Jun 14, 2011

Hadiah berupa Amanah

Bismillah wa Alhamdulillah


Hari ini terbaca di page Kak Taz:

pagi ni happy dpt berita gembira nab bersalin baby boy 4kg, walau nab yg mengandung dan melahirkan, aura gembira dpt kita rasakan, itulah sebab Allah Taala suruh sebarkan berita gembira agar semua boleh rasa, bila ditimpa kesedihan dimaklumkan agar penderitaan jiwa jadi ringan bila dikongsi bersama, gembira perasaan duka pun perasaan, ianya blh berkembang dan berkurang, syaratnya luah cara Islam!

selamat bersahabat!

Seperti ada kaitan dengan apa yang zauj sahabat saya kongsikan di page nya:

5 Minggu ~ Alhamdulillah :)

Sahabat saya kini hamil 5 minggu! Zaujnya kata, “Hadiah besday tu, 8 jun..”

Saya sangat sangat sangat sangat teramat sangat bahagia apabila membaca berita berkenaan. Lagi seronok apabila zauj sahabat saya sendiri mengiyakan berita berkenaan. Itu baru suaminya. Kalau sahabat saya sendiri yang berkongsi cerita, tak tau la macam mana jadinya nanti. Happening!

Rasa seperti baru semalam saya mengiringinya pulang ke kampung halaman. Macam semalam juga menaiki penerbangan tambang murah Air Asia, merasai pengalaman meredah cuaca buruk ketika hendak melakukan pendaratan. Setia di sisi dari Terengganu sehinggalah ke Kelantan. Dan kini, beliau disahkan hamil cahaya mata sulung! Cepat betul masa berlalu.

Ketika usia pernikahan mereka mencecah sebulan


Baik sahaja saya nak post entry ni, beliau sms. Dan akhirnya...Sahih! Mabruk ‘alaikum~ Tidak terperi kegembiraannya. Daripada tersenyum kambing, secara automatik bertukar senyuman safi :D Sujud syukur pada Mu ya Rabb.

Pintanya:

Doakan saya dan kandungan ok. Kecit Kecik sangat lagi ini

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga zaujnya tenang dan sabar sepanjang period ni :) Kepada sahabat tersayang, semoga Allah berikan kesabaran dalam mendepani setiap kesakitan dan dugaan yang ditanggung sepanjang tempoh masa mengandung dan ketika proses melahirkan nanti.

Ya Allah jagalah anak selama ada di dalam kandungan sahabatku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang Maha menyembuhkan, tiada ubat kecuali ubatMu yang tidak akan membawa penyakit

Ya Allah bentuklah dia dalam kandungan sahabatku dengan bentuk yang cantik dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanMu

Ya Allah keluarkanlah dia dari kandungan sahabatku ketika sahabatku melahirkan dengan mudah dan selamat

Ya Allah jadikanlah putera/puterinya cahaya mata yang sihat, sempurna, berakal, cerdas, ‘alim dan mengamalkan ilmunya

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadith dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam


Semoga fasa-fasa ini dapat mematangkan diri dan mengeratkan percintaan kalian.


Ameen ya Rabb~



p/s: Dalam suka, ada yang sedang berduka. Takziah juga buat adindaku, ‘Izzati Osman sekeluarga atas pemergian atok nendanya kerahmatullah tengahari tadi. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang soleh. Semoga beliau sekeluarga tabah dan sabar dalam menerima dugaanNya.

Al-Fatihah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...