Jul 15, 2008

ingatkan yang tahu, kejutkan yang lena

Setiap hari anak mata perit dek menatap dada-dada akhbar yang memaparkan manusia saling bertikam lidah, fitnah sana sini, aniaya orang ini, keji orang itu..saling menjatuhkan antara satu sama lain. Mata perit, dada sempit, pernafasan kian terputus-putus. Perlu berhenti di sini....................................

Begitulah diri ini saban hari. Tiap saat memikirkan apekah ini petandanya diri makin menghampiri saat itu. Bertambah teruk jika ralit membaca berita-berita yang dikatakan hangat kini. Itu yang dipapar. Yang pembidas juga pengulas lain pula halnya. Kata-kata yang ana dengari dari mereka:

"ala..biasa la tu. mainan kotor orang-orang dalam politik"

"aih..liwat lagi.tak serik-serik gamaknya"

"ni pasti agenda mengalih pandangan mata rakyat!"

hmm banyak lagi kata-kata dari sang pengulas berita. ada yang suam-suam kuku, ada juga yang pedas-pedas belaka! 

tinggalkan itu..mohon yang benar sentiasa istiqamah dalam kebenaran, yang batil berundur dari jalan yang dipilih dan kembali kepada kebenaran.

Bukan ini yang ingin ana kongsikan kerana ana percaya pastinya setiap 'penulis-penulis blog' juga peka akan isu ini dan tentunya sedang berlumba-lumba ingin berkongsi bersama 'para pembaca setia'.

....................................................

Clutch ditekan..masuk gear 3.

Tak puas lagi. Clutch ditekan lagi..masuk gear 4 dan kemudian 5.

Vrooom~

Meter dah lebih 120km/j. Ops~ teringat cakap akak:

"nak bawa kereta tu ingat-ingat sikit, kita ni jauh dari ibu ayah. Papehal nanti, kita juga yang susah.."

okeh..perlahan-lahan. 100 pun ok lah. Tak sampai seminit, 2 3 biji kereta bagi 'hightlight'. Pelik..boot terbuka ke, tak pun tayar tak cukup satu! haih mengarut.. Ana teruskan lagi pemanduan (kononnya berhemah). Kereta-kereta lain jauh ke belakang. Tiba-tiba, lori pulak bagi highlight. Terlintas tiba-tiba, busu kata biasa kalau ada orang highlight ni, kat depan tu mesti ada 'speed trap' (sekatan jalan raya).

Sah!

Tak sampai 5 minit, nun depan mata encik-encik berbaju putih segak berdiri tahan satu demi satu kereta. Allah~ sempat jugalah bibir terkumat kamit membaca:

لا إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Alhamdulillah..polis tak tahan. Syukur~ bibir dan hati sibuk melazimi tasbih dan tahmid. Kereta terus meluncur terus ke destinasi.

........................................

Bukan kereta, bukan juga sekatan jalan raya yang mahu dijadikan bahan perkongsian. Tapi 'sesi highlight menghighlight'! Ana rasa jika tidak dihighlight, sudah tentu petang tu kena bayar saman! Pengalaman sedetik ini cukup menyempatkan ana mencuri masa mendamaikan mata, melapangkan dada, juga bernafas lancar walaupun sejenak cuma. Dalam sibuk-sibuk manusia saling dengki mendengki, ada juga segelintir manusia masih menunjukkan ehsan, memberi peringatan, menghulur pertolongan. Mereka menghighlight kerana mahu memberi petanda bahawa ada sesuatu berlaku di hadapan. Mereka menghighlight kerana mahu kita berhati-hati. Mereka juga highlight kerana tidak mahu orang lain disaman!

Itulah manusia. Walau sejahat mana manusia itu, jauh dilubuk hati mereka tetap inginkan kebaikan. Tetap mahu memberi ehsan. 

Cungkillah kebaikan itu dari dirimu. Tinggalkan yang hitam, baluti hatimu dengan kejernihan juga kesucian. Kerana kita perlu ingatkan yang tahu, dan kejutkan yang lena!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...