May 11, 2008

(berehat) selamat hari lahir atok~

satu-satunya nenek (yang kami bahasakan sebagai atok) yang sempat ana kenali. Atok dan nenek belah ayah hanya dapat dikenali melalui cerita-cerita yang disampaikan sahaja. Hanya along dan angah berpeluang merasai kasih sayang daripada mereka.

Hari ini (10/5/2008) genap usianya 72 tahun.

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi, atok masih gagah sehingga hari ni.. Cuma ada masanya atok meng'aduh' dek kesakitan yang dialami pada bahagian lutut. Biasalah, ramai rakan-rakan seusianya juga mengalami perkara yang sama.

Ana sempatkan juga masa menelefon atok di kampung. Lama kami berborak..sehingga panas 'si putih'. Biasalah, tidak sah jika bercakap dengan atok kalau tidak diselitkan dengan pesanan-pesanan buat panduan cucunya.
  • banyakkan berzikir
  • rajinkan solat malam
  • biasakan solat tahajud dan doa selepasnya
  • perbanyakkan berpuasa sunat terutama ketika masih muda ni
  • jangan lupa Allah
  • jaga diri baik-baik
  • cari pasangan yang boleh bimbing kita..jangan pilih yang boleh merosakkan kita (ops..alahai atok~)
  • baca al-quran sekurang-kurangnya sehelai dalam sehari
seperti biasa..suara atok mesti berubah di tengah-tengah perbualan dek kerana teringatkan angah. sudah menjadi kebiasaan kepada angah membahasakan dirinya sebagai adik@dik rai. Kebetulan tarikh lahir angah juga hanya terbalik dengan tarikh lahir atok iaitu 5/10. Atok kata dulu angah rajin tuliskan doa-doa dan zikir untuk dijadikan amalan harian untuk atok.

Suara atok sangat perlahan dan semakin tersekat-sekat; serak..kami terdiam lama. Saya pujuk atok untuk tidak lupa mendoakan angah setiap kali selesai solat.(Ya Allah..redhakanlah hati kami)

"Ya Allah, berikanlah kami hati yang tenang, yang beriman kepada hari pertemuan denganMu dan reda menerima segala ketetapanMu."


Allahyarham Hj. Noor Azrai Mohd Noor
5/10/1978 - 8/11/2000

Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat dan keampunan ke atas rohnya.
Al-fatihah~

(berehat) Ibu~



"adik, hari ni hari ibu~"

"hari-hari...hari ibu (everyday is mother's day)"

"tapi hari ni 'special' sikit.."

perbualan ringkas dengan akak melalui sistem pesanan ringkasnya. ingatan kembali terpaut membayangkan ibu dan ayah di rumah; hidup berdua seolah-olah bagai baru mendirikan rumah tangga..tiada gelak ketawa anak-anak menghiasi tirai kehidupan..maafkan kami ibu..maafkan kami ayah..

si sulung..sibuk melayari bahtera rumahtangganya; juga cita-cita yang tidak pernah padam untuk terus mencari seberapa banyak ilmu...
si akak..nun jauh di kota, meneruskan kehidupan mencari pengalaman di negeri orang..
si adik..dekat tapi jauh, mengalahkan orang yang berlajar kat oversea (maafkan adik ibu)

terimbas kembali panggilan telefon bersama ibu tadi..

"adik, macam mana muet tadi?maaflah ibu busy sikit hari ni"

"hehe tu lah..kalah doktor. alhamdulillah..ok lah~"

"insya-Allah..yang pasti dah jawab kan..tawakal"(seperti biasa..ibu cuba memberi perangsang)

"bila start exam?"

"rabu ni..."

"buat elok-elok ya..belajar rajin-rajin"

"...........insya-Allah, ibu doakan adik ya.."

"insya-Allah.."

jauh pandanganku..terlalu banyak yang difikirkan..banggakah ibu dan ayah memilikiku sebagai anak mereka? apa sumbanganku kepada mereka? keprihatinanku? kasih sayangku? pelajaranku? dakwahku?

Dakwah?? otakku sepi, akalku kaku, hatiku sebak, bebola air bergenang di iris tanpa diminta.. soalan yang diaju oleh encik akal tidak mampu dijawab dengan sempurna..

innaka laatahdii man ahbabta walakinnallaha yahdi mai-yashaa-u wahuwa a'lamu bilmuhtadin
sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk [28:56]


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka
padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan
padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang
mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab hilangnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan
berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka
memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-
Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta
anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara
semua pengasih.



 
namamu..
menyerlakan seri di wajahmu..
kelembutanmu tiada bandingannya..
antara insan yang sangat aku sayang..
kehadiranku kerna pengorbananmu..
dan harapanku agar engkau merestui..
perjuanganku ke arah kebenaran..
kerana engkau laksana langit..
ibarat memayungi setiap insan..



awish(Muhammad Darwish Haikal) dan wannye~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...