Labels:

Imtihaan..ujian..periksa..

Perkara inilah berada di tangga teratas dalam fikiran semua mahasiswi di bumi MMU sekarang ni. Berbagai persediaan di buat, masing-masing sibuk 'pulun study'.Pelbagai gaya..study di library la, di exam hall la, study sehingga ke subuh dan ada juga dikalangan ikhwan dan akhawat yang memilih untuk belajar di 'madrasah al-irsyad'.



Namun ramai antara kita yang tidak sedar bahawa setiap insan di bumi Allah ini sedang menghadapi imtihan yang amat besar. Rata-rata tidak sedar kita sebenarnya sedang berada di 'dewan imtihan agung'. Kita dihidupkan, kemudiannya dimatikan..dan pengakhirannya kita akan dihidupkan semula.

Firman Allah dalah surah al-Hajj (22:66),
"Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu kembali(pada hari kebangkitan). Sungguh, manusia itu sangat kufur nikmat"

Firman Allah lagi dalam surah al-Mulk (67:2),
"Dia yang mencipta kehidupan dan kematian untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang melakukan amalan yang terbaik"

'Imtihan agung' ini bukannya seperti kita duduk di dewan peperiksaan kemudiannya mengkehendaki kita menjawab jawapan pendek, karangan atau pun diberi pilihan jawapan. TIDAK! Imtihaan ini berbentuk amali yang dilakukan secara praktikal. Pengawas peperiksaannya pula terdiri daripada para Katibin(malaikat penulis) iaitu Raqib dan 'Atid. 'Pengawas' ini lah yang akan menulis setiap perbuatan dan perkataan kita.

Firman Allah dalam surah al-Infitar (82:10-12),
"Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan"

Firman Allah dalam surah al-Qaf (50:17-18),
"(Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya),yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap(mencatat)"

Pengiraan markah dalam peperikasaan agung ini adalah amat telus dan amat teliti.

Firman Allah dalam surah az-Zalzalah (99:7-8),
"Maka sesiapa yang berbuat baik seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya. Dan sesiapa yang berbuat jahat seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya"

Setelah itu, kad laporan peperiksaan akan diberikan. Sekiranya kita menerimanya dengan tangan kanan, bermakna kita telah lulus dengan jayanya. Jika sebaliknya, jika kita menerimanya menerusi tangan kiri, bermakna kita telah gagal dalam imtihan agung ini.

Firman Allah dalam surah al-Haqqah (69:21-23)
,
"Maka mereka yang mendapat kitab amalannya dengan tangan kanan berada dalam kehidupan yang amat bahagia dan amat menyenangkan sekali. Mereka berada dalam tempat yang amat mewah sekali dan berkelas tinggi iaitu syurga. Istana-istana mewah mereka terdapat pohon buah buahan yang rendang dan berhampiran dengan kediaman mewah mereka"

Firman Allah dalam
surah al-Haqqah (69:25-29),
"Dan adapun mereka yang mendapat buku amalan dengan tangan kiri, maka dia berkata “alangkah baiknya kalau aku tidak mendapat buku amalan ini; dan aku tidak mengetahui terhadap perhitungan amaln ini (hisab). Alangkah baiknya kematianku dahulu menjadi penghujung bagi kehidupanku (tidak mahu hidup dialam barzahk dan alam akhirat). Tidak bergunalah segala hartaku yang kuhimpunkan kerana tidak dapat menolak segala azab di akhirat. Telah binasalah dan lenyaplah segala kekuasaanku"

Firman Allah dalam surah al-Haqqah (69:30-32),
"Kemudian Allah berkata kepada Zabaniah (malaikat penjaga neraka) “Ambillah penjenayah yang menerima ‘buku amalan’ dengan tangan kiri ini dan ikat dia dengan rantai besi.. Kemudian bakarlah dia dengan api neraka yang marak menyala. Kemdian masukkan dia kedalam rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta dan lilit rantai ini keseluruh tubuhnya sehingga dia tidak bergerak"

Inilah akibatnya sekiranya kita gagal dalam 'Imtihaan Agung'.Kesannya sangat dahsyat dan menggerunkan berbanding kegagalan dalam imtihan duniawi-buatan manusia. Jika kita gagal dalam imtihan duniawi, kita boleh ambil supplementary tapi kalau kita gagal dalam 'imtihan agung', boleh ke kita ulang semula untuk mendapat keputusan yang terbaik??

wallahu'alam..ana harap kita semua dapat muhasabah diri. Biarlah kita berjaya dalam imtihan duniawi DAN 'imtihan agung'. Jangan sebabkan terlalu mengejar imtihan duniawi, 'imtihan agung' diperlekehkan!

Sama-sama kita doakan kejayaan sahabat sahabiah kita (untuk ana sekali ye), doakan agar kita semua dipermudahkan urusan dalam menghadapi imtihan daripada
29hb September 2007 (^_^) hingga 10hb Oktober 2007 dan mendapat keputusan yang cemerlang!

Ma'at taufiq wan najah fil imtihaan~



"Ya Allah..tidak ada sesuatu yang mudah, melainkan Engkau menjadikannya mudah, dan Engkau jualah yang menjadikan perasaan dukacita, maka permudahkanlah"

*karya asal: akh salman

Labels:

Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyyah (mendidik diri), bulan untuk kita membentuk diri dengan akhlak-akhlak Islami.



Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

"Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa"

Riwayat lain oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah sallallahu 'Alaihi wassalam bersabda:

"Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)"



"Ya Allah, tuhan yang berkuasa menjadikanku,
mencipta diriku, aku pohon padaMu,
bentukkanlah diriku dengan sifat-sifat mahmudah(sifat-sifat yang baik)
dan hindarilah aku dari sifat-sifat mazmumah(sifat-sifat yang tercela)"




Labels:

Di antara kekuatan dalaman yang perlu dibina melalui tarbiyyah ruhiyyah ialah :

1. Pastikan solat berjemaah dijaga setiap hari, terutamnya solat Isyak dan Subuh.
Hadis nabi s.a.w. yang bermaksud ;

Dirikanlah sembahyang Subuh kerana ia lebih besar pahala untukmu

Sesiapa yang mendengar azan sembahyang, kemudian ia tidak mendatangi, maka tidak ada sembahyang baginya, kecuali uzur

Sesiapa yang suka untuk berjumpa dengan Allah pada hari esok(kiamat) dalam keadaan Islam, maka hendaklah menjaga sembahyang-senbahyangnya di mana ia diseur untuk mengerjaknnya


2. Membiasakan diri untuk bangun malam (Qiamulail)
Hadis nabi s.a.w.bermaksud ;

Hendaklah kamu berqiamulil kerana sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, menghapuskan keburukan, mencegah dari perbuatan dosa dan menghalau penyakit dari tubuh badan

3. Sentiasa membaca al-Quran dan zikir kepada Allah.

4. Sentiasa komited dengan majlis ilmu agama.

5. Menajamkan pemikiran dengan membanyakkan membaca bahan ilmiah dan buku-buku yang berkonsepkan jihad, tasawuf, ibadah dan sebagainya.

6. Menjauhi segala bentuk bida’ah yang dholalah atau bida’ah tarkiyyah (amalan yang tiada nas dan dalil).

7. Mengkaji sirah perjuangan Rsulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.

8. Jadikan Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyatun nafs(mendidik nafsu).

9. Pastikan cara hidup Islam berfungsi di dalam kehidupan kita seperti di kelas, kampus, kolej dan di tempat umum.

10. Jauhi dosa-dosa kecil yang berterusan dan jangan sekali-kali ingin membuat dosa besar.

Maka ini merupakan antara amalan yang cukup penting di dalam membentuk peribadi dalaman seseorang muslim. Jadikan amalan di atas ini amalan wajib untuk diri-sendiri!

"Aku merinduimu TEMAN untuk berjuang,
aku rindukan SAHABAT untuk berjihad,
KAWAN senda dan tawa,
RAFIQ untuk sama-sama beribadah,
RAKAN untuk sama-sama bermuhasabah, 
yang sama-sama menuntut ilmu ALLAH
sama-sama bekerja demi ISLAM
sama-sama berkorban demiNya
dan sama-sama saling berpesan-pesan
dengan kebenaran dan kesabaran...
Ya Allah, ubatilah rinduku ini!
 "

Labels:

Sedikit info yang ingin ana kongsi di ruangan ni mengenai KEISTIMEWAAN RAMADHAN:

1. Mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
(Hadith Muttafaqun 'Allah)

2. Pada bulan Ramadhan telah diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan menerangkan antara yang haq dan yang bathil

3. Pada bulan ini disunatkan mendirikan solat sunat tarawih, iaitu solat malam pada bulan Ramadhan: "Barangsiapa mendirikan solat malam Ramadhan karena iman dan mengharap pahala (dari Allah) nescaya diampuni dosa- dosanya yang telah lalu. " (Hadith Muttafaqun 'Alaih).

4. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.

5. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para Syaitan diikat.

6.Pada bulan ini terjadinya dua peristiwa besar iaitu Perang Badar Al-Kubra dan Pembukaan Kota Mekah Al- Mukarramah yang menyaksikan kemenangan Islam dan kekalahan kebatilan serta jahiliyyah.

7. Pada bulan ini diampunkan dosa orang-orang Islam selagi mana dosa besar tidak dilakukan.

“Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat lainnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antaranya jika dosa-dosa besar ditinggalkan. " (HR.Muslim).









Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak "Kullu 'Am Wa Antum Bil Khair" moga madrasah ramadhan mendidik kita menjadi mu'min yang cemerlang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...