Demi Allah, engkau tidak melihat melihat seorang Muslim melainkan dia sentiasa mencela dan mengkritikkan dirinya sendiri. Mengapa aku berkata begitu? Mengapa aku makan ini? Mengapa aku bercita-cita begini? Tetapi sebaliknya, seseorang yang berdosa itu akan terus melakukan maksiatnya tanpa mencela dan mengkritikkan dirinya.
-al-Imam Hassan al-Basri-
Muslimkah kita?
Agama Allah PASTI akan terus berjalan dan terbina kerana Allah akan menggantikan kita dengan orang yang lebih MAHU orang yang lebih berkehendakkan kepada kebaikan ..
janji Allah itu pasti!
bukanlah Islam yang memerlukan kita namun kitalah yang memerlukan Islam
bukanlah tarbiyyah yang memerlukan kita tapi kitalah yang perlu memerlukan tarbiyyah
tanpa kita pun tarbiyyah dan Islam akan terus berjalan.
Itu sudah pasti.
Komitmen kita yang belum tentu Bermain tarik tali dengan peluang yang Allah bentangkan luas di depan mata Bermunajatlah pada Allah Agar ditetapkan kita di atas jalan yang diredhai-Nya Dapat istiqamah terus tanpa rasa sesal, gusar dan takut Dijauhkan sejauh-jauhnya daripada keFUTURan.
p/s: semahu-mahunya melarikan diri.. biar semuanya nampak seperti biasa cuma
Tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan maan najah fil imtihan buat para usrati.. ada lagi kan yang belum mula pun lagi ^_^
"...Exam season ni sebenarnya cuma musim yang Allah sediakan untuk mengutip pahala tawakkal & pahala bermujahadah berusaha sebab result kita sebenarnya dah lama dah Allah tetapkan..."
"...Tapi sebab kita tak tahu keputusan kita, maka kita takut, nervous & berharap. So, yang kita takut tu, risau-risaukan tu, tak boleh tidur malam nak exam tu.... semoga semua itu hanya akan menambahkan perasaan tawakal kita yang melangit tinggi kepada Allah..."
(quote)
lets fighting~
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
Ya Allah, Nothing is easy except what You have made easy. If You wish, You can make the difficult easy.
No worries! It will soon be over! Very soon. Remember the temporary nature of this life on Earth. Prepare more for your eternal hereafter, ok?
p/s: rasa itu makin menerjah.. Ya Allahu Ya Rabb, permudahkanlah segalanya~
Sepetang saya habiskan masa berfikir tentang thiqah (kepercayaan). Bagaimana ia terwujud? Apa implikasi dengan perlaksanaannya? Apa natijahnya sekiranya dikhianati?
Apa itu Thiqah?
Thiqah adalah sifat yang diberikan kepada seseorang atas keperibadian mulia yang dimilikinya dan kemampuannya untuk menjalankan tugas dakwahnya. Thiqah dalam amal dakwah mengakibatkan seseorang itu dipercayai untuk melakukan tugas, diterima pendapat dan kata-katanya, serta dihormati keperibadiannya.
Bagaimana Terwujudnya Thiqah?
Thiqah wujud apabila terpancar dari keperibadian seseorang itu segala nilai-nilai murni hasil dari penghayatannya terhadap Islam dan perjuangannya. Di antara nilai-nilai ini, yang paling penting ialah keikhlasan, amanah dan jujur dalam semua hal.
Jika sedikit sahaja orang tahu bahawa kita ini tidak ikhlas, amanah atau jujur, orang tidak akan lagi mempercayai kata-kata kita, mentaati perintah kita, menghormati keperibadian kita. Akibat paling buruk dari situasi ini ialah berleluasanya fitnah, tohmah dan hilangnya hak ukhuwwah.
Perlu difahami bahawa thiqah juga adalah natijah dari ikatan hati antara manusia. Membina keikhlasan, amanah dan kejujuran bukan satu perkara yang mudah bagi kita. Ia menuntut satu mujahadah yang panjang dan sukar. Mengikat hati-hati manusia juga bukan satu perkara yang mudah.
Fahami Perlaksanaannya yang Tidak Menunggu Sempurna
Thiqah, tiada wujudnya sekiranya tiada yang mahu mempercayai, yang juga tiada perlaksanaannya andai tiada yang mahu dirinya dipercayai.
Tidak kiralah siapa jua kamu, antara sedar mahupun tidak, kita memang terikat dengan persoalan thiqah. Thiqah adalah status yang perlu dmiliki oleh semua orang. Tidak kira samada dia adalah pemimpin atau pengikut. Kewujudan thiqah membolehkan pemimpin dihormati dan ditaati oleh pengikutnya sementara pengikut pula akan diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab dakwahnya. Thiqah jugalah yang memastikan kemesraan antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain.
SINI:
Kadang-kadang kita mahu orang percayakan kita. Yakin dengan kemampuan yang kita ada. Tapi bila mereka enggan, kita kecewa dan mengatakan mereka ini teruk.
SANA:
Kadang-kadang kita susah nak percaya kat orang. Khuatir andai dikhianati. Kerana bila kita dah mula percaya, sekali mereka khianat, sampai bila-bila kita tak mahu lagi percaya.
Eh kamu marah pada siapa tu? Bukankah dia itu manusia, sama seperti kamu? Kalau kamu kata kamu lemah, yang seringkali melakukan kesalahan, dia juga begitu. Dia juga lemah seperti kamu kerana dia itu manusia. Sama seperti kamu.
Apabila bertembung kedua belah pihak ini, saya buntu untuk membantu. Mana yang perlu saya sokong, mana yang perlu saya raikan? Di sebelah sini, saya nampak di mana salahnya, tapi di mana maruahnya andai saya raikan pihak sebelah sana dengan menyokong apa yang digeramkan? Di sebelah sana, kamu perlu faham mereka juga manusia lemah seperti kamu. Tidak langsung terlepas daripada mencipta kekurangan.
Untuk pihak yang di sebelah SINI:
Jangan kamu pandang mereka itu lemah. Mereka sangat kuat. Mereka gagah melawan nafsu untuk meletak thiqah pada dirimu. Mereka nampak kamu lemah, tapi mereka masih percaya kepada kamu. Mereka meletakkan kepercayaan dengan harapan dan keyakinan bahawa kamu boleh dan mahu berubah menjadi yang lebih baik. Mereka juga mengharapkan dirimu dapat menjadi sahabat yang memahami, kakak/abang yang prihatin, suami yang melengkapi, ibubapa yang penyayang, pemimpin yang membimbing, guru yang mendidik, majikan yang berwibawa; pokoknya, yang bijak bertoleransi.
Untuk pihak sebelah SANA:
Jangan kamu pandang mereka itu kuat. Mereka berada di SINI kerana sokongan dan thiqah yang kamu berikan. Mereka menerima tanggungjawab itu kerana tahu kamu ada bersama-sama untuk membantu. Bantulah mereka untuk melaksanakan amanah THIQAH yang kamu berikan. Jangan kamu letakkan pengharapan tinggi menggunung kerana belum tentu dia mampu untuk mendakinya. Selagi mana dia itu bergelar manusia, selagi itulah dia terdedah untuk melakukan kesilapan. Dia tidak akan sempurna sampai bila-bila. Dia mengharapkan kamu dapat menjadi sahabat yang setia, adik-adik yang mengambil berat, isteri yang menerima seadanya, anak-anak yang pengasih, anak buah yang membantu, pelajar yang menghormati, pekerja yang berdedikasi; yang juga bijak bermu’amalah.
Formula Membunuh Thiqah
Membina dan memperolehi thiqah bukan satu usaha yang mudah. Thiqah menuntut satu pembayaran harga yang tinggi untuk memperolehinya. Ia begitu mudah untuk hilang dari kita. Ia hanya memerlukan:
sedikit kesilapan dari kita + sedikit buruk sangka dari orang lain + fitnah ke atas kita
maka hilanglah apa yang telah dibina selama ini dengan harga yang mahal.
Sekali thiqah hilang, sukar untuk diperolehi semula dan jika ini berlaku, yang pertama sekali perlu disalahkan ialah diri kita sendiri.
Maka bertolak ansurlah.. yang SANA jangan hanya memandang langit, yang SINI jangan hanya menunduk ke bumi. Kamu berdua perlu bekerjasama untuk mencipta sinergi, yang saling lengkap melengkapi. Barulah kena adab hidup bermasyarakat.
Wahai manusia sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan.Lalu Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan, bersaudara mara.Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah orang yang bertaqwa.Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana.
- surah al hujuraat: 13 -
Bagi pejuang dakwah, thiqah adalah sesuatu yang terlalu bernilai untuk dikorbankan kerana tanpanya bagaimana orang akan menerima ajakannya kepada Islam dan bagaimana organisasinya akan diterima oleh umum.
Peliharalah thiqah orang terhadap kita, berilah thiqah kepada mereka yang berhak dan layak. Jauhilah dari mencabuli kehormatan orang yang kita rasa sukar untuk meletakkan thiqah padanya lagi. Kembalikan thiqah itu pada tempatnya. Jangan kamu perlecehkan haknya. Thiqah itu diberi bersama-sama tanggungjawab untuk mentaati. Thiqah itu diterima bersama-sama amanah untuk memberi.
Jika ia adalah suatu yang remeh yang tidak mahu kamu pedulikan, pindah saja ke planet lain, hidup sendirian kamu di sana. Kerana Allah ciptakan hambaNya berjama’ah.
"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak"
Perbaikilah (iman, taqwa serta pengetahuan) dirimu, dan (pada masa yang sama jangan kau lupa) berdakwahlah kepada selainmu...
B: Innalillah.. asif. ana la afham. insya-Allah, ana sa ahdhur ilal masjid
A: La ba'sa .. la takhaf 'anil khoto'
B: Na'am
Ketawa tersengih-sengih saya melihatkan perbualan ringkas ini. Walaupun pendek, tapi banyak benda yang boleh kita pelajari daripada perbualan ringkas ni. Pertamanya, daripada perbualan ini kita boleh lihat si B tidak mengetahui apa yang diminta atau dicakap oleh si A. Keduanya, kita dapat lihat kesungguhan B untuk cuba menjawab meskipun jawapannya salah.
Saya teringat perkara yang sama berlaku kepada saya masa di sekolah agama dulu. Biasalah masa umur kanak-kanak, tak tahu peri pentingnya ilmu. Tapi tahu pula main itu perlu. Ustaz ustazah ajar dalam kelas, tak semua pun faham. Bila masa ujian, darjah 1, ok lagi sebab ada gambar-gambar, bolehlah hentam-hentam. Naik darjah 3, semua pun dah susah. Ada perkataan atau ayat sahaja. Nak markah baik punya pasal, sanggup hafaz baris demi baris setiap bahagian yang ustazah kata keluar (tips exam). Bila ujian, tersenyum sajalah masa menjawab. Tapi bila ustaz tak nak share 'tips', hmm terkebil-kebil nak jawab. Mesti ustaz ustazah ketawa tak tertahan-tahan bila tanda kertas ujian saya tu :)
Itu cerita kanak-kanak.. belum cukup faham kepentingan ilmu.
Sekarang dah besar panjang. Allah berikan nikmat kefahaman dan kita sebagai hamba perlu syukuri kefahaman yang diberikan dengan memurnikan ilmu tersebut melalui pengamalan seharian.
Menghidupkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat
Saya nak ajak kita semua saling koreksi diri. Pernah tak terdetik suatu rasa bila kita mendengar syarahan berbahasa arab yang disampaikan dengan penuh semangat, tetapi kita langsung tidak faham. Pernah tak kita terfikir betapa teruknya kita apabila doa yang kita hafaz saban hari, doa yang kita baca seharian, tapi maknanya kita langsung tak tahu. Sebahagian besar daripada umat Islam tidak tahu pengertiannya walaupun sudah berpuluh tahun mengamalnya hatta ada yang tidak tahu pengertian doa iftitah dan qunud yang dibaca setiap hari dalam sembahyang.
Pernah tak kita rasa berdosa pada Tuhan kerana tidak memahami kalam sucinya?
Selalu kita dengar doa itu senjata mukmin, pengikat kita kepada Pencipta, menjadi perantara antara kita hamba dengan Tuhan untuk Dia permudahkan segala urusan kita seharian. Tapi hampanya kita tak faham apa yang kita doakan saban waktu. Macam mana doa kita nak termakbul andai kita sendiri tak tahu apa yang kita doakan. Bolehkah doa itu jadi perisai kita? Na'udzubillahi min zalik.
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
Surah Yusuf: 2
Penguasaan bahasa Arab akan membantu diri menjadi hamba
Sering kali kita lihat orang mengadu solatnya payah nak khusyu'. Dan ada yang lebih teruk, solat yang didirikan gagal mencegah diri dari kemaksiatan. Puncanya mudah. Kita berdiri untuk solat tapi sebenarnya kita tak bersolat. Kita tak faham apa yang kita bacakan dalam solat. Qiam kita, ruku' kita, sujud kita.. adakah kita faham patah demi patah perkataan yang kita lafazkan? Bukankah solat itu penghubung kita dengan Allah? Bagaimana kita nak berhubung andai dialognya kita tak hayati. Bila kita gagal hayati bait doa-doa tersebut, mana mampu kita berhubung terus kepada Allah.
Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat tidak kreatif, kurang dinamik dan pak turut yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahami seumpama burung kakak tua yang bijak berbicara. Oleh yang demikian, umat Islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-quran ini sebaik mungkin.
Kamu kata kamu pejuang, tapi al-Quran pun kamu tak pegang
Bagaimana kita nak pimpin ummah sekiranya panduan terbaik daripada Allah pun kamu tak faham?
Hari ini kita wajar mengambil peluang mengambil manfaat meskipun hanya sedikit untuk membiasakan diri dalam bahasa Arab ke arah mendalami keupayaan bahasa dan mengangkatnya sebagai salah satu syiar Islam. Insya-Allah, sempat-sempatkanlah diri untuk kita kuasai bahasa arab; bahasa al-Quran; kalam cinta terindah dari Yang Maha Esa. Kita semua adalah dai'e dalam kapasiti masing-masing. Usahakan sekadar kemampuanmu. Tanamkan azam untuk kuasainya. Jangan berundur sebelum melangkah ke hadapan.
“Pelajarilah Bahasa Arab, kerana itu adalah bahagian penting dari agama kalian” -‘Umar Bin Khattab-
HASSAN AL-BANNA di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan:
“Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.”
اِجْتَهِدْ حَتَّى تَصِلَ إِلَى مَا تَرْجُوْ
Bersungguh-sungguhlah sampai engkau mencapai apa yang engkau harapkan
p/s: jangan tunggu nak berBM dengan orang arab baru terkial-kial nak belajar .. tapi kalau mula belajar dari sekarang, ikhlas untuk memahami surat cintaNya, tiba-tiba ada risikan dari orang arab, adakah ia bonus?
"Dan katakanlah wahai Muhammad s.a.w.: dengan kurniaan daripada Allah dan rahmatNya maka hendaklah kamu dengan segala tersebut bergembira lebih baik daripada apa-apa yang kamu kumpulkan (harta-benda/pangkat/kedudukan) ."
Surah Yunus: 58
Yang dimaksudkan denganبِفَضۡلِ ٱللَّهِ ialah al-islam, sedangkan yang dimaksudkan dengan rahmat Allah adalah Rasul Allah s.a.w. Kita diperintahkan untuk bergembira dengan dua perkara terbesar ini. Rasul Allah merupakan rahmat sebagaimana bukti yang telah difirmankan Allah:
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
Surah Al-Anbiya’: 107
Cinta
Inilah dia suatu rasa yang sangat ajaib, yang sangat pelik, yang merupakan kurniaan dari Allah s.w.t., dan tempatnya adalah di dalam hati. Suatu perasaan yang sangat luar biasa sehinggakan mampu mendekatkan sesuatu yang jauh, mampu menyatukan sesuatu yang mungkin sebelum ini terpisah. Jika di dalam hatinya ada cinta, sudah pasti sukar digugat. Dan semestinya cinta yang agung itu adalah cinta kepada Allah. Sementara cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah tanda cinta kita kepada Allah s.w.t. kerana mencintai Rasul Allah adalah perintah daripada Allah s.w.t.
Allah s.w.t. mengurniakan rasa rindu dan cinta kepada Nabi s.a.w. kepada semua makhluk. Baik manusia, atau pun jin, bahkan haiwan, pokok-pokok, hatta benda-benda yang tidak bernyawa, semuanya cinta dan rindu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Cinta ini adalah kurniaan dari Allah. Dengan kurniaan kecintaan ini akan membina rasa gembira dan membantu kita berjaya di dunia dan akhirat. Yang mana dengan kecintaan ini, menandakan rasa cinta kita kepada Allah.
...أحبوا الله لما يغذوكم به من نعمه وأحبوني لحب الله إياي
"Cintailah Allah s.w.t. kerana Dia telah mengurniakan kepadamu dengan kehendakNya, akan nikmat-nikmatNya, cintailah aku kerana mencintai Allah s.w.t.daku, dan cintailah keluargaku kerana mencintai aku "
-Hadith riwayat At-Tirmizi-
Cinta bukan Taat
Ada orang yang taat kepada seseorang itu bukan kerana cinta, tetapi hanya kerana dia takut diseksa, bimbang orang itu memaksa, atau pun kerana kedudukan. Cinta itu bermula apabila lahirnya al ittiba'; ikut dan rela untuk mengikuti. Dengan cinta ini akan melahirkan rasa ketaatan, hilang segala yang keburukan. Cinta membuat kita ikut dengan rela, tetapi taat menyebabkan kita melakukan dengan terpaksa. Kelebihan cinta berbeza dengan taat.
اَلاِتِّبَاعُ : اَنْ يَتَّبِعَ الرَّجُلُ مَا جَاءَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاَصْحَابِهِ ثُمَّ مِنْ بَعْدِ التَّابِعِيْنَ مُخَيَّرٌ “Ittiba’: Ialah apabila seseorang mengikuti apa yang datangnya dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dari para sahabat baginda. Kemudian dari sesudah tabi’in adalah perkara yang pilihan”
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu, lebih daripada anak-anakmu dan lebih daripada manusia seluruhnya.”
ثلاث من كن فيه وجد بهن حلاوة الايمان:أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما وأن يحب المرء لا يحبه الا لله وأن يكره أن يعود فى الكفر بعد أن أنقذه الله منه كما يكره أن يقذف فى النار".
متفق عليه
Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dengannya (tiga perkara tersebut) dia akan merasai kemanisan iman. (Pertama): seseorang itu menjadikan ALLAH dan RasulNya sebagai yang paling dicintainya, (Kedua): tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya, (Ketiga): dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka."
Seluruh Daripada Kejadian Cintakan Rasul Allah s.a.w.
Dikisahkan oleh Jabir r.a. dalam hadith Bukhari bahawa,
“Nabi Muhammad s.a.w. selalu berkhutbah di atas mimbar dan bersandar pada sebatang pohon tamar ketika menyampaikan khutbah Jumaat. Saidina Abu Bakar kemudiannya mencadangkan agar dibina mimbar yang baru untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada nabi untuk bersandar. Nabi s.a.w. bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangunkan.
Ketika Nabi s.a.w. duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, serta merta terdengar suara seperti bayi yang sedang menangis. Ia didengari oleh jama'ah yang hadir keseluruhannya. Nabi s.a.w. pergi ke mimbar lamanya dan mendapati pelepah kurma tersebut sedang menangis dan bertanya kenapa ia menangis. Pelepah tamar tersebut mengatakan ia menangis kerana ia rindu dan cinta kepada Rasul Allah; tidak mahu berpisah dengan Nabi. Nabi s.a.w. bertanya kepada pelepah tamar apa yang ia inginkan untuk memujuknya? Adakah kamu ingin sesuatu yang bermanfaat yang nantinya akan dimakan oleh makhluk-makhluk lain, atau kamu inginkan demikian- demikian, atau kamu ingin bersama aku masuk ke syurga? Pelepah tamar itu menjawab 'aku ingin dekat denganmu ya Rasul Allah'.
Sedangkan makhluk yang tidak mempunyai akal dan tidak mempunyai perasaan pun tahu rindu dan cinta luar biasa kepada nabi s.a.w. Bagaimana dengan kita yang mempunyai perasaan, mempunyai akal, umat nabi Muhammad yang sepatutnya cinta kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w.? Kenapa tidak kita benar-benar cinta kepada Nabi?
Timbul rasa cinta kepada baginda Nabi s.a.w., rasa cinta yang bukan sekadar cinta, tapi terlahir al-ittiba': mengikuti jejak baginda, menjadikan Nabi sebagai contoh dalam kehidupan kita. Dan sebagai tanda cinta ini, kita lakukan perkara yang menggembirakan Nabi. Gembirakan hati Nabi dengan melaksanakan sunnah Rasul Allah s.a.w.
"Kehidupanku ini adalah baik bagi kamu, kamu dapat berbicara dan aku juga dapat berbicara dengan kamu, sedangkan matiku juga baik untuk kamu. Dan ketika aku mati nanti, segala perbuatanmu akan dikhabarkan kepadaku. Sekiranya baik perbuatan kamu, maka aku akan memuji kepada Allah (alhamdulillah), tetapi jika aku dapati ada perbuatan buruk dalam amalan kamu, maka aku akan mohonkan keampunan daripada Allah untuk kamu"
-Hadith-
Kurniaan Allah kepada Semua Umat Manusia
"Rasulullah merindui umat akhir zaman"
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka", ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.
Bersungguh-sungguhlah menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.
Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenanganku bahawa Penciptaku Maha Mengetahui segala permintaanku dan usahaku
Maka doa-doa dan jeritan hatiku sebagai saksiku atas kefakiranku (dihadapan kewibawaanMu)
Maka demi rahsia kefakiranku (dihadapan kewibawaanMu) aku selalu mohon (padaMu) disaat kemudahan dan kesulitanku
Aku adalah hamba yang kebanggaanku adalah dalamnya kemiskinanku dan besarnya kesungguhan (padaMu)
Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenanganku bahawa penciptaku Maha Mengetahui segala permohonan dan usahaku
Wahai Tuhanku wahai yang memiliki diriku, Engkau Maha Mengetahui bagaimana keadaanku
Dan dari segala yang memenuhi hatiku dari kegundahan dan kesibukanku (hingga terlupakan dari mengingatiMu)
Maka hulurkanlah bagiku kasih sayang dari Mu wahai Raja dari segenap para Raja
Wahai yang Maha Pemurah dzatNya, tolonglah aku, dengan pertolongan yang datang sebelum datang kemampuanku dalam bersabar
Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenanganku bahawa penciptaku (Allah) mengetahui segala permohonan dan usahaku
Wahai Dzat Yang Maha cepat mendatangkan pertolongan, temukan kami dengan pertolongan dari Mu yang mendatangi kami dengan segera
Pertolongan yang merobohkan segala kesulitan, dan mendatangkan segala yang kami harap harapkan
Wahai dzat Yang Maha Dekat, wahai dzat Yang Maha Menjawab segala rintihan, wahai dzat Yang Maha Mengetahui, wahai dzat Yang Maha Mendengar
Sungguh aku telah benar-benar meyakini akan kelemahan dan ketidakmampuanku, akan kerendahanku (kekurangan) dan akan keluluhanku
Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenanganku bahawa penciptaku dzat maha Mengetahui segala permohonan dan usahaku
Aku masih tetap berdiri di gerbangMu, maka kasihanilah aku yang masih terus menunggu
dan di lembah anugerah kasih sayangMu aku berdiam maka abadikanlah keadaanku ini
Maka bersangka baik padaMu adalah hal yang mesti bagiku, sangka baik atasMu adalah pakaianku dan janjiku
dan hal itulah (bersangka baik padaMu) yang menjadi penenang hatiku, dan selalu (aku selalu sangka baik padaMu) menemaniku sepanjang siang dan malam
Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenanganku bahawa penciptaku Maha Mengetahui segala permohonan dan usahaku
Segala kebutuhan dalam diriku wahai Penciptaku maka selesaikanlah, wahai dzat yang sebaik-baik yang menyelesaikan
Dan tenangkanlah rohku dan sanubariku dari gelodak dan gemuruhnya (nafsu, kemarahan, kesedihan, kebingungan, dan penyakit penyakit hati)
Agar hatiku dan rohku selalu dalam ketenteraman dan kedamaian dalam apa-apa yang telah Engkau redhai
Maka kegembiraan dan kebahagiaan menjadi keadaanku selalu, dan menjadi lambang kehidupanku dan selubung (pakaian) iaitu sifat perhiasanku
Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenangan bahawa Penciptaku Maha Mengetahui segala permohonan dan usahaku.
Riwayat Abu As Sheikh dari Abu Zarr:
Apabila Allah kasihkan seseorang hambaNya Ia akan membuka hatinya menjadikan ia cinta kepada Allah, kemudian ia akan mempunyai keyakinan yang teguh. Dengan itu ia akan berhati-hati dalam hidupnya agar tidak terjebak dalam dosa dan terhindar dari penyakir hati seperti hasad, takabbur, ria, ujub, dendam marah dan sebagainya. Kesan dari ini ia akan bercakap benar sahaja. Seterusnya ia akan mempunyai mata yang dapat melihat dan memahami keagungan Allah; telinga yang cintakan nasihat yang benar.
وقال صلى الله عليه وسلم: "ان الله تعالى يقول يوم القيامة:أين المتحابون بجلالى؟ اليوم أظلهم فى ظلى يوم لا ظل إلا ظلى" رواه مسلم
Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman pada hari Kiamat kelak: "Manakah golongan yang saling cintai mencintai sesama dengan (sebab) keagunganNya. Hari ini Aku akan naugi mereka pada naunganKu pada hari yang tiada naungan padanya"
-Hadith riwayat Imam Muslim-
p/s: jangan tinggalkan urusan dakwah kerana ia paling menggembirakan baginda Nabi s.a.w. kerana ini jalannya ..
Masa terus berdetik laju. Sahabat-sahabat ramai yang akan mengikuti jejak langkah senior-senior. Ada yang akan bekerja, sambung belajar, berkahwin dan sebagainya. Saya sendiri insya-Allah akan mengikuti jejak langkah mereka setahun dari sekarang. Tapi apa yang saya risaukan adalah sekiranya kami menjadi anak pokok yang rosak bahana serangan tumbuhan liar dan lalang-lalang yang bermaharajalela di kawasan taklukan mereka.
Saya lihat segelintir (dan mungkin ramai) daripada mereka yang tenggelam dalam kesibukan kerja dan rumah tangga. Ada sahabat yang marah apabila saya mengatakan ada segelintir yang tidak lagi 'memurnikan' kehidupan seharian mereka dengan aktiviti dakwah. Berkahwin dengan lelaki/ wanita soleh bukan segala-galanya. Tetapi penerusan dakwah itu yang perlu. Bukankah baitul muslim itu bermatlamatkan penerusan perjuangan menegakkan Islam?
Saya yakin ramai yang akan berkecil hati dengan tulisan saya. Tetapi inilah hakikatnya. Saya sendiri sangat takut dengan apa yang akan berlaku kepada saya pada masa hadapan andai Allah tambahkan nikmat umur untuk saya rasai tetangga tertib amal yang seterusnya.
Ya Allah, ini adalah ujian daripadaMu. Selamatkanlah kami dalam setiap ujian yang Engkau datangkan kepada kami. Istiqamahkanlah kami di atas jalanMu.
Jalan-jalan pagi saya hari ni adalah sekitar email-email lama yang berkampung meriah di peti inbox. Sengaja saya rajinkan diri melihat apa sahaja yang dihantar teman-teman. Lama saya berjalan sehinggalah terjumpa sesuatu yang menarik untuk ditatap bersama. Jom tengok~
SOALAN: Dulu saya pernah meminta nasihat daripada seorang lelaki. Dia juga ingin mencari seorang lelaki soleh untuk saya. Kami selalu berhubung melalui telefon dan e-mel. Dia juga meminta biodata dan ingin tahu perwatakan saya. Sekarang, saya terkesan dengan setiap percakapannya. Dia pernah menyatakan dia menyayangi saya kerana ALLAH. Bolehkah seorang lelaki yang bukan mahram menyatakan sebegitu kepada saya? Bagaimanakah cara untuk saya menyelesaikan perkara ini?
JAWAPAN: Tidak patut bagi mana-mana lelaki menyatakan hal ini kepada mana-mana wanita yang bukan mahram (individu yang boleh dinikahi) dengannya. la boleh menyumbang kepada fitnah hati kerana terpikat dengan kata-kata tersebut. Perbuatan seperti ini dilakukan oleh kebanyakan lelaki dengan niat yang baik, harapan dan istiqamah. Tetapi ia adalah cara yang salah dan haram disisi agama.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dosa adalah apa yang terdapat di dada kamu dan kamu benci jika diketahui oleh manusia."
Hadis riwayat Muslim: 4632
Lelaki tersebut mesti menyembunyikan perkara ini daripada orang lain. Usaha untuk mencari jodoh yang baik amat digalakkan. Usaha ini akan dinilai oleh ALLAH. Tetapi janganlah kamu mengambarkan perwatakan kamu secara berlebihan padanya.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak boleh bagi seorang wanita bercampur dengan wanita lain, kemudian menceritakan halnya kepada suaminya seolah-olah suaminya dapat melihatnya sendiri."
Hadis riwayat Muslim: 5240
Kamu boleh mengambarkan perwatakan kamu sekadar apa yang diizinkan syarak jika dia ingin melamar kamu, iaitu muka dan tapak tangan. Tapi ini dikhususkan bagi lelaki yang benar-benar ingin menikahi kamu. Lelaki tersebut pula perlu meminta nasihat orang yang berilmu atau orang tengah untuk melihat wanita yang ingin dilamar tanpa pengetahuannya (wanita tersebut).
Selain itu, kami nasihatkan agar kamu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Pohonlah keampunan daripada ALLAH di atas segala yang berlaku. Berwaspadalah ketika bermuamalat (bergaul). Jauhkanlah diri daripada fitnah yang boleh menjauhkan kamu daripada rahmat ALLAH. Untuk makluman kamu, wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki. Oleh itu, jagalah peribadi kamu sebagai wanita solehah agar tidak menyebabkan orang lain terjebak dalam dosa.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita.”
Hadis riwayat al-Bukhari: 4706 dan Muslim: 4923
Sabda Rasulullah s.a.w., “Dunia adalah sesuatu yang segar dan manis, ALLAH melantik kamu sebagai khalifah untuk melihat sejauh mana kamu boleh lakukan. Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita.”
Hadis riwayat Muslim: 4925
(Sumber islamonline. net)
Sengaja saya kongsikannya di sini supaya saya sendiri dapat remind & refresh diri tentang perkara ini di samping untuk tazkirah sahabat-sahabat juga. Kebetulan, baru semalam saya bersembang lama dengan sahabat saya tentang seorang sahabat kami yang diuji masalah ikhtilat. Sanggup berhabis-habisan untuk orang yang tersayang; rela mati andai ditinggalkan.. Na'udzubillahi min zalik. Moga ada cahaya hidayah untuknya.
Susah ke mencari cinta sehingga bila datang untuk pertama kalinya terus melonjak riang, seolah-olahnya yakin si dia adalah teman sehidup semati?
Ada yang bila bercouple sampai kering poketnya. Dijolinya sampai terlupa ada benda lain yang perlu diutamakan. Prihatin seolah-olah telah sah sebagai suami isteri. Perlu 'dilaporkan' bila ke sana ke mari. 'Cekal'nya mereka sanggup berkorban tatkala belum tiba masanya. Sanggup membuat itu dan ini sedangkan tiada ikatan nikah diantaranya yang me'wajib'kan mereka melunaskan hak tersebut.
Buta betul cinta manusia sampai terlupa cinta Allah yang lebih hakiki. Allah sahaja selayaknya dicintai. Hak yang paling agung untuk diwajibtunaikan. Bertanyalah kepada diri, sudah lunaskah hutang yang satu ini?
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam.
Surah al-A'raf: 54
Jangan gusar sahabat-sahabat. Allah Maha Esa. Allah tahu apa yang terbaik. Bila kita kenal dan faham petunjuk dari Allah, sudah tentu kita akan tahu cintaNya.
Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa.
Surah Yunus: 6
loving someone for the sake of Allah (SWT). means not being oppressive, by being faithful to the full meaning of our religion beyond the literal that guides us, by learning to appreciate others regardless of their circumstances, sharing in our fortune/misfortune, by avoiding arrogance and telling lies. Until we can love all of creation for the sake of Allah, then we will never really understand the true meaning of tawheed - fi sabilillah