Dec 22, 2007

Salam aidiladha 1428H

assalamu'alaikum warahmatullah~

hamdan wa syukran lillah dapat juga kembali ke ruangan ni. Memetik kata2 sahabat ana: 'sementara tengah free'. Insya-Allah, Allah berikan kita 24 jam.. tinggal kita untuk memanfaatkannya dengan cara paling baik dan bijak.

sementara masih bersisa nafas ni..ana ucapkan salam aidiladha buat sahabat sahabiah.. meminjam kata2 kiriman sahabat ana melalui 'short messaging service' tempoh hari: "sorry body & soul".



Suka untuk ana kongsi di sini:

Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) juga disebut Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia yang disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Menyingkap kembali kisah disebalik Aidiladha.. perayaan ini merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan juga kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah subhanahu wa ta'ala : Penyembelihan Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul A'zmi telah membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam sama ada yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunatkan untuk berqurban menyembelih sama ada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.(pautan lanjut)



Ibadat qurban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari tersebut iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah..(kampung halaman ana tahun ni tumbangkan 4 ekor lembu..alhamdulillah~ tetapi kali ni lebih 'bermakna' sebab bukan sahaja lembu yang diqurbankan tetapi jiwa hamba-hamba Allah yang mengerjakan ibadah qurban pada hari itu turut sama diqurbankan..pengorbanan dan kesabaran mereka menumbangkan lembu dalam keadaan hujan lebat a.k.a separa ribut)

Bila kita hayati makna qurban ini, kalau dari segi bahasa, qurban bermaksud dekat. Dari segi istilah pula ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Sedikit info berkaitan Zulhijjah:
  • Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam
  • 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah
  • Pada tahun ke-5 (sebelum pelantikan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wassallam) Baginda membawa barang dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana lah baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah
  • Pada tahun ke-13 (selepas pelantikan Nabi Allah) Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) yang disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW kepada penduduk Yatsrib (Madinah). Baiatul Aqabah juga merupakan kunci kepada penghijrahan Nabi SAW ke Madhinah. Nabi sudah menyediakan pendokong-pendokongnya terlebih dahulu di Madhinah sebelum berhijrah
  • Pada tahun ke-2 Hijrah, peristiwa Peperangan As Sawiq, Nabi SAW keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda
  • Pada 7 Zulhijjah tahun ke-5 Hijrah, satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak
  • Pada tahun ke-8 Hijrah, peristiwa kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah
  • Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji (Hajjatul Wada’ - Haji Selamat Tinggal). Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam
  • Pada tahun ke-12 Hijrah, Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w
  • Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam
  • Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin
  • Pada tahun ke-23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab mati syahid dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi
  • Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya
  • Pada tahun ke-35 Hijrah, peristiwa pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan
  • Pada tahun ke-242 Hijrah, peristiwa kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...