Labels: ,

Bismillah wa Alhamdulillah,

Mei, Jun dan Julai..ramai sungguh yang menamatkan zaman solo. Menaiktaraf status diri kepada isteri mahupun suami kepada pasangan masing-masing. Meskipun tidak berjaya menghadirkan diri, saya tetap mendoakan kebahagiaan kalian.


Paling baru: Ukhti Nawwar & Akhi Aizam

Filzah & Sabirin

Amir & Diana

Ukhti Munawwaroh & Akhi Anuar

Kak Nisa & Akmal

Nabiha & Johanes

Anas & Affda

Akhi Aidil & Kak Syazwani

Setia, Percaya dan Ikhlas. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga~


p/s: akan datang, lagi ramai. Kan?

Labels: ,

Bismillah wa alhamdulillah..


Hari ini sengaja balik awal. Tiada la seawal mana, 5.45 juga saya keluar. Khuatir akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas kerana pada sebelah malamnya nanti akan berlangsung perlawanan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012, Malaysia menentang Lebanon.

Kakak saya la bersungguh mengingatkan saya supaya berhati-hati ketika memandu kerana kebiasaannya jika ada perlawanan bola sepak pasti banyak polis berjaga.

Sampai di rumah, besar harapan nak lihat siaran langsung di tv. Malangnya tiada! Yang menyiarkan hanyalah siaran tv berbayar. Hmm..kalau saluran tv malaysia sendiri tak nak siarkan perlawanan pasukan sendiri, tak beri sokongan, siapa lagi?

Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tadi, sekaligus melayakkan mereka mara ke peringkat seterusnya. Tahniah skuad Malaysia!





p/s: Saya bukanlah penggemar/ penonton tegar bola sepak.. tapi sekurang-kurangnya saya ambil tahu.

Labels: ,

Bismillah wa alhamdulillah ..



Dua hari lepas merupakan Hari Bapa. Saya sekeluarga tidaklah terlalu menyambut termasuk Hari Ibu. Bagi kami anak-beranak, setiap hari merupakan hari untuk ibu dan ayah kami. Hampir setiap hari, selagi boleh kami akan meraikan mereka dengan cara kami. Semoga kami dapat berbakti kepada mereka selagi Allah berikan peluang dan keizinan. Semuanya merupakan pinjaman. Maknakan selagi ada kesempatan.


credit to Card-A-Heart

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran ibu tersayang. 21 Jun 2011. Ketika berada di rumah, kami adik beradik (kebiasaannya bersama kakak) akan menunggu tepat jam 12 tengah malam untuk wish ibu. Dahulu ibu selalu tidur awal. Tepat jam 12, kami naik atas untuk ke bilik ibu. Senyap-senyap kami baring sebelah ibu dan wish di telinganya, Selamat Hari Lahir ibu~ sambil memberikan kucupan penuh kasih sayang pada pipinya. Selepas wish, kami sambung tidur sebelah ibu.. :-x

Tapi hari ini tak boleh ulang apa yang terbiasa dilakukan. Dapat sekadar call, wish dan panjatkan doa dari kejauhan. Semalam beriya benar nak tunggu pukul 12. Belum pun pukul 11, mata dah berat. Kesudahannya tinggal lah akak dan along menunggu detik 12 tengah malam untuk wish pada ibu. Saya pula, pagi subuh tadi baru wish.

Hmm..kalau di rumah, pasti dapat wish serta merta. Perangai saya, along dan akak, bila balik rumah di Kluang, mesti tidur lambat, termasuklah ibu. Kalau dulu ibu selalu tidur awal. Sekarang, amat jarang sangat! Lebih-lebih lagi kalau tau anak-anak (kami) nak balik rumah. Risau anak-anak daranya bermusafir di malam hari. Bila selamat tiba, keseronokan menyambut kami membuatkan ibu sampai tak sedar dah masuk 2 - 3 pagi!


Walau apa pun caranya, kami tetap mendoakan agar Allah memberikan ibu dan ayah:

  • umur yang panjang dalam keredhaan, keberkatan dan penuh kesyukuran,
  • kemurahan rezeki yang halal,
  • hati yang gembira,
  • kesihatan yang sempurna,
  • dijauhkan dari penyakit-penyakit berbahaya,
  • dipermudahkan dalam mempelajari ilmu agama dan mengamalkannya,
  • ikatan perkahwinan, rumah tangga yang kukuh dan bahagia hingga ke syurga,
  • diizinkan Allah untuk menjadi tetamuNya di Mekah- mengerjakan ibadah haji dan umrah,
  • diakhirkan kehidupan di dunia dalam kemantapan iman,
  • dihimpunkan di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan.

Kami adik-beradik mengaminkan setiap apa yang ibu dan ayah doakan.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pelindung. Kami serahkan ibu dan ayah kami dalam perlindunganMu. Peliharalah keselamatan mereka sepanjang ketiadaan kami di sisi mereka. Sesungguhnya Engkaulah al-Muhaimin terbaik. Tiada tempat perlindungan sebaik perlindunganMu.

Tarikh ini juga merupakan ulang tahun kelahiran ukhti tersayang, Ina Shafina binti Sahimi dan kawan saya, Ahmad Fadhlan. Semoga Allah memberkati usia kalian :)

Ya Allah, kami memohon belas kasihanMu, kami mohon kasih sayangMu, kami mohon keredhaanMu.

Ya Allah, pandanglah kami dengan pandangan rahmatMu, janganlah Engkau berpaling daripada kami, janganlah Engkau tinggalkan kami.

Ya Allah, Engkaulah yang mengatur segala urusan, hanya Engkaulah satu-satunya tuhan tempat kami mengadu dan meminta. DaripadaMu kami datang dan kepadaMu kami pasti dikembalikan.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, maafkan segala kesalahan dan kesilapan kami, terutama kedua ibu bapa kami, yang telah melahir dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, rahmatilah mereka sebagaimana mereka telah memelihara kami sewaktu kami kecil dan tidak faham warna-warni kehidupan.

Ya Allah, balaslah setiap titisan darah dan peluh mereka, melahir dan mendidik kami, dengan ganjaran berlipat ganda, kami berwakil kepadaMu untuk membalas segala kebaikan mereka dengan sebaik-baik anugerah dan pahala, jadikanlah mereka berbangga melahirkan kami.

Wahai Allah yang Maha memperkenankan segala permintaan.

credit to Velvet Gifts




p/s: 21, 22, 23, 24, 25, 26! semakin hampir~ :)

Labels: ,

Bismillah wa Alhamdulillah


Hari ini terbaca di page Kak Taz:

pagi ni happy dpt berita gembira nab bersalin baby boy 4kg, walau nab yg mengandung dan melahirkan, aura gembira dpt kita rasakan, itulah sebab Allah Taala suruh sebarkan berita gembira agar semua boleh rasa, bila ditimpa kesedihan dimaklumkan agar penderitaan jiwa jadi ringan bila dikongsi bersama, gembira perasaan duka pun perasaan, ianya blh berkembang dan berkurang, syaratnya luah cara Islam!

selamat bersahabat!

Seperti ada kaitan dengan apa yang zauj sahabat saya kongsikan di page nya:

5 Minggu ~ Alhamdulillah :)

Sahabat saya kini hamil 5 minggu! Zaujnya kata, “Hadiah besday tu, 8 jun..”

Saya sangat sangat sangat sangat teramat sangat bahagia apabila membaca berita berkenaan. Lagi seronok apabila zauj sahabat saya sendiri mengiyakan berita berkenaan. Itu baru suaminya. Kalau sahabat saya sendiri yang berkongsi cerita, tak tau la macam mana jadinya nanti. Happening!

Rasa seperti baru semalam saya mengiringinya pulang ke kampung halaman. Macam semalam juga menaiki penerbangan tambang murah Air Asia, merasai pengalaman meredah cuaca buruk ketika hendak melakukan pendaratan. Setia di sisi dari Terengganu sehinggalah ke Kelantan. Dan kini, beliau disahkan hamil cahaya mata sulung! Cepat betul masa berlalu.

Ketika usia pernikahan mereka mencecah sebulan


Baik sahaja saya nak post entry ni, beliau sms. Dan akhirnya...Sahih! Mabruk ‘alaikum~ Tidak terperi kegembiraannya. Daripada tersenyum kambing, secara automatik bertukar senyuman safi :D Sujud syukur pada Mu ya Rabb.

Pintanya:

Doakan saya dan kandungan ok. Kecit Kecik sangat lagi ini

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga zaujnya tenang dan sabar sepanjang period ni :) Kepada sahabat tersayang, semoga Allah berikan kesabaran dalam mendepani setiap kesakitan dan dugaan yang ditanggung sepanjang tempoh masa mengandung dan ketika proses melahirkan nanti.

Ya Allah jagalah anak selama ada di dalam kandungan sahabatku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang Maha menyembuhkan, tiada ubat kecuali ubatMu yang tidak akan membawa penyakit

Ya Allah bentuklah dia dalam kandungan sahabatku dengan bentuk yang cantik dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanMu

Ya Allah keluarkanlah dia dari kandungan sahabatku ketika sahabatku melahirkan dengan mudah dan selamat

Ya Allah jadikanlah putera/puterinya cahaya mata yang sihat, sempurna, berakal, cerdas, ‘alim dan mengamalkan ilmunya

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadith dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam


Semoga fasa-fasa ini dapat mematangkan diri dan mengeratkan percintaan kalian.


Ameen ya Rabb~



p/s: Dalam suka, ada yang sedang berduka. Takziah juga buat adindaku, ‘Izzati Osman sekeluarga atas pemergian atok nendanya kerahmatullah tengahari tadi. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang soleh. Semoga beliau sekeluarga tabah dan sabar dalam menerima dugaanNya.

Al-Fatihah~

Labels: , ,

Bismillah wa Alhamdulillah

Percaya tak jika saya kata, untuk sebarkan islam, menyampai dan berkongsi ilmu, kita hanya perlukan sebuah senyuman.

Tak percaya?

Cubalah anda senyum kepada sesiapa sahaja apabila bertemu.. cuba lihat respon mereka. Pasti mereka kembali melontarkan senyuman semanis kurma.

Senyum mencipta mesra

Senyum bukti tanda hormat

Senyumlah dari hati

You smile, i smile~

Senyuman yang ikhlas dari hati, pasti berjaya memikat hati. Senyuman berupaya mencipta kemesraan. Menghubungkan dua insan yang saling tidak mengenali, dan akhirnya bertukar menjadi sahabat sejati. Orang mendekati kita dengan perasaan bukan kerana dipaksa. Semestinya, dengan izin Dia.

Senyuman yang berbalas, berkemungkinan besar mencetuskan sebuah komunikasi. Komunikasi yang ringkas di permulaan berupaya mendorong kepada bicara yang lebih panjang, lama, kompleks dan padat.

Keindahan itu tidak semestinya hadir hanya dalam kesamaan tetapi keindahan juga boleh datang dalam perbezaan.

Setiap manusia yang lahir, tidak menyerupai antara satu sama lain. Ada yang sempurna, ada yang sebaliknya. Namun semuanya sama-sama membesar berakar baik jiwa pemikiran dan raganya.


Simple random acts of kIndness help Everyone

Negeri ini adalah bangsa yang majmuk dengan kepelbagaian suku kaum, bahasa, keyakinan dan budaya, juga perangai. Semuanya indah, tiada alasan untuk merasakan lebih baik dari yang lain. Tersenyumlah dalam perbezaan :)

Info menarik:

Teknik senyum 1225

1 dari hati yang ikhlas, 2 cm ke kiri, 2 cm ke kanan, Lakukan selama 5 detik (minimum)

Terbentuk senyuman yang seimbang, sempurna, akan hadir rezeki dan kasih sayang manusia. Senyuman yang seimbang akan melambangkan keseimbangan hati kita. Tapi awas! Jangan diubah tekniknya menjadi 1230:

1 dari hati yang kusut, 2 cm ke depan, Dilakukan selama 30 detik

Hmm boleh huru hara! :)

Semua yang terjadi dalam seharian, sepanjang kehidupan ini semuanya dari Allah. Oleh yang demikian, tersenyumlah kerana DIA.

A smile is a powerful weapon, you can even break the ice with it.

Always be happy, always wear a smile. It is not because life is full of reasons to smile. But because your smile itself is a reason for many others to smile :)

SMILE – Special Magic In Leaving Everyday



p/s: :)

Labels: ,

Bismillah wa Alhamdulillah..

Dalam perjalanan ke pejabat, seperti kebiasaan saya akan dengar radio sebagai hiburan peneman dikala kebosanan menghadapi kesesakan jalan di pagi hari. Mereka yang dekat dengan saya tahu yang saya bukan jenis yang suka dengar radio atau lagu. Selalu kalau dengar pun, bila terasa nak dengar. Itu pun jarang-jarang sangat. Tengok angin~ Tetapi kini apabila memandu sendirian sambil ditemani kesesakan lalu lintas setiap kali pergi dan balik dari pejabat, menjadikan radio atau lagu itu suatu kemestian apabila memandu. Bosan dengan 1 siaran, berpindah ke siaran lain sehinggalah sampai tempat praktikal.

Pagi tadi, dalam ralit bertukar-tukar siaran radio, saya tertarik dengan tajuk yang dibincangkan oleh penyampai radio mengenai penggunaan singkatan dalam berkomunikasi oleh generasi Y. Saya rasa generasi lain pun ada gunakan tapi tak se’fasih’ mereka :)

Kata-kata singkatan seperti OMG, OTW, IMHO, OYD, LOL, BRB, BFF, FYI, TBC, TMI, JK, ASAP, OEB, TOY, PIC, PCM, OIC, TTYL, dan seangkatan dengannya dah terlalu biasa digunakan baik dikalangan kanak-kanak, remaja, sehinggalah mereka yang bijak pandai. Jika ada dikalangan kita yang tidak tahu maksud singkatan tersebut dianggap sebagai old school dan ketinggalan zaman. Sebenarnya tak sesusah mana untuk faham jika sudah terbiasa bergaul dengan mereka yang gemar berbahasa basi sebegini. Layankan~

Saya sendiri sejak dua minggu di sini (pejabat), semua urusan pun dalam singkatan. Sampai rasa macam, “boleh tak hari ini kita lancarkan kempen berbahasa lengkap” aihh~ Mimpikan sahaja sebab adakalanya singkatan yang digunakan sangat membantu dek kerana ayat lengkapnya sangat lah panjang berjela-jela.

Kadang-kadang seronok juga menggunakannya, kerana kita dapat ajak si penerima (pembaca) untuk berfikir dan buat homework sedikit sebelum tahu dan faham. Melatih akal supaya rajin berfikir. Saya sendiri, untuk urusan kerja, adakalanya perlu google terlebih dahulu untuk tahu maksud sesuatu singkatan perkataan. Tapi dalam urusan lain ketika bersms/fb dan sebagainya, menggunakan perkataan-perkataan singkat ini, bila dah selalu sangat, dan diaplikasikan tak kena tempat, itu yang jadi sangat menyusahkan! :)



Namun, ada sesuatu yang saya sangat tak suka mengenai bahasa adik-adik remaja sekarang. Penggunaan ejaan seperti itew (itu), kamoo (kamu), kakaq (kakak), keyh (ok), jer (sahaja), ty (nanti) ada kalanya sangat melemaskan. Kalau dahulu banyak orang yang suka memendekkan perkataan. Contohnya seperti 2 (itu), 2moro (tomorrow), on9 (online), n (and), ur (your). Tapi sekarang lain pula cerita, suka pula mereka nak memanjangkan sesuatu perkataan.

Penggunaan singkatan atau bahasa ringkas semestinya akan memberi implikasi besar dalam kehidupan kita kerana ia membabitkan komunikasi harian. Bahasa itu sendiri merupakan medium yang memudahkan proses komunikasi. Namun begitu, tiada gunanya andai perkataan yang dipendek-pendekkan ringkas, tapi bukan main payah nak baca. Tak ke menyusahkan? Bak kata seseorang, apa guna memudahkan komunikasi, kalau nak memahami komunikasi itu mengambil masa?

Belajarlah berbahasa kerana bahasa jiwa bangsa~ :) Jika tiada rasa kasih kepada bahasa, bagaimana mungkin ada kemahuan untuk menjaga dan menghormatinya.

Jom selak semula pandangan Ustaz Hasrizal: Pecah Kaca Pecah Gelas, Rosak Bahasa Nak Baca Pun Malas

Nota kaki:

OMG – Oh My God

FYI – For Your Information

IMHO – In My Humble Opinion

BFF – Best Friend Forever

BRB – Be Right Back

LOL – Laugh Out Loud

OTW – On The Way

TBC – To Be Confirmed

TMI - Too Much Information

JK - Just Kidding

ASAP - As Soon As Possible

OEB - On Early Bird

TOY - Thinking Of You

PCM - Please Call Me

OIC - Oh I See

TTYL - Talk To You Later

PIC - Person In Charge

OYD – Oleh Yang Demikian (saya tambah sendiri) ^,^


p/s: ingatkan masa di MMU je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...