Jul 28, 2008

Pilihan di tangan kita

Pagi tadi ana beli berus gigi, kononnya nak buat stok simpanan. Kebetulan kedai yang ana kunjungi tu hanya menjual beberapa jenis berus gigi sahaja (tiada banyak pilihan...). So nak taknak beli jugalah berus gigi yang berharga RM4.90..sebabnya boleh pilih samada nak yang lembut, biasa atau keras. 

Sampai je di rumah, ana pun belek-beleklah berus gigi tersebut. Iris fokus pada satu perkataan: Indicator(R) BRISTLES...

Bristles?!!!

ana ingat lagi petikan dari satu artikel berkaitan bristle:

Bristles are found on pig breeds instead of fur on most mammals. Because the density is less than with fur, pigs are vulnerable to sunburn. One breed, the Tamworth Pig is endowed with a very dense bristle structure such that sunburn damage to skin is minimized. Bristles also anchor worms to the soil to help the worm move.

Sah! Akibat tidak berhati-hati, ana dah bazirkan duit untuk perkara yang tidak perlu. Pengguna yang menjadi mangsa.

Kenapa perlu jadi mangsa?

Manusia kini sering leka dan kerap mengambil suatu perkara secara mudah. Jika dilihat dalam bab jual beli..asal sahaja murah, pasti dibelinya tanpa dikira aspek kualiti dan pembuatan. Dari sudut makanan pula, pengguna biasanya akan cari tempat makan yang dikunjungi ramai, sedap dan murah.

Cukup situasi di atas dijadikan contoh mudah. Sangat sedikit daripada pengguna yang mementingkan aspek kebersihan, kualiti dan cara pembuatan barangan yang dibeli. Dan lebih teruk, kebanyakan daripada kita langsung tidak mementingkan samada barang/makanan yang dibeli itu HALAL atau HARAM! Ada juga yang ragu-ragu akan halal/haram sesuatu barangan yang dibeli/diperoleh. Hal ini dikira sebagai syubhat.

Perkara syubhat lebih kepada haram kerana ia tidak jelas antara halal dan haramnya.. jadi untuk selamat kita keluar daripada khilaf yang ana sebut kat atas sebab kalau ikut kaedah usul fiqh "apabila berkumpul halal dan haram maka dihukumkan haram"

Sabda Nabi Saw "Bermula perkara yg HALAL itu JELAS dan bermula perkara yang HARAM itupun jelas dan dia antara keduanya (halal dan haram) adanya perkara yang musytabihat (syubhat)........................ ila akhiril hadis"

Sabda Nabi Saw "Tinggalkan apa yg meragukan kepada perkara yang tidak meragukan kamu" (dikeluarkan oleh Turmizi dan an-Nasaie : hasan sahih) hadis ke 11 al-Ara'ien an-Nawawiyyah..

Oleh yang demikian, jangan dipandang hanya pada luaran..perhati betul-betul. Lihat sama 'ingredients'nya. Jangan asal yakin sahaja, beli. Zaman sekarang dah maju. Informasi di hujung jari. Kita bukan duduk di pedalaman yang menyebabkan aktiviti melayari internet menjadi suatu perkara yang payah! Apa salahnya bayar lebih sedikit, asalkan kita dapat barangan yang bersih, suci dan berkualiti!

Pilihan ditangan kita, tiada siapa yang memaksa kita untuk membeli. Hakikatnya diri sendiri yang membuat keputusan untuk membeli. Kita yang menafikan hak diri sendiri dengan tidak berhati-hati dalam membeli. Jangan jadi pengguna bodoh dan tuli!

Sedikit mengenai najis daripada babi/khinzir:

Kulit khinzir tidak akan menjadi suci, sebelum ataupun selepas samak (tanning), jadi kita tidak patut menggunakan produk yg menggunakan kulit khinzir. Jika menyentuh sesuatu yang najis, tidaklah menjadikan tubuh kita najis, kecuali terdapat basahan pada tempat sentuhan, sama ada pada benda yg disentuh ataupun orang yang menyentuh.

Syaikh Ibn Jibrin berkata di dalam Fatawa Islamiyah, jika badan atau pakaian adalah kering dan menyentuh sesuatu yg najis tetapi juga kering, maka tiada apa-apa masalah kerana najis hanya berpindah apabila terdapat basahan. Jika tangan anda menjadi najis dengan menyentuh kulit khinzir apabila terdapat basahan, maka anda perlu membasuh tangan anda. Cukup membasuhnya sekali sahaja, kerana tiada suruhan untuk membasuhnya tujuh kali (satu dgn tanah), kecuali dalam kes air liur anjing.



p/s: Peristiwa hari ni cukup membuatkan ana berhati-hati di masa mendatang. Dah terbazir rm4.90 :(

Jul 15, 2008

ingatkan yang tahu, kejutkan yang lena

Setiap hari anak mata perit dek menatap dada-dada akhbar yang memaparkan manusia saling bertikam lidah, fitnah sana sini, aniaya orang ini, keji orang itu..saling menjatuhkan antara satu sama lain. Mata perit, dada sempit, pernafasan kian terputus-putus. Perlu berhenti di sini....................................

Begitulah diri ini saban hari. Tiap saat memikirkan apekah ini petandanya diri makin menghampiri saat itu. Bertambah teruk jika ralit membaca berita-berita yang dikatakan hangat kini. Itu yang dipapar. Yang pembidas juga pengulas lain pula halnya. Kata-kata yang ana dengari dari mereka:

"ala..biasa la tu. mainan kotor orang-orang dalam politik"

"aih..liwat lagi.tak serik-serik gamaknya"

"ni pasti agenda mengalih pandangan mata rakyat!"

hmm banyak lagi kata-kata dari sang pengulas berita. ada yang suam-suam kuku, ada juga yang pedas-pedas belaka! 

tinggalkan itu..mohon yang benar sentiasa istiqamah dalam kebenaran, yang batil berundur dari jalan yang dipilih dan kembali kepada kebenaran.

Bukan ini yang ingin ana kongsikan kerana ana percaya pastinya setiap 'penulis-penulis blog' juga peka akan isu ini dan tentunya sedang berlumba-lumba ingin berkongsi bersama 'para pembaca setia'.

....................................................

Clutch ditekan..masuk gear 3.

Tak puas lagi. Clutch ditekan lagi..masuk gear 4 dan kemudian 5.

Vrooom~

Meter dah lebih 120km/j. Ops~ teringat cakap akak:

"nak bawa kereta tu ingat-ingat sikit, kita ni jauh dari ibu ayah. Papehal nanti, kita juga yang susah.."

okeh..perlahan-lahan. 100 pun ok lah. Tak sampai seminit, 2 3 biji kereta bagi 'hightlight'. Pelik..boot terbuka ke, tak pun tayar tak cukup satu! haih mengarut.. Ana teruskan lagi pemanduan (kononnya berhemah). Kereta-kereta lain jauh ke belakang. Tiba-tiba, lori pulak bagi highlight. Terlintas tiba-tiba, busu kata biasa kalau ada orang highlight ni, kat depan tu mesti ada 'speed trap' (sekatan jalan raya).

Sah!

Tak sampai 5 minit, nun depan mata encik-encik berbaju putih segak berdiri tahan satu demi satu kereta. Allah~ sempat jugalah bibir terkumat kamit membaca:

لا إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Alhamdulillah..polis tak tahan. Syukur~ bibir dan hati sibuk melazimi tasbih dan tahmid. Kereta terus meluncur terus ke destinasi.

........................................

Bukan kereta, bukan juga sekatan jalan raya yang mahu dijadikan bahan perkongsian. Tapi 'sesi highlight menghighlight'! Ana rasa jika tidak dihighlight, sudah tentu petang tu kena bayar saman! Pengalaman sedetik ini cukup menyempatkan ana mencuri masa mendamaikan mata, melapangkan dada, juga bernafas lancar walaupun sejenak cuma. Dalam sibuk-sibuk manusia saling dengki mendengki, ada juga segelintir manusia masih menunjukkan ehsan, memberi peringatan, menghulur pertolongan. Mereka menghighlight kerana mahu memberi petanda bahawa ada sesuatu berlaku di hadapan. Mereka menghighlight kerana mahu kita berhati-hati. Mereka juga highlight kerana tidak mahu orang lain disaman!

Itulah manusia. Walau sejahat mana manusia itu, jauh dilubuk hati mereka tetap inginkan kebaikan. Tetap mahu memberi ehsan. 

Cungkillah kebaikan itu dari dirimu. Tinggalkan yang hitam, baluti hatimu dengan kejernihan juga kesucian. Kerana kita perlu ingatkan yang tahu, dan kejutkan yang lena!

Jul 8, 2008

Kelantan mahu mengambil pekerja bersolat sahaja


KOTA BHARU 7 Julai - Kerajaan Pas Kelantan bakal memperkenalkan syarat baru proses pengambilan pekerja dengan mewajibkan setiap calon perlu lengkap menunaikan solat fardu lima waktu dan Jumaat.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, cadangan memilih kalangan yang tidak meninggalkan solat itu bakal melibatkan semua peringkat bermula daripada peringkat paling bawah hinggalah yang paling atas.Menurut beliau, setiap permohonan akan ditapis dan disaring dengan ketat mengikut prosedur tertentu kelak bagi memastikan hanya calon yang benar-benar takut kepada azab Allah diterima bekerja dengan kerajaan negeri.

''Saya akan cadang dan kemukakan perkara ini kepada pentadbiran negeri nanti bahawa mereka yang tidak sembahyang fardu lima waktu dan Jumaat tidak boleh memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

''Ia libatkan semua peringkat, bermula daripada penghulu, penggawa dan seterusnya kepada wakil rakyat, kakitangan dan pegawai kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada waktu rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yakin cadangan ini tidak akan menimbulkan sebarang kesukaran kerana pelaksanaannya adalah menyamai syarat lulus Bahasa Melayu untuk mendapat pekerjaan atau subjek Sains bagi menjawat jawatan teknikal.

Tegas beliau, syarat wajib solat adalah amat besar dan penting berbanding syarat sedia ada kerana perbuatan meninggalkan solat adalah dosa dan diperhitungkan di akhirat.

''Tinggal sembahyang juga akan menimbulkan masalah lain seperti rasuah kerana manusia kalau dia kepada Allah Yang Maha Besar pun tidak takut, apatah lagi sesama manusia lain.

''Manusia sebagai hamba perlu berabdi sepenuhnya kepada penciptanya, Allah dan sembahyang adalah makanan rohani berbeza dengan nasi atau buah yang merupakan makanan fizikal,'' katanya.

Tambah Nik Abdul Aziz, kerajaan negeri telah mengadakan pelbagai kempen kesedaran kepada orang ramai supaya mengerjakan sembahyang termasuk Kempen Bulan Sembahyang pada bulan Rejab.

''Pada tahun lalu, kita telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi kempen solat dan ia akan diteruskan juga pada tahun ini,'' katanya.

Saya sokong!

Bukankah solat itu adalah kerjaya bagi setiap yang bergelar Muslim? Setiap hari ada 5 perkara wajib yang perlu kita laksanakan. Setiap hari kita akan perbaharui AKU JANJI kepada Allah:

"Sesungguhnya SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU, dan MATIKU kerana Allah pentadbir sekalian alam" [Al-An'aam: 162]

Solat yang utama, kemudian barulah ibadah lain dan kehidupan. Solat mendahului urusan-urusan yang lain. Solat inilah kerjaya sebenar kita. Mereka yang solatnya berjaya, kehidupannya akan ikut berjaya. Namun bagi mereka yang berjaya pada zahirnya, belum tentu berjaya dalam solatnya!

Dengan perlaksanaan cadangan ini kelak..insya-Allah tiada lagi timbul masalah-masalah 'bermusim' seperti rasuah, pecah amanah, liwat dan sebagainya. Keluarga juga pasti tidak terabai. Barulah betul konsep penyeimbangan duniawi dan ukhrawi.

Allahu Akbar!

Jul 1, 2008

Kita perlukanNya

Jangan putus asa berdoa
Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus


SABAN hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan-Nya. Namun tidak semua doa daripada seseorang insan itu termakbul. Lantaran itu, sesetengah pihak tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak berhasil sedangkan Allah telah berfirman:

Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.(Ghaafir: 60)

Disebabkan perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu seakan-akan tidak dimakbulkan, maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada yang meninggalkan amalan berdoa yang sebenarnya merupakan salah satu ibadah yang dimuliakan Allah. Nabi SAW bersabda:

“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”.(riwayat Tirmidzi) 


Hakikatnya, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil dan Dia sentiasa mengotakan janji-janji-Nya. Namun hamba-hamba-Nya adakalanya gagal untuk memahami hikmah di sebalik segala keputusan Allah. Kita merasakan apa yang dipinta daripada-Nya itu merupakan yang terbaik untuk diri kita sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya dan setiap keputusan-Nya itu memiliki hikmah yang adakalanya tidak disedari oleh seseorang insan.

Ada ketikanya apabila Allah tidak memperkenankan sesuatu permintaan hamba-Nya disebabkan kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipinta. 

Nabi SAW bersabda:

“Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta”. (riwayat Imam Ahmad)


Begitulah resam seorang insan yang selalu lupa tentang apa yang telah dikurniakan Allah yang hakikatnya lebih banyak berbanding permintaannya yang dianggapnya tidak dimakbulkan itu. Malah menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa ada waktunya Allah menggantikan apa yang dipinta oleh hamba-hamba-Nya itu dengan menghindarkan diri mereka dari ditimpa kemalangan ataupun apa-apa jua bentuk musibah. 

Ada ketikanya Allah menangguhkan untuk memperkenankan sesuatu permintaan dan dikurniakan sebagai ganti berupa ganjaran pahala di akhirat yang tentu sekali akan lebih memberi manfaat yang besar kepada hamba-hamba-Nya.

Insan tetap insan yang sebagaimana telah kita semua sedia maklum terbelenggu dengan pelbagai kelemahan. Kenapa tatkala merasakan Allah seperti tidak memperkenankan doa-doanya, seseorang insan itu tidak terlebih dahulu melihat kekurangan yang ada pada dirinya sendiri.

Bagaimana mungkin Allah ingin menjawab permintaannya itu sekiranya seseorang itu sentiasa bergelumang dengan perbuatan maksiat serta meninggalkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah SAW:

“Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kamu harus mengerjakan segala yang baik (makruf) dan meninggalkan segala yang keji (mungkar), atau jika tidak Allah pasti akan menurunkan seksa ke atas kalian, nanti bila kalian berdoa tidak akan dimakbulkan”. (riwayat Tirmidzi)


Tidak dapat dinafikan kelalaian seseorang dalam menurut perintah Allah dan juga tewasnya seseorang dengan godaan hawa nafsu merupakan penyebab utama terhalangnya kurniaan kebaikan (seperti mudah termakbulnya doa) daripada Allah terhadap hamba-hamba-Nya. Firman-Nya:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya. (al-Ra’du: 11)


Mana mungkin Allah SWT akan memperkenankan sesuatu permohonan jika hamba-hamba-Nya tidak mempedulikan perkara halal dan haram dari segi sumber rezeki, pemakanan dan pakaian-pakaiannya dalam kehidupan seharian. Firman Allah:

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun: 51)

Dan Dia berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (al-Baqarah:172)


Kemudian Baginda menyebutkan tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan panjang, rambutnya kusut dan berdebu. Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, dia berucap: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan. (riwayat Imam Muslim)

Sikap terburu-buru sesetengah insan dalam meminta doanya agar dimakbulkan segera sehinggakan wujud perasaan putus asa apabila permintaan tersebut tidak tercapai merupakan antara faktor yang menyebabkan terhalangnya doa itu diterima oleh Allah SWT. 

Rasulullah SAW bersabda:

Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (riwayat Imam al-Bukhari)


Sewajarnya setiap insan tidak putus harapan dalam berdoa dan tetap memperbanyakkan amalan berdoa. Keyakinan bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa hamba-hamba-Nya juga merupakan faktor yang dapat mempermudahkan termakbulnya doa.

Sekiranya doa itu diyakini sebagai ibadah maka hendaklah kita menghadapkan doa itu ikhlas hanya kepada Allah SWT tanpa sebarang perantaraan yang bertentangan dengan syarak dan tatacara berdoa itu juga hendaklah bersesuaian dengan sunah Rasulullah agar ia diterima oleh Allah SWT. Doa itu hendaklah dibaca dengan perasaan penuh rendah diri di hadapan Allah dan dengan suara yang perlahan. Firman-Nya:

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (al-A’raaf: 55)


Justeru, hendaklah setiap insan melazimkan diri mereka dengan berdoa. Pada masa yang sama hendaklah setiap insan itu juga berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri dalam menurut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya agar ia dapat memudahkan termakbulnya doa.

p/s: luahkan segala yang terbuku kepadaNya, lafazkanlah..menangislah kepadaNya, hakikatnya hanya Allah tempat kita berkongsi segalaNya kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Jun 26, 2008

diri ini milik Allah

Bila Allah cepat makbulkan Doamu

Maka DIA Menyayangimu

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu

Maka DIA Ingin Mengujimu

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..." 

Pesanan Luqman kepada anaknya,

"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.

b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu.

c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.

d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.

e. Ingat kepada Allah s.w.t.

f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.

g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

h. Ingat kepada mati.

ingatan buat diri yang sering kali alpa dan leka. Maafkan daku duhai Rabbul Izzat.. 

Jun 3, 2008

ujian..

Susah payah itu penting, kau akan jadi manusia hebat dengan susah. Kau akan menghargai orang lain dengan susah. Kau akan gagah berusaha apabila susah

May 16, 2008

keranamu sahabat saya berbicara



Pulang dari exam pagi ini terus terpa si pink..lembaran mushaf dibelek buat penenang diri. Teringat kembali kata-kata ibu..dah usaha, dah jawab, sekarang doa dan bertawakallah~ insya-Allah. semoga semuanya kan baik-baik sahaja.

Selesai..

Punat LCD Philips 15" ditekan perlahan. Nah..berbelas windows y!m dari sahabat-sahabat memenuhi ruangan skrin.

Tertarik pada yang satu..kerana ianya datang dari sahabat yang jauh tapi dekat (jauh di mata, dekat di hati..insya-Allah).

"apa pandangan awak kalau seseorang itu dulunya bertudung labuh siap berjahit 60" kini lebih gemar memakai tudung fashion sekarang..tapi pemakaian tu masih tutup dada..cuma tudung pendek" (terpampang pertanyaan yang agak panjang namun telah saya ringkaskan)

adakah ini soal hukum boleh atau tidak? atau pun soal ketidakberkesanan dalam melaksanakan istiqamah?

Ya! saya yakin masalah ini berkaitan dengan usaha untuk istiqamah. Saya tidak berniat untuk menaip kembali apa yang kami bincangkan sebentar tadi. Cumanya, sekiranya antum juga menghadapi situasi yang sama..boleh panjang-panjangkan minda melalui artikel ini. Saya akui bukan mudah untuk istiqamah dalam suatu perkara baik yang kita lakukan. Tambahan pula ia melibatkan suatu penghijrahan!


Kenapa payah/susah untuk istiqamah?

Allah jadikan an-nafs dalam diri makhluknya. Nafs bermaksud nafsu/roh/nyawa/jiwa.

وَمَآ أُبَرِّىءُ نَفْسِى إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّى إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(surah Yusuf:53)


Seorang manusia, yang membiarkan hatinya berada dalam dominasi Syahwat dan Hawa Nafsunya, maka akan menjadi orang yang tersesat. Yang lambat laun akan tergelincir menjadi orang yang dimurkai Allah.

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran"
(surah al-Jasiyah:23)


Hawak / Nafsu itu melingkupi segala aspek. Kita tidak boleh mengikuti nafsu walaupun dalam beragama sekalipun. Banyak para aktivis dakwah, demikian bersemangatnya dalam berdakwah kadang kala terleka, tidak menyedari dalam mengatur strategi dakwah, ia telah ditunggangi oleh nafsunya. Ada juga alim ulama' yang demikian berbangga terhadap ilmu yang dipelajarinya sehingga merasakan pendapatnya adalah yang paling benar, selainnya adalah salah belaka. Saya tidak berniat sama sekali untuk merujuk mana-mana ulama' atau ilmuan cerdik, bijak lagi pandai sekalian. Ini hanyalah sekadar ingatan buat diri dan sahabat-sahabat juga.


Ada kalanya kita tidak sedar, dalam keghairahan kita menasihati dan dinasihati, nafsu telah merasuk dalam kemurnian kita beragama. Sang Syaitan La'natullah menyesakkan lagi keadaan dengan menghasut kita supaya berfikir bahawa setiap apa yang kita lakukan adalah betul..tapi hakikatnya sangat dilaknati Allah.

Kawallah Nafsumu

Kita perlu kawal nafsu. Sebesar-besar jihad adalah jihad melawan hawa nafsu. Jika sekiranya kita berjaya keluar dari dominasi hawa nafsu dan syahwat ini, maka Allah menjanjikan :

Dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan kepada mereka : "Bunuhlah dirimu atau keluarlah kamu dari kampungmu", niscaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sebagian kecil dari mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka).
(surah an-Nisa':66)


Apakah dalam ayat diatas, maksud bunuh diri adalah mengambil pisau lalu menghujamkannya ke perut? Atau mengambil racun lalu meminumnya?

Bukan !

Inilah kesalahan yang dapat terjadi bila kita tidak mengetahui arti yang sesungguhnya dari kata An-Nafs tersebut.

Dalam ayat ini dalam Arabnya dipergunkan kata Anfus (Jamak dari An-Nafs).

Bila Al Qur'an menggunakan An-Nafs dalam bentuk jamak, ini sesungguhnya merujuk kepada jiwa-jiwa yang banyak iaitu hawa nafsu. Ini kerana bentuk hawa nafsu itu banyak. Seperti marah, sombong, ria, ujub, ingin dihormati, dsb.

Namun bila An-Nafs ini dalam bentuk tunggal, ia merujuk kepada jiwa yang tunggal yaitu Nafsu Muthmainnah. Karena memang Nafsu Muthmainnah ini tunggal. Dan ini merupakan Hakikat diri manusia.

Jadi, bunuhlah dirimu dalam ayat ini, sesungguhnya mempunyai maksud : Keluar dari Dominasi Hawa Nafsu.  Keluar dari kampungmu dalam ayat ini bermaksud : keluar dari kampung jiwa iaitu jasad. Atau keluar dari kepungan syahwat. Bilamana seorang dapat keluar dari dominasi Hawa Nafsu dan Syahwatnya, maka sesungguhnya Allah akan menguatkan iman mereka. (sumber: kitab al-Ihya Ulumuddin)

Namun... Sangat sedikit sekali yang mahu melaksanakan. Hawa nafsu dan syahwat ini bukan dibunuh dan dihilangkan. Tetapi ia boleh dikawal!

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya)."
(surah an-Nazi'at:40-41)


Oleh yang demikian, kepung dan kawallah nafsumu. Biarlah penghijrahan yang baik kekal sehingga kembali kepada Sang Pencipta.

Sedikit nota buat perkongsian minda:

Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis-hadis Nabi

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
Riwayat At-Thabrani

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".
Riwayat Bukhari dan Muslim

6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu."
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.”
Riwayat Muslim dan Bukhari

8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi

10. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
Al Ahzab: 32

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
Riwayat Ibn Majah

11. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." An Nur : 31

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
Riwayat Al Bazzar

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah

12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
Riwayat Bukhari dan Muslim
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59

13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
Riwayat Bukhari dan Muslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...