Aug 10, 2012

Semoga bukan yang terakhir..

Bismillah wa alhamdulillah..



Mencari sinar ramadhan dan barakah pada 10 yang terakhir. Moga segalanya kembali mencari redhaNya. Sentiasa berusaha, bersujud, dan berharap agar apa yang terjadi kelak adalah yang terbaik dariNya.

1. Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa
2. Dan dengan-Mu kami beriman
3. Dan dengan rezeki-Mu kami berbuka 

Ada kata yang tidak terucap, ada janji yang tidak tertunai, ada hutang yang tidak terlunas, juga ada hati yang terpaksa dilukai, namun ada hati-hati yang perlu dirawat dan dikawal selia agar hati-hati lain tidak terguris di kemudian hari..

Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Selamat berpuasa dengan ikhlas.

Selamat berhari raya dengan bersederhana.

Taqabbalallaahu minnaa wa minkum~

Jun 15, 2012

Memberi kerana Sayang

Bismillah wa alhamdulillah.

Salam saiyyidul ayyam ya usrati~

Bagaimana dengan pagi sahabat-sahabat? Diizinkan untuk menghiasi sepertiga malam? Subuh berjama'ah atau cuma bersendirian? Selesai dengan al-Kahfi? Semoga dipermudahkan oleh Allah untuk mengamalkannya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya."

(H.R. Baihaqi)





Saya ingin kongsikan sesuatu menarik buat bacaan dan penghayatan semua. Tidak cukup sekadar dibaca, tapi ini perlu dihayati agar difahami dan mudah diimplimentasi dalam tindakan.

Seorang sahabat bertanya Abu Nawas:

"Wahai Abu Nawas, apakah yang paling berNILAI?"


Abu Nawas menjawab :

"NASIHAT"

Sahabatnya bertanya lagi :
"Jika begitu, apa pula yang paling TIDAK BERNILAI?"

Abu Nawas sekali lagi menjawab,
"NASIHAT"

Sahabatnya HAIRAN,,
"Bagaimana sesuatu itu menjadi paling BERNILAI dan juga paling TIDAK BERNILAI?
Engkau tentu silap."

Abu Nawas lalu berkata :
"Aku tidak silap, sahabatku...
Suatu NASIHAT yang diIKUTI, akan menjadi perkara yang paling BERNILAI; dan
jika NASIHAT itu TIDAK DIIKUTI, ia akan menjadi perkara yang paling TIDAK BERNILAI...
Bergantung padamu mengambil NASIHAT itu."





Bila ada orang menasihatimu
bukan bermaksud mereka lebih baik
bukan bermakna mereka lebih 'alim
bukan bererti mereka menunjuk pandai

Tetapi semata-mata kerana mereka itu 
menyayangimu dan mereka menginginkan 
yang terbaik buat dirimu

Kerana dirimu begitu berharga!~



p/s: Kita adalah seperti kepingan-kepingan puzzle


May 13, 2012

Insan Terbaik dari Allah untukku

Bismillah wa alhamdulillah..

Banyak perkongsian tertangguh (ayat cliche..serius saya tak tipu. Memerlukan keazaman tinggi untuk meletakkan tumpuannya di sini). Tapi yang satu ini saya tak mahu tangguh. Khusus buat para ibu dan pasti teristimewa buat ibundaku, cinta hatiku, pengarang jantungku, Puan Jemelah Mohamad dan nendaku yang dikasihi selalu, Puan Rajimah Daiman.




Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beriku penerangan
Selembut sutra kasihmu kan
Selalu rasa dalam suka dan duka



Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Bagaikan embun kau sejukkan
Hati ini dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti


Pengorbananmu sungguh sangat berarti
Sinari hidupku dengan kehangatanmu



Dimana sahaja aku mengingatinya
Selalu dan selalu aku ingatinya
Ibu, wahai jiwaku dan hidupku
Pemberi kebahagiaan dan harapan
Sekarang dan juga masa hadapan

Allah memerintahkan aku
Dalam aku sendiri atau terbuka
Supaya bersikap membahagiakan terhadapmu dan mengasihimu

Namamu wahai ibu terpahat dihatiku
Cintaku padamu membawa ke jalan yang benar
Dan doaku selalu agar Allah sentiasa menjagamu.

Ibu - Haddad Alwi feat. Farhan & Ummi - Haddad Alwi

p/s: Ibu tidak dirai sekali setahun. Tetapi dikasihi dan dimaknakan sepanjang hayatnya. 

Jan 20, 2012

Baby Shower!

Bismillah wa alhamdulillah..

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!



Syukur ke hadrat Ilahi. Itulah kalimah paling manis selayaknya dikembalikan kepada Allah Yang Maha Esa atas pengalaman semalam.

Kami hampir sahaja membatalkan perancangan lantaran kesibukan ahli rombongan dan perancangan tuan rumah yang mahu pulang ke kampung lebih awal. Ya, seni 'adjustment' itu sangat membantu.

Dari Ledang lagi dah plan nak jumpa Pn. Zini dan En. Zulhairi. Dibulatkan juga semangat untuk jumpa juga sebelum beliau pulang ke kampung. Syukur Allah izinkan dan mudahkan perancangan kami.

****

Saya bergerak dari Melaka bersama 'buah tangan besar' untuk mereka, ditemani Iqa dan adindanya yang mahu tumpang hingga ke Putrajaya Sentral. Kasihan mereka duduk berhimpit-himpit dengan beg-beg yang menimbun. Gaya seperti dah tak nak pulang ke Melaka gamaknya..hehe. Next time, book tiket awal-awal ye, tak pasal-pasal kena duduk kat kelas ekonomi je! Nak buat macam mana, Pak Tam saya comel je macam Cik Tan tu :D

Perjalanan lancar walaupun banyak kereta di highway. Syukur encik dan cik penumpang itu tidak mengeluh kerana berhimpit-himpit. Yang kecil molek itu ok je lah kan. Nasib baik si tinggi murah dengan senyuman. Takut juga kalau ada kerutan panjang kat dahi tu.. alamatnya 'there is no next time' la untuk Pak Tam!

Sampai di Bayt Azraq, cik ChuBbY takda, sliding door pun bertutup, dalam hati..'haruskah tetamu sampai awal dari tuan rumah'. Jawapannya: haruslah sebab tuan rumah bekerja, tetamu yang itu pelajar...huhu. Sempatlah kami lepas gian bermain ala-ala kanak-kanak riang di playground berhampiran. Tup-tup, tuan rumah mesej, ketuk je pintu tu, ada orang kat rumah. Aiyooo...

Hampir Isya', barulah semua ahli rombongan sampai bersama buah tangan sebenar. Seronok rasanya dapat berkumpul semula, meraikan future ummi yang akan pulang bercuti panjang di Terengganu. Kakak saya kata, macam Baby Shower! Huhu ala-ala. Tapi 2 hadiah je kot. Plus 'hadiah' untuk future abi buat bekalan dalam perjalanan pulang ketika memandu.

Kasihan future abi tenggelam dalam keriuhan muslimat. Suruh ke kedai kopi, tak mahu. Takut kami mengumpat agaknya! :p Maaflah, masing-masing belum ada 'geng' nak dibawa sama untuk meneman sembang. Insya-Allah, esok-esok nanti ada la tu geng. Tak lama dah..bulan 5 je :)

Banyak bercerita tentang itu ini, tapi tangan dan mata semua orang asyik benar pada yang membulat besar itu je.

'Eh itu belon ke?'

Nakal Cik Ika berseloroh menyamakan yang membulat besar itu macam belon. Tunggu la nanti, si bulat tu dah keluar, habis awak dia buli-buli. Future abi n ummi dah buat ujian imbasan, katanya dah nampak jantina. Tapi encik abi-to-be memilih untuk menunggu apa sahaja jantina yang bakal lahir kelak. Jika bakal bapa boleh bersabar, haruslah kami juga perlu didik diri untuk tunggu bakal 'anak buah' pertama kami. :)


Kami tak dapat berlama-lamaan di situ sementelah tuan rumah yang akan pulang ke Kelantan keesokan paginya. Kami bersalaman diiringi doa agar mereka selamat dalam perjalanan dan mudah-mudahan Zini dipermudahkan semasa proses bersalin serta selamat melahirkan baby yang comel dan sihat.

Ada rezeki kita kumpul ramai-ramai lagi nanti..Insya-Allah!


p/s: once a bibik.. always a bibik.. yeke?

Jan 17, 2012

Bermula di sini

Bismillah wa alhamdulillah,

Bertemu dan berpisah kerana Allah


Asar petang ni tampak begitu sayu. Bermula takbiratul ihram hingga ke salam. Setiap kali rukuk dan sujud, setiap kali itu saya sengaja membiarkan tubuh lama di posisi itu, berdoa dan berzikir semahu-mahunya dalam hati.

Usai solat, saya capai kitab ma'thurat berwarna kuning, titipan ikhlas dari pasangan mempelai Ukhti Zini & Akhi Zulhairi. Hampir setahun usia perkahwinan mereka, dan selama itulah juga kitab kuning ni kekal di sisi saya. Terasa rindu semacam untuk membacanya, ayat demi ayat, walhal hampir setiap hari melaziminya. Didikan hati yang saya terima ketika pertama kali mengenali usrah adalah untuk tidak meninggalkan al-ma'thurat. Mengamalkannya samada selepas subuh atau selepas 'asar. Lebih baik kedua-duanya.

A'udzubillahi sami'il 'alim minasyshaitonirrajim...

Satu persatu ayat saya baca, setiap kali itu jugalah kenangan bersama kakak-kakak dan sahabat seusrah berliqa' di al-Irsyad untuk sama-sama membaca al-ma'thurat.

Setiap kali habis kelas petang, seboleh mungkin saya mencuri masa, berusaha untuk bersama-sama mereka dalam liqa' tersebut. Andai ada yang lewat selesai 'Asarnya, tetap mereka berkejar mahu duduk bersama, dan bukan mencipta bulatan baru atau membacanya sendiri-sendiri. Mereka yang sudah berada dalam liqa' juga sabar menanti untuk baca bersama.

Saya ingat lagi, jika bacaan kami seperti kereta api, sebahagian menjadi kepala, dan sebahagian yang lain masih di gerabak belakang, yang depan pasti menunggu agar kami dapat berjalan (membaca) beriringan. Kami sama-sama saling membetulkan andai ada yang salah menyebut. Kami jaga betul 'volume' suara agar sentiasa diparas sederhana atau kurang daripada itu. Andai ada yang terlebih 'excited', pasti ada yang menegur. Kami tak melenting. Kami terima dengan berlapang dada. Yang agak memeranjatkan, ada juga mereka di sebalik tirai biru itu yang turut 'concern' tentang nada suara kami muslimat. Sekiranya ternyaring, pasti ada yang ber'dehem'. 'Dehem' orang dulu kerana mahu menegur, nak jaga aurat dan akhlak kita, 'dehem' orang sekarang, dalam banyak keadaan, semacam mahu menguji nafsu wanita. Beza kan?

Rindunya saat itu. Saya tak nampak dah bulatan itu sekarang. Banyak yang meninggalkannya, tanpa sengaja atau sebaliknya. Mana yang ada, lebih suka membacanya nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Namun, tak ramai.

Sekiranya mereka tahu apa yang kita ada sekarang berpunca dari liqa' ini, pasti mereka akan buat. Sekiranya mereka tahu eratnya ukhuwwah kita kerana liqa' ini, pasti mereka tak akan tinggalkan. Ukhuwwah yang kita miliki semuanya berpunca kerana ini. Kita bertemu kerana Dia. Berpisah juga kerana Dia. Dengan sebab itu kita bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Meski ada 'raining' or 'waterfall', semuanya kerana Dia.

Liqa' itu bukan liqa' biasa. Liqa' itu liqa' mahabbah. Ya, liqa' al-ma'thurat adalah liqa' cinta. Itulah bulatan gembira pertama saya. Takkan ada yang dapat menandinginya.

Once a sister, always a sister.

--------------------------------------------------------------------

Sekarang tanya diri sendiri.. kamu ada apa yang kami ada? (Tenang-tenang.. bukan provokasi, hanya suatu lontaran untuk direnung dengan mata hati)


SAHABAT yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya, meninggikan takut kepada Allah, berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah.


Usrah ialah keluarga



p/s: lafaz tersimpan yang sangat bermakna..

Dec 22, 2011

Solehah




SOLEHAH

Terdidik untuk mendidik
Terlahirnya SOLEHAH untuk memberi bukan untuk menerima
Ilmu yang ada pada seorang SOLEHAH untuk perjuangan seluruh generasi
Inspirasi SOLEHAH mencetus kekuatan abadi
Kehidupan seorang SOLEHAH hanya untuk Yang Maha Kuasa
Kemanisan di wajah untuk yang sentiasa menyayangi
Kelembutan disenangi oleh kekuatan iman

SOLEHAH bukan perkataan kosong
SOLEHAH perlu dicari
Dan SOLEHAH tak datang sendiri kepada kita
Kedatangan SOLEHAH dinanti untuk membawa lembaran suci
Dan kita wanita biasa harus menjejaki SOLEHAH

Kita capai perkataan SOLEHAH sama-sama
Kita sematkan di hati kita untuk kita menjadi seorang SOLEHAH

Saya ingin membawa harapan
Saya merayu kepada semua wanita-wanita yang ada
Pulang dengan perasaan dengan keazaman baru
Yang kita ini mampu menjadi seorang SOLEHAH
Kerana terdidik kita maka terdidik ummah
Kerana kita yang melahirkan generasi
Kekuatan kita diperlukan untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

-Ukhti Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar-

Nov 15, 2011

Khali Setagal

Bismillah wa Alhamdulillah..

Dalam hadith Nabi s.a.w. yang mulia ada menyebut (Dari Abu Hurairah r.a.):

Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan. Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat tersebut, malaikat itu pun bertanya, “Saudara mahu ke mana?” Lelaki itu menjawab, “Saya ingin menziarahi saudara saya yang tinggal di kampung ini.” Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah saudara datang kepadanya atas maslahat sesuatu?” Lelaki itu menjawab, “Tidak, saya datang kepadanya semata-mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.”

“Barangsiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakan (takwa), maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya.”


Khali setagal

Barangkali ayat ini yang sering digunakan oleh Saudara Zaid Akhtar dalam penulisannya, mencerminkan situasi saya tatkala menatap rafik yang dah lama benar tak bersua di kesempatan menemuinya beberapa hari sudah.

Diuji dengan kesesatan yang memerlukan saya membuat pusingan U entah untuk kesekian kalinya. Bimbang juga tuan rumah yang menunggu hilang keterujaannya atau lebih teruk saya yang berputus asa mencari jalan ke Putra Perdana. (sebenarnya tidaklah seteruk mana, jalannya terus sahaja) Mungkin kerana ini musafir pertama bersendirian ke rumahnya tanpa ditemani sesiapa.

Rindu yang teramat menjadi faktor bertekad mengatur perancangan di saat-saat akhir. Pada asalnya ingin berkumpul bersama kakak-kakak dan sahabat-sahabat yang lain namun mereka lebih dahulu mempunyai perancangan aktiviti masing-masing. Mujurlah tuan rumah tidak jadi turun ke Melaka. Allah punya kuasa. Semua berlaku dengan izinNya.

Tiba di rumah beliau agak lambat. Sekitar pukul 6 saya fikir.

Disambut oleh ‘Cik Chubby’ di kawasan letak kenderaan. Saya sesat lagi! Rasanya kali pertama dulu bertandang ke situ, saya perlu merentas kawasan rumput. Tup-tup tuan rumah tanya:

“Awak nak ke mana tu?”

Terkial-kial mencari, rupa-rupanya kediaman mereka betul-betul menghadap Cik Chubby. (Aihh malunya).. Kena pulak ‘Encik Suami’nya pulak yang menyambut. (Hmm segannya~)

Menjejakkan kaki semula di rumah mereka untuk kali kedua. Tercari-cari kelibat rafik yang disayangi, dan akhirnya…

Tergamam atau lebih tepat terkedu seketika. Tak lama.

Menghulur tangan, berjabat mesra. Rindu yang dipupuk sekian lama akhirnya terlerai dalam dakapan dan ciuman di pipi. Eh, kami sama-sama biru!

“Satu suit!”, suaminya menegur melihatkan kami sama-sama mengenakan pakaian bertemakan warna biru.

Ukhuwwah barangkali. Bukan selalu dapat macam ni.

Plan berlangsung seperti yang dirancang. Minum petang, kuliah Maghrib di Masjid Negeri di Shah Alam dan makan malam bersama. Di kepala memikir untuk balik tapi hati sesukanya berdialog:

Sekejapnya.. entah bila lagi nak berjumpa

Oklah tu.. ada rezeki jumpa lagi

Hmm.. nak bermalam di sini

Mana boleh! Segan kot! Dulu solo, sekarang dah berdua..


Akhirnya saya mengalah, dan bermalam di ‘Bayt al-Azraq’..(kononnya sebab saya datang lambat). Teringat dulu pertama kali ke rumahnya. Sudahlah bertandang lewat malam, balik pun pandai-pandai sendiri, tak sempat nak jumpa tuan rumah.

Kesian umi to be lewat tidur, menemankan saya mungkin (hmm student kan, mana ada tidur awal). Dikuncinya rumah siap-siap khuatir saya balik senyap-senyap macam dulu.

Syukur saya bermalam di situ. Dapat juga membantu mana yang boleh untuk perjumpaan ringkas yang diadakan dirumah mereka keesokan harinya. Santap ke tengahari saya di situ sehingga suaminya berkata,

“Kesian..semua (muslimat) yang datang sini, mesti jadi bibik”

Bibik? Bukanlah. Itu namanya ukhuwwah. Sama-sama meringankan. Kerana ukhuwwah kami hadir dan tak berlaku seperti tetamu VIP. Dan kerana ukhuwwah juga kami menjadi tetamu kelas pertama!

Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi adalah ithar (melebihkan saudaranya lebih dari diri sendiri)

Enggan berlama-lamaan di situ. Tidak wajar menangguh-nangguh sementelah melihatkan tuan rumah yang penat melayan tetamu. Lebih-lebih lagi umi to be. Mesti dah sengal-sengal pinggang. Barangkali qailullah beberapa minit boleh meredakan sedikit. Saya meminta diri untuk pulang ke Cheras.

Memasak janji pada diri; Penghuni Bayt al-Azraq.. insya-Allah saya bertandang lagi. Dah nampak jalan!

Ini semua kerja Tuhan. Rencana-Nya yang tak terjangkakan. Dia yang menggerakkan hati saya untuk hadir menziarah, menerbitkan rasa tekad untuk mengatur perancangan, membatalkan perancangan awal tuan rumah, mengaturkan teman-teman selainnya dengan perancangan hujung minggu masing-masing, akhirnya menemukan kami.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Syukur li Allah~


Ya Rahman, kurniakanlah kami kehidupan yang sentosa dibawah rahmatMu di dunia yang sementara. Ya Ghaffar, ampunkan segala dosa kami selama ini. Berikan kekuatan iman kepada kami. Jadikanlah kami insan yang bertakwa dan bertawakal kepadaMu. Permudahkan rafik ku sepanjang tempoh kehamilan. Titipkan untuknya ketabahan dan kesabaran. Selamatkanlah kedua-duanya (umi dan bayi yang dikandungkan) semasa proses kelahiran. Hanya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mendengar.



p/s: Saya pun rindu dekat Cik Ika!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...