Mar 1, 2010

Bahasa Syurga ..


Suatu pagi ..

A: Assalamu'alaikum .. Ana akan ke sana hari ini.. anti macam mana?

B: I'm coming~

A: Kaifa taqulu bi kalamil 'arab ya bint?

B: (dengan yakinnya) alhamdulillah.

A: La.. aqsudu kaifa taqulu i'm coming .. bi kalamil 'arab

A: I'm coming = sa ahdhur

B: Innalillah.. asif. ana la afham. insya-Allah, ana sa ahdhur ilal masjid

A: La ba'sa .. la takhaf 'anil khoto'

B: Na'am

Ketawa tersengih-sengih saya melihatkan perbualan ringkas ini. Walaupun pendek, tapi banyak benda yang boleh kita pelajari daripada perbualan ringkas ni. Pertamanya, daripada perbualan ini kita boleh lihat si B tidak mengetahui apa yang diminta atau dicakap oleh si A. Keduanya, kita dapat lihat kesungguhan B untuk cuba menjawab meskipun jawapannya salah.

Saya teringat perkara yang sama berlaku kepada saya masa di sekolah agama dulu. Biasalah masa umur kanak-kanak, tak tahu peri pentingnya ilmu. Tapi tahu pula main itu perlu. Ustaz ustazah ajar dalam kelas, tak semua pun faham. Bila masa ujian, darjah 1, ok lagi sebab ada gambar-gambar, bolehlah hentam-hentam. Naik darjah 3, semua pun dah susah. Ada perkataan atau ayat sahaja. Nak markah baik punya pasal, sanggup hafaz baris demi baris setiap bahagian yang ustazah kata keluar (tips exam). Bila ujian, tersenyum sajalah masa menjawab. Tapi bila ustaz tak nak share 'tips', hmm terkebil-kebil nak jawab. Mesti ustaz ustazah ketawa tak tertahan-tahan bila tanda kertas ujian saya tu :)

Itu cerita kanak-kanak.. belum cukup faham kepentingan ilmu.

Sekarang dah besar panjang. Allah berikan nikmat kefahaman dan kita sebagai hamba perlu syukuri kefahaman yang diberikan dengan memurnikan ilmu tersebut melalui pengamalan seharian.

Menghidupkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat

Saya nak ajak kita semua saling koreksi diri. Pernah tak terdetik suatu rasa bila kita mendengar syarahan berbahasa arab yang disampaikan dengan penuh semangat, tetapi kita langsung tidak faham. Pernah tak kita terfikir betapa teruknya kita apabila doa yang kita hafaz saban hari, doa yang kita baca seharian, tapi maknanya kita langsung tak tahu. Sebahagian besar daripada umat Islam tidak tahu pengertiannya walaupun sudah berpuluh tahun mengamalnya hatta ada yang tidak tahu pengertian doa iftitah dan qunud yang dibaca setiap hari dalam sembahyang.

Pernah tak kita rasa berdosa pada Tuhan kerana tidak memahami kalam sucinya?

Selalu kita dengar doa itu senjata mukmin, pengikat kita kepada Pencipta, menjadi perantara antara kita hamba dengan Tuhan untuk Dia permudahkan segala urusan kita seharian. Tapi hampanya kita tak faham apa yang kita doakan saban waktu. Macam mana doa kita nak termakbul andai kita sendiri tak tahu apa yang kita doakan. Bolehkah doa itu jadi perisai kita? Na'udzubillahi min zalik.

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ قُرۡءَٲنًا عَرَبِيًّ۬ا لَّعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ

Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Surah Yusuf: 2

Penguasaan bahasa Arab akan membantu diri menjadi hamba

Sering kali kita lihat orang mengadu solatnya payah nak khusyu'. Dan ada yang lebih teruk, solat yang didirikan gagal mencegah diri dari kemaksiatan. Puncanya mudah. Kita berdiri untuk solat tapi sebenarnya kita tak bersolat. Kita tak faham apa yang kita bacakan dalam solat. Qiam kita, ruku' kita, sujud kita.. adakah kita faham patah demi patah perkataan yang kita lafazkan? Bukankah solat itu penghubung kita dengan Allah? Bagaimana kita nak berhubung andai dialognya kita tak hayati. Bila kita gagal hayati bait doa-doa tersebut, mana mampu kita berhubung terus kepada Allah.

Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat tidak kreatif, kurang dinamik dan pak turut yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahami seumpama burung kakak tua yang bijak berbicara. Oleh yang demikian, umat Islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-quran ini sebaik mungkin.

Kamu kata kamu pejuang, tapi al-Quran pun kamu tak pegang

Bagaimana kita nak pimpin ummah sekiranya panduan terbaik daripada Allah pun kamu tak faham?

Hari ini kita wajar mengambil peluang mengambil manfaat meskipun hanya sedikit untuk membiasakan diri dalam bahasa Arab ke arah mendalami keupayaan bahasa dan mengangkatnya sebagai salah satu syiar Islam. Insya-Allah, sempat-sempatkanlah diri untuk kita kuasai bahasa arab; bahasa al-Quran; kalam cinta terindah dari Yang Maha Esa. Kita semua adalah dai'e dalam kapasiti masing-masing. Usahakan sekadar kemampuanmu. Tanamkan azam untuk kuasainya. Jangan berundur sebelum melangkah ke hadapan.

Pelajarilah Bahasa Arab, kerana itu adalah bahagian penting dari agama kalian
-‘Umar Bin Khattab-

HASSAN AL-BANNA di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan:

“Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.


اِجْتَهِدْ حَتَّى تَصِلَ إِلَى مَا تَرْجُوْ

Bersungguh-sungguhlah sampai engkau mencapai apa yang engkau harapkan



p/s: jangan tunggu nak berBM dengan orang arab baru terkial-kial nak belajar .. tapi kalau mula belajar dari sekarang, ikhlas untuk memahami surat cintaNya, tiba-tiba ada risikan dari orang arab, adakah ia bonus?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...