Oct 11, 2010
10/10/2010
Oct 5, 2010
Untuk Kamu


"Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah 'kitab terbuka' yang semua orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah 'dakwah yang bergerak.”
Bersahabat dengan Istikarah

- tutup mata, tutup telinga. Teruskan hidup seperti biasa
- Melebihkan kepentingan diri berbanding yang lain
- Memilih jalan mengutamakan orang lain dan memudaratkan diri sendiri
- Mengadakan pertimbangan, memilih jalan yang menguntungkan diri sendiri, agama, orang lain, kehidupan kini dan akan datang.

Firman Allah s.w.t:Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): inilah Jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”(Yusuf : 108)
Allah S.W.T berfirman :'Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.(Surah Ar Rahman, Ayat 7-9)
"Apabila salah seorang antara kamu mahu melakukan sesuatu, beliau perlu mengerjakan solat sunat dua rakaat. Kemudian berdoa; Ya ALLAH, aku memohon kebaikan darimu dgn ilmumu. Aku memohon keampunan darimu dgn kekuasaanmu. Aku memohon kepadamu daripada anugerahmu yang agung. Sesungguhnya engkau maha kuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau zat yang maha mengetahui perkara ghaib. Ya ALLAH, apabila engkau mengetahui urusan ini baik untukku dalam agamaku, di dunia dan akhirat, maka tentukan untukku, mudahkan jalannya dan berkati aku dalamnya. Apabila engkau mengetahui urusan ini buruk untukku dalam agamaku, di dunia dan akhirat, jauhkan ia daripadaku dan jauhkan diriku daripadanya. Tentukan untukku apa pun yang terbaik dan kemudian redhai aku dengannya."
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu danaku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMudan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasadan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahuidan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.Ya Allah, seandainya Engkau mengetahuibahawasanya urusan ini adalah baik bagikupada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusankusama ada cepat atau lambat,takdirkanlah ia bagikudan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanyadan seandainya Engkau mengetahuibahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagikupada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusankusama ada cepat atau lambat,maka jauhkanlah aku daripadanyadan takdirkanlah kebaikan untukkudalam sebarang keadaan sekalipunkemudian redhailah aku dengannya".

"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".
Oct 1, 2010
Break!
Terasa hari-hari yang berlalu sepanjang minggu ini terlalu sekejap. Pantas betul masa bergerak. Hari ini berlalu menjadi semalam, dan esok hadir berganti tempat dengan hari ini.
~ 9 29 ~
Tarikh itu hadir lagi seperti biasa. Syukur li Allah .. berkurang lagi umur di dunia; penanda semakin singkat tempoh untuk mengotakan janji saya kepada al-Khalik. Semoga bonus yang masih ada mencukupi untuk dijadikan modal bagi mengerjakan segala amanah yang belum tertunai. Moga masih ada kesempatan untuk menggapai sempurna!
Bercorak pelangi hari-hari dalam hidup saya dengan dihiasi doa-doa yang tidak pernah putus dari ibu, ayah, along, kakak, saudara terdekat, cikgu-cikgu, kakanda-kakanda, sahabat-sahabat, juga adinda-adinda yang disayangi. Terima kasih untuk semuanya. Macam kenduri kawen 3 hari 3 malam! Syukran jiddan atas ingatan kalian. Jazakumullahu khiran katheera!~
~ Trimester Break ~

Hari ini, MMU dan kawasan sekitarnya dah mula malap. Manusia semakin berkurang, bilangan kenderaan yang bersusun-susun di tempat parkir juga mula menyusut. Hmm ramai yang dah habis exam. Cuma saya dan beberapa orang sahabat yang masih setia di sini kerana terikat dengan tanggungjawab yang belum selesai. Huuu paper kami tamat 2hb nanti! (Huwaa~).. Hee tak mengapa sebab saya setuju dengan kata-kata Dr. Big: "Kamu semua kan sayangkan MMU".. jawapan saya: "Yes, we do!"
Bagi sahabat-sahabat dan adinda-adinda yang telah pulang, selamat bercuti ye. Manfaatkan masa cuti dengan sebaiknya.
Kehidupan manusia bergantung kepada penggunaan masanya. Islam amat mengambil berat tentang masa dan memberitahu manusia bahawa setiap detik masanya adalah amat berharga. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa besarnya nilai masa dalam Islam dan Allah sendiri bersumpah dengan masa dalam firmanNya yang selalu didengar:
Maksud Firman Allah s.w.t. :
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (al-‘Ashr : 1-3)
Dalam ayat di atas Allah bersumpah dengan masa bagi menunjukkan kepada manusia sekaliannya bahawa masa menjadi saksi terhadap berjaya atau gagalnya manusia, untung atau ruginya mereka. Manusia yang berjaya dan beruntung ialah manusia yang memanfaatkannya masanya di dunia (untuk beriman, beramal soleh, melaksanakan perintah Allah dan sebagainya bagi bekalan ke akhirat) dan manusia yang gagal dan rugi ialah manusia yang mensia-siakan masanya.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda :
اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك، وصحتك قبل سقمك، وفراغك قبل شغلك، وشبابك قبل هرمك، وغناك قبل فقرك
“Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; 1) Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu. 2) Masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu. 3) Masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu. 4) Masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu.. 5) Masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin.”
Manfaatkanlah peluang masa cuti ini dengan sebaiknya. Ilmu itu bukan setakat untuk peperiksaan semata-mata akan tetapi harus diulang-ulang agar faham, kemudian amal dan seterusnya sampaikan…

Ibarat kata sahabat-sahabat saya:
Ukhti Mahirah:
Terus bergerak sehingga kelelahan lelah bersamamu. Terus melangkah sehingga keletihan letih bersamamu. Teruskan berfikir sehingga kejemuan jemu menemanimu..
terus bertahan hingga kefuturan futur menyertaimu, berbahagialah dengan jual beli terhadap Allah, semoga keredhaanNya terus mengikutimu...
“Sebaik-baik kamu adalah yang memberi manfaat kepada orang lain…”
Selamat bercuti bersama keluarga~
Selamat beramal~
Selamat berbakti~
Selamat berkhidmat~
Selamat berprogram~
p/s: doakan saya untuk baki paper :)
p/s2:ada orang nak ke kelantan.. 8->
p/s3: insyirah dah start meragam ..
p/s4: oh 9hb~
Sep 21, 2010
Imtihan~
Selamat menghadapi Imtihan buat semua sahabat-sahabat dan adik-adik Multimedia Univ. yang akan bermula pada 20 September 2010 nanti (ops..dah start dah kan~).
Bila mana manusia tahu waktu dan tarikh peperiksaan, maka berlumba-lumbalah kita sibuk untuk mengulangkaji, menghafal dan sebagainya sedangkan tarikh itu tidak mustahil boleh berubah dan juga boleh jadi dibatalkan. Dalam masa yang sama kita tahu bahawa imtihan akhirat (kematian) itu suatu perkara yang pasti. Cuma masanya kita tidak ketahui… apa pula persediaan kita untuk menghadapinya?
Imtihan dunia kita berbekalkan dengan hafalan, kefahaman dan alat-alat tulis kita, imtihan akhirat pula berbekalkan amalan yang ikhlas lagi bertepatan dengan syariat Allah s.w.t. Persediaan untuk menghadapi imtihan dunia mungkin di kalangan kita telah pun ada yang sempurna kelengkapannya, namun bagaimana dengan keperluan berhadapan dengan imtihan akhirat?
Kita fikir-fikirkan…
Natijah daripada imtihan dunia kita akan dapat menilai dan melihat melalui persepsi sebagai manusia bahawa, mereka yang memiliki keputusan yang baik adalah mereka yang lebih baik usahanya dalam belajar dan manakala yang kurang baik adalah mereka yang kurang belajarnya. Begitu jugalah natijah imtihan akhirat. Siapa yang Berjaya melaluinya dengan baik merekalah golongan yang lebih baik amalannya, makanya baginya ganjaran syurga Allah dan manakala mereka yang terkandas pasti bakal terheret ke neraka adalah mereka yang bermain-main dengan kehidupannya. Na’uzubillah…
من حسنت بدايته حسنت نهايته
“Sesiapa yang elok pada permulaannya lazimnya akan elok juga kesudahannya.”
Salam Imtihan buat semua~
p/s : Usaha, doa dan tawakal dalam segala amal perbuatan insyaAllah mudah-mudahan kita semua dipermudahkan segala urusan… Ameen~
Sep 7, 2010
Kekasih hati Allah
Wahai ALLAH, Pusatkanlah perhatianku kepadaMU, Jadikanlah semua tawajjuhku hanya kepadaMU, Bahagiakanlah aku dengan memperoleh kedekatan dan kedudukan tinggi disisiMU, Jadikanlah kesibukanku terpusat pada usaha untuk meraih Kecintaan dan KeredhaanMU yang sempurna. Jagalah lahir dan batinku dengan keteguhan tawakal kepadaMU hingga dengan (Pertolongan)MU yang (kuperolehi) dariMU, aku dapat berjalan menujuMU dan senantiasa bersikap sebagai hamba di hadapanMU...
Aku memohon ampun kepada ALLAH atas semua dosa yang kulakukan baik secara rahasia maupun terang-terangan, sengaja maupun tidak, siang dan malam, sendiri maupun di tengah keramaian, besar maupun kecil, terangan-terangan maupun sembunyi-sembunyi, lahir maupun batin. Wahai yang PemberianNYA luas, dan yang KebaikanNYA serba Mulia, aku adalah hamba yang hina, berhenti di ambang PintuMU, memohon ampunan dan meminta maaf atas dosa-dosa yang membebani diriku. Wahai yang Maha Dekat dan Maha Mengabulkan doa, wahai yang Maha Pemurah dan tidak bakhil dalam PemberianNYA...
Wahai ALLAH, Limpahkanlah Shalawat, Salam dan Keberkahan kepada Sayyidina Muhammad dan Keluarganya, Shalawat yang paling utama, Salam yang Paling suci, Berkah yang paling berlipat-ganda, sebanyak yang Engkau Ketahui, sepenuh timbangan `ArasyMU, dan sebanyak KalimatMU, selama pedzikir menyebutMU dan menyebut beliau, dan selama orang yang lalai melupakanMU dan melupakan beliau. (Wahai ALLAH), Berilah beliau Wasilah, Keutamaan dan Kedudukan yang tinggi. Dan Berilah beliau Kedudukan yang Terpuji yang telah Engkau Janjikan kepadanya, karena sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji..."
Himpunan doa nan indah al-Habib Hasan bin Shaleh al-Bahr al-Jufri رحمة الله تعالى عليه
Aug 11, 2010
Ramadhan Kareem :)

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa
Selamat Berpuasa semua :)
Bulan Ramadhan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran, yg menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia , sebagai panduan, yang menjelaskan perbezaan antara perkara yang benar dan salah
p/s: kembara mencari nilai diri ..

