Jan 20, 2012

Baby Shower!

Bismillah wa alhamdulillah..

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!



Syukur ke hadrat Ilahi. Itulah kalimah paling manis selayaknya dikembalikan kepada Allah Yang Maha Esa atas pengalaman semalam.

Kami hampir sahaja membatalkan perancangan lantaran kesibukan ahli rombongan dan perancangan tuan rumah yang mahu pulang ke kampung lebih awal. Ya, seni 'adjustment' itu sangat membantu.

Dari Ledang lagi dah plan nak jumpa Pn. Zini dan En. Zulhairi. Dibulatkan juga semangat untuk jumpa juga sebelum beliau pulang ke kampung. Syukur Allah izinkan dan mudahkan perancangan kami.

****

Saya bergerak dari Melaka bersama 'buah tangan besar' untuk mereka, ditemani Iqa dan adindanya yang mahu tumpang hingga ke Putrajaya Sentral. Kasihan mereka duduk berhimpit-himpit dengan beg-beg yang menimbun. Gaya seperti dah tak nak pulang ke Melaka gamaknya..hehe. Next time, book tiket awal-awal ye, tak pasal-pasal kena duduk kat kelas ekonomi je! Nak buat macam mana, Pak Tam saya comel je macam Cik Tan tu :D

Perjalanan lancar walaupun banyak kereta di highway. Syukur encik dan cik penumpang itu tidak mengeluh kerana berhimpit-himpit. Yang kecil molek itu ok je lah kan. Nasib baik si tinggi murah dengan senyuman. Takut juga kalau ada kerutan panjang kat dahi tu.. alamatnya 'there is no next time' la untuk Pak Tam!

Sampai di Bayt Azraq, cik ChuBbY takda, sliding door pun bertutup, dalam hati..'haruskah tetamu sampai awal dari tuan rumah'. Jawapannya: haruslah sebab tuan rumah bekerja, tetamu yang itu pelajar...huhu. Sempatlah kami lepas gian bermain ala-ala kanak-kanak riang di playground berhampiran. Tup-tup, tuan rumah mesej, ketuk je pintu tu, ada orang kat rumah. Aiyooo...

Hampir Isya', barulah semua ahli rombongan sampai bersama buah tangan sebenar. Seronok rasanya dapat berkumpul semula, meraikan future ummi yang akan pulang bercuti panjang di Terengganu. Kakak saya kata, macam Baby Shower! Huhu ala-ala. Tapi 2 hadiah je kot. Plus 'hadiah' untuk future abi buat bekalan dalam perjalanan pulang ketika memandu.

Kasihan future abi tenggelam dalam keriuhan muslimat. Suruh ke kedai kopi, tak mahu. Takut kami mengumpat agaknya! :p Maaflah, masing-masing belum ada 'geng' nak dibawa sama untuk meneman sembang. Insya-Allah, esok-esok nanti ada la tu geng. Tak lama dah..bulan 5 je :)

Banyak bercerita tentang itu ini, tapi tangan dan mata semua orang asyik benar pada yang membulat besar itu je.

'Eh itu belon ke?'

Nakal Cik Ika berseloroh menyamakan yang membulat besar itu macam belon. Tunggu la nanti, si bulat tu dah keluar, habis awak dia buli-buli. Future abi n ummi dah buat ujian imbasan, katanya dah nampak jantina. Tapi encik abi-to-be memilih untuk menunggu apa sahaja jantina yang bakal lahir kelak. Jika bakal bapa boleh bersabar, haruslah kami juga perlu didik diri untuk tunggu bakal 'anak buah' pertama kami. :)


Kami tak dapat berlama-lamaan di situ sementelah tuan rumah yang akan pulang ke Kelantan keesokan paginya. Kami bersalaman diiringi doa agar mereka selamat dalam perjalanan dan mudah-mudahan Zini dipermudahkan semasa proses bersalin serta selamat melahirkan baby yang comel dan sihat.

Ada rezeki kita kumpul ramai-ramai lagi nanti..Insya-Allah!


p/s: once a bibik.. always a bibik.. yeke?

Jan 17, 2012

Bermula di sini

Bismillah wa alhamdulillah,

Bertemu dan berpisah kerana Allah


Asar petang ni tampak begitu sayu. Bermula takbiratul ihram hingga ke salam. Setiap kali rukuk dan sujud, setiap kali itu saya sengaja membiarkan tubuh lama di posisi itu, berdoa dan berzikir semahu-mahunya dalam hati.

Usai solat, saya capai kitab ma'thurat berwarna kuning, titipan ikhlas dari pasangan mempelai Ukhti Zini & Akhi Zulhairi. Hampir setahun usia perkahwinan mereka, dan selama itulah juga kitab kuning ni kekal di sisi saya. Terasa rindu semacam untuk membacanya, ayat demi ayat, walhal hampir setiap hari melaziminya. Didikan hati yang saya terima ketika pertama kali mengenali usrah adalah untuk tidak meninggalkan al-ma'thurat. Mengamalkannya samada selepas subuh atau selepas 'asar. Lebih baik kedua-duanya.

A'udzubillahi sami'il 'alim minasyshaitonirrajim...

Satu persatu ayat saya baca, setiap kali itu jugalah kenangan bersama kakak-kakak dan sahabat seusrah berliqa' di al-Irsyad untuk sama-sama membaca al-ma'thurat.

Setiap kali habis kelas petang, seboleh mungkin saya mencuri masa, berusaha untuk bersama-sama mereka dalam liqa' tersebut. Andai ada yang lewat selesai 'Asarnya, tetap mereka berkejar mahu duduk bersama, dan bukan mencipta bulatan baru atau membacanya sendiri-sendiri. Mereka yang sudah berada dalam liqa' juga sabar menanti untuk baca bersama.

Saya ingat lagi, jika bacaan kami seperti kereta api, sebahagian menjadi kepala, dan sebahagian yang lain masih di gerabak belakang, yang depan pasti menunggu agar kami dapat berjalan (membaca) beriringan. Kami sama-sama saling membetulkan andai ada yang salah menyebut. Kami jaga betul 'volume' suara agar sentiasa diparas sederhana atau kurang daripada itu. Andai ada yang terlebih 'excited', pasti ada yang menegur. Kami tak melenting. Kami terima dengan berlapang dada. Yang agak memeranjatkan, ada juga mereka di sebalik tirai biru itu yang turut 'concern' tentang nada suara kami muslimat. Sekiranya ternyaring, pasti ada yang ber'dehem'. 'Dehem' orang dulu kerana mahu menegur, nak jaga aurat dan akhlak kita, 'dehem' orang sekarang, dalam banyak keadaan, semacam mahu menguji nafsu wanita. Beza kan?

Rindunya saat itu. Saya tak nampak dah bulatan itu sekarang. Banyak yang meninggalkannya, tanpa sengaja atau sebaliknya. Mana yang ada, lebih suka membacanya nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Namun, tak ramai.

Sekiranya mereka tahu apa yang kita ada sekarang berpunca dari liqa' ini, pasti mereka akan buat. Sekiranya mereka tahu eratnya ukhuwwah kita kerana liqa' ini, pasti mereka tak akan tinggalkan. Ukhuwwah yang kita miliki semuanya berpunca kerana ini. Kita bertemu kerana Dia. Berpisah juga kerana Dia. Dengan sebab itu kita bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Meski ada 'raining' or 'waterfall', semuanya kerana Dia.

Liqa' itu bukan liqa' biasa. Liqa' itu liqa' mahabbah. Ya, liqa' al-ma'thurat adalah liqa' cinta. Itulah bulatan gembira pertama saya. Takkan ada yang dapat menandinginya.

Once a sister, always a sister.

--------------------------------------------------------------------

Sekarang tanya diri sendiri.. kamu ada apa yang kami ada? (Tenang-tenang.. bukan provokasi, hanya suatu lontaran untuk direnung dengan mata hati)


SAHABAT yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya, meninggikan takut kepada Allah, berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah.


Usrah ialah keluarga



p/s: lafaz tersimpan yang sangat bermakna..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...