Aug 21, 2009

Madrasatul Ramadhan: Pendaftaran dibuka sekarang!


Maghrib tadi, Y.M Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat pengisytiharaan tarikh puasa di kaca televisyen. Insya-Allah, Sabtu ni umat Islam di Malaysia akan berpeluang menikmati kembali ibadah puasa.

Berkata mengenai puasa, ada manusia yang gembira, ada yang sedih, ada juga yang mengeluh!

Bagi saya, bulan ini mengingatkan kembali akan peristiwa-peristiwa dahulu. Sinonim dengan gelarannya sebagai bulan tarbiyyah, hati saya terdidik dengan sifat sabar apabila berhadapan dengan pelbagai ujian yang Allah datangkan satu persatu, tahun demi tahun. Moga hati ini terus sabar dan thabat dalam agamaNya dan menjadi seorang yang faqih dalam ajaranNya. Moga keluarga saya juga begitu ..


“Puasa itu sebahagian dari Sabar” - Ibnu Majah



Didikan Ramadhan

Ramadhan; dalamnya terkandung pelbagai pengajaran dan pembelajaran yang dapat dipelajari secara lansung atau tidak. Tarbiyah Ramadhan akan mencorak para pencintanya agar menjadi seorang Muslim yang sejati agar apabila mereka keluar dari Madrasatul Ramadhan, mereka akan mampu mengharungi seribu satu cubaan dan dugaan di luar sana.

Apabil datangnya Ramadhan maka akan berebut-rebutlah Umat Islam membaca Al-Quran, malah cuba pula untuk mengkhatamkannya sehingga berkali-kali. Namun tahukah kita Tarbiyah Ramadhan bukan sekadar mengajak Umat Islam hanya membaca Al-Quran semata-mata tanpa mengetahui apakah intipati yang dikehendaki di dalam Al-Quran itu sendiri dan memahami konsep perintah dan laranganNya. Jangan hanya bangga kerana dapat menghabiskan Al-Quran 30 juzuk dalam bulan Ramadhan tetapi tidak mengetahui dan jahil bahawa Allah s.w.t telah memerintahkanya agar mentaatiNya dan menjauhi laranganNya dan apabila berlalunya Ramadhan kita bertukar menjadi seorang yang ‘derhaka’ kepadaNya tidak kira sama ada secara sedar atau tidak.

Jangan hanya taat di bulan Ramadhan tetapi bertukar menjadi seorang penentang agamaNya apabila berlalunya Ramadhan atau kekal berada di dalam kejahilan tentang perintahNya dalam bab ketaatan, jahil tentang laranganNya, jahil tentang perintah agar mentaati kedua ibu bapanya, jahil tentang perintah menutup aurat, jahil tentang hukum-hakamNya, jahil dalam segala-galanya . Yang tinggal hanya sekadar berbangga menghabiskan Al-Quran 30 juzuk semata-mata! Oleh itu, Tarbiyah Ramadhan bukan sekadar menekan aspek luaran semata-mata malah lebih kepada aspek kerohanian dan dalaman kerana di dalam tubuh manusia tersebut mengandungi seketul daging iaitu hati yang mengawal tubuh badan manusia. Jika elok hati tersebut maka akan elok tubuh badan dan kelakuan manusia tersebut namun jika buruk hati tersebut maka sebaliknya yang akan berlaku.

Oleh itu, semoga bulan Ramadhan ini akan dapat memberikan kita pengajaran yang melekat di dalam hati walaupun sedikit dan semoga ketaatan dan ketekunan melakukan ibadat di dalam bulan ini tidak berlalu sebagaimana berlalunya Ramadhan. Semoga di dalam bulan ini kita menjadi seorang yang taat kepada-Nya juga di bulan-bulan seterusnya dan tidak menjadikan kita taat di bulan Ramadhan tetapi penentang ajaranNya di bulan-bulan yang lain.

“Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riak sedangkan melakukan amalan kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan kamu daripada kedua-duanya.”

Golongan Orang yang Berpuasa

Puasa umum, orang yang berpuasa dengan menahan perut dan kemaluan daripada keinginan, iaitu menahan perut dari makanan dan menahan kemaluan serta apa saja yang berada dalam hukumnya dari kelazatan-kelazatan dan keinginan-keinginan nafsu. 

Puasa khusus, iaitu menahan perut dan kemaluan, beserta menahan pendengaran dari mendengarkan omongan yang tidak berguna dan apa saja yang haram didengarkan; menahan penglihatan dari melihat apa yang haram dilihat; menahan tangan dari setiap sesuatu yang dilarang oleh hukum syara', dan apa saja yang masuk dalam pengertian ini. 

Pada pokoknya, menahan semua anggota badan melakukan setiap sesuatu yang haram dikerjakan, iaitu puasa orang-orang yang soleh. Dan kesempurnaannya adalah enam perkara:

  • Memejamkan mata dari membiarkan memandang kepada apa saja yang menyibukkan hati dari mengingat Allah, dan apa saja yang dapat melupakan manusia dari mengingat akhirat. Nabi Muhammad saw. bersabda:


"Pandangan itu adalah anak panah yang beracun dari anak panah-anak panah Iblis yang dila'nat Allah. Barang siapa yang meninggalkan pandangan tersebut karena takut kepada Allah, maka Allah ta'ala 'azza wa jalla akan mem berinya iman yang akan dia dapati kesedapannya dalam hatinya". 


  • Menjaga lisan dari: ucapan yang keji, berdusta, ghibah, dan mengadu domba. Dan mengharuskan lisan untuk diam dan tidak berbicara kecuali dalam kebaikan, berzikir kepada Allah dan membaca Al Qur'an.
  • Menahan pendengaran dari mendengarkan kepada setiap yang makruh. Allah swt. telah menghubungkan orang yang mendengarkan hal yang dibenci oleh agama dengan orang yang memakan makanan yang haram dalam firman-Nya:

    "Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengarkan berita bohong, banyak memakan yang haram . . . " (Al Ma'idah : 42)

    "Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? . . . " ( Al Ma'idah : 63)


Nabi Muhammad saw. bersabda:


"Orang yang menggunjing orang lain dan yang mendengarkan adalah bersekutu keduanya dalam dosa". 


Mencegah semua anggota badan dari hal-hal yang haram dan hal-hal yang makruh, dan menjaga perut pada waktu berbuka dari makanan yang syubhat. Maka janganlah berbuka pada daging orang dengan ghibah atau pada makanan yang diusahakan dengan cara yang tidak halal. 

Hendaknya jangan banyak makan pada waktu berbuka sehingga perutnya penuh. Kerana memenuhi perut itu akan menimbulkan nafsu bahimiyyah (nafsu kebinatangan), sehingga membangkitkan nafsu syahwat yang telah tenang sepanjang hari. 

Setelah berbuka, hendaklah hatinya ditempatkan diantara berharap agar puasanya diterima oleh Allah dan khawatir jika puasanya ditolak oleh-Nya, karena tidak ada orang yang tahu apakah puasanya diterima atau tidak.  



Puasa istimewa (khusus yang khusus) iaitu menahan diri dari memenuhi keinginan perut dan kemaluan, dan menahan/memenjara hati dan fikiran dari selain Allah; sehingga tidak memikirkan sesuatupun dari urusan-urusan dunia secara mutlak, sekira apabila memikirkan sesuatu urusan dari urusan-urusan dunia dan menjauh sejauh ujung jari saja dari memikirkan Penciptanya, maka benar-benar telah berbuka puasa (puasanya batal). Puasa ini adalah khusus bagi para nabi dan para rasul as.

Buka tingkap itu

Hakikatnya dalam beramal, seorang hamba dituntut untuk memenuhkan syarat tertentu. Syarat wajib dilakukan untuk mendapatkan darjat orang yang ikhlas di sisi Allah:

Membuka dua tingkap dalam hati. Tingkap ‘ikhlas’ kerana Allah dan tingkap ‘benar’ caranya mengikut sunnah Rasulullah SAW, bukannya amalan rekaan manusia atau amalan mengikut rasa hati sendiri.


“Sesungguhnya amal itu apabila dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar caranya, maka ia tertolak. Dan jika dilakukan secara benar tetapi tidak ikhlas ia tidak akan diterima juga. Kedua-duanya mesti ada iaitu ikhlas dan benar.”


Beramal dengan amal yang berkualiti. Bukan sekadar menunaikan kewajipan, tetapi memberi pengaruh ke atas seluruh tubuh badan, jiwa dan raga. Amalan sembahyang apabila dilakukan dengan berkualiti akan melahirkan sahsiah yang berdisiplin, rajin, jujur, amanah, dekat dengan Tuhan, jauh daripada maksiat, takut kepada akhirat dan berbekal untuk perjalanan ke alam barzakh.


Ramadhan bukan bulan alasan untuk duduk lesu kerana dahaga. 
Ramadhan bukan juga bulan alasan, untuk mengurang masa berusaha.
Ramadhan adalah titik nikmat daripada Tuhan, 
untuk kita berlama-lamaan di atas sejadah, 
untuk kita mengucur peluh dalam jalan perjuangan, 
untuk kita mengasak nafsu agar ibadah, tidak lagi palsu.



Muslimin Muslimat, yok kita pakat-pakat set objektif untuk Ramadhan kali ini.




p/s: Entah kenapa, terasa berdebar-debar menanti Ramadhan kali ini.

Aug 20, 2009

Akuarium vs. Sungai


VS.



Terdapat dua golongan orang-orang yang memakai tudung. Satu seperti sebuah akuarium dan yang kedua, seperti sebuah sungai. Jangan cepat melatah kerana ini hanyalah kiasan dan insya' Allah saya akan huraikan kiasan-kiasan tersebut pada akhir artikel ini. Diharapkan tiada yang tersinggung kerana bukan itu tujuannya artikel ini. Sekadar renungan bersama.

Hah? Apa maksud sebuah akuarium? 

Cuba kita perhatikan. 'Akuarium' menurut kamus bermaksud sebuah tangki untuk menyimpan ikan hidup. Biasanya, akuarium ini adalah tertutup. Banyak sebab-sebabnya, tetapi yang paling utama adalah untuk mengelakkan habuk atau cicak masuk ke dalam akuarium lalu merosakkan kecantikkan akuarium itu. Kalau kita perhatikan, akuarium ini tak boleh ditutup penuh, kerana perlu ada lubang-lubang udara untuk membolehkan pertukaran gas yang amat penting untuk memastikan kesihatan dan kesinambungan kehidupan ikan. Akuarium juga tujuannya untuk mempamerkan ikan-ikan dan pemandangan dalam air yang indah. Setiap orang yang memandang sebuah akuarium yang cukup jagaannya akan terpersona melihat keindahannya. Seseorang boleh mengetahui berapa banyak ikan yang ada, apa jenis ikan yang ada, cantik atau tidak malah pelbagai lagi, apatah lagi kalau ada sinaran lampu yang menyinari. Air dalam akuarium pula berbeza. Kalau cukup jagaannya, nampak bersihlah air akuarium itu. Kalau tak pernah bertukar, kita pun geli nak tengok. Itulah cerita akuarium.

Bagaimana pula cerita sungai? 


Percayakah anda setiap sungai yang ada di dunia ini sebenarnya ada 'penutup'? Kalau tak percaya, carilah sungai di atas muka bumi ini yang apabila kita mendongak memandang ke atas tiada langit atau awan yang melindungi. Itulah 'penutup' sebuah sungai. Penutup ini bukan sahaja menutup, malah berinteraksi dengan sungai dengan melengkapkan kitaran air. Itulah antara tujuan 'penutup' sungai ini. Kalau dibandingkan dengan akuarium, bolehkah seseorang mengagak berapa banyak ikan atau hidupan yang ada dalam sebuah sungai? Kita mungkin boleh mengagak apakah jenis-jenis yang ada tetapi mustahil untuk kita mendapat jawapan yang tepat. Sebab apa? Salah satu sebabnya adalah sungai tidak bertujuan untuk mempamerkan segala isi hidupan yang ada di dalamnya. Air sungai pula bagaimana? Air sungai termasuk dalam kategori air-air yang bersih, maksudnya kita boleh bersuci dengan air sungai. Tapi mungkin ada yang kata, banyak juga sungai yang tampak kotor. Hah? apa hujahnya pula? Kita renung kembali, kebanyakan sungai yang kotor adalah disebabkan kesalahan manusia yang suka membuang sampah merata-rata dan sebagainya. Jadi, tidak boleh sama sekali kita nak salahkan sungai.

Macam mana, sudah dapat membuat nilaian? 

Biarlah saya nyatakan pendapat saya. Seorang perempuan yang memakai tudung sekadar untuk menunjuk-nunjuk adalah seperti sebuah akuarium. Tujuan penutupannya adalah supaya orang menganggapnya cantik, wara' bertudung. Nampak bertutup, tapi masih ada bahagian-bahagian badan yang terbuka. Mempamerkan segala perhiasan diri dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Air di dalam akuarium diibaratkan seperti hati si pemakai. Pernahkah dia mencermin hatinya iaitu membersihkan pemikirannya sebab orang boleh nampak kejernihan atau kekeruhannya. Renung kembali, sejernih-jernih air akuarium, mahukah atau bolehkah kita bersuci dengannya? Tepuk dada tanya iman.

Sungai pula dikiaskan sebagai seorang perempuan yang mahu dilindungi. Oleh itu, akan sentiasa ada interaksi diantara tudungnya dengan personaliti dirinya. Bila ada interaksi ini, dia akan sentiasa ingin membawa imej yang baik. Segala perhiasan yang ada di dalam dirinya tidak akan dipamerkan, kerana dia tahu setiap yang memandangnya pasti akan terpersona dengan perhiasan-perhiasannya itu. Air sungai yang bersih mengalir melambangkan hati si pemakai yang mahu sentiasa bersih dengan secara berterusan mencerminkan dirinya. Sebagai manusia biasa, kadangkala dia tidak dapat menahan diri dari perkara-perkara yang boleh mngeruhkan hatinya, namun dia tidak pernah lupa untuk menjernihkannya kembali, umpama air sungai yang keruh menjadi jernih semula setelah habis musim hujan.


Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.
(Surah an-Nur: 31)



Hasil canaian minda Pena Da’ie


p/s: anda pilih yang mana?

Di Jalan Dakwah Aku Menikah!


Nafsu syahwat itu seperti air bah yang turun dari puncak gunung. Barang siapa berdiri menghadangnya, maka ia akan diterjang dan dilumatkan. Barang siapa membiarkannya, maka ia bakal memporakperandakan negeri dan memusnahkan umat manusia. Orang yang berakal sihat tentu akan membuat jalan untuknya, menggali tanah sedalam-dalamnya dan mengalirkan air bah itu ke sana. Inilah yang diperbuat Islam. 
Di jalan apakah anda menikah? Terbentang pula dengan lurus dan amat luas jalan dakwah. Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang soleh, jalan para ahli syurga yang kini telah bercengkerama di taman-tamannya: 


Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik”.
(Yusuf:108)


Hadzihi sabili, inilah jalanku, yakni ad’u ilallah, aku sentiasa mengajak manusia kepada Allah. Fi’il mudhari’ yang digunakan pada kalimat ad’u ilallah semakin menegaskan bahawa dakwah adalah pekerjaan yang sedang dan akan terus-menerus dilakukan kaum muslimin, yaitu ana, Rasulullah saw, wamanittaba’ani dan orang-orang yang mengikuti Rasullullah saw sampai akhir zaman nanti. 

Inilah jalanku, iaitu jalan dakwah, jalan yang membentang lurus menuju kebahagiaan dan kepastian akhir. Jalan yang dipilihkan Allah untuk para Nabi, dan orang-orang yang setia mengikuti mereka. Jalan inilah yang menghantarkan Nabi saw menikahi isteri-isterinya. Jalan ini yang mengantarkan Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan bertemunya Ali r.a dan Fatimah az-Zahra dalam sebuah keluarga. 

Di jalan dakwah itulah Nabi saw menikahi Ummahatul Mukminin. Di jalan itu pula para sahabat Nabi menikah. Di jalan dakwah itulah orang-orang soleh membina rumah tangga. Jalan ini menawarkan kelurusan orientasi, bahawa pernikahan adalah ibadah. Bahawa berkeluarga adalah salah satu tahapan dakwah untuk menegakkan kedaulatan di muka bumi Allah.


Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.
(Al-An’am:153)


Menikah di jalan dakwah akan mendapatkan keberuntungan. Di jalan ini para sahabat Nabi melangkah, di jalan ini mereka menikah, di jalan ini pula mereka meninggal sebagai syahid dengan kematian yang indah. Jalan yang tak pernah memberikan kerugian. Justeru senantiasa menjadi invesatasi masa depan yang menguntungkan di dunia maupun akhirat. 

Di jalan ini kecenderungan ruhiyah amat mendapat perhatian, akan tetapi tidak mengabaikan segi-segi materi. Di jalan ini syaitan terkalahkan oleh orientasi Rabbani, dan menuntun prosesnya, dari awal sampai akhir, senantiasa memiliki kontribusi terhadap kebaikan dan umat. 

Sejak dari persiapan diri, pemilihan jodoh, peminangan, akad nikah hingga walimah dan hidup satu rumah. Tiada yang dilakukan kecuali dalam kerangka kesemestaan dakwah. 

“Seandainya seseorang dianugerahi harta Qorun dan fisik Hercules. Lalu dihadiahkan di hadapannya 1000 perempuan jelita berikut segala keistimewaannya, niscaya dia tidak pernah berjumpa dengan kepuasan” 

(Dari buku “Di Jalan Dakwah Aku Menikah”, karya Cahyadi Takariawan)



p/s: tak dapat lagi cari buku ni ..

Aug 13, 2009

Mujahid Mujahidah Kecil

Hari-hari yang berlalu semalam cukup bermakna. Saya dikelilingi oleh mujahid-mujahidah kecil. Hilai tawa mereka masih terngiang-ngiang kat telinga. Suara kecil mereka yang comel bak upin ipin cukup menghiburkan. Dari anak buah, sepupu-sepupu, anak cikgu, hinggalah ke kanak-kanak setaman permainan (adik-adik kecil yang menceriakan taman permainan di kawasan perumahan setiap petang).. berlari-lari keseronokan..

Ceria rasanya ..

Mujahid Mujahidah Kecil

Si kecil ini adalah anugerah dan amanah Allah swt. Mereka adalah jantung hati dan penyejuk mata kita. 


Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia.
(Surah al-Kahf: 46)


Seorang penyair berkata:


Anak-anak adalah jantung hati kita yang berjalan di atas permukaan bumi.
Jika angin kencang bertiup ke arah mereka, aku sudah tidak dapat melelapkan mata.


Merekalah penerus zuriat keturunan kita selepas kematian kita. Mereka penenang hati, kerehatan minda dan ketenangan jiwa kita. Mereka; dengan pertolongan Allah, adalah penyandar yang sentiasa menyokong dan memberikan kekuatan kepada kita. Mereka juga menjadikan dada kita lapang dan merealisasikan cita-cita agama dan dunia.

Oleh itu, si kecil ini hendaklah sentiasa dididik sebagaimana dikatakan orang “hendaklah kamu mendidik anak-anak kamu sebaiknya kerana mereka dijadikan untuk suatu zaman yang berlainan dengan zaman kamu.

Fasihah Huda

Puteri Nur Zarith Sofia

Suatu Manhaj yang Baik

Sayyidina Ali menyarankan:


Hendaklah engkau bermain dengan anak engkau pada 7 tahun pertama. Ajarkanlah adab sopan kepadanya pada 7 tahun kedua. Bersahabatlah dengannya pada 7 tahun ketiga. Kemudian engkau boleh membiarkannya selepas itu.


Ia adalah satu manhaj yang tidak memerlukan kepada manhaj lain yang diimport dari luar atau diambil daripada seseorang yang sebenarnya meletakkan racun di dalam madu. Islam telah menetapkan suatu cara yang paling ideal untuk mendidik anak-anak semenjak awal kedatangan seseorang anak ke dunia, iaitu dengan kita disuruh untuk mengalunkan suara azan pada telinga kanannya dan iqamat pada telinga kirinya, kemudian memilih nama yang paling baik baginya.

Kemudian si ayah dituntut untuk melakukan aqiqah untuk anaknya yang baru dilahirkan sebagai menunjukkan rasa syukur kepada Allah swt. Di samping itu, ia juga sebagai mengisytiharkan dan merayakan kedatangan seorang muslim yang baru dan kehadiran seorang pemuda atau pemudi yang akan menjulang panji masa depan lalu ia berhak untuk disambut oleh semua orang dengan mengatakan:

“Semoga anak anda diberkati, kerana anda mensyukuri Allah Tuhan Pemberi dan semoga anda dikurniakan kebaikannya sehingga ia meningkat remaja.”

Kemudian kita sempurnakan perjalanan pendidikan anak-anak dengan mengajarkannya adab sopan dalam masa 7 tahun, dan seterusnya menjadikannya sebagai kawan 7 tahun selepas itu.

Muhammad Darwish Haikal

Muhammad Zarif Irfan



Cinta Semulajadi

Cinta paling indah yang diciptakan oleh Allah pada diri manusia ialah cintakan anak-anak, kerana mereka adalah sebahagian daripada diri seseorang ayah, bukti kasih sayang yang terdapat di dalam hati si ayah dan lainnya.

Saksikanlah pemandangan indah berikut:

Rasulullah SAW pernah mengucup Sayyidina Hasan bin Ali sedang al-Aqra‘ bin Habis duduk di sisi baginda. al-Aqra‘ berkata: “Aku mempunyai 10 orang anak. Tidak pernah aku mengucup seorang pun daripada mereka.” Lalu Rasulullah SAW memandang kepadanya seraya bersabda yang bermaksud:



“Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi.”


Lihatlah kepada hikmat nabawi ini. Baginda SAW menjadikan kucupan sebagai bukti kasih sayang dan tidak melakukannya sebagai tanda kekerasan dan ketiadaan kasih sayang. Perkara yang sama juga turut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari: Seorang Arab Badwi berkata kepada Nabi SAW: “Adakah engkau mengucup dan mencium anak-anak kecilmu? Kami tidak pernah mengucup atau mencium anak-anak kecil kami.” 


Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Aku tidak mempunyai apa-apa bagi engkau, kerana Allah swt telah mencabut perasaan kasih sayang daripada hati engkau.”


Ini perlu dilakukan agar hati si anak kecil terbuka untuk menerima adab sopan dan pengajaran selepas itu dengan penuh perasaan kasih sayang.

Bermain dan Bersenda Gurau

Pada suatu hari, Jabir r.a. masuk menemui Nabi SAW dalam keadaan baginda SAW merangkak di atas kedua tangan dan kaki baginda, sementara Hasan dan Husain berada di atas belakang baginda SAW seraya baginda bersabda yang bermaksud:


“Sebaik-baik unta ialah unta kamu ini, dan sebaik-baik penunggang ialah kamu berdua.”


Alangkah indahnya pemandangan tersebut. Alangkah baiknya jika kita dapat mempelajarinya. Keadaan ini tidaklah merendahkan kedudukan dan martabat seseorang bahkan sebaliknya ia meninggikan kedudukan dan martabatnya. Apabila anak-anak membesar dalam keadaan tersebut, mereka menjadi seperti sahabat dan rakan baik kepada ibubapa mereka. Mereka akan sentiasa berterus terang kepada ibubapa mereka tentang segala permasalahan yang mereka hadapi, lalu memudahkan ibubapa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Manakala ibubapa yang meletakkan batu penghalang di antara mereka dengan anak-anak, sudah pasti tidak munasabah jika mereka ingin agar anak-anak mereka berterus terang dengan mereka tentang permasalahan yang dihadapi.

Ambillah pengajaran daripada hakikat kebenaran ini.

Umar Memecat Pegawai Yang Keras Hatinya

Adakah seseorang yang tidak berjaya mendidik anaknya akan berjaya mendidik orang lain? Begitu juga, jika seseorang tidak berjaya memandu rumahtangganya, bagaimana dia akan berjaya memandu orang lain, bahkan bagaimana mungkin dia boleh menjadi orang yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tanggungjawab sedangkan dia telah cuai terhadap tanggungjawab pertama yang diamanahkan oleh Allah kepadanya? Hakikat ini dapat dilihat dengan jelas melalui satu peristiwa yang berlaku kepada Sayyidina ‘Umar r.a.:

Pada suatu hari, seorang gabenor beliau masuk berjumpa dengan beliau. Pada ketika itu, Umar sedang bermain-main dengan beberapa orang anaknya. Keadaan tersebut seolah-olah diingkari oleh gabenornya itu, lalu Umar berkata: “Apakah yang engkau lakukan dengan ahli keluarga engkau?” Gabenor itu menjawab: “Apabila aku masuk, semua orang akan diam.” Umar berkata kepadanya: “Hendaklah engkau meletakkan jawatan. Jika engkau tidak berlemah lembut terhadap keluarga dan anak-anak engkau, sudah pasti engkau tidak akan berlemah lembut terhadap umat Muhammad SAW.”

Subhanallah! Hanya kerana dia tidak berlemah lembut terhadap anak-anaknya?!

Alangkah ramainya daripada kalangan kita yang patut dipecat daripada jawatannya?

Pisahkan Antara Mereka di Tempat Tidur

Kaedah ini merupakan antara kaedah pendidikan Nabi SAW yang paling indah. Ia bermaksud bahawa anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan masing-masing mesti dididik dengan cara yang tersendiri yang mesti diambil kira oleh ibubapa.

Anak-anak lelaki tidak sepatutnya dibiasakan masuk atau bertemu dengan tetamu perempuan. Mereka hendaklah sentiasa berdamping dengan si ayah terutamanya untuk pergi ke masjid bagi mendirikan sembahyang fardu berjamaah. Mereka juga hendaklah ditanam semenjak kecil lagi bahawa sifat-sifat lelaki dan tanggungjawabnya adalah berbeza dengan perempuan. Si ayah hendaklah mengambil kira tentang perkara ini terutamanya ketika zaman remaja dengan menyediakan pakaian dan wangian yang sesuai dengan mereka. Si ayah juga hendaklah sentiasa mendekatkan dirinya dengan anak-anak lelaki, banyak keluar dengan mereka dan sentiasa menemani mereka.

Begitu juga dengan anak perempuan. Mereka tidak dibenarkan untuk biasa keluar menemui para tetamu lelaki bahkan hendaklah ditanam di dalam minda mereka bahawa perbuatan tersebut adalah suatu keaiban. Mereka juga hendaklah dilatih untuk tidak menanggalkan pakaian mereka di hadapan adik beradik lelaki atau di hadapan ayah mereka sendiri. Mereka juga hendaklah diajar dengan adab-adab sopan yang baik dan perasaan malu semenjak kecil lagi. Si ayah atau ibu janganlah membelikan pakaian yang singkat atau pendek untuk anak-anak perempuan mereka. Mereka juga hendaklah menyediakan segala keperluan anak-anak perempuan mereka terutamanya ketika mereka menghampiri umur baligh. Anak-anak perempuan hendaklah lebih dekat dengan ibu mereka, kerana ibu merekalah yang sepatutnya menerangkan segala perkara berkaitan dengan kewanitaan dan membelai mereka sehingga mereka berjaya sampai ke daratan keamanan dan keselamatan.

Kewajipan Praktikal

  • Sentiasa memperbaharui niat dan tekad untuk memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak agar proses tersebut dikira sebagai sebahagian daripada amalan kebaikan anda.
  • Panggillah anak-anak anda dengan panggilan yang paling mereka sukai dan manjakan mereka semasa kecil tetapi tidak melampaui batas.
  • Seronokkanlah mereka dengan bercerita kepada mereka tentang kisah-kisah yang menarik dengan memberikan penumpuan kepada pengajaran dan iktibar yang boleh diambil.
  • Sentiasa membawa anak-anak anda berkelah dan keluar rumah begitu juga untuk ke masjid.
  • Selalulah mengucapkan kata-kata yang memberikan perangsang kepada mereka.
  • Jawab segala soalan dan permasalahan yang mereka kemukakan dan hadapi.
  • Sentiasalah berbincang dengan mereka dan ajarkanlah mereka untuk selalu berbincang dengan orang lain dan untuk tidak bersifat diktator.
  • Akhirnya, anda hendaklah sentiasa berdoa untuk kebaikan mereka.

Membesarlah duhai mujahid mujahidah, moga kelak dikau akan dapat mewarisi rantaian perjuangan ini ..

Aug 12, 2009

Mereka kembali lagi

Rindukan mereka? Saksikan persembahan mereka di:


Ekspo Makanan Halal
Lokasi : Kompleks Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh, Melaka
Masa : 8.45 malam (14/8/2009)


anggota lama .. 




Muzika yang dibawa terkandung mesej tersendiri
nilai saintifik, artistik dan autentik bercampur dalam satu irama
Kreatif bertunjangkan syariat
Inovatif beradab
Rasa hati segar dan murni
Benar-benar sejati untuk memberi
Jika tulus, nescaya jalan kan lurus.

Hedonisme ditolak
Jati diri sebagai da'ie dan murabbi digenggam kukuh
Bermisikan dakwah mendidik masyarakat.

Islam bukan tiada hiburan
Islam bukan sebagai sekatan
Islam atas sifatnya yang sederhana
Tidak pernah menyekat kreativiti hamba
Malah mendorong kreativiti dan inovasi tidak keterlaluan
Tidak terbabas ke arah kelalaian dan kehancuran

Syaitan terlalu bijak dalam menipu
Putih tidak terus ditukar menjadi hitam
Perlahan-lahan diganti kepada 'grey' berdikit-dikit
Akhirnya hitam tanpa sedar!



Firman Allah:

“Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahawasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah dan bahawasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya kecuali penyair-penyair yang beriman dan beramal soleh dan banyak menyebut nama Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui mana mereka akan kembali.”

As Syu’araa’ (224-227)



Inilah garis perilaku kita
Hakikat ini perlu ditegakkan
Walaupun ia ideal untuk dimiliki
Hakikat tetap hakikat
Lambat atau cepat 
Ia tetap diusahakan
Agar tidak wujud hipokrit pada Tuhan.

Soal ‘nawaitu’ mereka serahkan kepada Allah. Apa yang kita doakan ialah berlakunya proses ‘give and take’ yang begitu harmoni, yang melibatkan bukan sahaja kepentingan komersil tetapi juga kepentingan rohani (dakwah dan pendidikan). Semoga cahaya kebenaran daripada nasyid akan membersihkan dunia muzik “mereka yang hijrah ini”. Jangan pula, dicampur adukkan. Sekejap terang, sekejap gelap dicemari prinsip lapuk – minyak dan air tak kan pernah bercampur!

Atas dasar sayang kita mengingat, atas dasar kasih kita bimbangkan ..

Ayuh Afwan.. kesani mereka!



p/s: penaklukan bersiri mungkin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...