Banyak umat Islam yang menggunakan komputer tidak membuat pengurusan “folder” AGAMA ISLAM mereka dengan berkesan. Ini menyulitkan mereka untuk menyusun, mencari dan menggunakan maklumat. Ada pula yang membuat susunan tetapi skop maklumat Islamnya terhad kepada beberapa bahagian sahaja. Ini dalam jangkamasa panjang akan menyempitkan pemahamannya terhadap agama Islam. Berikut adalah contoh pengurusan “folder” agama. Dalam “folder’ ISLAM, buat beberapa “folder” lagi seperti:
AL QURAN
Apa saja berkaitan al-Quran seperti tafsir, sejarah, pembuktian kebenaran dan sebagainya
FIQH
Hukum-hakam, mazhab, usul fiqh, fatwa dsb
SUNNAH
Hadith, mustalah hadith, sejarah dsb
JEMAAH
Pelbagai jemaah dan aliran yag berkaitan dengan agama Islam
Saya cadangkan buat folder untuk IKHWAN (Ikhwanul Muslimin), WAHABI (Salafi Wahabi), SYIAH, TABLIGH, NAQSH (Tariqat Naqsyabandiah), JEMAAHKU (untuk jemaah yang anda sertai), RUFAQA (untuk Arqam/ Rufaqa), HIZBUT TAHRIR dsb.
Buat folder LAIN-LAIN untuk jemaah-jemaah selain di atas kerana biasanya info tentang mereka tidak begitu banyak dan jarang kita rujuk seperti untuk Qadiani, Ajaran Sesat, Muhammadiyyah, Nahdatul Ulama, Hamas, Bilalians, Irsyad Islamiah, al Qaeda, Ayah Pin dsb
KARYA
Apa saja tulisan kita berkenaan agama – sajak, cerpen, novel, apa saja puisi, dialog, luahan dsb
SAINS
Penemuan Sains yang selaras dengan Islam, pembuktian, kajian dsb
SEJARAH
Apa saja berkaitan sejarah Islam terutamanya sirah Nabi Muhammad saw
SENI
Apa saja berkaitan seni dan hiburan Islam
TARBIYYAH
Bahan-bahan pendidikan agama, perjuangan , tazkirah, kaunseling dsb.
TASAUF
Apa saja berkaitan dunia sufi, akhlak, permainan hati, falsafah dsb
TAUHID
Apa saja berkenaan tauhid, aqidah, kepercayaan dsb
TOKOH
Siapa saja tokoh yang berkaitan dengan agama Islam
*Tambahkan lagi “folder” yang dirasakan sesuai. Sebagai contoh, kita boleh melihat susunan Forum Kebenaran Mutlak di http://p2.forumforfree.com/no2christ.html
Pembahagian topik-topik di forum itu sesuai untuk melahirkan muslim berpandangan global insyaallah.
Sebagai pengkayaan, sila baca tulisan saya bertajuk MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=59&mode=&order=0&thold=0
Ada kaitannya secara tidak langsung untuk membentuk generasi berminda global.
"PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”
Alexanderwathern
Dec 24, 2006
[Alexanderwathern] sekali lagi berkaitan an-Nuur:31
PENGEMBARAANKU KE DALAM SURAH AN-NUUR Ayat 31
Satu ketika saya memerhatikan ayat 31 surah an-Nuur lalu saya melayan fikiran dengannya. Saya tidak merujuk kepada mana-mana tafsir dan saya juga tidak mentafsirkan ayat ini, cuma berkongsi apa yang saya (selaku orang awam) faham apabila menghayati ayat ini.
Beginilah lebih kurang pengembaraan saya ke dalam ayat ini:
Allah SWT berfirman (yang maksudnya):
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”(An-Nur: 31)
Semua individu Islam tidak kira lelaki atau wanita dari kalangan jin mahupun manusia mestilah berpesan atau memberi nasihat kepada para wanita mereka supaya menjaga mata mereka daripada melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat mengikut syariat Islam. Ini kerana mata adalah aliran sungai utama yang membawa segala khasiat ataupun sampah sarap ke laut otak. Tercemar sungai tercemarlah sebahagian lautnya. Rosak pandangan mata maka rosaklah sebahagian otak.
Rosak otak di sini bermaksud rosaknya akal fikiran, padahal akal fikiran adalah perkara paling berharga kepada semua manusia termasuklah wanita. Akal fikiran inilah yang akan menentukan baik buruknya peribadi seseorang. Saham wanita di mata manusia beriman akan jatuh jika rosak akalnya, sama ada rosak akibat kecacatan mahupun rosak kerana pemikirannya banyak anasir-anasir yang tidak baik.
Kita mesti berpesan supaya para muslimah memelihara kemaluan mereka sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Memelihara kemaluan diletakkan di tempat kedua, sepadan dengan kedudukannya sebagai perkara kedua paling berharga buat wanita selepas otak. Nilai wanita akan jatuh merudum jika rosak kemaluannya sama ada oleh penyakit, kecacatan mahupun kemaksiatan. Oleh itu para wanita jagalah kedua-dua perkara utama ini iaitu pandangan mata (hakikatnya akal fikiran) dan kemaluan. Orang lelaki mukmin sangat mementingkannya.
Wanita juga wajib diberitahu tentang batas-batas “perhiasan” yang boleh diperlihatkan. Perbahasan “perhiasan” ini agak panjang di kalangan para ulama, tidak perlulah kita bahaskan di sini kerana bukan untuk itu nukilan ini dikarang. Ringkasnya, kebanyakan ulama berpendapat bahawa “perhiasan” yang boleh diperlihatkan hanyalah muka dan tangan (dari pergelangannya ke bawah). Jika dikhuatiri mendatangkan fitnah, maka kedua-duanya kena disorokkan juga.
Selepas kemaluan, para muslimah mestilah menyorokkan bahagian dada mereka sebagaimana tatacara Islam. Jangan kita faham penjagaan mata, kemaluan dan dada ini sekadar berkaitan dengan hal-hal dosa atau maksiat sahaja. Lihat juga dari sudut kesihatan. Allah memerintahkan wanita mengambil berat akan kesihatan ketiga-tiga perkara utama ini.
Mengapa ia sangat penting? Kerana ia adalah penyambung zuriat hamba-hamba Allah dari kalangan manusia dan jin. Sihat akal fikiran biasanya menjadi penyebab kepada perkahwinan. Sihat kemaluan akan menjadi penyebab kelahiran hamba-hamba Allah yang baru, hasil perkahwinan tadi. Sihat bahagian dada akan menjadi penyebab kepada sihatnya bayi-bayi yang telah dilahirkan itu pula.
Begitulah isi hati saya ketika mengembara ke dalam ayat ini.
Wallahua'lam.
“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

keraguan dlm meminta supaya didoakan??
Meminta dan mengharap pertolongan orang lain dalam hal doa adalah salah satu akhlak Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan ia merupakan satu ibadah. Dalam sebuah hadis hasan shahöh yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar daripada Umar bin al-Khatthab Radiallahu anhum disebutkan:
Maksudnya: Daripada Umar bahawa beliau memohon kebenaran Baginda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam untuk mengerjakan Umrah. Baginda memberi kebenaran, lalu berpesan kepada Umar:
“Wahai saudaraku, mohon sertakan kami dalam doamu dan tolong jangan lupakan kami”.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah, dan Ahmad)
Syeikh al-Mubarakfuri Rahimahullah ketika menghuraikan hadis ini menyebutkan bahawa perkataan “kami” dalam hadis merangkumi Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, para sahabat dan pengikut mereka. Jika perkataan “kami” dikaitkan dengan perkataan “dalam doamu”, huraian itu membawa makna bahawa Baginda meminta Umar agar ketika berdoa sudi mendoakan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, para sahabat dan pengikut mereka semasa pergi mengerjakan umrah, khasnya ketika berada di tempat-tempat yang baik seperti Ka‘bah, Maqam Ibrahim, Multazam, Mas‘a dan telaga Zamzam.
Seterusnya Syeikh al-Mubarakfuri Rahimahullah menyebutkan bahawa hadis ini sebagai menzahirkan tanda tawadhdhu‘ atau rendah diri di hadapan ibadah dan sebagai galakan kepada umat agar meminta doa daripada orang-orang yang memiliki tanda-tanda beroleh hidayah, orang-orang shalihin, dan ahli-ahli ibadah. Secara khusus ialah daripada orang-orang yang dianggap mustajab doanya. Selain itu, orang yang berdoa pula jangan hanya berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi lebih baik mendoakan juga orang lain, seperti guru-guru, ibu bapa, ahli keluarga dan kaum Muslimin.
Manakala pengarang kitab al-Fath ar-Rabbani ketika menghuraikan hadis riwayat Ahmad menyebutkan bahawa hadis itu menunjukkan sunat meminta orang-orang yang berhaji dan umrah supaya mendoakannya bersama-sama ketika berdoa di tempat-tempat yang berkebajikan. Hadis juga menunjukkan sifat tawadhdhu‘ Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang berpangkat sebagai makhluk yang paling mulia dan utama.
Orang yang layak menjadi tumpuan meminta doa ialah orang-orang shalihin. Secara khusus ialah orang yang dianggap mustajab doanya seperti yang disebutkan oleh Syeikh al-Mubarakfuri Rahimahullah di atas. Sesetengah mereka ini disebutkan dalam hadis. Antara lain ialah orang yang berhaji, yang umrah, yang berperang pada jalan Allah, yang musafir, yang tertindas, ibu bapa dan orang sakit. Hadis-hadis berkenaan berbunyi:
Maksudnya: “Orang-orang yang berhaji dan umrah adalah utusan Allah. Jika mereka berdoa kepadaNya, maka Dia akan memperkenankan doa mereka, dan jika mereka memohon ampunanNya, maka Dia akan mengampuni mereka”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Maksudnya: “Orang-orang yang berperang pada jalan Allah, dan orang-orang yang berhaji dan umrah adalah utusan Allah. Allah menyeru mereka, maka mereka menyahut seruan, dan mereka pula meminta kepadaNya, lalu Allah memperkenankan permintaan mereka.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Ibnu Umar)
Maksudnya: “Tiga jenis doa yang diperkenankan tanpa ada keraguan, iaitu doa orang yang dianiaya, doa orang musafir dan doa bapa kepada anaknya.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Perkara yang dituntut daripada umat ialah mengikut dan mencontohi jejak dan akhlak Baginda. Golongan yang bersegera dan menjadi pelopor dalam hal ini ialah para ulama. Dalam sejarah disebutkan bahawa Imam asy-Syafi‘e pernah berkata kepada anak muridnya Harmalah: “Pergi temui Idris bin Yahya al-’Abid dan sampaikan kepadanya supaya dia mendoakan aku.”
Sulaiman bin Daud al-Mahdi pula meriwayatkan bahawa Imam Syafi‘e berkata kepada Idris al-Khawly:
“Wahai Abu ‘Amr, tolong doakan aku.”
Begitu juga ulama-ulama lain seperti Syeikh az-Zarnuji, pengarang kitab Ta‘lim al-Muta‘allim: Tariq at-Ta‘allum berkata:
“Dengan sukacita aku menerangkan kepada para penuntut cara belajar berdasarkan apa yang aku baca dan dengar daripada guruku yang alim-alim dan berpengetahuan dengan harapan orang-orang yang ikhlas sudi mendoakan aku agar berjaya dan selamat di Hari Akhirat.”
Syeikh Ibrahim bin Isma‘il pensyarah kitab Ta‘lim al-Muta‘allim: Tariq at-Ta‘allum, berkata:
“Aku mensyarahkan kitab Ta‘lim al-Muta‘allim ini dengan harapan para penuntut mengingatiku di dalam doa mereka sehingga Hari Kiamat.”
Syeikh Abdul Halim Ahmad Khatib Rahimahullah dalam salah satu teks ijazahnya berkata:
“Aku mengharapkannya semoga mengingatiku dalam semua doanya, khasnya selepas sembahyang fardhu.”
Syeikh Muhammad Yēuc0 ēön al-Fadani Rahimahullah dalam salah satu teks ijazahnya berkata:
“...dan aku mengharapkannya semoga jangan melupakan aku dalam doa-doa kebajikannya. ..”
Di dalam kitab Safahat min Sabr al-Ulama pengarangnya berkata:
“Dan adalah menjadi harapan daripada sesiapa yang membaca dan mengambil manfaat yang ada di dalamnya, supaya mengenang saya dengan doa kebajikan yang manfaatnya akan saya peroleh dan diperolehnya juga dan ketika dia mendoakan saya, malaikat yang ditugaskan akan berkata:
“Ya Allah mohon perkenankan, dan untukmu juga (wahai yang sedang berdoa) seumpama yang engkau doakan. Dengan doanya itu dia telah membuat suatu kebajikan yang tinggi nilainya kepada saya.....”
Perbuatan meminta didoakan, seperti disebut: “Jangan lupakan saya dalam doamu”, “tolong doakan saya sihat”, “jangan lupa doakan iman saya bertambah dan dosa saya diampunkan”, “bapa! Doakan saya dapat menjawab soalan ujian”, dan sebagainya, adalah terpuji kerana perbuatan itu melambangkan sifat tawadhdhu‘ di hadapan ibadah dan sebagai mengikut salah satu akhlak mulia Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Meminta orang lain agar sudi mendoakan kita tidak bermakna maruah atau harga diri rendah, bahkan jika dilakukan dengan betul ia boleh menyebabkan nilai diri kita bertambah tinggi di sisi Allah Ta‘ala.
Orang yang tawadhdhu‘ (merendah diri) kerana Allah akan ditinggikan pangkatnya.
(Rujukan: at-Tirmidzi, Shahöh at-Tirmidzi, al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, dan Ahmad al-Banna, al-Fath ar-Rabbani, Al-Baihaq, Manaqib asy-Syafi’e, Ibrahim bin Isma‘il, Syarh Ta‘lim al-Muta‘allim: Tariq at-Ta‘allum)

Cinta Hakiki Milik Ilahi
Utamakan cinta Allah SWT daripada cinta sesama manusia...
Cinta itu terbahagi lima :
¤ Cinta manusia kepada Tuhannya
¤ Cinta manusia kepada dirinya
¤ Cinta kepada orang kerana kecantikannya
¤ Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya
¤ Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya
(Kata² Hukama')
Istilah cinta seringkali disempitkan penggunaannya oleh masyarakat kita.Apabila terpacul kalimah hikmat tersebut, maka akan terbayanglah di fikiran kita hubungan sesama manusia di antara lelaki dan perempuan.
Seharusnya kita sedar bahawa perbincangan mengenai cinta itu terlalu luas, dan pecahan pada cinta itu sendiri terlalu banyak.
Dan semestinya cinta yang selayaknya diletakkan di kedudukan yang tertinggi adalah cinta hamba kepada Rabb Al-Jalil. Cinta inilah yang perlu didambai dahulu sebelum kita sibuk mengejar cinta selainnya.Cuba kita renungkan senandung Tokoh Wanita Sufi, Rabiatul Adawiyah. Moga kata ucapnya yang t'susun indah akan m'jadi pedoman utk kita semua...
"Aku mencintai-Mu oh Tuhan tercinta,Dengan cinta yang penuh kesenangan,Kerana Engkaulah yang layak untuk itu,Adapun cinta hawa,Maka aku sibuk mengingati-Mu,Daripada yang lain,Dan yang menjadi kelayakan-Mu,Ku harap kau bukan tabir untukku,Hingga aku dapat memandang-Mu,Maka ujian dalam hal ini dan itu,Bukan untukku,Melainkan hanya untuk-Mu..."
Bagaimana kita hendak menuju CINTA YANG HAKIKI.. sudah tentu kita perlu berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang beriman...hamba- Nya yang melaksanakan tuntutan-Nya seraya meninggalkan larangan-Nya. ..dan menjadi umat yang menyerahkan diri kita ke hadrat Rabb Al-Jalil di samping mengamalkan Islam sebagai cara hidup...
Hanya taqwa yg menjadi nilaian samada kita berjaya mengejar cinta-Nya ataupun kita masih berada di dalam pencarian...Cinta Muslim: Cinta Islamik?
Ingin ana mengingatkan kepada semua (termasuklah diri ana sendiri),sebelum berkasih-kasihan sesama manusia dengan menegaskan bahawa diri kita benar² terkawal dengan syariat-Nya, cermin diri kita dahulu adakah kita mampu melaksanakan apa yang kita tegaskan itu. Jangan jadi orang² yang dimurkai Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:
"Hai orang² yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat ? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa² yang tiada kamu kerjakan..." (As-Shaff : 2-3)
Kita kata kita mampu bercinta tanpa melanggar adab dan tatacara Islam. Kalau sememangnya kita mampu untuk laksanakannya, silakan. Tetapi sekiranya kita masih ragu² samada kita mampu memelihara diri kita atau tidak, tak perlulah nak sibuk-sibukkan diri dahulu.
Mengaji dahulu hingga habis tentang adab pergaulan antara lelaki dan perempuan...
Inilah berdasarkan pemerhatian ana, pada mulanya berniat ikhlas untuk bercinta dengan hasrat untuk m'jaganya dari sebarang noda dosa. Jangan lupa, iblis laknatuLlah sentiasa berada di sisi kita untuk 'mencucuk' kita dan seringkali kita 'terkena' dengan 'cucukan' itu...Dari inilah terbit dosa² natijah dari hubungan percintaan sebelum kahwin. Niat asal dah mula lari. Pada mulanya bercinta liLlahi Ta'ala, tetapi akhirnya niat itu t'babas dan seterusnya menyumbang dosa pada diri pelaku itu sendiri...
Kesimpulannya, sekiranya kita merasakan bahawa diri kita ini masih belum lengkap dengan perisai Iman dan Islam untuk menangkis serangan godaan² syaitan, maka tinggalkanlah. Tidak perlu dikejar cinta yang lahir kerna dunia semata, kerana Yang Maha Pemberi Cinta pasti akan menemukan kita dengan cinta sejati seandainya kita terus patuh menghadap kepada-Nya..
Sekilas pandangan dari hamba-Nya yang dhaif...Moga kita semua akan ditemukan dengan cinta-Nya yang Maha Agung...amin. ..
Bersamalah kita berusaha untuk menggapai hasrat dan tujuan utama kita dihidupkan di muka bumi Allah ini sebagai khalifatulardh, insyaAllah.. .Allahu Ta'ala a'lam...
Ya Allah...
Aku memohon cinta-Mu...
Dan cinta orang yang mencintai-Mu. ..
Serta semua amalan yang mendekatkanku
kepada cinta-Mu...

Subscribe to:
Posts (Atom)