Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat
Yang perempuan, pakai mini sekerat.Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak ben da ‘ bulat ‘ .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat ..Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ‘ bukti ‘ lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
Ilmu anta, adakah anta manafaat…?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.
santapan jiwa oleh: Ust. Akil Hayy
Mar 5, 2008
Mar 3, 2008
dacing oh dacing
berjalan ke depan, bergerak ke kiri, membelok ke kanan, berundur ke belakang..pandangan masih tetap sama; penuh dengan poster-poster pilihanraya. yg pasti BN menduduki carta pertama dalam penguasaan tempat untuk berkempen. tiba-tiba hati terdetik..apa signifikasi BN menggunakan dacing sebagai logo benderanya? apakah yang ditunjukkan oleh bendera itu mempamerkan sistem pemerintahan negara? buka mata, buka telinga, buka minda...rajin-rajin membaca, rajin-rajin berfikir. jangan hanya dengar, jangan hanya terima. Jadi orang yang waras, jadi orang yag bijak. Ayuh melangkah!
JANGAN mudah melatah!
“Apa ni, kata tok guru, tapi berlagak tak nak salam orang..” Kata seorang pemuda apabila membaca Utusan Malaysia
“Umpat tu haram la , dosa besar .macammana la seorang alim boleh kata lagu ni?” Seorang pak cik tua menggelengkan kepala sambil menikmati air kopi di sebuah warung apabila dia terpandangkan tajuk hangat di sebuah akhbar dari jauh.
“Bagus betullah kerajaan kita, tengok tu, iklan-iklan semua tunjukkan Malaysia sangat berjaya. Terima kasih Pak Lah”.Seorang suri rumah begitu bersemangat bercakap seorang diri sambil melipat kain di hadapan televisyen.
“Betul kata Pak Lah, tidak mungkinlah harga minyak akan turun.Tak ada carapun.BA retorik.” Getus seorang mahasiswa yang umurnya baru melayakkan dia mengundi tahun ini, apabila mendengar berita yang disampaikan oleh sebuah radio.
Tidak dinafikan, apabila berada dalam bahang pilihanraya yang semakin panas, bagi yang baru berjinak-jinak mengenali yang mana paling terbaik untuk menjaga masa depan agama, Negara dan diri, mereka akan mula pening kepala. Kedua-dua pihak mengatakan pihak lawan mereka mendedangkan manifesto yang tidak realistik.Tidak relevan.
Orang yang bijak, tidak akan mudah cepat melatah mendengar khabar angin. Kecerdikan yang dimiliki akan mendorong beliau mencari jawapan terhadap setiap perkara yang di dengar dan dilihat..

berfikiran atas pagar?
Saya menunggu reaksi daripada pengunjung-pengunjung blog saya terutama yang tidak sependapat ataupun yang berfikrah “atas pagar” dan tidak jemu mencari jawapan.Saya menantikan maklumat yang bernas dari insan-insan yang sudi berkongsi pendapat dan idea.
“Saya tak sukalah politik ni.Orang ni kata yang itu, orang yang itu kata yang ini.Baiklah saya fikir masa depan saya saja,sudahlah.”
Cakap-cakap begini agak saya kurang gemari. Malah bertambah simpati dengan tuan empunya diri.
Suka saya menasihatkan golongan sebegini, sebelum meletakkan satu-satu hukum, cuba kenali dahulu perkara yang hendak dihukumkan. Saya tidak salahkan mereka yang mempunyai fikiran atas pagar. Malah saya amat suka pada individu-individu yang membenarkan ruang untuk diri mereka berfikir dengan lebih analitikal dalam membuat keputusan.
Teringat saya pada kata-kata sahabat baik saya yang pintar, sewaktu beliau menceritakan apa jawapan beliau sewaktu berdebat dengan seorang salesman yang ingin menjual produk Linguaphone pada beliau. Saya tidak berapa ingat secara terperinci akan dialog tersebut, tetapi, lebih kurang begini bunyinya. Kata penjual tersebut ,
“ Cik adik, a clever person , will not take a long time to think in order to get a better thing”
“Yeah, but they do think first before making any decision, right?” beliau membalas dengan hujah yang begitu bernas sehingga membuatkan penjual tersebut mati kutu.
Ya, orang yang bijak tidak akan mudah membuat penghakiman dengan hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja.Orang yang bijak akan menyiasat setiap berita yang disampaikan.
Cantiknya ajaran Islam ialah Islam tidak mengajar umatnya mudah melatah apabila mendengar sesuatu perkhabaran. Setelah kita mendengar berita dari sebelah pihak, kita berikan pula ruang pada pihak yang sebelah lagi untuk menyatakan pendapat mereka.Setelah itu, nilailah dengan menggunakan pertimbangan akal yang telah dikurniakanNya.

Feb 29, 2008
hai la semut~
Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.
"Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut" tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.
"Errr..saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel" jawab Gadis Semut kembali.
Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.
"Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?" soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.
"Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan" jawab Gadis Semut.
"Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.
"Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu" tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya.
"Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama" jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.
"Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa.
"Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?" tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.
"Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan" jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.
"Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini" tanya Malaikat Pendakwa.
"Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan." dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.
"Panggil kekamar bicara Menteri Pendidikan" bentak Malaikat Pendakwa lalu ditanya pula.
"Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?"
"Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan" terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.
"Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu" tegas soalan dari Malaikat Pendakwa.
"Perdana Menteri kami, tuan" lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka.
"Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantunya.
Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu.. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.
"Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini." tanya Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Menteri Besar.
"Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya. " jawab Menteri Besar lemah.
"Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan" tanya Malaikat Pendakwa.
"Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya" lemah jawapan Menteri Besar tersebut.
"Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini" lontar Malaikat Pendakwa.
"Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina." bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya.
"Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina" titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.

Feb 28, 2008
Ramai rupanya bilangan manusia tertua di M'sia
Dalam Guinness World Records pun hanya ada dua orang sahaja dalam kalangan top 10 manusia tertua di dunia berumur 120 tahun ke atas. Tetapi, di Selangor ada 11 orang! (Itu pun hasil siasatan rambang, bermakna kemungkinan terdapat lebih ramai).
Berikut dipaparkan sebahagian hasil kemaskini semakan daftar pemilih yang diwartakan SPR pada 5 Febuari 2008.
rujuk:
http://talkjanz. com/index. php?option= com_content&task=view&id=77&Itemid=2
semak kebenarannya di..
http://daftarj. spr.gov.my/
hebat kan... semoga usaha kerajaan dapat diteruskan.. . mana tau, pilihanraya akan datang kita jumpa yang dah berumur 150 tahun... boleh interbiu mak cik pak cik nie...
p/s: semangat betul nak pupuk semangat rakyat untuk turun mengundi hingga hiasan perkataan di air terjun otw ke bukit baru pun dah tukar kepada "SELAMAT MENGUNDI PILIHANRAYA KE-12"..(lebih kurang la ayatnya)..apalagi nak tunggu wahai rakyat Melaka (dan M'sia umumnya)..jalankan tanggungjawab!

Dec 22, 2007
Salam aidiladha 1428H
assalamu'alaikum warahmatullah~
hamdan wa syukran lillah dapat juga kembali ke ruangan ni. Memetik kata2 sahabat ana: 'sementara tengah free'. Insya-Allah, Allah berikan kita 24 jam.. tinggal kita untuk memanfaatkannya dengan cara paling baik dan bijak.
sementara masih bersisa nafas ni..ana ucapkan salam aidiladha buat sahabat sahabiah.. meminjam kata2 kiriman sahabat ana melalui 'short messaging service' tempoh hari: "sorry body & soul".

Suka untuk ana kongsi di sini:
Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) juga disebut Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia yang disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Menyingkap kembali kisah disebalik Aidiladha.. perayaan ini merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan juga kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah subhanahu wa ta'ala : Penyembelihan Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul A'zmi telah membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam sama ada yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunatkan untuk berqurban menyembelih sama ada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.(pautan lanjut)

Ibadat qurban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari tersebut iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah..(kampung halaman ana tahun ni tumbangkan 4 ekor lembu..alhamdulillah~ tetapi kali ni lebih 'bermakna' sebab bukan sahaja lembu yang diqurbankan tetapi jiwa hamba-hamba Allah yang mengerjakan ibadah qurban pada hari itu turut sama diqurbankan..pengorbanan dan kesabaran mereka menumbangkan lembu dalam keadaan hujan lebat a.k.a separa ribut)
Bila kita hayati makna qurban ini, kalau dari segi bahasa, qurban bermaksud dekat. Dari segi istilah pula ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Sedikit info berkaitan Zulhijjah:

- Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam
- 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah
- Pada tahun ke-5 (sebelum pelantikan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wassallam) Baginda membawa barang dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana lah baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah
- Pada tahun ke-13 (selepas pelantikan Nabi Allah) Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) yang disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW kepada penduduk Yatsrib (Madinah). Baiatul Aqabah juga merupakan kunci kepada penghijrahan Nabi SAW ke Madhinah. Nabi sudah menyediakan pendokong-pendokongnya terlebih dahulu di Madhinah sebelum berhijrah
- Pada tahun ke-2 Hijrah, peristiwa Peperangan As Sawiq, Nabi SAW keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda
- Pada 7 Zulhijjah tahun ke-5 Hijrah, satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak
- Pada tahun ke-8 Hijrah, peristiwa kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah
- Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji (Hajjatul Wada’ - Haji Selamat Tinggal). Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam
- Pada tahun ke-12 Hijrah, Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w
- Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam
- Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin
- Pada tahun ke-23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab mati syahid dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi
- Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya
- Pada tahun ke-35 Hijrah, peristiwa pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan
- Pada tahun ke-242 Hijrah, peristiwa kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan
Subscribe to:
Posts (Atom)