Mar 27, 2014

Selangkah ke arah penjenamaan diri dan perniagaan

Bismillah wa Alhamdulillah ..
 
Officially registered!
 
 
ATAS PERMINTAAN RAMAI< YURAN BENGKEL DIKURANGKAN UNTUK BANTU ANDA HADIR DENGAN JAYANYA!!
 
Saya pernah berniaga ketika bergelar mahasiswa suatu ketika dahulu. Kemudian saya rehat untuk satu tempoh waktu yang agak lama. Kini, setelah berehat panjang, saya cuba mengusahakan kembali Produksi Ana Muslimah (PAM) yang sekian lama tiada pengunjung. Cuba bertatih hari ke hari, menyelit di antara ribuan peniaga-peniaga atas talian yang mungkin sudah lama mendapat tempat di hati masyarakat.
 
Di awal penubuhan Produksi Ana Muslimah, saya meletakkan harapan untuk memperkenal dan mempromosikan barangan kelengkapan muslim yang menepati syari'ah. Setiap barangan dijual dengan harga mampu milik agar semua masyarakat dapat memilikinya. Sekarang, setiap barang yang ada di Produksi Ana Muslimah dijual secara atas talian dan juga dibekalkan kepada kepada beberapa agen di sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Putrajaya. Saya menjual dan membekalkan barangan seperti stokin, sarung lengan, abaya, jubah lelaki dan perempuan, tudung, telekung, baju T kanak-kanak, barang keperluan haji/umrah, minyak wangi dan beberapa produk lain.
 
Saya meletakkan harapan yang sangat besar dalam menjalankan perniagaan ini. Saya ingin menjadikan PAM sebagai  'Muslim One Stop Centre' dimana semua orang boleh dapatkan pelbagai barangan di sini dengan harga yang berpatutan. Ini mungkin sesuatu yang mudah bagi orang lain, tapi bukan kepada saya. Saya perlukan ilmu. Saya harus merancang dengan teliti.

Enggan biarkan pisang berbuah dua kali, hati terdetik untuk join bengkel 'Branding Yourself & Business Strategies'. Bagai dilorongkan jalannya! Keluarga mengizinkan saya untuk menyertainya. Tiada bangkangan.. tiada sebarang pertindihan jadual.. Seolah-olah mereka mengerti apa yang bermain di benak fikiran.

Mengimbas kembali tahun-tahun sudah, sebenarnya jarang sangat saya menyertai mana-mana seminar dan bengkel yang dipromosikan di media massa, baik yang dibaca sendiri mahupun yang diajak oleh sahabat-sahabat. Semuanya kerana faktor masa dan juga kekangan wang, dan hakikatnya Allah belum izinkan saya untuk pergi.

Namun kali ini sungguh berbeza. Hasrat hati terus menambat hati!
 
Siapa jangka, hanya dengan status Fb mampu menawan banyak hati. Sebuah hasrat berbaur harapan yang penuh bermatlamat itu berjaya menarik minat saya yang sememangnya memerlukan suntikan 'antibiotik' untuk kembali aktif dalam dunia perniagaan. Terima kasih yang tak terhingga kepada kak Nisa dan semua jawatankuasa yang berjaya menganjurkannya. Saya berazam untuk kumpul seberapa banyak ilmu yang boleh membantu saya ke arah merealisasikan impian saya. Semahunya saya menganggap bahawa ini adalah jalan yang Allah halakan kepada saya dalam usaha pencarian rezeki di dunia.
 
 
DAFTAR HARI INI
 
Semoga ini adalah pilihan terbaik.

Ya Allahu Ya Rabbi..tetapkanku dalam melaksanakan ketaatan kepada perintahMu.

Mohon doa dari semua!
 
 
p/s: Pendaftaran masih dibuka.. jom hadir!~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...