Perkara inilah berada di tangga teratas dalam fikiran semua mahasiswi di bumi MMU sekarang ni. Berbagai persediaan di buat, masing-masing sibuk 'pulun study'.Pelbagai gaya..study di library la, di exam hall la, study sehingga ke subuh dan ada juga dikalangan ikhwan dan akhawat yang memilih untuk belajar di 'madrasah al-irsyad'.
Namun ramai antara kita yang tidak sedar bahawa setiap insan di bumi Allah ini sedang menghadapi imtihan yang amat besar. Rata-rata tidak sedar kita sebenarnya sedang berada di 'dewan imtihan agung'. Kita dihidupkan, kemudiannya dimatikan..dan pengakhirannya kita akan dihidupkan semula.
Firman Allah dalah surah al-Hajj (22:66),
"Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu kembali(pada hari kebangkitan). Sungguh, manusia itu sangat kufur nikmat"
Firman Allah lagi dalam surah al-Mulk (67:2),
"Dia yang mencipta kehidupan dan kematian untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang melakukan amalan yang terbaik"
'Imtihan agung' ini bukannya seperti kita duduk di dewan peperiksaan kemudiannya mengkehendaki kita menjawab jawapan pendek, karangan atau pun diberi pilihan jawapan. TIDAK! Imtihaan ini berbentuk amali yang dilakukan secara praktikal. Pengawas peperiksaannya pula terdiri daripada para Katibin(malaikat penulis) iaitu Raqib dan 'Atid. 'Pengawas' ini lah yang akan menulis setiap perbuatan dan perkataan kita.
Firman Allah dalam surah al-Infitar (82:10-12),
"Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan"
Firman Allah dalam surah al-Qaf (50:17-18),
"(Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya),yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap(mencatat)"
Pengiraan markah dalam peperikasaan agung ini adalah amat telus dan amat teliti.
Firman Allah dalam surah az-Zalzalah (99:7-8),
"Maka sesiapa yang berbuat baik seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya. Dan sesiapa yang berbuat jahat seberat biji sawi nescaya Allah akan membalasnya"
Setelah itu, kad laporan peperiksaan akan diberikan. Sekiranya kita menerimanya dengan tangan kanan, bermakna kita telah lulus dengan jayanya. Jika sebaliknya, jika kita menerimanya menerusi tangan kiri, bermakna kita telah gagal dalam imtihan agung ini.
Firman Allah dalam surah al-Haqqah (69:21-23),
"Maka mereka yang mendapat kitab amalannya dengan tangan kanan berada dalam kehidupan yang amat bahagia dan amat menyenangkan sekali. Mereka berada dalam tempat yang amat mewah sekali dan berkelas tinggi iaitu syurga. Istana-istana mewah mereka terdapat pohon buah buahan yang rendang dan berhampiran dengan kediaman mewah mereka"
Firman Allah dalam surah al-Haqqah (69:25-29),
"Dan adapun mereka yang mendapat buku amalan dengan tangan kiri, maka dia berkata “alangkah baiknya kalau aku tidak mendapat buku amalan ini; dan aku tidak mengetahui terhadap perhitungan amaln ini (hisab). Alangkah baiknya kematianku dahulu menjadi penghujung bagi kehidupanku (tidak mahu hidup dialam barzahk dan alam akhirat). Tidak bergunalah segala hartaku yang kuhimpunkan kerana tidak dapat menolak segala azab di akhirat. Telah binasalah dan lenyaplah segala kekuasaanku"
Firman Allah dalam surah al-Haqqah (69:30-32),
"Kemudian Allah berkata kepada Zabaniah (malaikat penjaga neraka) “Ambillah penjenayah yang menerima ‘buku amalan’ dengan tangan kiri ini dan ikat dia dengan rantai besi.. Kemudian bakarlah dia dengan api neraka yang marak menyala. Kemdian masukkan dia kedalam rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta dan lilit rantai ini keseluruh tubuhnya sehingga dia tidak bergerak"
Inilah akibatnya sekiranya kita gagal dalam 'Imtihaan Agung'.Kesannya sangat dahsyat dan menggerunkan berbanding kegagalan dalam imtihan duniawi-buatan manusia. Jika kita gagal dalam imtihan duniawi, kita boleh ambil supplementary tapi kalau kita gagal dalam 'imtihan agung', boleh ke kita ulang semula untuk mendapat keputusan yang terbaik??
wallahu'alam..ana harap kita semua dapat muhasabah diri. Biarlah kita berjaya dalam imtihan duniawi DAN 'imtihan agung'. Jangan sebabkan terlalu mengejar imtihan duniawi, 'imtihan agung' diperlekehkan!
Sama-sama kita doakan kejayaan sahabat sahabiah kita (untuk ana sekali ye), doakan agar kita semua dipermudahkan urusan dalam menghadapi imtihan daripada 29hb September 2007 (^_^) hingga 10hb Oktober 2007 dan mendapat keputusan yang cemerlang!
Ma'at taufiq wan najah fil imtihaan~
"Ya Allah..tidak ada sesuatu yang mudah, melainkan Engkau menjadikannya mudah, dan Engkau jualah yang menjadikan perasaan dukacita, maka permudahkanlah"
*karya asal: akh salman