Jun 28, 2007

Dating??

Al-Imam Ahmad berkata: “Aku tidak mengetahui sebuah dosa -setelah dosa membunuh jiwa- yang lebih besar dari dosa zina.”

http://ukhtiaini.imeem.com/photo/7TD81mrh/Im-szDtEBh/

“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari Kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina kecuali orang-orang yang bertaubat …” (Al-Furqan: 68-70).

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

Mendekati saja tidak boleh. Tahu maksudnya mendekati perzinaan? Ertinya dengan pergaulan yang bebas, rapat dengan perempuan yang bukan muhrimnya atau sudah tahu tempat itu tempat ‘kupu-kupu malam’ disitulah dia bermesra…“Tidak cuma mendekat saja, cuma melihat saja” Kenapa? “Cuci mata” katanya begitu. Itu namanya sudah mendekati perzinaan.

Allah is watching!

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (Ghafir: 19).

Cinta itu indah? Cinta itu fitrah…

“Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik.” (Al-Qur`an: Al-Imran ayat 14)




Tetapi awas!

Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

JADI:

TUNDUKKANLAH PANDANGANMU

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).

TUTUPLAH AURATMU

Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31).

Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).

ADAKAN BATASAN ANTARA DIRIMU DAN KAUM SEJENISMU

Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

JANGAN BERDUA DUAAN!

Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

JANGAN TUNDUK DALAM BERBICARA

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalamhatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)



JANGAN DISENTUH SIAPA YANG TIDAK HALAL BAGIMU

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).

*PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA….

Jun 22, 2007

Disiplin dalam SOLAT

Assalamu'alaikum..

copy-paste input penting buat panduan diri dan antum yang sudi menjenguk blog ni..

Rasulullah bersabda bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka." Maka sahabat pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat?" Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah) ." (Riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah melarang umatnya mengerjakan solat seperti burung yang mematuk makanan iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa'i).

Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud." (Riwayat al-Tabrani).

*Semua hadith-hadith menekankan aspek "disiplin" di dalam melakukan pergerakan masa solat.

Jun 15, 2007

merenungi kejahilan diri..

al-Quran..lembaran petunjuk & panduan segala zaman dibelek sehelai demi sehelai.Subuh ni, surah Yusuf menjadi pilihan untuk direnungi kisah yang tersirat..diteliti satu persatu kalimah indah tersebut..sehingga ke mukasurat kedua terakhir..mataku ter'tancap' pada bait-bait indah; petikan dari ayat ke-101...

"...(Wahai Tuhan) Pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat,wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang yang soleh."

lama ku merenung ayat tersebut..

hmm..

insya-Allah..ku mohon agar diriku tidak hanyut dek pengaruh rakan-rakan sebaya..lemas dalam tawanan hawa nafsu sendiri..terkapai-kapai dengan serangan syaitan dan konco-konconya yang bertubi-tubi.. ku mohon dipermudahkan untuk istiqamah dalam jalan perjuangan ni..sentiasa bersedia hadapi ujian dan mehnah.. biarpun jatuh.. sentiasa berazam kuatkan diri untuk bangkit semula..inilah pilihan ku!

yakini..Allah lah sebaik-baik pelindung kita..apa sahaja yang berlaku, sentiasa beringat untuk kembali kepada yang MAHA ESA...DIA lah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu..

saban hari ku pohon..jika esok tiada lagi bagi ku, ku pohon agar saat itu aku masih lagi ber'title'kan Muslim luar dan dalam..seluruhnya!

aminn..

Jun 14, 2007

Generasi pemimpin kelak..

Assalamu'alaikum..

Kebiasaannya, antara bulan Jun hingga Julai setiap tahun seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) di negara meriah dengan kemasukan pelajar baru. Pelajar lepasan SPM, STPM mahupun pelajar kolej Matrikulasi kementerian pendidikan semestinya bergembira untuk menjejak kaki ke universiti.
Ketika ini, terkumpul semua perasaan termasuk gembira, berdebar-debar, sedih dan sebagainya di dalam hati kecil mereka.

Bagi pelajar yang berasal dari desa atau luar bandar, ada di kalangan ibu bapa yang terpaksa bergolok-gadai bagi menyediakan bekalan peralatan dan kewangan yang mencukupi untuk anak-anak mereka. Malah, anak mereka itu turut menjadi kebanggaan warga sekampung kerana terpilih menjejak kaki ke menara gading. Harapan yang menggunung diletakkan kepada anak-anak ini untuk berjaya sebagai seorang graduan suatu hari kelak.

Kawan-kawan, kehidupan di universiti bukan suatu yang mudah diharungi. Universiti adalah medan untuk kawan-kawan belajar tentang makna kehidupan yang diwarnai asam garam, jerih payah, pahit manis, jatuh bangun, kejayaan dan kegagalan.

Di kampus, mahasiswa dituntut mendisplinkan diri. Universiti adalah tempat golongan terpelajar ini untuk mengurus diri secara bijak. Mereka perlu mengetahui kaedah-kaedah dan juga cara untuk mengurus masa, kewangan, diri, tekanan yang dihadapi dan mengurus aktiviti pembelajaran dengan bijak serta tenang.

Kawan-kawan, di sini nanti akan terjawab, adakah mahasiswa itu akan hanyut dalam arus dunia kampus serta terbuai bagaikan lalang ditiup angin atau mampu berdiri dengan prinsip pegangan serta pendirian (stand) sendiri walaupun kadang kala perlu melawan arus perdana?

Perkara asas yang perlu kawan-kawan ketahui sebelum menjejak kali ke menara gading adalah kaedah pembelajarannya adalah sangat berbeza dengan alam sekolah. Di universiti pelajar perlu lebih berdikari dan banyak mencari dengan kreativiti sendiri. Ini jauh berbeza dengan sekolah yang mana pelajar banyak “disuap” dan diberikan tunjuk ajar sepenuhnya oleh guru. Corak pembelajaran adalah berasaskan kuliah yang disampaikan kepada sejumlah pelajar. Maka agak mustahil tumpuan pensyarah dapat diberikan sepenuhnya kepada mana individu.

Ramai mahasiswa yang mengalami “culture shocked” kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini. Bukan hanya corak pembelajaran yang berbeza, malah suasana persekitaran dan sikap teman sekampus yang pelbagai ragam.

Kawan-kawan akan berhadapan dengan penularan budaya hedonisme (budaya hiburan) dalam kehidupan di kampus. Antaranya sikap suka berfoya-foya, enjoy dan berhibur secara berlebihan tanpa kawalan, akhirnya merencatkan proses pembelajaran.

Dalam hal ini, kawan-kawan perlu bijak memilih rakan sebagai teman seperjuangan sewaktu menuntut ilmu. Kawan-kawan mesti bijak membezakan ‘penawar kasturi’ yang akan memberi wangian kepada kita dengan ‘peniup api’ yang akan memberikan percikan api yang mengotorkan dan menyakitkan.

Oleh itu, kawan-kawan perlu menyusun dan membuat perancangan demi menjamin kejayaan kelak. Perancangan itu adalah jambatan masa kini untuk sampai ke masa depan. Rancanglah waktu dan peluang yang ada di universiti dengan sebaik mungkin. Sikap sambil lewa dan malas harus dikikis segera bagi mempercepatkan perjalanan ke gerbang kejayaan.

Selain itu, budaya keilmuan perlu disematkan dan dihayati dalam kehidupan seharian. Buku yang mengandungi ilmu bermanfaat perlu dijadikan teman seharian. Tempoh empat hingga lima tahun di universiti adalah waktu yang amat berharga bagi mencari hikmah dan ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan bagi meneruskan perjalanan hidup seterusnya.

Di samping itu, kawan-kawan juga harus bijaksana dalam mengendalikan emosi, khususnya apabila terjebak dengan kancah percintaan. Jangan sekali-kali ‘hanyut’ dalam alam percintaan yang tiada penghujung dan bermatlamat. Letakkan kayu ukur dalam memenuhi tuntutan fitrah insani itu kepada nilai syarak.

Paling penting, kawan-kawan sekalian perlulah memperbetulkan persepsi terhadap tujuan kehadiran di universiti. Niat hendaklah betul dan ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t. Jadikan ubudiyah (ibadah) kepada Allah sebagai tujuan utama.

Universiti di mana kawan-kawan belajar sewajarnya dijadikan medium yang penting ke arah membina peribadi insan soleh iaitu mahasiswa yang boleh memahami tuntutan agama ke atas dirinya. Namun, pembinaan ini harus meliputi dan seimbang dalam semua fakulti keinsanan iaitu rohani, jasmani dan fikiran. Kemudian disusuli dengan amal yang istiqamah (berterusan) sehingga terbentuk mahasiswa yang berperibadi unggul.

Mahasiswa yang dimaksudkan unggul itu ialah mereka yang sihat aqidah, kukuh akhlak, luas pemikiran, kuat tubuh badan, mampu mencari sara hidup, tepat ibadah, bermujahadah (bersungguh-sungguh) terhadap dirinya, menjaga waktu, tersusun rapi segala urusannya serta berguna kepada orang lain.

Sumber: Majalah Haluan
Hasil tulisan Brother Hamzah

Jun 11, 2007

islamkah kita?

al-islaamu: an tasyhada an laa ilaha illAllah waanna muhammadar rasulullah..watuqimas solaata, watu'tiyaz zakaata, watasuuma ramadhaan, watahujjal baita inistato'ta ilaihi sabiilaa..

lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...