Aug 21, 2009

Madrasatul Ramadhan: Pendaftaran dibuka sekarang!


Maghrib tadi, Y.M Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat pengisytiharaan tarikh puasa di kaca televisyen. Insya-Allah, Sabtu ni umat Islam di Malaysia akan berpeluang menikmati kembali ibadah puasa.

Berkata mengenai puasa, ada manusia yang gembira, ada yang sedih, ada juga yang mengeluh!

Bagi saya, bulan ini mengingatkan kembali akan peristiwa-peristiwa dahulu. Sinonim dengan gelarannya sebagai bulan tarbiyyah, hati saya terdidik dengan sifat sabar apabila berhadapan dengan pelbagai ujian yang Allah datangkan satu persatu, tahun demi tahun. Moga hati ini terus sabar dan thabat dalam agamaNya dan menjadi seorang yang faqih dalam ajaranNya. Moga keluarga saya juga begitu ..


“Puasa itu sebahagian dari Sabar” - Ibnu Majah



Didikan Ramadhan

Ramadhan; dalamnya terkandung pelbagai pengajaran dan pembelajaran yang dapat dipelajari secara lansung atau tidak. Tarbiyah Ramadhan akan mencorak para pencintanya agar menjadi seorang Muslim yang sejati agar apabila mereka keluar dari Madrasatul Ramadhan, mereka akan mampu mengharungi seribu satu cubaan dan dugaan di luar sana.

Apabil datangnya Ramadhan maka akan berebut-rebutlah Umat Islam membaca Al-Quran, malah cuba pula untuk mengkhatamkannya sehingga berkali-kali. Namun tahukah kita Tarbiyah Ramadhan bukan sekadar mengajak Umat Islam hanya membaca Al-Quran semata-mata tanpa mengetahui apakah intipati yang dikehendaki di dalam Al-Quran itu sendiri dan memahami konsep perintah dan laranganNya. Jangan hanya bangga kerana dapat menghabiskan Al-Quran 30 juzuk dalam bulan Ramadhan tetapi tidak mengetahui dan jahil bahawa Allah s.w.t telah memerintahkanya agar mentaatiNya dan menjauhi laranganNya dan apabila berlalunya Ramadhan kita bertukar menjadi seorang yang ‘derhaka’ kepadaNya tidak kira sama ada secara sedar atau tidak.

Jangan hanya taat di bulan Ramadhan tetapi bertukar menjadi seorang penentang agamaNya apabila berlalunya Ramadhan atau kekal berada di dalam kejahilan tentang perintahNya dalam bab ketaatan, jahil tentang laranganNya, jahil tentang perintah agar mentaati kedua ibu bapanya, jahil tentang perintah menutup aurat, jahil tentang hukum-hakamNya, jahil dalam segala-galanya . Yang tinggal hanya sekadar berbangga menghabiskan Al-Quran 30 juzuk semata-mata! Oleh itu, Tarbiyah Ramadhan bukan sekadar menekan aspek luaran semata-mata malah lebih kepada aspek kerohanian dan dalaman kerana di dalam tubuh manusia tersebut mengandungi seketul daging iaitu hati yang mengawal tubuh badan manusia. Jika elok hati tersebut maka akan elok tubuh badan dan kelakuan manusia tersebut namun jika buruk hati tersebut maka sebaliknya yang akan berlaku.

Oleh itu, semoga bulan Ramadhan ini akan dapat memberikan kita pengajaran yang melekat di dalam hati walaupun sedikit dan semoga ketaatan dan ketekunan melakukan ibadat di dalam bulan ini tidak berlalu sebagaimana berlalunya Ramadhan. Semoga di dalam bulan ini kita menjadi seorang yang taat kepada-Nya juga di bulan-bulan seterusnya dan tidak menjadikan kita taat di bulan Ramadhan tetapi penentang ajaranNya di bulan-bulan yang lain.

“Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riak sedangkan melakukan amalan kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan kamu daripada kedua-duanya.”

Golongan Orang yang Berpuasa

Puasa umum, orang yang berpuasa dengan menahan perut dan kemaluan daripada keinginan, iaitu menahan perut dari makanan dan menahan kemaluan serta apa saja yang berada dalam hukumnya dari kelazatan-kelazatan dan keinginan-keinginan nafsu. 

Puasa khusus, iaitu menahan perut dan kemaluan, beserta menahan pendengaran dari mendengarkan omongan yang tidak berguna dan apa saja yang haram didengarkan; menahan penglihatan dari melihat apa yang haram dilihat; menahan tangan dari setiap sesuatu yang dilarang oleh hukum syara', dan apa saja yang masuk dalam pengertian ini. 

Pada pokoknya, menahan semua anggota badan melakukan setiap sesuatu yang haram dikerjakan, iaitu puasa orang-orang yang soleh. Dan kesempurnaannya adalah enam perkara:

  • Memejamkan mata dari membiarkan memandang kepada apa saja yang menyibukkan hati dari mengingat Allah, dan apa saja yang dapat melupakan manusia dari mengingat akhirat. Nabi Muhammad saw. bersabda:


"Pandangan itu adalah anak panah yang beracun dari anak panah-anak panah Iblis yang dila'nat Allah. Barang siapa yang meninggalkan pandangan tersebut karena takut kepada Allah, maka Allah ta'ala 'azza wa jalla akan mem berinya iman yang akan dia dapati kesedapannya dalam hatinya". 


  • Menjaga lisan dari: ucapan yang keji, berdusta, ghibah, dan mengadu domba. Dan mengharuskan lisan untuk diam dan tidak berbicara kecuali dalam kebaikan, berzikir kepada Allah dan membaca Al Qur'an.
  • Menahan pendengaran dari mendengarkan kepada setiap yang makruh. Allah swt. telah menghubungkan orang yang mendengarkan hal yang dibenci oleh agama dengan orang yang memakan makanan yang haram dalam firman-Nya:

    "Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengarkan berita bohong, banyak memakan yang haram . . . " (Al Ma'idah : 42)

    "Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? . . . " ( Al Ma'idah : 63)


Nabi Muhammad saw. bersabda:


"Orang yang menggunjing orang lain dan yang mendengarkan adalah bersekutu keduanya dalam dosa". 


Mencegah semua anggota badan dari hal-hal yang haram dan hal-hal yang makruh, dan menjaga perut pada waktu berbuka dari makanan yang syubhat. Maka janganlah berbuka pada daging orang dengan ghibah atau pada makanan yang diusahakan dengan cara yang tidak halal. 

Hendaknya jangan banyak makan pada waktu berbuka sehingga perutnya penuh. Kerana memenuhi perut itu akan menimbulkan nafsu bahimiyyah (nafsu kebinatangan), sehingga membangkitkan nafsu syahwat yang telah tenang sepanjang hari. 

Setelah berbuka, hendaklah hatinya ditempatkan diantara berharap agar puasanya diterima oleh Allah dan khawatir jika puasanya ditolak oleh-Nya, karena tidak ada orang yang tahu apakah puasanya diterima atau tidak.  



Puasa istimewa (khusus yang khusus) iaitu menahan diri dari memenuhi keinginan perut dan kemaluan, dan menahan/memenjara hati dan fikiran dari selain Allah; sehingga tidak memikirkan sesuatupun dari urusan-urusan dunia secara mutlak, sekira apabila memikirkan sesuatu urusan dari urusan-urusan dunia dan menjauh sejauh ujung jari saja dari memikirkan Penciptanya, maka benar-benar telah berbuka puasa (puasanya batal). Puasa ini adalah khusus bagi para nabi dan para rasul as.

Buka tingkap itu

Hakikatnya dalam beramal, seorang hamba dituntut untuk memenuhkan syarat tertentu. Syarat wajib dilakukan untuk mendapatkan darjat orang yang ikhlas di sisi Allah:

Membuka dua tingkap dalam hati. Tingkap ‘ikhlas’ kerana Allah dan tingkap ‘benar’ caranya mengikut sunnah Rasulullah SAW, bukannya amalan rekaan manusia atau amalan mengikut rasa hati sendiri.


“Sesungguhnya amal itu apabila dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar caranya, maka ia tertolak. Dan jika dilakukan secara benar tetapi tidak ikhlas ia tidak akan diterima juga. Kedua-duanya mesti ada iaitu ikhlas dan benar.”


Beramal dengan amal yang berkualiti. Bukan sekadar menunaikan kewajipan, tetapi memberi pengaruh ke atas seluruh tubuh badan, jiwa dan raga. Amalan sembahyang apabila dilakukan dengan berkualiti akan melahirkan sahsiah yang berdisiplin, rajin, jujur, amanah, dekat dengan Tuhan, jauh daripada maksiat, takut kepada akhirat dan berbekal untuk perjalanan ke alam barzakh.


Ramadhan bukan bulan alasan untuk duduk lesu kerana dahaga. 
Ramadhan bukan juga bulan alasan, untuk mengurang masa berusaha.
Ramadhan adalah titik nikmat daripada Tuhan, 
untuk kita berlama-lamaan di atas sejadah, 
untuk kita mengucur peluh dalam jalan perjuangan, 
untuk kita mengasak nafsu agar ibadah, tidak lagi palsu.



Muslimin Muslimat, yok kita pakat-pakat set objektif untuk Ramadhan kali ini.




p/s: Entah kenapa, terasa berdebar-debar menanti Ramadhan kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...