Oct 1, 2010

Break!

Bismillah wa alhamdulillah ..


Terasa hari-hari yang berlalu sepanjang minggu ini terlalu sekejap. Pantas betul masa bergerak. Hari ini berlalu menjadi semalam, dan esok hadir berganti tempat dengan hari ini.

~ 9 29 ~

Tarikh itu hadir lagi seperti biasa. Syukur li Allah .. berkurang lagi umur di dunia; penanda semakin singkat tempoh untuk mengotakan janji saya kepada al-Khalik. Semoga bonus yang masih ada mencukupi untuk dijadikan modal bagi mengerjakan segala amanah yang belum tertunai. Moga masih ada kesempatan untuk menggapai sempurna!

Bercorak pelangi hari-hari dalam hidup saya dengan dihiasi doa-doa yang tidak pernah putus dari ibu, ayah, along, kakak, saudara terdekat, cikgu-cikgu, kakanda-kakanda, sahabat-sahabat, juga adinda-adinda yang disayangi. Terima kasih untuk semuanya. Macam kenduri kawen 3 hari 3 malam! Syukran jiddan atas ingatan kalian. Jazakumullahu khiran katheera!~


~ Trimester Break ~



Hari ini, MMU dan kawasan sekitarnya dah mula malap. Manusia semakin berkurang, bilangan kenderaan yang bersusun-susun di tempat parkir juga mula menyusut. Hmm ramai yang dah habis exam. Cuma saya dan beberapa orang sahabat yang masih setia di sini kerana terikat dengan tanggungjawab yang belum selesai. Huuu paper kami tamat 2hb nanti! (Huwaa~).. Hee tak mengapa sebab saya setuju dengan kata-kata Dr. Big: "Kamu semua kan sayangkan MMU".. jawapan saya: "Yes, we do!"

Bagi sahabat-sahabat dan adinda-adinda yang telah pulang, selamat bercuti ye. Manfaatkan masa cuti dengan sebaiknya.

Kehidupan manusia bergantung kepada penggunaan masanya. Islam amat mengambil berat tentang masa dan memberitahu manusia bahawa setiap detik masanya adalah amat berharga. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa besarnya nilai masa dalam Islam dan Allah sendiri bersumpah dengan masa dalam firmanNya yang selalu didengar:


Maksud Firman Allah s.w.t. :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (al-‘Ashr : 1-3)

Dalam ayat di atas Allah bersumpah dengan masa bagi menunjukkan kepada manusia sekaliannya bahawa masa menjadi saksi terhadap berjaya atau gagalnya manusia, untung atau ruginya mereka. Manusia yang berjaya dan beruntung ialah manusia yang memanfaatkannya masanya di dunia (untuk beriman, beramal soleh, melaksanakan perintah Allah dan sebagainya bagi bekalan ke akhirat) dan manusia yang gagal dan rugi ialah manusia yang mensia-siakan masanya.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك، وصحتك قبل سقمك، وفراغك قبل شغلك، وشبابك قبل هرمك، وغناك قبل فقرك

“Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; 1) Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu. 2) Masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu. 3) Masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu. 4) Masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu.. 5) Masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin.”


Manfaatkanlah peluang masa cuti ini dengan sebaiknya. Ilmu itu bukan setakat untuk peperiksaan semata-mata akan tetapi harus diulang-ulang agar faham, kemudian amal dan seterusnya sampaikan…



Ibarat kata sahabat-sahabat saya:

Ukhti Mahirah:

Terus bergerak sehingga kelelahan lelah bersamamu. Terus melangkah sehingga keletihan letih bersamamu. Teruskan berfikir sehingga kejemuan jemu menemanimu..


Ukhti Hasni Rajak:

terus bertahan hingga kefuturan futur menyertaimu, berbahagialah dengan jual beli terhadap Allah, semoga keredhaanNya terus mengikutimu...


“Sebaik-baik kamu adalah yang memberi manfaat kepada orang lain…”


Selamat bercuti bersama keluarga~

Selamat beramal~

Selamat berbakti~

Selamat berkhidmat~

Selamat berprogram~


p/s: doakan saya untuk baki paper :)

p/s2:ada orang nak ke kelantan.. 8->

p/s3: insyirah dah start meragam ..

p/s4: oh 9hb~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...