Jul 28, 2008

Pilihan di tangan kita

Pagi tadi ana beli berus gigi, kononnya nak buat stok simpanan. Kebetulan kedai yang ana kunjungi tu hanya menjual beberapa jenis berus gigi sahaja (tiada banyak pilihan...). So nak taknak beli jugalah berus gigi yang berharga RM4.90..sebabnya boleh pilih samada nak yang lembut, biasa atau keras. 

Sampai je di rumah, ana pun belek-beleklah berus gigi tersebut. Iris fokus pada satu perkataan: Indicator(R) BRISTLES...

Bristles?!!!

ana ingat lagi petikan dari satu artikel berkaitan bristle:

Bristles are found on pig breeds instead of fur on most mammals. Because the density is less than with fur, pigs are vulnerable to sunburn. One breed, the Tamworth Pig is endowed with a very dense bristle structure such that sunburn damage to skin is minimized. Bristles also anchor worms to the soil to help the worm move.

Sah! Akibat tidak berhati-hati, ana dah bazirkan duit untuk perkara yang tidak perlu. Pengguna yang menjadi mangsa.

Kenapa perlu jadi mangsa?

Manusia kini sering leka dan kerap mengambil suatu perkara secara mudah. Jika dilihat dalam bab jual beli..asal sahaja murah, pasti dibelinya tanpa dikira aspek kualiti dan pembuatan. Dari sudut makanan pula, pengguna biasanya akan cari tempat makan yang dikunjungi ramai, sedap dan murah.

Cukup situasi di atas dijadikan contoh mudah. Sangat sedikit daripada pengguna yang mementingkan aspek kebersihan, kualiti dan cara pembuatan barangan yang dibeli. Dan lebih teruk, kebanyakan daripada kita langsung tidak mementingkan samada barang/makanan yang dibeli itu HALAL atau HARAM! Ada juga yang ragu-ragu akan halal/haram sesuatu barangan yang dibeli/diperoleh. Hal ini dikira sebagai syubhat.

Perkara syubhat lebih kepada haram kerana ia tidak jelas antara halal dan haramnya.. jadi untuk selamat kita keluar daripada khilaf yang ana sebut kat atas sebab kalau ikut kaedah usul fiqh "apabila berkumpul halal dan haram maka dihukumkan haram"

Sabda Nabi Saw "Bermula perkara yg HALAL itu JELAS dan bermula perkara yang HARAM itupun jelas dan dia antara keduanya (halal dan haram) adanya perkara yang musytabihat (syubhat)........................ ila akhiril hadis"

Sabda Nabi Saw "Tinggalkan apa yg meragukan kepada perkara yang tidak meragukan kamu" (dikeluarkan oleh Turmizi dan an-Nasaie : hasan sahih) hadis ke 11 al-Ara'ien an-Nawawiyyah..

Oleh yang demikian, jangan dipandang hanya pada luaran..perhati betul-betul. Lihat sama 'ingredients'nya. Jangan asal yakin sahaja, beli. Zaman sekarang dah maju. Informasi di hujung jari. Kita bukan duduk di pedalaman yang menyebabkan aktiviti melayari internet menjadi suatu perkara yang payah! Apa salahnya bayar lebih sedikit, asalkan kita dapat barangan yang bersih, suci dan berkualiti!

Pilihan ditangan kita, tiada siapa yang memaksa kita untuk membeli. Hakikatnya diri sendiri yang membuat keputusan untuk membeli. Kita yang menafikan hak diri sendiri dengan tidak berhati-hati dalam membeli. Jangan jadi pengguna bodoh dan tuli!

Sedikit mengenai najis daripada babi/khinzir:

Kulit khinzir tidak akan menjadi suci, sebelum ataupun selepas samak (tanning), jadi kita tidak patut menggunakan produk yg menggunakan kulit khinzir. Jika menyentuh sesuatu yang najis, tidaklah menjadikan tubuh kita najis, kecuali terdapat basahan pada tempat sentuhan, sama ada pada benda yg disentuh ataupun orang yang menyentuh.

Syaikh Ibn Jibrin berkata di dalam Fatawa Islamiyah, jika badan atau pakaian adalah kering dan menyentuh sesuatu yg najis tetapi juga kering, maka tiada apa-apa masalah kerana najis hanya berpindah apabila terdapat basahan. Jika tangan anda menjadi najis dengan menyentuh kulit khinzir apabila terdapat basahan, maka anda perlu membasuh tangan anda. Cukup membasuhnya sekali sahaja, kerana tiada suruhan untuk membasuhnya tujuh kali (satu dgn tanah), kecuali dalam kes air liur anjing.



p/s: Peristiwa hari ni cukup membuatkan ana berhati-hati di masa mendatang. Dah terbazir rm4.90 :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...