Bismillah wa alhamdulillah..
Dah lama tak berkongsi sini.. seperti biasa banyak tulisan yang tertangguh. Teringat kata-kata seorang senior, "bertangguh itu lenguh". Ya, memang melenguhkan apabila sesuatu tulisan yang beria-ia ingin dikongsikan duduk bertapa dalam ruangan 'draft' dek kerana idea yang 'mati' di pertengahan jalan. Insya-Allah akan cuba di'release'kan kesemuanya sebelum jun nanti.
Malam ini, tiba-tiba sahaja saya rindukan guru-guru saya. Cikgu-cikgu yang mengajar ketika di Pasti, di Tadika Kemas, di STM2, di sekolah agama kem, sekolah agama bandar, di STK, juga di MMU. Saya teramat sangat rindukan mereka. Teringat nasihat-nasihat mereka. Pesanan yang sentiasa ada bisanya, namun ia menjadi penawar kerana kata-kata yang dihambur, tertapis oleh rasa kasih dan jiwa mereka yang mahu mendidik.
Ada orang mengimpikan untuk mengadakan 'reunion' bersama sahabat-sahabat ketika di zaman sekolah dahulu. Saya juga begitu. Namun, saya bercita-cita besar untuk bertemu dengan para pendidik yang telah mencorakkan diri saya sehingga ke hari ini. Teramatlah sangat 'best' andai saya dapat himpunkan mereka dalam satu majlis kelak. Insya-Allah, suatu hari nanti!~
Seseorang bertanya, "Bila hari guru?"
Saya jawab, "16 Mei"
Dia sambung lagi, "Sampai bila (sambutan)?"
Dengan 'slumber' saya katakan padanya, "Sampai mati!~".
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
SELAMAT HARI GURU buat ibu dan ayah, abi dan ummi, guru-guru, para murabbi dan semua pendidik tanahair. Andalah pembentuk generasi harapan agama dan bangsa. Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan penuh dedikasi agar kita dapat melahirkan generasi cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya.
p/s: menjadi cikgu bagiku sampai bila-bila..