Labels:

Alhamdulillah masih berpeluang untuk merasai keindahan ciptaan Allah diiringi segala nikmat pinjaman Allah Ta'ala buat 'senjata' dan 'bekalan' dalam mengharungi segala onak dan duri duniawi yang bersifat sementara cuma. Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan di sini ..

Januari ni, ramai yang menyambut ulangtahun kelahiran.

01 - Kak Niza (Mdm. Muharniza Azinita)
02- Ukhti Kamariah
06 - Akhi Abdullah Fadhil
14 - Ukhti Zakiah
15 - Mazni (adik KLS)
16 - Akhi Roshahimi
16 - Shida (akhawat KTIM)
21 - Akhi Ridhwan Abdullah
23 - Akhi Zul Fazlizan
24 - Ukhti Wan Aisyah
31 - Akhi Faizal Izwan

~Moga dipanjangkan umur, dilimpahi rezeki serta keberkatan dari Ilahi~


Kemuliaan umur dan waktu, lebih bernilai dibandingkan kemuliaan harta. Manusia menempuh perjalanan hidupnya melewati hari demi hari, menjauhi dunia dan mendekati liang kubur. Semakin hari kita semakin kehilangan usia.. tapi kita raikan dengan semarak mungkin. Pelik kan? Sedarkah kalian, tenggelamnya matahari saban hari bererti umur kita kian berkurangan. Sesalilah jika peristiwa itu terus berlaku, sedangkan amal soleh tidak bertambah.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah al-Imran: 85/200
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh dan nasehat-menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat-menasehati supaya menetapi kesabaran.
Surah al-'Asr: 1-3
Jadi, beringatlah sebelum terlambat. Kita tidak tahu usia kita takat bila, jadi jangan leka. Kematian merupakan suatu jalan permulaan untuk satu perjalanan yang sangat panjang. Maka bersedialah untuk menghadapi kematian.
Hidup kita hanya ada 2 pilihan. Kita memilih kejayaan atau terus berada dalam juram kegagalan. Seperti juga kita memilih untuk melayakkan diri dimasukkan ke dalam syurga atau membuang diri ke lembah hina, Neraka.
Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Jawabnya I wanna be somebody
Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian
Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa
Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya
Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna
Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa
Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody

Jawapannya ada di tangan kalian.

.....................................................................................


Hari ini masuk hari ke-22 pencerobohan menggila Israel ke atas Gaza. Kebuasan yang tidak terbendung. Dengan bantuan perubatan dan makanan dari luar yang disekat, hospital dan kem-kem perubatan juga turut dimusnahkan.

Dapatkan info lanjut di Palestinkini.

Palestin bukan hanya soal derma, sedekah dan boikot. Ia adalah persoalan jihad dan kewajiban. Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri. Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia. Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya. Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi. Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam. Jangan harapkan negara - negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah. Allah tidak menerima RM100 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan redhaNya. Kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad. 100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin. Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta taqwa di dada anda.

Gunakanlah saki baki usia untuk bersatu dalam ummah.

Petikan asal: Masanya Memilih Jalan Yang Lurus

Ya Allah.. kami ingin mengorbankan kudrat kami untuk membantu umat Islam di sana. Moga usaha kecil kami ini mendapat keizinan dariMu. Permudahkanlah gerak kerja kami ini ya Allah.. (ameen~)

p/s: Mengubah mindset atau mengubah kebiasaan, memang tidak mudah, seperti halnya mengubah nasi menjadi umbi-umbian untuk makanan pokok sehari-hari.

p/p/s: Mabruk kak Waheeda dan abg Rasheed atas kelahiran puteri sulung mereka. Moga kehadirannya membawa sinar kegemilangan dalam perjuangan menegakkan syi'ar Islam. Ahlan wa sahlan ya ukhti~

Labels:

Another peaceful and calm day .. syukur lillah~

Something for sharing.. 

The Historical Significance of ‘Ashura

Peristiwa Karbala

Peristiwa Bersejarah di bulan Muharam

Amalan 'Asyura

Fadhilat Hari 'Asyura

10 Muharram: Berpuasa Sunat pada Hari ‘Asyura

O’ Allah! Bless us to perform good deeds and gain their reward on ‘Ashura. Make the new year one of unity, cooperation and success for Muslims in this city and around the world.

Ameen ya Rabb~

Labels:




Bismillahirrahmanirrahim ..~



اللَّهُمَّ إِنَّ بِإِخْوانِنا الْمَنْكُوبِينَ فِي غَزَّةَ مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَعْلَمُهُ إِلاَّ أَنْتَ، وَإِنَّ بِنا مِنَ الوَهَنِ وَالتَّقْصِيرِ مَا لاَ يَخْفَى عَلَيْكَ، إِلَهَنا إِلَى مَنْ نَشْتَكِي وَأَنْتَ الكَرِيمُ القَادِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَنْصِرُ وَأَنْتَ المَوْلَى النَّاصِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَغِيثُ وَأَنْتَ المَوْلَى القَاهِر،
Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya) ?

اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَفاتِيحُ الفَرَجِ فَرِّجْ عَنْ إِخْوانِنا وَاكْشِفْ ما بِهِمْ مِنْ غٌمَّةٍ.
Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu.


اللَّهُمَّ يا عَزِيزُ يا جَبَّارُ يا قَاهِرُ يا قَادِرُ يا مُهَيْمِنُ يا مَنْ لاَ يُعْجِزُه شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّماءِ، أَنْزِلْ رِجْزَكَ وَعَذَابَك عَلَى اليَهُودِ الصَّهَايِنَةِ وَمَنْ يُعِينُهُمْ عَلَى الْمُسْلِمِينَ.

Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam.


اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَقَالِيدُ الأُمُورِ، يا مَنْ يُغَيِّرُ وَلاَ يَتَغَيَّرُ قَدْ اشْتاقَتْ أُنْفُسُنا إِلَى عِزَّةِ الإِسْلاَمِ، فَنَسْأَلُكَ نَصْراً تُعِزُّ بِهِ الإِسْلاَمَ وَأَهْلَهُ وَتٌذِلُّ بِهِ البَاطِلَ وَأَهْلَهُ.
Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya.


Untuk pastikan doa kita termakbul (hatta dalam cara apa sekalipun):
  • Hubungan dengan Allah perlu baik dan 'solid'

  • Makan dan minum kita adalah daripada sumber dan bahan yang halal lagi baik

  • Pastikan diri bersih daripada semua perkara HARAM yang dimurkai Allah

  • Dirikan qiyamullail setiap hari

  • Buktikan ketundukan kita kepada Allah dengan tidak pernah berputus asa kepada Allah, malah bersangka baiklah atas setiap perancanganNya


Suatu kejayaan itu bukanlah terletak pada menang atau kalah, tapi kejayaan yang sebenar adalah memastikan kesinambungan/penyambungan/penerusan perjuangan ke generasi seterusnya. Jika Allah tidak berikan kemenangan di sini (dunia), Dia pasti hadiahkan kemenangan yang besar kepada Islam di akhirat kelak. Maka, bersabarlah duhai para mujahid mujahidah.. kemenangan bukan titik noktah yang dicari, tetapi keredhaan dan keberkatan Allah yang kita dambakan. Tugas kita hanya usaha, yang lain kita serahkan kepada yang Maha Esa.


~Jihad bukan saling berbunuhan, tapi jihad menandakan kebangkitan ummah, membuktikan penyambungan perjuangan Rasulullah!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...