Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts

Aug 11, 2010

Ramadhan Kareem :)







يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa


Selamat Berpuasa semua :)

Bulan Ramadhan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran, yg menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia , sebagai panduan, yang menjelaskan perbezaan antara perkara yang benar dan salah




p/s: kembara mencari nilai diri ..

Sep 17, 2009

Teristimewa untuk kamu ..



Forgiving someone is not always easy, especially if they have hurt us quite deeply. Very often, it’s our egos which get in the way of forgiving someone.

“It may be infinitely worse to refuse to forgive than to murder, because the latter may be an impulse of a moment of heat, whereas the former is a cold and deliberate choice of the heart.”
George MacDonald

In other words, George MacDonald is saying that to refuse to forgive is worse than murder and a COLD and DELIBERATE choice of the heart!! The words Cold and Deliberate strikes me, and really made me sit back, think and reflect. It made me think about the times I found it so difficult to forgive someone immediately.

Over time and through experience, we learn that in effect it’s better for us to actually forgive a person than to carry resentment in our hearts. I recall one of our beloved sheikh saying how our emotions are heavy baggage and prove to be obstacles in our journey to Allah subhanahu wa’ ta’ala . The lighter our bags, the quicker we shall reach Allah subhanahu wa’ ta’ala; the more emotion (anger, hatred, sadness, jealousy, envy etc.) we have within us, the more it will slow down our journey to Allah subhanahu wa’ ta’ala as we will waste a lot of time dealing with and overcoming such issues. Therefore we must quickly forgive, close that chapter and move on! 

Let’s not forget, our beloved Prophet sallaAllahu alayhi wasalam was the most forgiving person, and regardless of how he was treated sallaAllahu alayhi wassalam, he was always ready to forgive. So in essence, forgiving others is the prophetic way and being the followers of our beloved Prophet sallaAllahu alayhi wassalam, it’s something that we should strive to embody within our characters. (Reminder to myself first and foremost) 

May Allah soften our hearts and may we find it easy to follow the prophetic way of forgiving each other easily. 



p/s: perkataan yang ringkas tapi padat dengan yang tersirat ..

Sep 10, 2009

Istimewa buat pecinta Kitabullah


Sebuah nasihat terutama untuk diriku dan saudari-saudariku…”Kembalilah pada Kitabullah, Al Qur’an Al-Karim”

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


“Sesungguhnya Al Qur’an ini memberikan petunjuk pada (jalan) yang lebih lurus.” 
(Surah Al Isra’: 9)


Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian Kitabullah, yang jika kalian berpegang teguh dengannya, maka kalian tidak akan tersesat.” 
(HR. Muslim dan At-Turmudzi)


Apa tujuan al-quran diturunkan? Allah telah menurunkan Al-Qur’an untuk diimani, dipelajari, dibaca, ditadabburi, diamalkan, dijadikan sandaran hukum, dijadikan rujukan dan untuk dijadikan ubat daripada pelbagai penyakit dan ‘kekotoran’ hati serta untuk hikmah-hikmah lain yang Allah kehendaki. 

Ukhti adinda-adinda tersayang, fahamilah tujuan ini ..

Selamatkanlah dirimu dengan bertaqwa kepada Allah. Tanamkanlah kemahuan yang amat amat amat tinggi untuk mengambil manfaat dari al-Qur’an dalam segala hal yang memungkinkan. Letakkanlah usahamu di situ. Demi Allah, semakin kita berusaha mendekatinya, merenungi dan mentadabburi, maka semakin banyak kebaikan yang akan kita dapatkan.


Perbaikkan dan Perbanyakkanlah Membacanya

Kita disyari’atkan dan disunnahkan memperbanyak membacanya serta mengkhatamkannya sebulan sekali, namun ini tidak wajib. Seandainya kita boleh mengkhatamkannya dalam durasi lebih singkat daripada itu, maka lakukanlah kerana itu lebih bagus.


Ukhti, Tidakkah Engkau Menginginkan Pahala yang Banyak dari Rabbmu? 

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." 
(Muttafaqun ‘alaih: Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Allah s.w.t. telah mengangkat darjat banyak kaum dengan Al Qur’an dan menghinakan yang lain dengannya pula. Maka apa yang telah kita usahakan agar darjat kita diangkat di sisi Allah. 

Memahukan sesuatu perkara tidak akan ada ertinya kecuali kita bangun dan bersegera untuk mencapai apa yang kita mahukan

Titipan kasih buat adik-adik juga sahabat yang Berkeinginan dan Berusaha Menjadi Penghafaz Al Qur’an

Ya ukhti, jika telah hadir perasaan yang membuak-buak untuk menghafaz Kalam Allah, semangat yang menggunung tinggi, namun tanpa dijemput-jemput, sang syaitan memanah kita dengan panahan rasa jemu, disibukkan dengan urusan-urusan lain yang menjadi penghalang, dan membuatkan hafazan al-Quran menjadi suatu yang berat, maka bacalah sabda Rasulullah s.a.w:

“Jagalah (hafalan) Al-Qur’an, demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya Al-Qur’an itu sangat cepat terlepas melebihi (lepasnya) unta dari ikatannya.” (Diriwayatkan Al-Bukhari dari hadits Abu Musa r.a.)

Bagaimana untuk elakkan ikatan Unta daripada Terlepas?

Tentulah dengan mengikatnya dengan kuat kemudian menjaganya. Ukhti, Al-Qur’an memerlukan kita untuk selalu mengulang dan membacanya. Bila kita dah hafaz satu surah, selalulah mengulang-ulang bacaannya sehingga kita benar-benar menguasainya dengan mantap, lebih cantik jika kita hafaz merujuk kepada maknanya sekali. Supaya kita bukan hafaz untuk bersahaja tetapi menghafaz untuk bercinta dengan Pencipta. Jangan pindah ke surah lain, kecuali bila kita sudah menghafaznya dengan mantap.

Allah s.w.t. berfirman:

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur’an untuk dijadikan pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” 
(Surah Al-Qamar: 17)


Kita boleh menghafaz di pagi hari setelah solat Subuh atau pada waktu-waktu yang lain yang senang untuk kita. Tak perlu spesifik masa. Boleh sahaja mengulang bacaan ketika solat, ketika berjalan ke kampus, hatta ketika menunggu pensyarah memulakan kelas pun kita boleh sempatkan diri mengulangi bacaan. Ia boleh dilakukan dimana sahaja tidak kira masa dan tempat selagi mana kita tahu menjaga adab-adabnya. Semuanya terletak pada kemahuan diri dan ketulusan niat kita. Jika kita serius untuk memaknakannya, dengan izinNya, Al-Quran itu menjadi suatu yang mudah untuk dihafaz.

 
Ukhti yang disayangi, semoga Allah meluruskan niatku dan niatmu. Mohonlah kemudahan dari Allah. Katakanlah pada dirimu, sesungguhnya besarnya kebaikan yang kita peroleh akan setimpal dengan kesulitan yang kita hadapi. Dagangan Allah itu teramat mahal. Takkan bisa kita dapatkan kecuali dengan kesungguhan, kerja keras dan kesabaran. Takkan ada lagi kesulitan setelah masuk syurga, dan takkan ada kebahagiaan sedikit pun di dalam neraka. Dan bukankah yang kita tuju adalah kebahagiaan abadi di dalam syurgaNya serta kenikmatan melihat wajahNya?

Ukhti, didiklah sahabat-sahabatmu, adik beradikmu, juga cahaya matamu (kelak) untuk mencintai Al-Qur’an. Sesungguhnya orang yang menunjukkan kepada seseorang kebaikan maka akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya. Maka didik dan doronglah mereka untuk membaca, mentadabburi, serta menghafaz Al Qur’an. Jika merasa jemu atau lelah dalam mengajar mereka, bayangkan balasan yang telah dijanjikan itu. Semoga semua usaha untuk mendidik mereka mendapat balasan yang lebih baik dari Allah s.w.t.

Tips Mengafaz al-Quran:

  • Kemahuan Sendiri (bukan kerana dipaksa atau terpaksa)
  • Membenarkan Ucapan dan Bacaan

    - boleh dengar kaset-kaset murattal yang di baca qari yang baik dan bagus bacaannnya atau dari mereka yang hafaz al-Quran. Wajib bagi penghafaz al-Quran untuk tidak bersandar kepada dirinya semata-mata dalam hal bacaan al-Quran beserta tajwid.
  • Buat Sasaran Hafazan Setiap Hari

    - Sebagai contoh, kita set sepuluh ayat setiap hari atau satu halaman (sesuai mengikut kemampuan), dan dilaksanakan seboleh mungkin dengan berdisiplin.
  • Memperbaiki dan Memantapkan bacaan

    - pastikan kita tidak beralih hafalan sebelum mendapat hafalan yang sempurna. Supaya dapat memantapkan hafalan di hati.
  • Menghafaz dengan merujuk satu mushaf(kitab) sahaja

    - semasa kita menghafaz, secara tidak langsung akan terbekas dalam hati dan ingatan akan bentuk-bentuk ayat dan tempat – tempatnya dalam mushaf. Bila mana kita menggunakan banyak mushaf (merubah /mengganti mushaf), maka hafalannya akan berbeza-beza dan secara tidak langsung akan menyulitkan proses hafazan.
  • Merujuk makna 

    - Memahami adalah salah satu jalan untuk menghafaz. Kita akan lebih mudah menghafaz bila kita tahu kaitan antara satu ayat dengan satu ayat yang lain, tahu sebab turunnya ayat, memahami makna yang sukar dan kenal hokum yang khusus.
  • Selalu Memperdengarkan Hafazan (disemak oleh orang lain)

    - Hal ini untuk tujuan kita perbaiki kesalahan dalam bacaan atau lupa.
  • Selalu Menjaga Hafalan dengan Muraja’ah

    - Bersabda Rasulullah SAW: 

    "Jagalah benar-benar AL-QUR'AN ini ,demi Yang jiwaku berada di tanganNya al-Quran 
    lebih cepat terlepas daripada unta yang terikat dari ikatannnya”.

  • Bersungguh–sungguh dan berhati–hati ketika menghafaz ayat yang serupa

    - Hati-hati semasa membaca/menghafaz ayat-ayat yang serupa/hampir serupa dalam lafaz. 

  • Menghafaz al-Quran bermula dari usia muda

    - Usia yang baik untuk menghafaz adalah dari umur 5-25 tahun. Menghafaz di usia muda lebih mudah dan lebih baik daripada menghafal di usia tua.

Menghafal di waktu kecil seperti mengukir di atas batu, menghafal di waktu tua seperti mengukir di atas air.



Waspada Perkara-perkara berikut!

  • ‘Memeriahkan’ dosa dan maksiat

    - Sesungguhnya dosa dan maksiat akan melupakan dan menjauhkan kita daripada al-Quran. Apa yang lebih teruk apabila hati menjadi buta dari dzikrullah. 
  • Tiada usaha dan kesungguhan untuk menjaga hafalan dan konsistensi untuk mengulangi bacaan

    - Tidak mahu memperdengarkan (meminta orang lain untuk menyemak) hafalan kepada orang lain.

  • Perhatian yang berlebihan terhadap urusan dunia

    - Menjadikan hati tergantung dengan urusan duniawi sehingga menyebabkan diri terleka dan seterusnya tidak mampu untuk menghafal dengan mudah.

"Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi) 

"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)




Adik-adik, kita pohon pada Allah agar ditolong dan dipermudahkan dalam membaca, mempelajari dan menghafal, serta mengamalkan kandungan Kitabullah. Semoga Al Qur’an menjadi pemberi syafa’at dan penolong kita di akhirat kelak. Dan kita berharap agar Allah tidak menjadikan Al Qur’an menjadi hujjah yang justru akan mencelakan kita di akhirat. Aamiin…



Alhamdulillah, tadarus kita berakhir semalam. Insya-Allah penutupnya akan diadakan pada:


Majlis Khatam al-Quran
Tempat: Masjid al-Irsyad, MMU Melaka
Tarikh/Masa: 10 Sept. 2009 (Khamis) / 9.30 malam (usai solat Tarawikh)


Jom kita meriahkan masjid ye :)


p/s: ana uhibbukum fillah ya usrati >:D<

Aug 26, 2009

Aug 21, 2009

Madrasatul Ramadhan: Pendaftaran dibuka sekarang!


Maghrib tadi, Y.M Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat pengisytiharaan tarikh puasa di kaca televisyen. Insya-Allah, Sabtu ni umat Islam di Malaysia akan berpeluang menikmati kembali ibadah puasa.

Berkata mengenai puasa, ada manusia yang gembira, ada yang sedih, ada juga yang mengeluh!

Bagi saya, bulan ini mengingatkan kembali akan peristiwa-peristiwa dahulu. Sinonim dengan gelarannya sebagai bulan tarbiyyah, hati saya terdidik dengan sifat sabar apabila berhadapan dengan pelbagai ujian yang Allah datangkan satu persatu, tahun demi tahun. Moga hati ini terus sabar dan thabat dalam agamaNya dan menjadi seorang yang faqih dalam ajaranNya. Moga keluarga saya juga begitu ..


“Puasa itu sebahagian dari Sabar” - Ibnu Majah



Didikan Ramadhan

Ramadhan; dalamnya terkandung pelbagai pengajaran dan pembelajaran yang dapat dipelajari secara lansung atau tidak. Tarbiyah Ramadhan akan mencorak para pencintanya agar menjadi seorang Muslim yang sejati agar apabila mereka keluar dari Madrasatul Ramadhan, mereka akan mampu mengharungi seribu satu cubaan dan dugaan di luar sana.

Apabil datangnya Ramadhan maka akan berebut-rebutlah Umat Islam membaca Al-Quran, malah cuba pula untuk mengkhatamkannya sehingga berkali-kali. Namun tahukah kita Tarbiyah Ramadhan bukan sekadar mengajak Umat Islam hanya membaca Al-Quran semata-mata tanpa mengetahui apakah intipati yang dikehendaki di dalam Al-Quran itu sendiri dan memahami konsep perintah dan laranganNya. Jangan hanya bangga kerana dapat menghabiskan Al-Quran 30 juzuk dalam bulan Ramadhan tetapi tidak mengetahui dan jahil bahawa Allah s.w.t telah memerintahkanya agar mentaatiNya dan menjauhi laranganNya dan apabila berlalunya Ramadhan kita bertukar menjadi seorang yang ‘derhaka’ kepadaNya tidak kira sama ada secara sedar atau tidak.

Jangan hanya taat di bulan Ramadhan tetapi bertukar menjadi seorang penentang agamaNya apabila berlalunya Ramadhan atau kekal berada di dalam kejahilan tentang perintahNya dalam bab ketaatan, jahil tentang laranganNya, jahil tentang perintah agar mentaati kedua ibu bapanya, jahil tentang perintah menutup aurat, jahil tentang hukum-hakamNya, jahil dalam segala-galanya . Yang tinggal hanya sekadar berbangga menghabiskan Al-Quran 30 juzuk semata-mata! Oleh itu, Tarbiyah Ramadhan bukan sekadar menekan aspek luaran semata-mata malah lebih kepada aspek kerohanian dan dalaman kerana di dalam tubuh manusia tersebut mengandungi seketul daging iaitu hati yang mengawal tubuh badan manusia. Jika elok hati tersebut maka akan elok tubuh badan dan kelakuan manusia tersebut namun jika buruk hati tersebut maka sebaliknya yang akan berlaku.

Oleh itu, semoga bulan Ramadhan ini akan dapat memberikan kita pengajaran yang melekat di dalam hati walaupun sedikit dan semoga ketaatan dan ketekunan melakukan ibadat di dalam bulan ini tidak berlalu sebagaimana berlalunya Ramadhan. Semoga di dalam bulan ini kita menjadi seorang yang taat kepada-Nya juga di bulan-bulan seterusnya dan tidak menjadikan kita taat di bulan Ramadhan tetapi penentang ajaranNya di bulan-bulan yang lain.

“Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riak sedangkan melakukan amalan kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan kamu daripada kedua-duanya.”

Golongan Orang yang Berpuasa

Puasa umum, orang yang berpuasa dengan menahan perut dan kemaluan daripada keinginan, iaitu menahan perut dari makanan dan menahan kemaluan serta apa saja yang berada dalam hukumnya dari kelazatan-kelazatan dan keinginan-keinginan nafsu. 

Puasa khusus, iaitu menahan perut dan kemaluan, beserta menahan pendengaran dari mendengarkan omongan yang tidak berguna dan apa saja yang haram didengarkan; menahan penglihatan dari melihat apa yang haram dilihat; menahan tangan dari setiap sesuatu yang dilarang oleh hukum syara', dan apa saja yang masuk dalam pengertian ini. 

Pada pokoknya, menahan semua anggota badan melakukan setiap sesuatu yang haram dikerjakan, iaitu puasa orang-orang yang soleh. Dan kesempurnaannya adalah enam perkara:

  • Memejamkan mata dari membiarkan memandang kepada apa saja yang menyibukkan hati dari mengingat Allah, dan apa saja yang dapat melupakan manusia dari mengingat akhirat. Nabi Muhammad saw. bersabda:


"Pandangan itu adalah anak panah yang beracun dari anak panah-anak panah Iblis yang dila'nat Allah. Barang siapa yang meninggalkan pandangan tersebut karena takut kepada Allah, maka Allah ta'ala 'azza wa jalla akan mem berinya iman yang akan dia dapati kesedapannya dalam hatinya". 


  • Menjaga lisan dari: ucapan yang keji, berdusta, ghibah, dan mengadu domba. Dan mengharuskan lisan untuk diam dan tidak berbicara kecuali dalam kebaikan, berzikir kepada Allah dan membaca Al Qur'an.
  • Menahan pendengaran dari mendengarkan kepada setiap yang makruh. Allah swt. telah menghubungkan orang yang mendengarkan hal yang dibenci oleh agama dengan orang yang memakan makanan yang haram dalam firman-Nya:

    "Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengarkan berita bohong, banyak memakan yang haram . . . " (Al Ma'idah : 42)

    "Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? . . . " ( Al Ma'idah : 63)


Nabi Muhammad saw. bersabda:


"Orang yang menggunjing orang lain dan yang mendengarkan adalah bersekutu keduanya dalam dosa". 


Mencegah semua anggota badan dari hal-hal yang haram dan hal-hal yang makruh, dan menjaga perut pada waktu berbuka dari makanan yang syubhat. Maka janganlah berbuka pada daging orang dengan ghibah atau pada makanan yang diusahakan dengan cara yang tidak halal. 

Hendaknya jangan banyak makan pada waktu berbuka sehingga perutnya penuh. Kerana memenuhi perut itu akan menimbulkan nafsu bahimiyyah (nafsu kebinatangan), sehingga membangkitkan nafsu syahwat yang telah tenang sepanjang hari. 

Setelah berbuka, hendaklah hatinya ditempatkan diantara berharap agar puasanya diterima oleh Allah dan khawatir jika puasanya ditolak oleh-Nya, karena tidak ada orang yang tahu apakah puasanya diterima atau tidak.  



Puasa istimewa (khusus yang khusus) iaitu menahan diri dari memenuhi keinginan perut dan kemaluan, dan menahan/memenjara hati dan fikiran dari selain Allah; sehingga tidak memikirkan sesuatupun dari urusan-urusan dunia secara mutlak, sekira apabila memikirkan sesuatu urusan dari urusan-urusan dunia dan menjauh sejauh ujung jari saja dari memikirkan Penciptanya, maka benar-benar telah berbuka puasa (puasanya batal). Puasa ini adalah khusus bagi para nabi dan para rasul as.

Buka tingkap itu

Hakikatnya dalam beramal, seorang hamba dituntut untuk memenuhkan syarat tertentu. Syarat wajib dilakukan untuk mendapatkan darjat orang yang ikhlas di sisi Allah:

Membuka dua tingkap dalam hati. Tingkap ‘ikhlas’ kerana Allah dan tingkap ‘benar’ caranya mengikut sunnah Rasulullah SAW, bukannya amalan rekaan manusia atau amalan mengikut rasa hati sendiri.


“Sesungguhnya amal itu apabila dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar caranya, maka ia tertolak. Dan jika dilakukan secara benar tetapi tidak ikhlas ia tidak akan diterima juga. Kedua-duanya mesti ada iaitu ikhlas dan benar.”


Beramal dengan amal yang berkualiti. Bukan sekadar menunaikan kewajipan, tetapi memberi pengaruh ke atas seluruh tubuh badan, jiwa dan raga. Amalan sembahyang apabila dilakukan dengan berkualiti akan melahirkan sahsiah yang berdisiplin, rajin, jujur, amanah, dekat dengan Tuhan, jauh daripada maksiat, takut kepada akhirat dan berbekal untuk perjalanan ke alam barzakh.


Ramadhan bukan bulan alasan untuk duduk lesu kerana dahaga. 
Ramadhan bukan juga bulan alasan, untuk mengurang masa berusaha.
Ramadhan adalah titik nikmat daripada Tuhan, 
untuk kita berlama-lamaan di atas sejadah, 
untuk kita mengucur peluh dalam jalan perjuangan, 
untuk kita mengasak nafsu agar ibadah, tidak lagi palsu.



Muslimin Muslimat, yok kita pakat-pakat set objektif untuk Ramadhan kali ini.




p/s: Entah kenapa, terasa berdebar-debar menanti Ramadhan kali ini.

Mar 9, 2009

Salam Maulidur Rasul


Seringkah kita terfikir
Bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita
Tetap tersenyum apabila dibenci
Tetap tenang bila dimusuhi
Tetap membantu walau disakiti
Tetap menyeru walau diusir pergi

Kenapa kita mudah benci bila dikasari
Mudah putus asa bila yang dilakukan tak menjadi
Mudah kecewa bila orang lain tak memahami
Mudah terguris bila kita dinasihati

Ayuh kita bangkitkan diri
Agar segala yang indah menghiasi peribadi
Kerana qudwah kita adalah Nabi
Kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki..

Dari Ibnu Mas'ud r.a: Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari Qiyamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR At-Tirmidzi)

Info Maulidur Rasul

Ceramah Maulidur Rasul 1430H peringkat Daerah Kluang:

(maaf jika audio tak memuaskan. saya telah dilupakan untuk rakam sedari awal..namun alhamdulillah, masih dapat rakam input-input penting buat kongsian bersama)

p/s: Macam sama je kan Malam Sinar Maulidurrasul tu..huhu. kenangan~

.................................................................................................................

Ada orang suruh saya 'update birthday list' untuk bulan 3. Untuk membiarkan dirinya tersenyum manis, saya cuba 'kabulkan' juga permintaan tu. Apa-apa pun, sekurang-kurangnya ini tanda ingatan dan juga penghargaan buat kalian semua :)

05 - Ukhti Wani (mpbp)

06 - Ukhti Adilah (jr. management) 
06 - dik Wani (jr. STM2) 
07 - Ukhti 'Izzati 
12 - Ukhti Shuhada @ cik da~ 
13 - Ukhti Muni 
15 - Akhi Faruq 
19 - Akhi Azril Hanafi 

22 - Ukhti Shaz (classmate) 
24 - Ukhti aisyah adnan 
26 - Ukhti Siti Nur Khadijah 

29 - Akhi Nik Zarizi


Ya Allah, ya tuhan kami, hanya Engkaulah satu-satunya tuhan kami, tempat kami mengadu dan tempat kami meminta. Daripada-Mu kami datang dan kepada-Mu, pasti kami semua akan dikembalikan.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami, terutama kedua ibubapa, yang telah melahir dan membesarkan kami, rahmatilah mereka sebagaimana mereka telah memelihara sewaktu kami kecil tidak berdaya. 

Ya Allah, balaslah setiap titisan darah dan peluh mereka, melahir dan membesarkankan kami, dengan ganjaran berlipatganda, kami berwakil kepada Mu untuk membalas mereka, dengan sebaik-baik anugerah dan pahala, jadikanlah mereka berbangga melahirkan kami, wahai tuhan manusia yang Maha Esa.

Ya Allah, kami mohon rahmatkanlah hamba-Mu yang kami kasihi dan yang kami rai. Murahkan rezeki mereka, gembirakan hati mereka, sihatkan tubuh badan mereka, berkatkan ahli keluarga mereka, dalam redha dan rahmat-Mu sentiasa, dari dunia hingga ke syurga, kekal selama-lamanya.

Ya Allah, peliharalah hamba-Mu dalam kesejahteraan dan keselamatan, panjangkan usia mereka dalam keberkatan dan kesyukuran, akhirkan kehidupan mereka dalam kemantapan iman, himpunkan mereka di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. 

Himpunkan mereka di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. Himpunkan mereka dan kami kesemua di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. Wahai Allah yang memperkenan segala permintaan.

Ameen~

Jan 7, 2009

'Asyura

Another peaceful and calm day .. syukur lillah~

Something for sharing.. 

The Historical Significance of ‘Ashura

Peristiwa Karbala

Peristiwa Bersejarah di bulan Muharam

Amalan 'Asyura

Fadhilat Hari 'Asyura

10 Muharram: Berpuasa Sunat pada Hari ‘Asyura

O’ Allah! Bless us to perform good deeds and gain their reward on ‘Ashura. Make the new year one of unity, cooperation and success for Muslims in this city and around the world.

Ameen ya Rabb~

Sep 26, 2008

Tazkirah menanti Syawal..

Selamat hari lebaran
Minal ‘aideen wal faaizeen
Mari bersalam-salaman
Saling bermaaf-maafan
Ikhlaskanlah diri mu
Sucikanlah hati mu
Sebulan berpuasa
Jalankan perintah agama 

Selamat hari lebaran

Minal ‘aideen wal faaizeen
Mari mengucapkan syukur
Ke hadirat Illahi
Kita berkumpul semua
Bersama sanak saudara
Tak lupa kawan semua
Jumpa di hari bahagia

................................................................

Lagu ini berkumandang bersama puluhan lagi koleksi lagu raya yang mana saya rasakan seperti memaksa-maksa diri untuk mewujudkan kegairahan menyambut lebaran. Dipaksa-paksa sedih bagi apa yang hilang dan tak tercapai. Dipaksa-paksa gembira bagi hasil mahsul sebuah Hari Raya.

Tetapi apa yang mengasak fikiran saya ialah ungkapan "Minal 'Aideen wal Faaizeen" itu. Bukan sahaja ungkapannya dalam bahasa Arab, malah maknanya juga saya pasti tidak mudah difahami dengan sekadar menyebutnya di atas lisan. Fahamkah artis-artis yang beraya lebih awal dari kita itu akan maksud ungkapan berkenaan? Maksud saya, adakah mereka merakam program Hari Raya ketika kita masih bertatih puasa. Fahamkah setiap mereka yang melakar kata-kata ini pada sebahagian 160 karakter sms 'Aidilfitri, atau kad raya itu sendiri?

Atau ia hanya ungkapan kosong tanpa makna!

Seperti Assalamu'alaikum yang gersang dari rasa sebuah do'a, atau Insya-Allah yang hanya kosmetik untuk cadangan memungkiri janji!

Fenomena kata-kata tanpa makna ini memang sudah lama wujud, sudah lama berlaku. Kerana itulah agaknya Imam Hasan al-Banna sering memulakan ceramahnya dengan menyebut:

"Aku alu-alukan kalian dengan alu-aluan Islam, alu-aluan yang asalnya di sisi Allah penuh kebaikan dan keberkatan, manusia menyebutnya sebagai adat, sedangkan kita menyebutnya sebagai ibadat, Assalamu'alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh"

Ungkapan Minal 'Aideen wal Faaizeen

Ungkapan "minal 'aideen wal faaizeen" itu adalah suatu ungkapan yang sangat besar.

Kita mengucapkan tahniah atas kejayaan kita memenuhi tuntutan Ramadhan, melepasi proses Tarbiyahnya dan akhirnya kita melambai senja Ramadhan yang menyinsing dengan suatu diri yang tinggi.

Tinggi kerana kita telah menundukkan nafsu. Nafsu itu seperti api. Kecil menjadi lawan, tatkala besar menjadi lawan.

Manusia terhijab dari melihat kebesaran Allah, apabila nafsu terbiar mengganas jadi ammarah. Nafsu yang menipu kita bahawa kita sepatutnya makan lebih dari yang sepatutnya. Nafsu juga menyebabkan kita bercakap lagha, berkata lucah, mengamuk dan marah-marah, malah bergaduh dan bertelagah.

Semua itulah yang diajar Ramadhan agar kita mengatasinya. Kawal diri supaya tidak dikawal nafsu.

Bila nafsu diajar mengenal batas sempadan, barulah diri mengikut piawaian. Dan piawaian itulah yang dinamakan sebagai fitrah. Ramadhan melatih manusia menundukkan nafsu, agar dirinya kembali kepada piawaian, kembali kepada Fitrah!

Mereka inilah golongan 'Aideen; golongan yang pulang dan kembali kepada Fitrah.

Mereka Itulah Golongan Berjaya

Mereka yang berjaya menyerlahkan kembali fitrah diri yang selama ini terkurung dalam perangkap nafsu dan kejahilan, mereka inilah golongan yang sukses. Golongan berjaya iaitu golongan Faaizeen!

"Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan dirinya dari belenggu nafsu."[91:9]

Golongan ini berjaya mengawal dirinya, lantas tidak lagi dikawal oleh dorongan nafsu. Dia sudah merdeka dengan kemerdekaan yang hakiki. Mereka inilah golongan yang berjaya yang kita sebutkan sebagai golongan Faaizeen.

Cermin Diri

Maka cerminlah keadaan diri kita semua. Apakah kita telah kembali kepada fitrah diri yang sebenar selepas Ramadhan ini? Seandainya tidak, ungkapan-ungkapan itu hanyalah sebagai satu ejekan. Mengejek diri sendiri yang jelik, kerana menyarungkan pakaian sutera pada 'tunggul' manusia yang tiada nilai dan harganya.

Moga kita ini benar-benar kembali kepada fitrah sebelum kita kembali kepada Allah; Pencipta yang satu. Kerana itu sahajalah erti sebuah faaizeen.

p/s: selamat hari raya 'Aidilfitri..kullu 'aam wa antum bikhair~

Sep 23, 2008

perkongsian..

Pesta Ramadhan telah sampai ke kemuncak, gerai-gerai jualan semakin laris, dikunjungi pengunjung yang berpusu-pusu membeli jualan. Nampaknya hampir semua penduduk tidak melepaskan peluang kemari.. Jadi dikesempatan singkat ini, saya cuma ingin mewar-warkan gerai-gerai jualan yang wajar dikunjungi(must experience!). Semoga dapat memperingati yang terlepas pandang (termasuk diri sendiri) dan menambah keazaman mereka yang telah bertandang..

We definitely got something for everyone..!


  • Bagi yang ada lebihan rezeki, jemputlah ke gerai infaq, sama ada kepada organisasi masing-masing, anak-anak yatim, fakir miskin atau masyarakat yang ditimpa musibah dan memerlukan.. ganjaran musim pesta ini tidak sama dengan selepasnya mahupun sebelumnya, yang sunnah diangkat menjadi ganjaran fardhu !
  • Bagi yang menempuh perjalanan jauh ke tempat kerja, gerai zikir, tasbih, tahmid dan takbir tidak kurang menarik untuk dikunjungi. Subhanallahi wabihamdihi subhanallahil ‘aziim - Ringan di mulut, berat di timbangan, amat dicintai oleh Allah !! ini cuma salah satu dari appetiser yang dihidangkan..
  • Bagi yang sukar meninggalkan dosa kecil (setiap dari kita kot), jemputlah ke gerai mujahadah, dan merasakan manisan-manisan yang disediakan di gerai ini.. Subhanallah.
  • Bagi yang mampu mencipta masa kosong dari masa2 harian, gerai Al Quran menunggu untuk anda datang bertandang.. satu huruf, sepuluh hasanah, satu juzu’, tidak terkira hasanah,

innal hasanata yuzhibnassayyiaat

(Sesungguhnya hasanah itu menghapuskan keburukan –Al Quran),

jutaan hasanah yang pastinya memadamkan keburukan2 kita.

Allahuakbar!

  • Bagi mereka yg mampu meluangkan lebih banyak masa dari kelompok di atas, anda dialu-alukan ke gerai tadabbur, terlalu banyak kebaikan di gerai ini..
  • Bagi yang menginginkan pahala ibadah puasa berganda, jemput ke gerai juadah kami bersama rakan-rakan anda untuk berbuka

Sesiapa yang memberi makan kepada orang utk berbuka, beroleh pahala si fulan itu tanpa dia dikurangi pahalanya sedikit pun–Hadith

  • Bagi yang teguh keazaman dan berkelapangan, anda tidak harus kelepasan gerai qiyaam dan iktikaf yang terletak ditengah tapak pesta. Kami dimaklumkan gerai tersebut meng’offer’ banyak hadiah2 bonanza! Antaranya beberapa ‘Suite Executive Mardhatillah’ di tengah kota , ‘Maghfirah M5 Convertible’ dan juga ‘Tiket Petrol utk 1000 bulan’.
  • Bagi yang berpeluang merasai nikmat berdiri di malam hari, podium public speaking menanti untuk anda memotivasi pengunjung-pengunjung yang lain
  • Akhirnya bagi yang tidak mampu membuat semua yg diatas, pastikan anda tidak terkeluar dari pagar pesta ini, nescaya anda tetap sentiasa berada dalam kebaikan (i.e. menjaga puasa dalam erti kata sebenar, baik sabarnya, menahan marah, memelihara lidah dan mata, dan meninggalkan yang sia-sia)

InsyaAllah selesai pesta nanti, jemputlah ke Pentas Fitrah untuk kita sama-sama meraikan kejayaan penganjuran pesta ini (provided kita telah ambil full advantage darinya)

p/s: pesanan penaja~



Sep 16, 2008

saya di tag??

Ditag oleh adik nurafaz
Pelik saya, ada juga yang nak men'tag' saya. Insya-Allah sempat curi sedikit masa untuk melayan~ (hehe)

Bagaimana caranya?

1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags



http://queenmary87.blogspot.com
Saya tidak tahu nak wariskan kepada siapa tag ni. Kepada yang kene nasiblah ye~ (ahaks)

Messenger of Allah (Sallallahu Alayhi Wasallam) say during Ramadan:

‘The gates of Hell are closed, the gates of Paradise are opened, and the devils are in chains. An angel calls out: ‘O you who intend to do good deeds, have glad tidings. O you who intend to do evil, refrain, until Ramadan is completed.””

(Ahmad and an-Nasa’i)

Selamat meneruskan sisa baki perjuangan di University of Tarbiyyah~ ^_^

Sep 3, 2008

pesta ibadah~

  • Seorang yang beragama Islam memulakan harinya, dengan bersahur sebelum masuk waktu subuh. Lebih baik jika ia dapat dilewatkan beberapa ketika sebelum terbit fajar.
  • Selepas itu boleh bersiap sedia untuk mengerjakan solat subuh, berwudhuk di rumah dan berjalan ke masjid sebelum azan berkumandang
  • Selepas memasuki masjid, dirikanlah solat dua rakaat(tahiyatul masjid). Kemudian, duduk dan membaca doa atau membaca al-Quran atau berzikir sehingga azan dilaungkan. Cubalah menjawab azan yang dialungkan oleh muazzin dan membaca doa selepas azan.
  • Kemudian, mendirikan solat sunat subuh dua rakaat. Selepas itu, jika masih ada masa terluang, bolehlah membaca al-Quran atau doa sehingga muazzin iqamah untuk mendirikan solat subuh berjemaah.
  • Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, eloklah membaca zikir selepas solat. Kemudian, jika ingin terus duduk di masjid sehingga matahari naik, dia boleh berzikir atau membaca al-Quran kerana itulah amalan Rasulullah S.A.W selepas setiap kali solat subuh. 
    Kira-kira suku jam selepas matahari naik, sunat mendirikan solat dhuha sekurang-kujrangnya dua raakat. Jika tidak, boleh melengahkan solat sehingga masa yang dipilihnya ketika hari bertambah panas atau mahatari lebih tinggi.
  • Jika sesiapa terasa ingin tidur sebentar sebelum memulakakan kerja, berniatlah untuk memulihkan tenaga dalam beribadat dan mencari rezeki agar diberi pahala oleh ALLAH. Adalah dianjurkan untuk meniru cara tidur Rasulullah S.A.W.
  • Setelah semua itu selesai, bolehlah pergi bekerja dan apabila masuk watktu solat zuhur, disunnatkan pergi awal ke masjid dan bersedia untuk menunaikan solat zuhur berjamaah. 
    Mendirikan solat 4 rakaat(Solat sunat sebelum zuhur). Ia dilakukan dua rakaat diikuti salam, kemudian bangun dan menyambung lagi dua rakaat menjadikannya 4 rakaat beserta dua salam. Selepas mendirikan solat zuhur berjemaah, dirikanlah solat sunat selepas zuhur sebanyak 2 rakaat
  • Selepas solat, sempurnakanlah segala tanggungjawab ditempat kerja sehingga tiba waktu pulang. Jika masih ada masa terluang, bolehlah tidur sebentar sebelum tiba waktu asar. Jika bimbang terlepas melakukan solat asar berjemaah, bolehlah menyibukkan diri dengan sebarang aktiviti yang sesuai sehingga tiba waktu solat. Sama ada pergi ke pasar untuk mendapatkan keperluan keluarga atau terus ke masjid sehingga selesai mengerjakan solat asar.
  • Selepas asar, bolehlah melakukan sebarang aktiviti yang sesuai seperti membaca al-Quran atau sebagainya. Jika seseorang itu berasa penat, bolehlah berehat bagi mengembalikan tenaga untuk persediaan solat terawih pada sebelah malam.
  • Sebelum azan maghrib, bersiap sedialah untuk berbuka.Pada waktu itu, lakukanlah sesuatu yang berfaedah seperti berdoa atau berbual-bual dengan isteri dan anak-anak tentang perkara yang bermanfaat.
  • Salah satu amalan baik yang boleh dilakukan ialah mengambil bahagian dalam mengagihkan makanan kepada orang yang berbuka puasa. Ini adalah satu nikmat yang tidak diketahui ramai kecuali mereka yang telah melakukannya.
  • Selepas berbuka, bolehlah terus ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Dirikanlah solat sunat selepas maghrib 2 rakaat, kemudian bolehlah kembali ke rumah.
  • Diharuskan makan makanan yang masih terhidang tetapi jangan terlalu banyak.
  • Kemudian, lakukanlah sebarang aktiviti untuk mengisi masa sama ada dengan membaca buku atau berbual-bual tentang perkara yang diizikan bersama anggota kerluarga. Jangan sekali-kali melakukan perkara-perkara haram pada waktu-waktu begini. 
    Pada waktu ini biasanya media elektronik menghidangkan program-program menarik yang mengandungi perkara-perkara yang tidak bermoral. Berusahalah untuk mengalih pandangan keluarga terutamanya anak-anak daripada perkara-perkara yang sia-sia.
  • Bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak. Seelok-eloknya pergilah ke masjid sebelum masuk waktu dan membaca al-Quran atau mendengar sebarang sebarang syarahan jika ada.
  • Selesai mengejarkan solat isyak, diikuti dengan solat sunat selepasnya, mulakanlah solat terawih bersama imam dengan penuh kusyuk serta menghayati ayat yang dibaca. Jangan berhenti selagi imam tidak berhenti.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

Sesungguhnya sesiapa yang berdiri(dan solat) bersama imam sehingga selesai, dicatatkan baginya seperti mengerjakan solat sepanjang malam. (Diriwayatkan oleh Abu Daud: 1370 dan lain-lain)

  • Selepas solat terawih, bolehlah merangka apa-apa program yang sesuai dengan masa dan keadaan serta keperluan peribadi seseorang. Walaubagaimanapun, beri penekanan perkara-perkara berikut:
  1. Hindari perubuatan haram dan menutup semua pintu ke arah itu.
  2. Pastikan keluarga tidak melakukan perkara haram dan menasihati mereka dengan berhikmah. Contohnya, menyediakan program khusus untuk mereka, membawa mereka melawat tempat yang diharuskan, mengelakkan mereka daripada berkawan dengan orang yang tidak berakhlak dan mencarikan mereka kawan yang berpekerti mulia.
  3. Berusahalah untuk tidur awal mengikut cara tidur Rasulullah S.A.W. Selesaikanlah pembacaan al-Quran ataupun mana-mana buku yang belum dihabiskan pada hari itu.
  4. Peruntukanlah masa yang cukup untuk bersahur. Berdoa sebanyak mungkin pada waktu ini kerana sepertiga akhir malam adalah masa ALLAH turun. Dia memuji mereka yang memohon keampunan daripadaNya. Dia juga berjanji akan mengabulkan doa dan menerima taubat hamba yang bertaubat kepadanya. Jadi, janganlah melepaskan peluang ini.
  5. Pada hari jumaat di bulan ramadhan. Jumaat adalah hari terbaik di dalam seminggu. Jadi, kita hendaklah mempunyai jadual khas untuk beribadat pada hari ini. Cuba lakukan perkara berikut: 

    o Datang awal ke masjid untuk mendirikan solat jumaat. 

    o Berusahalah untuk berada di masjid selepas solat asar dan mengisinya dengan membaca al-Quran dan berdoa sehingga waktu-waktu terakhir hari itu. Pada masa inilah doa dimakbulkan. 

    o Ambillah peluang pada hari ini untuk melengkapkan segala amalan yang tidak sempat disempurnakan sepanjang minggu. 


  6. 10 hari terakhir ramadhan. 10 hari terakhir meliputi malam al-Qadar yang merupakan malam terbaik daripada seribu bulan.Maka, disunatkan beriktikaf di dalam masjid pada masa ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Melakukan iktikaf pada waktu ini merupakan satu rahmat besar daripada ALLAH. Sesiapa yang tidak mampu melakukannya sepanjang 10 hari, cubalah dapatkan sebanyak yang termampu. Hidupkanlah malam ini dengan mendirikan solat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Sebaiknya berehat pada siang hari agar mudah berjaga pada sebelah malam.
  7. Program ini hanyalah satu cadangan. Ia boleh diubah dan setiap orang boleh menyesuaikannya mengikut keadaan. Apa yang disenaraikan di sini lebih menumpukan kepada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Ini tidak bererti setiap yang disebut di sini mesti dibuat dan diwajibkan. Ia hanya meliputi banyak perkara yang berbentuk sunnah dan amat digalakkan. Sebaik-baik amalan disisi ALLAH ialah yang berterusan sungguhpun sedikit. Pada awal bulan ramadhan lazimnya seseorang sangat cenderung melakukan amal ibadat, kemudian keghairahan menurun sedikit demi sedikit. Berjaga-jagalah dari keadaan itu dan bertekadlah untuk sentiasa beristiqamah pada bulan yang berkat ini. Umat Islam hendaklah berusaha untuk mengatur masanya dalam bulan ini agar tidak terelpas peluang untuk melakukan amalan soleh. Berusaha untuk membeli segala keperluan keluarga sebelum masuk bulan ini. Pilihlah waktu yang sesuai untuk melawat kawan dan saudara mara agar amal ibadat pada bulan ini tidak tergangu.
  8. Beribadatlah sebanyak mungkin dan dekatkanlah diri kepada ALLAH.
  9. Bertekadlah dari awal bulan untuk pergi ke masjid di awal waktu agar dapat mengerjakan solat berjemaah dan memperbanyakkan qiamullai serta bersedekah.
  10. Ambillah sebaik peluang dalam bulan ramadhan untuk mengukuhkan hubungan dengan al-Quran melalui kaedah berikut: 

    o Membetulkan bacaan. Cara yang betul untuk memenuhi tuntuan ini ialah dengan mendapatkan seseorang yang pakar dalam membaca al-Quran atau mendengar kaset qari-qari yang terkenal. 

    o Mengulangi setiap ayat yang dihafal untuk meningkatkan daya ingatan. 

    o Membaca buku-buku tafsir, seperti Tafsir al-Baghawi, Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir al-Sa'di. Mulakan dengan juzuk ke-30 diikuti dengan juzuk ke-29 dan seterusnya. 

    o Bertekad untuk menyempurnakan segala tuntutan ALLAH sebagaimana yang terdapat dalam ayat yang dibaca. 

Semoga ALLAH melengkapkan kepada kita keberkatan ramadhan dan membantu kita untuk mengerjakan ibadat puasa dan qiamullail sepenjang bulan. Juga menerima segala amalan kita serta mengampunkan dosa yang kita lakukan. 

Disunting dan dinukilkan dari buku Soal Jawab Puasa Berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi(Jilid 1). Terbitan Karya Bestari, Cetakan Pertama 2005 (m/s : 56-63)

Aug 29, 2008

Saat purnama ramadhan menyinar cahaya..

InsyaAllah tibalah bulan yang dinanti-nantikan, bulan Ramadhan; bulan agung, penuh barakah yang di dalamnya terkandung Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Setiap amalan fardhu diberikan ganjaran 70 kali ganda, manakala amalan-amalan sunat pula dikurniakan pahala seperti ibadat fardhu.

Marilah kita sama-sama renungi persiapan yang perlu dilakukan untuk mempersiapkan diri menyambut bulan penuh barakah ini.

PERSIAPAN RUHIYAH (SPIRITUAL)

Banyakkan ibadah sunat seperti:
  • Solat sunat – Amalkan solat-solat sunat rawatib, solat hajat.
  • Qiyamullail - Serikan dengan tahajjud, solat taubat, solat hajat, solat witir dll.
  • Membaca al-Qur’an - Perbanyakkan dan bolehlah ditambah hafazan juga ya!
  • Berzikir - Al-ma’tsurat, zikir selepas solat, sebelum tidur dan pada setiap ketika, mudah-mudahan setiap saat dalam zikruLlah.
  • Berdoa - doa orang berpuasa sangat mustajab. Perbanyakkanlah berdoa untuk kebaikan diri dan umat Islam yang lain, khususnya yang sedang ditimpa kesulitan dan musibah. Antara masa-masa mustajab berdoa - sewaktu bersahur dan berbuka, dan di sepertiga malam (qiyamullail)

Oh ya! Apatah lagi ibadat wajib, sama-sama kita sempurnakan dari segi keikhlasan niatnya, tepat pada waktunya dan khusyu’nya, InsyaAllah.

PERSIAPAN FIKRIYAH

Mendalami ilmu, beramal dan berkongsi dengan orang di sekitar, khususnya dalam ilmu berkaitan ibadah ramadhan. Banyak orang yang berpuasa tidak menghasilkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Ini berlaku kerana puasanya hanya pada nama, dan tidak dilandasi dengan ilmu yang cukup. Amal tanpa ilmu mahupun ilmu tanpa amal adalah suatu yang sia-sia.

PERSIAPAN MENTAL

Tingkatkan kekuatan mental dengan melatih diri melawan tarikan duniawi yang berlebih-lebihan agar ibadat tidak terganggu. Berpada-padalah membuat persediaan berbuka puasa dan menyambut hari raya. Seharusnya, ibadah puasa Ramadhan dilakukan secara maksima dari awal hingga akhirnya.

PERSIAPAN FIZIKAL DAN MATERIAL

Seseorang muslim tidak akan mampu untuk berpuasa dengan maksima sekiranya fizikalnya sakit. Oleh itu, kita dituntut menjaga kesihatan fizikal serta menjaga kebersihan.

Menabunglah sebelum bertemunya Ramadhan untuk dijadikan bekalan ibadah Ramadhan. Idealnya seorang muslim akan menabung sebelum tibanya Ramadhan. Apabila Ramadhan tiba, dia dapat beribadah secara khusus dan tidak berlebihan dalam mencari harta atau kegiatan lain yang dapat mengganggu kekhususan ibadah puasa. Harta juga dapat disedekahkan atau diinfakkan pada jalan kebaikan.

Jadi, marilah kita memulakan momentum ibadat kita dari sekarang. Bagi yang sudah memulakannya, alhamdulillah. Bagi yang belum, ayuh, kita mulakan sekarang!

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانٍ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah berkahilah hidup kami di bulan Rajab dan Syaaban dan sampaikanlah kami hingga bulan ramadhan”.

WAllahua’lam.

p/s: ramai yang terus menderita menjelang Ramadhan duhai sahabat. keamanan-keamanan mencabar minda bertawadhuk, mengapa embargo ke atas wilayah yang miskin, ke atas jiwa yang tidak memimpikan istana, hanya ingin merdeka. bahagia diabaikan oleh kuasa-kuasa yang mampu mengubah keadaan...Ramadhan menjadi segan silu untuk diraikan.

Aug 11, 2008

ahlan wa sahlan ya sya'aban!


mari berdoa~

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa." (at-Taubah : 36)


Lanjutan: [klik sini]
Rajab mengundurkan diri, Sya'aban mula menyinsing, kelak Ramadhan pula menyusul tiba. Sya'aban lazimnya menjadi bulan persiapan untuk menyambut ketibaan Ramadhan al-Kareem. 
Syaaban bererti pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar pada bulan setelah duduk lama di rumah pada bulan Rajab. Mereka juga keluar beramai-ramai mencari air dan makanan. Beberapa hadith sahih berkaitan bulan sya'aban:
Antaranya: Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menganggap ia tidak berbuka, dan ia berbuka sehingga kami menganggap ia tidak berpuasa dan aku tidak pernah melihat baginda menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan dan aku juga tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Aisyah r.a. juga berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat (sunat) baginda akan sentiasa terus melakukannya. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Bila berkata mengenai bulan sya'aban, ia diibaratkan sebagai lampu kuning buat mereka bergelar 'ukhti'. Laksanakanlah hutangmu duhai muslimah, jika ada yang perlu diganti, gantilah; jika ada yang perlu dibayar, maka bayarlah(fidyah). Pelihara ibadahmu sebaiknya.
Rukun-rukun Puasa
Rukun puasa ada 2:
  • Berniat puasa
  • Menjaga dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

Niat

Setiap ibadah perlu dimulai dengan niat.

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Niat puasa bermaksud mengqasadkan puasa iaitu berazam di dalam hati untuk melakukan puasa. Waktu untuk berniat puasa antara puasa wajib dengan puasa sunat adalah berbeza. Bagi puasa wajib (kaffarah, nazar, ramadhan, qadha'), disyaratkan niatnya dilakukan pada waktu malam sebelum terbitnya fajar.

Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meniatkan puasa pada malam hari sebelum terbit fajar, maka tiadalah puasa baginya” (HR Imam Daruqutni dan Baihaqi dari Aisyah r.a.)

Bagi puasa sunat pula, tidak disyaratkan melakukan niat pada waktu malam. Harus berniat pada siang hari asalkan sebelum tergelincir matahari dari tengah langit (sebelum masuk waktu solat zohor) dan tidak melakukan sebarang perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan, bersetubuh dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berniat puasa sunat di siang hari sebagaimana diceritakan oleh Aishah r.a.: suatu hari Nabi s.a.w. bertanya kepadanya, “Apakah ada pada kamu makanan untuk pagi ini?”. Jawab Aishah; “Tidak ada”. Lantas Nabi berkata; “Jika begitu, aku berpuasa hari ini” (HR Imam ad-Daruqutni)

Keperluan untuk ditentukan

Bagi puasa wajib, wajib ditentukan (dita’yinkan) di dalam hati jenis puasa yang akan dilakukan keesokan hari sama ada puasa Ramadhan, Qadha', Nazar atau Kaffarah. Jika diniatkan semata-mata puasa (tanpa menentukan jenisnya), maka tidak sah niat puasa itu.

Bagi puasa sunat pula, tidak diwajibkan menentukan jenis puasa di dalam niat untuk mensahkan puasa, namun untuk kesempurnaan puasa disyaratkan menentukannya khusus bagi bagi puasa-puasa sunat yang berwaktu (seperti puasa Isnin dan Khamis, puasa ‘Asyura, puasa enam hari dalam bulan Syawal dan sebagai) dan juga bersebab (seperti puasa minta hujan). Oleh yang demikian, untuk mendapat pahala yang sempurna, puasa-puasa yang berwaktu dan bersebab itu hendaklah ditentukan jenis puasa di dalam niat. Adapun puasa-puasa sunat yang mutlak (tidak berwaktu dan bersebab), memadai berniat puasa sahaja tanpa perlu menentukan jenisnya.

Sya'aban terbahagi kepada dua: Nisfu pertama dan nisfu kedua. Nisfu pertama adalah daripada 1 Sya'aban sehingga 15 Sya'aban. Sementara Nisfu kedua adalah daripada 16 Sya'aban hingga 30 Sya'aban. Bagi yang ingin berpuasa sunat pada 17, 18, (atau mana-mana hari pada nisfu kedua), perlulah berpuasa pada 15 dan 16 Sya'aban terlebih dahulu. Hal ini bertujuan untuk menghubungkan ('mengahwinkan') antara nisfu pertama dengan nisfu kedua. Perkara ini termasuk dalam syarat-syarat sah puasa. Sekiranya tidak dihubungkan, maka tiadalah pahala bagi ibadah puasa yang dilakukannya.

Nisfu Sya'aban

Nisfu bermaksud setengah. Nisfu Sya'aban bererti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban adalah malam 15 Sya'aban. Malam Nisfu Sya'aban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang, dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya,
"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu sya'aban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang yang dengki." 

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan seperti mana kamu berpuasa pada bulan Syaaban. Jawab Nabi SAW: Itulah bulan di mana manusia mengabaikannya iaitu bulan antara Rejab dan Ramadan (Syaaban). Ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat kepada Tuhan sekelian alam dan aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa. (riwayat Nasai dan Ahmad)

15 Sya'aban pula adalah hari raya bagi para malaikat. Pada hari tersebut, malaikat berkumpul di bait al-ma'mur. Bait al-ma'mur terletak dilangit setentang dengan ka'abah. Di situ, malaikat bertawaf sebanyak sekali sahaja (disebabkan oleh jumlah malaikat yang terlalu banyak).

Amalan Sunat

Berikut adalah beberapa amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari Nisfu Sya'aban:

  • Solat sunat nisfu sya'aban
  • Membaca Yasin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib
    i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk ta'at kepada perintah Allah
    ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal yang tidak putus untuk beribadat kepada Allah
    iii) Yasin ketiga : mohon diteguhkan iman dan Islam serta mati dalam keadaan beriman
  • Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
  • Banyakkan beristighfar dan berzikir
  • Banyakkan berdo'a

"Cara mendapatkan pahala adalah luas"

"Sesiapa yang Allah hendakkannya baik, maka Allah akan beri kefahaman yang mendalam mengenai agama"

Jul 31, 2008

Israk Mikraj..apa yang anda faham?

dulu, perjalanan Rasulullah diangkat ke langit..

semalam, perjalanan para pejuang menjalani imtihan.. [midterm test]

hari ni, perjalanan kita mencari keredhaanNya..

Isra' Mikraj

Isra' Mikraj: Sebuah Pandangan Alternatif

Isra' = berjalan dalam perjalanan yang terlalu jauh (Iaitu perjalanan Rasul Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa)

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya[847] agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [17:1]

Mikraj = perjalanan naik ke langit (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)

Huraian lanjut [klik sini]

Pengajaran daripada Isra' Mikraj [klik sini]

Saya melihatkan peristiwa ini sebagai suatu amanah yang besar kepada Nabi Allah, Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam untuk menceritakan pengalamannya melalui Isra' Mikraj kepada para sahabatnya yang pada hakikatnya memerlukan keimanan yang tinggi untuk seseorang mempercayainya dan menyampaikan kepada ummatnya mengenai tanggungjawab mendirikan solat. Hal ini bukan suatu yang mudah!(makluman lanjut sila klik di 'Huraian Lanjut')

Amanah dan Tanggungjawab

Saya pernah menghadiri seminar sewaktu zaman menengahan dulu berkaitan Amanah & Tanggungjawab. Sedikit saya kongsikan input pemahaman sewaktu diseminarkan.

Membuat orang celik akan 'amanah' membuatkan kita sedar pentingnya pemahaman dan penerapan amanah dalam setiap aspek kehidupan. Hatta ulama' sekalipun memberikan makna yang bervariasi kerana perbezaan pendekatan yang digunakan masing-masing. Amanah bukan hanya pada upaya. Amanah juga termasuk dalam ayat-ayat yang difahami mengandungi erti amanah. Tidak cukup dengan itu, amanah perlu dilihat pada aspek-aspek yang mengiringinya seperti iman dan taqwa.

"(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi." [2:27]

"Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." [2:283]

Secara tak langsung ayat ini membuktikan perkaitan antara amanah dengan iman seseorang yang tercermin dalam akhlak-akhlak Islami.

Amanah diambil dari kata Alamnu (aman) karena amanah aman dari penolakan hak. Ia mengandungi makna yang cukup luas. Ia mencakupi hubungan manusia dengan Allah, juga hubungan manusia dengan manusia dalam bermasyarakat. Amanah terdapat pada ayat Makkiyah dan Madaniyah. Namun, ia lebih kerap disebut dalam ayat Madaniyah yang menjelaskan bahawa adanya persoalan yang masih terkait dengan pengertian amanah dalam berbagai pandangan.

Melihatkan dunia sekarang, amanah masih gagal dilaksanakan oleh umat Islam secara sempurna. Sehingga menyebabkan bangsa-bangsa Muslim belum dapat mencapai tahap membanggakan sebagai bangsa yang menegakkan amanah (high trust society). Tidak dinafikanlah sekiranya Muslim masih tercorot dari segala segi.

Melihat dari skop yang lebih meluas, amanah merupakan kunci kemakmuran dan kejayaan suatu bangsa, amanah menjadi pengikat sosial yang mampu membentuk solidariti dan jaringan lapisan masyarakat demi membentuk demokrasi dan perdamaian.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu untuk menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya." [4: 58]

"Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanat dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah manah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh."
[33 : 72]

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." [8 : 27]

"Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya." [23 : 8]

Hadith Mengenai Persoalan Amanah

Dari Abu Musa r.a dari Nabi Shallalahu Alaihi wa Sallam, beliau bersabda : "Bendahara muslim yang memiliki sifat amanah membayarkan dengan senang hati sejumlah harta yang telah diperintahkan (tuannya) kepada orang yang telah ditentukan, (perbuatannya itu sama pahalanya dengan) orang yang memberi shadaqah."

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shallalhu Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: "Tunaikanlah amanat kepada orang yang mempercayakan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi). 

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shalllahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Tanda orang munafiq itu ada tiga, yaitu: apabila berbicara berdusta, apabila berjanji menyalahi, dan apabila dipercaya, berkhianat." Dalam riwayat lain, "Sekalipun ia melakukan shaum, shalat dan mengaku sebagai seorang muslim."

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shalallahu Alaihi wa Sallam, bersabda, "Orang yang dimintai pendapat adalah orang yang memperoleh amanat." (HR.Tirmidzi). 

Dari Jabur bin Abdillah r.a, dari Nabi Shalallahu Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: "Apabila seseorang menceritakan suatu cerita, kemudian menengok (ke kanan dan ke kiri), perkataan itu adalah amanat." (HR. Tirmidzi).

Manfaaat yang Diperoleh dari Amanah

Amanah adalah sesuatu yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang. Sesuatu yang paling patut untuk dipelihara adalah sesuatu yang paling tersembunyi. Ada 2 jenis amanah:

  • Hak-hak Allah atas hamba-Nya dan hak-hak tersebut tidak diketahui oleh mereka.
  • Hak di antara sesama hamba, yang dipercayakan kepada mereka tanpa diketahui secara jelas.

Amanah mencakupi seluruh aspek Din; ibadah dan muamalah. Dilihat dari faktor penyerahan amanah pula, amanah diberi kepada seseorang atas dasar kepercayaan orang yang memberi amanah kepada orang yang diberi amanah. Karenanya, ia tidak boleh mengkhianati pemberi amanah. Seseorang yang menerima amanah wajib untuk menunaikan amanah tersebut, jika tidak, ia akan dipersoalkan diakhirat kelak. Nantikan saja azab dari Allah. 

Orang yang memiliki potensi dan sifat amanah paling layak berhak untuk dikontrak. Potensi di sini bermaksud kemampuan dalam bekerja. Kemampuan tersebut berbeza-beza sesuai dengan jenis pekerjaannya. Suatu pekerjaan akan cacat jika pelakunya tidak memiliki kemampuan dan sifat amanah, atau tidak memiliki salah satunya. 

Menjaga amanah dan janji merupakan sifat utama orang-orang mukmin. Dengan kedua-dua sifat ini, mereka memperoleh keberuntungan. Orang yang diutus oleh penguasa Muslim kepada orang-orang non muslim untuk melaksanakan suatu tugas, kemudian ketika mereka meminta nasihat kepadanya tentang hal yang harus merepa perbuat, dia memberi nasihat yang menyalahi tugasnya, maka ia telah mengkhianati amanah yang diberi keatasnya. Amanah itu selamanya tidak boleh dikhianati, dalam hal ini tidak ada pengecualian!

"Janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu."

Amanah itu termasuk tanda iman, sementara khianat itu termasuk tanda-tanda munafiq. Di akhirat kelak, amanah dan rahim berdiri bersebelahan di kedua sisi sirath untuk menuntut hak keduanya. Tidak ada iman bagi orang yang tetangganya tidak aman dari kejahatannya. 

Bila seseorang diminta pendapat bererti dia dipercaya, karena itu dia tidak boleh mengkhianati orang yang meminta pendapatnya dengan cara menyembunyikan kemaslahatannya. Demikian pula, seseorang tidak boleh meminta nasihat kepada orang yang tidak amanah, seperti orang kafir dan orang durhaka, iaitu dengan menjadikan mereka sebagai penasihat. 

Sumber : Kitab "Amanah dalam Manajemen", Mahdi bin Ibrahim bin Muhammad Mubjir dan koleksi catatan peribadi.

Kamu persoalkan orang lain tidak bekerja dalam jama'ah, tidak jaga kebajikan ahli..apa salahnya mulakan dari diri kamu dulu.

Mula merancang kerja dan jalankan kerja, jangan tunggu diberi kerja.

Hulur tanganmu untuk bantu orang lain, jangan tunggu orang lain menagih bantuanmu.

Mulakan dirimu untuk jaga kebajikan orang lain, jangan tunggu orang lain jaga makan pakaimu.

p/s: jangan persoalkan pemberian orang lain jika dirimu tidak pernah tahu makna memberi

Dec 22, 2007

Salam aidiladha 1428H

assalamu'alaikum warahmatullah~

hamdan wa syukran lillah dapat juga kembali ke ruangan ni. Memetik kata2 sahabat ana: 'sementara tengah free'. Insya-Allah, Allah berikan kita 24 jam.. tinggal kita untuk memanfaatkannya dengan cara paling baik dan bijak.

sementara masih bersisa nafas ni..ana ucapkan salam aidiladha buat sahabat sahabiah.. meminjam kata2 kiriman sahabat ana melalui 'short messaging service' tempoh hari: "sorry body & soul".



Suka untuk ana kongsi di sini:

Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) juga disebut Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia yang disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Menyingkap kembali kisah disebalik Aidiladha.. perayaan ini merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan juga kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah subhanahu wa ta'ala : Penyembelihan Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul A'zmi telah membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam sama ada yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunatkan untuk berqurban menyembelih sama ada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.(pautan lanjut)



Ibadat qurban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari tersebut iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah..(kampung halaman ana tahun ni tumbangkan 4 ekor lembu..alhamdulillah~ tetapi kali ni lebih 'bermakna' sebab bukan sahaja lembu yang diqurbankan tetapi jiwa hamba-hamba Allah yang mengerjakan ibadah qurban pada hari itu turut sama diqurbankan..pengorbanan dan kesabaran mereka menumbangkan lembu dalam keadaan hujan lebat a.k.a separa ribut)

Bila kita hayati makna qurban ini, kalau dari segi bahasa, qurban bermaksud dekat. Dari segi istilah pula ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Sedikit info berkaitan Zulhijjah:
  • Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam
  • 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah
  • Pada tahun ke-5 (sebelum pelantikan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wassallam) Baginda membawa barang dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana lah baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah
  • Pada tahun ke-13 (selepas pelantikan Nabi Allah) Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) yang disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW kepada penduduk Yatsrib (Madinah). Baiatul Aqabah juga merupakan kunci kepada penghijrahan Nabi SAW ke Madhinah. Nabi sudah menyediakan pendokong-pendokongnya terlebih dahulu di Madhinah sebelum berhijrah
  • Pada tahun ke-2 Hijrah, peristiwa Peperangan As Sawiq, Nabi SAW keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda
  • Pada 7 Zulhijjah tahun ke-5 Hijrah, satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak
  • Pada tahun ke-8 Hijrah, peristiwa kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah
  • Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji (Hajjatul Wada’ - Haji Selamat Tinggal). Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam
  • Pada tahun ke-12 Hijrah, Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w
  • Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam
  • Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin
  • Pada tahun ke-23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab mati syahid dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi
  • Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya
  • Pada tahun ke-35 Hijrah, peristiwa pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan
  • Pada tahun ke-242 Hijrah, peristiwa kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...