Nov 15, 2017
Nov 10, 2017
Hati
Perbaiki dasar.
Dasar?
Hati.
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya. Dan membaiki manusia, baiki hatinya."Bila hati kuat
Datanglah segala ujian
Dibuli, dimarah, diherdik.
Kau akan OK.
Trying.
Terbuang
"Semoga ukhuwwah sampai ke Jannah?"
Terma kata.
Mainan bibir.
Diguna bila perlu.
Dibuang bila tiada madu.
Terasing bagai pendatang asing.
Nov 8, 2017
Nak bahagiakan orang lain?
Nak bahagiakan semua orang?
Walaupun usaha sedayanya
Selamanya kau takkan mampu.
Solusi?
Senyum
Tenang
Jalan ke hadapan
Kau hidup kat dunia
Bukannya syurga
Faham.
Nov 7, 2017
Awkward
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Nov 5, 2017
Cry on my shoulder
Lurus
Lurus.
Lurus seperti pembaris.
Pembaris tegak
Tidak membengkok
Tidak juga bergerigi
Dilontar pandangan... tak paham.
Dilontar gaya... tak perasan.
Dilontar kata... tak tahu.
That is the reason.
For all this while, the things that happened is just a series of REJECTIONS.
Sekarang tahu
Aku PEMBARIS!
Sep 23, 2014
Harta [Cik Samad vs. Cik Abu]


Apr 7, 2014
Banyak cakap vs. Membebel
- banyak cakap untuk berpesan-pesan, mengingatkan
- banyak cakap tetapi intipatinya adalah keluhan
- banyak cakap yang menjurus ke arah bersangka-sangka
Mar 27, 2014
Selangkah ke arah penjenamaan diri dan perniagaan
Jun 8, 2013
Saya bukan Cinderella
May 30, 2013
Pahala depan mata
Apr 4, 2013
Mengundi untuk pertama kali
Siapa yang bakal kita pilih?
Siapa pula yang bakal terpilih?
Firman Allah yang dipetik dari surah ali-Imran, ayat ke-26:
Semuanya mengikut pilihan kita. Ayuh perbaiki cara pandang kita terhadap Allah dan RasulNya. Percantikkan sikap kita terhadap Allah s.w.t. Pertingkatkan amalan mahmudah (amal kebaikkan), dan biarkan mazmumah (amal keburukkan) tercicir jauh dari hati dan jasad kita. Mari laksanakan tanggungjawab kita untuk mengundi. Semoga Allah meletakkan pemimpin yang terbaik untuk kita.
p/s: Pilihlah pemimpin yang boleh menjaga dunia mengikut cara Allah sepenuhnya.
p/s2: saya berangan untuk berkempen, menyebarkan kesedaran mengundi kepada yang muda-mudi. Di sana ada kolaborasi antara muslim dan yang bukan. Juga ada SPR berkongsi pengetahuan. Bolehkah ia bertukar menjadi suatu yang realiti?
Aug 10, 2012
Semoga bukan yang terakhir..
Jun 15, 2012
Memberi kerana Sayang
May 13, 2012
Insan Terbaik dari Allah untukku
Selembut sutra kasihmu kan
Selalu rasa dalam suka dan duka
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Bagaikan embun kau sejukkan
Hati ini dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti
Jan 20, 2012
Baby Shower!

Jan 17, 2012
Bermula di sini


Dec 22, 2011
Solehah

SOLEHAH
Terdidik untuk mendidik
Terlahirnya SOLEHAH untuk memberi bukan untuk menerima
Ilmu yang ada pada seorang SOLEHAH untuk perjuangan seluruh generasi
Inspirasi SOLEHAH mencetus kekuatan abadi
Kehidupan seorang SOLEHAH hanya untuk Yang Maha Kuasa
Kemanisan di wajah untuk yang sentiasa menyayangi
Kelembutan disenangi oleh kekuatan iman
SOLEHAH bukan perkataan kosong
SOLEHAH perlu dicari
Dan SOLEHAH tak datang sendiri kepada kita
Kedatangan SOLEHAH dinanti untuk membawa lembaran suci
Dan kita wanita biasa harus menjejaki SOLEHAH
Kita capai perkataan SOLEHAH sama-sama
Kita sematkan di hati kita untuk kita menjadi seorang SOLEHAH
Saya ingin membawa harapan
Saya merayu kepada semua wanita-wanita yang ada
Pulang dengan perasaan dengan keazaman baru
Yang kita ini mampu menjadi seorang SOLEHAH
Kerana terdidik kita maka terdidik ummah
Kerana kita yang melahirkan generasi
Kekuatan kita diperlukan untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
-Ukhti Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar-
Nov 15, 2011
Khali Setagal
Dalam hadith Nabi s.a.w. yang mulia ada menyebut (Dari Abu Hurairah r.a.):
Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan. Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat tersebut, malaikat itu pun bertanya, “Saudara mahu ke mana?” Lelaki itu menjawab, “Saya ingin menziarahi saudara saya yang tinggal di kampung ini.” Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah saudara datang kepadanya atas maslahat sesuatu?” Lelaki itu menjawab, “Tidak, saya datang kepadanya semata-mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.”

Khali setagal
Barangkali ayat ini yang sering digunakan oleh Saudara Zaid Akhtar dalam penulisannya, mencerminkan situasi saya tatkala menatap rafik yang dah lama benar tak bersua di kesempatan menemuinya beberapa hari sudah.
Diuji dengan kesesatan yang memerlukan saya membuat pusingan U entah untuk kesekian kalinya. Bimbang juga tuan rumah yang menunggu hilang keterujaannya atau lebih teruk saya yang berputus asa mencari jalan ke Putra Perdana. (sebenarnya tidaklah seteruk mana, jalannya terus sahaja) Mungkin kerana ini musafir pertama bersendirian ke rumahnya tanpa ditemani sesiapa.
Rindu yang teramat menjadi faktor bertekad mengatur perancangan di saat-saat akhir. Pada asalnya ingin berkumpul bersama kakak-kakak dan sahabat-sahabat yang lain namun mereka lebih dahulu mempunyai perancangan aktiviti masing-masing. Mujurlah tuan rumah tidak jadi turun ke Melaka. Allah punya kuasa. Semua berlaku dengan izinNya.
Tiba di rumah beliau agak lambat. Sekitar pukul 6 saya fikir.
Disambut oleh ‘Cik Chubby’ di kawasan letak kenderaan. Saya sesat lagi! Rasanya kali pertama dulu bertandang ke situ, saya perlu merentas kawasan rumput. Tup-tup tuan rumah tanya:
“Awak nak ke mana tu?”
Terkial-kial mencari, rupa-rupanya kediaman mereka betul-betul menghadap Cik Chubby. (Aihh malunya).. Kena pulak ‘Encik Suami’nya pulak yang menyambut. (Hmm segannya~)
Menjejakkan kaki semula di rumah mereka untuk kali kedua. Tercari-cari kelibat rafik yang disayangi, dan akhirnya…
Tergamam atau lebih tepat terkedu seketika. Tak lama.
Menghulur tangan, berjabat mesra. Rindu yang dipupuk sekian lama akhirnya terlerai dalam dakapan dan ciuman di pipi. Eh, kami sama-sama biru!
“Satu suit!”, suaminya menegur melihatkan kami sama-sama mengenakan pakaian bertemakan warna biru.
Ukhuwwah barangkali. Bukan selalu dapat macam ni.
Plan berlangsung seperti yang dirancang. Minum petang, kuliah Maghrib di Masjid Negeri di Shah Alam dan makan malam bersama. Di kepala memikir untuk balik tapi hati sesukanya berdialog:
Sekejapnya.. entah bila lagi nak berjumpa
Oklah tu.. ada rezeki jumpa lagi
Hmm.. nak bermalam di sini
Mana boleh! Segan kot! Dulu solo, sekarang dah berdua..
Akhirnya saya mengalah, dan bermalam di ‘Bayt al-Azraq’..(kononnya sebab saya datang lambat). Teringat dulu pertama kali ke rumahnya. Sudahlah bertandang lewat malam, balik pun pandai-pandai sendiri, tak sempat nak jumpa tuan rumah.
Kesian umi to be lewat tidur, menemankan saya mungkin (hmm student kan, mana ada tidur awal). Dikuncinya rumah siap-siap khuatir saya balik senyap-senyap macam dulu.
Syukur saya bermalam di situ. Dapat juga membantu mana yang boleh untuk perjumpaan ringkas yang diadakan dirumah mereka keesokan harinya. Santap ke tengahari saya di situ sehingga suaminya berkata,
“Kesian..semua (muslimat) yang datang sini, mesti jadi bibik”
Bibik? Bukanlah. Itu namanya ukhuwwah. Sama-sama meringankan. Kerana ukhuwwah kami hadir dan tak berlaku seperti tetamu VIP. Dan kerana ukhuwwah juga kami menjadi tetamu kelas pertama!
Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi adalah ithar (melebihkan saudaranya lebih dari diri sendiri)
Enggan berlama-lamaan di situ. Tidak wajar menangguh-nangguh sementelah melihatkan tuan rumah yang penat melayan tetamu. Lebih-lebih lagi umi to be. Mesti dah sengal-sengal pinggang. Barangkali qailullah beberapa minit boleh meredakan sedikit. Saya meminta diri untuk pulang ke Cheras.
Memasak janji pada diri; Penghuni Bayt al-Azraq.. insya-Allah saya bertandang lagi. Dah nampak jalan!
Ini semua kerja Tuhan. Rencana-Nya yang tak terjangkakan. Dia yang menggerakkan hati saya untuk hadir menziarah, menerbitkan rasa tekad untuk mengatur perancangan, membatalkan perancangan awal tuan rumah, mengaturkan teman-teman selainnya dengan perancangan hujung minggu masing-masing, akhirnya menemukan kami.
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Syukur li Allah~
Ya Rahman, kurniakanlah kami kehidupan yang sentosa dibawah rahmatMu di dunia yang sementara. Ya Ghaffar, ampunkan segala dosa kami selama ini. Berikan kekuatan iman kepada kami. Jadikanlah kami insan yang bertakwa dan bertawakal kepadaMu. Permudahkan rafik ku sepanjang tempoh kehamilan. Titipkan untuknya ketabahan dan kesabaran. Selamatkanlah kedua-duanya (umi dan bayi yang dikandungkan) semasa proses kelahiran. Hanya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mendengar.
p/s: Saya pun rindu dekat Cik Ika!













