Jun 8, 2011

Kemudahan yang Menyusahkan?

Bismillah wa Alhamdulillah..

Dalam perjalanan ke pejabat, seperti kebiasaan saya akan dengar radio sebagai hiburan peneman dikala kebosanan menghadapi kesesakan jalan di pagi hari. Mereka yang dekat dengan saya tahu yang saya bukan jenis yang suka dengar radio atau lagu. Selalu kalau dengar pun, bila terasa nak dengar. Itu pun jarang-jarang sangat. Tengok angin~ Tetapi kini apabila memandu sendirian sambil ditemani kesesakan lalu lintas setiap kali pergi dan balik dari pejabat, menjadikan radio atau lagu itu suatu kemestian apabila memandu. Bosan dengan 1 siaran, berpindah ke siaran lain sehinggalah sampai tempat praktikal.

Pagi tadi, dalam ralit bertukar-tukar siaran radio, saya tertarik dengan tajuk yang dibincangkan oleh penyampai radio mengenai penggunaan singkatan dalam berkomunikasi oleh generasi Y. Saya rasa generasi lain pun ada gunakan tapi tak se’fasih’ mereka :)

Kata-kata singkatan seperti OMG, OTW, IMHO, OYD, LOL, BRB, BFF, FYI, TBC, TMI, JK, ASAP, OEB, TOY, PIC, PCM, OIC, TTYL, dan seangkatan dengannya dah terlalu biasa digunakan baik dikalangan kanak-kanak, remaja, sehinggalah mereka yang bijak pandai. Jika ada dikalangan kita yang tidak tahu maksud singkatan tersebut dianggap sebagai old school dan ketinggalan zaman. Sebenarnya tak sesusah mana untuk faham jika sudah terbiasa bergaul dengan mereka yang gemar berbahasa basi sebegini. Layankan~

Saya sendiri sejak dua minggu di sini (pejabat), semua urusan pun dalam singkatan. Sampai rasa macam, “boleh tak hari ini kita lancarkan kempen berbahasa lengkap” aihh~ Mimpikan sahaja sebab adakalanya singkatan yang digunakan sangat membantu dek kerana ayat lengkapnya sangat lah panjang berjela-jela.

Kadang-kadang seronok juga menggunakannya, kerana kita dapat ajak si penerima (pembaca) untuk berfikir dan buat homework sedikit sebelum tahu dan faham. Melatih akal supaya rajin berfikir. Saya sendiri, untuk urusan kerja, adakalanya perlu google terlebih dahulu untuk tahu maksud sesuatu singkatan perkataan. Tapi dalam urusan lain ketika bersms/fb dan sebagainya, menggunakan perkataan-perkataan singkat ini, bila dah selalu sangat, dan diaplikasikan tak kena tempat, itu yang jadi sangat menyusahkan! :)



Namun, ada sesuatu yang saya sangat tak suka mengenai bahasa adik-adik remaja sekarang. Penggunaan ejaan seperti itew (itu), kamoo (kamu), kakaq (kakak), keyh (ok), jer (sahaja), ty (nanti) ada kalanya sangat melemaskan. Kalau dahulu banyak orang yang suka memendekkan perkataan. Contohnya seperti 2 (itu), 2moro (tomorrow), on9 (online), n (and), ur (your). Tapi sekarang lain pula cerita, suka pula mereka nak memanjangkan sesuatu perkataan.

Penggunaan singkatan atau bahasa ringkas semestinya akan memberi implikasi besar dalam kehidupan kita kerana ia membabitkan komunikasi harian. Bahasa itu sendiri merupakan medium yang memudahkan proses komunikasi. Namun begitu, tiada gunanya andai perkataan yang dipendek-pendekkan ringkas, tapi bukan main payah nak baca. Tak ke menyusahkan? Bak kata seseorang, apa guna memudahkan komunikasi, kalau nak memahami komunikasi itu mengambil masa?

Belajarlah berbahasa kerana bahasa jiwa bangsa~ :) Jika tiada rasa kasih kepada bahasa, bagaimana mungkin ada kemahuan untuk menjaga dan menghormatinya.

Jom selak semula pandangan Ustaz Hasrizal: Pecah Kaca Pecah Gelas, Rosak Bahasa Nak Baca Pun Malas

Nota kaki:

OMG – Oh My God

FYI – For Your Information

IMHO – In My Humble Opinion

BFF – Best Friend Forever

BRB – Be Right Back

LOL – Laugh Out Loud

OTW – On The Way

TBC – To Be Confirmed

TMI - Too Much Information

JK - Just Kidding

ASAP - As Soon As Possible

OEB - On Early Bird

TOY - Thinking Of You

PCM - Please Call Me

OIC - Oh I See

TTYL - Talk To You Later

PIC - Person In Charge

OYD – Oleh Yang Demikian (saya tambah sendiri) ^,^


p/s: ingatkan masa di MMU je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...