ‘ya’; penuh kesungguhan.

Agak lewat juga kami sampai di sana. Sampai sahaja, tau-tau dengar imam bagi salam, menandakan usainya solat maghrib. 

Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh adik Ahmad bin Zulkifli dan kemudiannya diteruskan dengan dua tazkirah yang disampaikan oleh ulama’-ulama’ besar dari Hadramaut dengan selingan qasidah-qasidah. 

Gembira dan bersyukur. Mungkin itu perasaan saya sepanjang berada di majlis tersebut. Bertambah-tambah girang bila dapat berjumpa sahabat yang dirindui. Bukan senang nak jumpa sahabat saya yang seorang ni. Bila saya ada, dia tiada, bila dia ada, saya pula yang tiada. Maha suci Mu ya Allah.. tiada yang terindah melainkan perancangan yang terbaik dariMu. Sempatlah juga melepaskan rindu walaupun sebentar cuma.

Untuk adik-adik dan sahabat-sahabat yang tak berkesempatan menghadirinya, usah bersedih, saya tak lupakan awak semua. Saya bawa buah tangan dari sana teristimewa untuk kalian semua. Walaupun ia tak selengkap mana, namun moga mana yang sempat diambil dapat dimanfaatkan bersama.

 

Istimewa dari saya untuk kamu semua~ :)

Tazkirah 1 

Qasidah 1

Tazkirah 2

Qasidah 2

(file boleh dibuka dengan menggunakan real player)


p/s: rindukan kenangan berada dalam halaqah, sama-sama membaca Ratib al-Haddad dan Wird al-Latif tatkala berkampung mencari sekeping ilmu buat bekalan ke akhirat sana ..

Labels:

Kemanisan terletak pada kesungguhan

“Sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh.”
(Riwayat al-Baihaqi)


p/s: semangat fyp mungkin

Syukur lillah.. Allah sempatkan saya untuk berqailullah sebentar tengah hari tadi. Dengan kondisi diri yang tak berapa enak, mudah saja mata ni tertutup.

Kebiasaannya tengah-tengah hari kalau saya senang untuk berqailullah adalah disebabkan oleh tidur yang sekejap pada malam sebelumnya. Dan akibatnya saya akan tidur mati hingga tak sempat bermimpi.

Tapi hari ni lain ..

Saya bermimpi ..

Saya mimpi dia meninggal dunia! Saya tak pasti puncanya. Cuma saya dapat berita dan saya datang berziarah di rumahnya. Saya nampak dia dalam keadaan berkafan. Bersih wajahnya, sama seperti arwah angah. Lengkap; sedia untuk dikebumikan. Dalam mimpi saya sempat bermimpi. Saya berusaha menerima ketentuanNya yang dia telah pergi. Berulang-ulang kali saya berfikir. Terpinga-pinga. Adakah yang saya saksikan itu hanya sekadar mimpi atau kenyataan? Saya cuba meyakinkan diri.

Entah apa penyudahnya.. saya dijagakan oleh azan Zuhur. Saya tersedar dalam kebingungan.. dan ia hanyalah sekadar mimpi cuma.


Beria-ia benar saya bermimpi. Habis basah mata dan pipi. Pemergian seorang insan yang dirasakan dua kali tapi hakikatnya manusia berbeza yang tiada langsung kaitan antara keduanya.



"Tidak tetap kegembiraan kecuali mimpi tentang perkara yang baik di mana yang bermimpi adalah seorang lelaki yang baik.Kerana mimpi yang baik adalah khabar gembira dari Allah untuk hambaNya yang baik, sedangkan mimpi buruk daripada syaitan, maka tidak akan membahayakan.Oleh itu jika mimpi buruk janganlah diceritakan kepada orang lain sedangkan mimpi yang baik ( dari Allah ) adalah tidak mengapa dicerita kepada orang lain."




Diriwayatkan Abu Said Khudri r.a.Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:


"Apabila diantara kamu ada yang mimpi menyenangkan (memberi khabar gembira), maka ia bermakna dari Allah. maka bacalah hamdalah dan ceritakan (mimpi yang baik tersebut kepada orang lain), tetapi sekiranya mimpi yang tidak menyenangkan , maka ia bermakna daripada syaitan. Oleh itu mohonlah perlindungan Allah dari kejahatan (mimpi dari syaitan), dan janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, maka mimpi tersebut tidak akan membawa mudarat." ( Hadis Riwayat Bukhari )



Cepat atau lambat kita pasti akan dikembalikan kepada al-Khaliq. Bersedialah menanti hari itu. Baik sebagai orang yang 'kehilangan' mahupun sebagai orang yang 'hilang'.




p/s: Moga Allah cucuri rahmat atas roh Allahyarham Hj. Noor Azrai Mohd Noor & semoga dia dipanjangkan umur dan menjadi insan yang soleh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...