Alhamdulillah~
Hamdan katheeran thoiyyiban mubarakan fiihi ‘ala kulli hal~
Tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata apabila Allah berikan nikmat kesempatan untuk menghadiri majlis Haul Imam al-Haddad Rahimahu Allah. Jarang sekali saya dapat ke sana. Kebetulan tiada sebarang keutamaan lain yang perlu disegerakan, ajakan kak ainur melalui sms untuk ke sana pantas dibalas ‘ya’; penuh kesungguhan.
Agak lewat juga kami sampai di sana. Sampai sahaja, tau-tau dengar imam bagi salam, menandakan usainya solat maghrib.
Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh adik Ahmad bin Zulkifli dan kemudiannya diteruskan dengan dua tazkirah yang disampaikan oleh ulama’-ulama’ besar dari Hadramaut dengan selingan qasidah-qasidah.
Gembira dan bersyukur. Mungkin itu perasaan saya sepanjang berada di majlis tersebut. Bertambah-tambah girang bila dapat berjumpa sahabat yang dirindui. Bukan senang nak jumpa sahabat saya yang seorang ni. Bila saya ada, dia tiada, bila dia ada, saya pula yang tiada. Maha suci Mu ya Allah.. tiada yang terindah melainkan perancangan yang terbaik dariMu. Sempatlah juga melepaskan rindu walaupun sebentar cuma.
Untuk adik-adik dan sahabat-sahabat yang tak berkesempatan menghadirinya, usah bersedih, saya tak lupakan awak semua. Saya bawa buah tangan dari sana teristimewa untuk kalian semua. Walaupun ia tak selengkap mana, namun moga mana yang sempat diambil dapat dimanfaatkan bersama.
Istimewa dari saya untuk kamu semua~ :)
(file boleh dibuka dengan menggunakan real player)