Labels:


Saudara saudara se'Islam'ku, rakyat Palestin sedang dalam bahaya dan ditindas. Apakah kita hanya duduk diam dengan keadaan selesa sambil menonton TV sekarang ini? lihat beberapa fakta terbaru di Palestin sekarang ini.
 

  • Situasi di Gaza - serangan yang dilancarkan oleh Israel kini telah membunuh lebih 300 orang awam d an mencederakan lebih dari 1300 orang.Bilangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan d iteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan.
     
     
     
  • Dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri adalah satu pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel . Apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh kedalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.
     

     
     
     
  • Serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan. Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis, hospital dan masjid yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan dikalangan orang awam.
     

     
     
  • Kenyataan Mahmud Abbas yang masih menyalahkan HAMAS ke atas serangan di Gaza adalah bukti jelas bahawa Presiden pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat itu bersekongkol dengan pihak rejim zionis yang mengadakan sekatan dan kepungan ke atas Gaza tanpa henti sejak 18 bulan yang lalu.
     

     
     
  • Umat Islam digesa supaya tidak terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap dimana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana- mana pihak.


     
  • Sikap kepura-puraan negara Islam/Arab adalah dibidas. Sikap hipokrisi Mesir dikecam kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera dibawa masuk melalui sempa dan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang d ibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji' untuk menyelidiki perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA? 
     
  • Mengingatkan bahwa pertembungan ini adalah diantara umat Islam seluruh dunia dengan Zionis kerana perjuangan Palestin adalah pembebasan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta simbol kemuncak kezaliman & pelanggaran hak asasi manusia yang paling tinggi dan biadab dalam peradaban manusia masakini.



Kepada seluruh aktivis dakwah yang berada di dalam kampus mahupun di luar:

Khusus memohon kemenangan kepada mujahidin, kesabaran kepada umat Islam, kehancuran Israel dan golongan murtaddin serta munafiqin yang bersama mereka.

Lakukan bermula malam ini dan seterusnya. Lakukan dan ajak teman-teman lain.

p/s: Angka terkini syahid adalah seramai 380 orang, 1750 cedera.. Innalillahi wa inna ilaihi roji'uunn

Labels:

Seminggu lepas, saya terjumpa sesuatu yang menarik.. saya kongsikan dibawah:

~Eksplorasi~
(lagu tema untuk Jejak Eksplorasi Diri '08)

Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

Bertemu berpadu di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam

Lagu: Fadzli Far East
Lirik : Ito Lara
Susunan Muzik : Eddy Marzuki
Gitar : Eddy Marzuki
Mixing : Greg Syafiq Hendersen



credit to cahaya

credit to cahaya

credit to nurafaz

credit to pemudekahfi

credit to annaml87

credit to annaml87

p/s: if terjumpa awal, tentu dah suruh semua peserta nyanyikan sama2 :)

Labels:

Musim peperiksaan kembali lagi .. Pelbagai ragam dipertonjolkan oleh para mahasiswa mahasiswi dek terkena renjatan kuasa Final Exam. Macam-macam sungguh~ hmm biarkanlah.. mereka senang dengan cara itu (cuba berlapang dada).

Sedikit titipan ringkas buat sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

 

~Persediaan hati~

Persediaan hati lebih banyak mempengaruhi kedua-dua persediaan lain, cuma ia tidak nampak secara zahir. Hati yang bersih memudahkan seorang muslim itu mendapat petunjuk dan bimbingan Allah lantas memudahkan dia menuntut ilmu yang suci. Antara caranya ialah dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana Allah dengan memasang niat yang benar dan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

~Persediaan akal~


Pastikan mempunyai mind set bahawa peperiksaan merupakan satu perkara yang positif untuk seseorang itu berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai sesuatu.

Berlatih menjawab past year question.

Jadikan study room anda sebagai operation room dengan menampal:

  • kata-kata seperti “Allah bersama orang-orang yang berusaha” atau gambar-gambar yang dapat menaikkan semangat anda
  • Tarikh dan tempat peperiksaan
  • Countdown seperti ”1 week to go
  • Peta minda

~Persediaan jasmani~


Jaga kesihatan, bermula dari persiapan awal sehingga melangkah ke dewan peperiksaan untuk mengelakkan anda berasa bimbang dan terganggu emosi. Antara cara-caranya ialah:

  • Tidur yang cukup
  • Jaga pemakanan yang bersih (halal) dan seimbang
  • Bersenam
  • Jaga Keselamatan

Selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar Universiti Multimedia kampus Melaka dan Cyberjaya. Kuatkan semangat dan usaha. Pastikan kita tidak lupa berdoa dan berserah kepada Allah selepas berusaha. Semoga kita semua berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

-A little push in the right direction can make a big difference-



Di dunia ini, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia - sementara dan palsu.  

Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula.  

Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah 100% dan kesusahannya juga 100%. Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita.
 

p/s: kalau TNB memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja. 

Labels:

~DOA AKHIR TAHUN~

Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekelian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu sekelian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekelian.

Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan DiKau wahai Tuhan yang Mulia yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia.

Wahai Tuhan kami, telah kami lakukan kezaliman ke atas diri-diri kami dan sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani akan kami nescaya jadilah kami daripada golongan orang-orang yang rugi.

Wahai Tuhan kami berikan kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat nanti, serta peliharakan kami akan azab api neraka.

~DOA AWAL TAHUN~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian itu bagi Allah pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya sekelian.

Ya Allah, Engkaulah yang Kekal, Qadim lagi Azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan Kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau.

Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi Maha Tinggi.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.




Maal Hijrah kemari lagi,
Bertukar sanah silih berganti,
Sebuah sirah semakin menjauh,
Pergi dan pergi,
Perjuangan langit bawaan Nabi.


Ingatkah kamu wahai manusia,
Perjuangan Nabi tauhidkan semesta,
Membawa agama kenalkan yang Esa,
Tanpa menagih benda dan harta,
Terus berjuang...Terus bersiaga,
Menentang musuh dari bertakhta.


Betapa perit likuan itu,
Penuh duri ranjau berbatu,
Tetap ditempuh tanpa bersendu,
Bersama sahabat sedia membantu,
Bersama pengikut setia bersatu,
Demi agama mereka berpadu,
Demi umat (kita) mereka beradu.


Mereka dikecam,
Mereka difitnah,
Mereka dicengkam,
Mereka cuba dimusnah,
Angkara kuffar si abdi Syaitan.


Namun Tuhan tetap bersama,
Tika berseorang...tika berdua,
InnalLaha ma'ana,
Lafaz masyhur diucap Baginda,
Buat penenang sahabat di gua.


Duhai kawan itu sejarah,
Bukan sebagai isi ceramah,
Bukan sekadar dibuat sambutan,
Mencari tokoh Maal Hijrah,
Dicipta pelbagai tema dan anugerah.


Perjuangan pula bagai dilupa,
Tauhidik jiwa sudah dialpa,
Iman dilempar merata-rata,
Bersepah tiada lagi berharga,
Bertuhankan harta,
Nafsu beraja,
Di fuad..Di jiwa..Dunia membuta.


Kembalilah insan kepada agama,
Pasti berbahagia di dunia juga di sana.
KEMBALI.


-anTusufi-

Allah berfirman (yang bermaksud) :

"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang Luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), Maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah An-Nisa': 100/176

Rasulullah SAW pernah bersabda:

وَأَنَا آمُرُكُم بِخَمْسٍ، أَمَرَنِيَ بِهِنَّ، اَلْجَمَاعَةُ وَالسَّمْعُ اللهُ وَالطَّاعَةُ وَالْهِجْرَةُ وَاْلجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

"Dan aku menyuruh kalian dengan lima perkara yang Allah telah menyuruhku dengan lima perkara itu, yaitu berjamaah, mendengar, taat, hijrah dan jihad fi sabilillah."

(HR. Ahmad dari Al Harits Al Asy'ari dan dishahihkan oleh Al Albani)

Beliau juga bersabda:

لاَ تَنْقَطِعُ الْهِجْرَةُ حَتىَّ تَنْقَطِعُ التَّوْبَةُ، وَلاَ تَنْقَطِعُ التَّوْبَةُ حَتىَّ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا

"Hijrah tidak akan terhenti hingga terputusnya pintu taubat dan pintu taubat tidak pernah terputus hingga matahari terbit dari arah barat."

(HR. Abu Dawud, dari Muawiyah, dishahihkan Al Albani)

Dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW juga diriwayatkan pernah bersabda:

لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِ، وَلَكِنْ جِهَادٌُ وَنِيَّةٌُ، وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوا

”Tidak ada hijrah setelah Fathu Makkah, tetapi (yang ada adalah) jihad dan niat. Maka apabila kalian diperintahkan jihad, maka berangkatlah”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Bacaan lain:

Tazkirah Tahun Baru

Sayonara Jahiliyyah

Story of the Prophet’s Hijrah

p/s: Selamat menempuh musim peperiksaan. Iringkan doa dan tawakal dalam usaha kita. Moga kejayaan milik bersama. Ameen~

Labels:


Muhasabah diri kita sama-sama ye~

Jalan Juang

Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh
sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah Al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu
Jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah
Sekedar mimpi
Namun janji Allah
Yang Haq dan pasti...!!

Labels:

Sesetengah daripada kalangan manusia yang terasanya ingin bergerak dalam arena dakwah seringkali membelakangkan usrah/liqa' berbanding program/aktiviti lain.

Kebiasaan yang keluar daripada mereka baik dari kata-kata mahupun gerak laku tubuh adalah seolah-olah mengatakan usrah tidak lagi relevan untuk diimplimentasikan. Hanya cukup sekadar berjumpa di mana-mana 'port' kemudian sembang-sembang sedikit mengenai agama. Ada juga yang tampaknya lebih mementingkan program-program berbanding konsistensi perjalanan usrah itu sendiri.

Cuba kita belek sirah Rasul, Nabi Allah Muhammad sendiri telah menjalankannya dengan menjadikan rumah Arqam ibn Abi Arqam sebagai tempat menyebarkan inspirasi dan pengukuhan asas Islam. Masakan usrah itu tidak releven jika kita saban masa memperkatakan yang kita ini penerus perjuangan Nabi s.a.w. ?

Usrah sebenarnya sudah cukup flexible untuk dilaksanakan berdasarkan kesesuaian peringkat dan marhalah. 

Usrah boleh dibuat dimana-mana sahaja sesuai dengan maksudnya iaitu sebuah 'keluarga'. Namun sebuah keluarga juga ada pertemuan-pertemuan yang rasmi: masa makan bersama-sama, solat berjamaah, pertemuan pada hari raya dan sebagainya. Jadi takkan lah sekadar sembang-sembang tepi jalan boleh melahirkan fardul muslim. Mestilah kena ada juga pertemuan yang rasmi dan biarlah ia berjalan dalam suasana teratur sikit. Bukankah Allah berfirman dalam surat cintanya yang bermaksud:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

[Surah asSoff: 4/14]

Keutamaan yang Bercelaru

Ada sebahagian daripada kita apabila diberi tanggungjawab untuk terlibat dalam program, mulalah mengabaikan usrah. Datang celam celup, kononnya terlalu sibuk sehingga tak sempat nak berusrah.

Cuba kita balik kepada objektif. Apa objektif kita dihidupkan atas muka bumi? sudah tentu mengabdikan diri kepada-Nya, betul? 

Sekarang, cuba kita lihat matlamat kita join program dan matlamat kita datang usrah? Mana satu yang bermatlamatkan perjuangan Islam dan connecting with Allah? Jika kedua-duanya ada dan bercirikan usaha dakwah, cuba kita timbang-tara antara program dan usrah. Kita gariskan satu persatu dapatan input dan output untuk kedua-duanya. Jika join program, apa yang kita peroleh dan begitu juga untuk usrah. Peratusan manakah yang lebih tinggi untuk kita capai matlamat itu? Nah, sudah tentu usrah, sebab ia lebih terarah dan fokus kepada individu. Sedangkan program itu lebih bersifat umum. Kebarangkalian untuk menyerapkan 'inti-inti' dakwah dalam diri setiap individu yang terlibat (dalam program) adalah sangat rendah.

Saya bukan menafikan kepentingan program. Namun jika program dianak-emaskan sehingga usrah terjaja, ini adalah suatu yang tidak patut! Kan lebih molek jika usrah konsisten dan program juga berjalan. Individu kita jaga, orang awam juga terpelihara.

Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran!

Bercakap mengenai sibuk. Memang kita ini sangat sibuk lebih-lebih lagi bila mendekati akhir zaman. Siapa kita hendak bersenang-lenang? Kita bukanlah sesiapa. Allah dah beli kita awal-awal lagi sebagai tukaran untuk mendapatkan al Jannah. Kita hidup di muka bumi ini hanya bergalaskan amanah bekerja untukNya.

  إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ‌ۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦ‌ۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيم

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

[Surah at Taubah: 111/129]


Bukan sedikit amanah dan tanggungjawab kita. Cubalah susun mengikut keutamaan. Link semua urusan duniawi dengan Allah Ta'ala. Jangan tertinggal satu pun. Prioritise mengikut objektif kita kepada Allah. Hanya kemudian kita akan tahu yang mana satu berstatus TOP WAJIB.

Sebelum saya noktahkan perkongsian kali ni, suka saya ingatkan mengenai satu amanah yang kebanyakan kita sering pandang enteng: Tubuh badan (kesihatan diri/akal/hati). Berbaktilah kepada amanah tubuh badan pinjaman Allah Ta'ala. Dengan jasad inilah kita nak perform segala tanggungjawab kita untuk Allah dan manusia.

Sedarilah, usrah bukan sekadar tempat berukhuwwah.. ia lebih daripada itu.

Jaga diri, jaga peribadi.

p/s: pada mereka yang terlibat, jangan lupa ye kempen kita~ :)


Selected pic for this month:

Labels:

Awal pagi 6 Disember 2008
Negara dikejutkan dengan berita tergempar ..












فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

[Surah arRahman: 13/55]

Terkadang ramai diantara kita yang sedar atau tidak sedar pernah melupakan kasih sayang Allah kepada kita. Sering kali kita lupa bersyukur tentang nikmat yang Dia berikan.
Jika kita melakukan kesalahan, Allah berkata (dengan maksudnya):
"Maka bertaubatlah kamu.."
Jika kita mahukan sesuatu, Allah berkata (dengan maksudnya):
"Mintalah, maka kau akan Ku beri.."
Jika kita perlu buat sesuatu kepada manusia, kemudian barulah mendapatkan ganjarannya, Allah berkata (dengan maksudnya):
"Kasihku mendahului azabKu.."

Kesibukan kita seharian membuatkan kita terlupa akan nikmat yang Allah berikan. Padahal dengan segala masalah tersebut secara langsung atau tidak, kita sebenarnya dihadapkan pada roda kehidupan itu sendiri. Bersyukur hakikatnya mengingati Allah. Beruntung bagi mereka yang sentiasa mengingati Allah.
رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ
وَأَدۡخِلۡنِى بِرَحۡمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang
Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.
[Surah anNaml: 19/93]

Labels:


Dalam diari perjuangan tiada istillah masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan. Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. Mereka tepu dengan dugaan. Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dengan "belaian" pencipta, sebagai tanda ingatanNya.. Semoga tabah dan thabat dalam perjuangan!

Jadilah benih yang baik .. jatuh ke darat menjadi benua, campak ke laut menjadi pulau. Kita adalah penentu:

SIAPA kita??

KE MANA kita??

APA tujuan hidup kita?? 

Labels:

Persoalan yang sahabat saya ajukan:

"Yoga, jika kita tidak baca mantera dan perkara-perkara yang menyerupai agama Hindu, masih boleh dipraktikkan sebagai senaman kan?"

Saya marah diri saya kerana tidak dapat menjawab persoalan tersebut dek kerana kecetekan ilmu.. -_-

Namun kelapangan yang saya adakan untuk menghadiri kuliah ilmu tauhid semalam memberi peluang kepada saya untuk mencari jawapan mengenai persoalan berkenaan.

Berdasarkan apa yang disampaikan, yoga itu sendiri berasal daripada Hindu. Ia bukanlah senaman biasa. Ada penyatuan manifestasi dari dewa-dewi Hindu di situ. 

Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka

- Hadits Riwayat Abu Daud -



إِن تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنكُمْ

Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu

- Surah AzZumar: 7/75 -

Oleh itu.. peribadi saya sendiri mengatakan, tak perlulah nak amalkan.. solat yang kita dirikan itu sendiri merupakan senaman dan terapi yang paling hebat untuk kita praktiskan sehari-harian. Cubalah cari kekhusyukan dalam mengamalkannya~

Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya

- Surah AlMukminun : 1-2/118 -

Juga bercakap mengenai isu 'menyerupai agama lain', saya juga terfikirkan sesuatu.. bagaimana pakaian, adat bersanding, tepung tawar dan lain-lain..?? Kenapa ye tak dibahaskan?


(semoga kita semua kuat untuk mengubahnya!)

Habis cerita bab yoga..

Ada hal lain yang menjadi igauan dan mengambil 3/4 daripada main memory saya sepanjang minggu ini. Dalam minggu ini saya kerap terdengar hal-hal berkaitan muslimah.. mengenai keperwiraan muslimah dalam menegakkan kalimah tauhid. 'Riadah' minggu ini juga disajikan perkara yang sama..[Jom klik~]

Kaum muslimah sering dikaitkan dengan perkara-perkara negatif yang ternyata datang daripada kelompok yang kurang mengerti makna perjuangan secara total. Lelaki apa kurangnya.. Melihatkan 'kediaman sementara' saya di sini juga membuatkan saya musykil, mana orang lelaki ni. Muslimah lagi terkedepan daripada mereka.

Saya bukan berniat menghentam semula ..

Saya suka melihat dari kaca mata annisa.. Saya lebih gemar untuk menegur dan memperbaiki muslimah itu sendiri terlebih dahulu (yang mana akan membantu proses mengetuk roh saya yang makin malap cahayanya).

Bagi saya, jika meraka faham, wanita merupakan penentu masa depan ummah. Tolak ketepi (sebentar) mengenai konsep gerakan, dalam kehidupan seharian sebenarnya wanita berperanan besar dalam pendidikan anak, pembangunan rumah tangga dan masyarakat.

Rapuhnya iman dan aqidah seorang wanita adalah disebabkan kekurangan ilmu dan amal. 

Anak-anak dan rumahtangga adalah madrasah wanita yang sebenar. Keikhlasan para sahabiyah dalam memurnikan madrasah ini akan menyerlahkan abi dan sang mujahid mujahidah kecil itu kelak.. 

Mulakan langkah, kembalikan momentum muslimah, gilap setiap potensi, asah bagi tajam demi menampung perjuangan si adam. Jangan lagi jadi golongan yang lesu dan dengar taat muslimah.

..jika kau mendidik seorang lelaki maka kau hanya mendidik dia seorang sahaja, tetapi jika kau mendidik seorang wanita, ramai mujahid dan mujahidah yang akan terdidik..

p/s: hmm.. ada berani?

p/p/s: article to share.. Sepahit Madu

Labels:

From the Qur'an:

It may be that you detest something which is good for you; and it may be you love something even though it is bad for you. Allah knows, and you do not know.

- Surah AlBaqarah 2/216

Lessons from this verse:

Pain doesn't feel good when it happens, but Allah knows that it may be the best thing for us at that moment. And sometimes we may be praying so hard for stuff, and Allah knows how bad it is for us. Allah knows and we do not. Trust in Allah~

My Lord! Grant me the power and ability that I may be grateful for Your Favours which You have bestowed on me and on my parents, and that I may do righteous good deeds that will please You, and admit me by Your Mercy among Your righteous slaves.

- Surah AnNaml :19/93 -

p/s: hope it's helped, keep the spirit strong ..

Labels:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

[Al-Baqarah:216]


Ingatkah dikau dimana didalam sejarah sepasang mata menjadi hadiah?

“Kenapa kau mengikutku?”

“Aku tertarik denganmu”

jawapan yang cukup angkuh, namun mengundang seribu sesalan

Muslimat…
Contohilah wanita itu
Bukanlah dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga peribadimu

Wahai muslimat…

Aku sering bertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara
Kepada lelaki yang bukan muhrim?

Apakah engkau ini berani
Menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya diciptakan Allah
Dahaga dengan keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis

Benar…

Wanita itu telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan Illahi
Dan diinsafi seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi sufi

Muslimat…

Begitulah perjuanganmu
Tundukkan pandanganm
Keraskan suaramu
Seriuskan perwatakanmu
Tampilkan ketegasanmu

Bila engkau didepan atau dibelakang
Atau dikiri atau dikanan lelaki
Ketuk keegoaan mereka
Bangunkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalanmu
Bahawa pencampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan ini palsu
Bahawa disisi tiada kebahagiaan
Hanya kehancuran

Muslimat…

Ini jalanmu
Lalu mungkin
Engkau akan melihat
Dikalangan remaja ini
Akan lahir rijaluddin
Berjiwa perjuang
Sebagaimana lahirnya
Sebagaimana bangkitnya
Da’ie bernama Hassan Al-Basri
Bila sepasang mata menjadi hadiah

“…renungkan dengan mata hati kerana, pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki…”

Labels:

jalan-jalan kali ni membawa saya ke satu lagi laman baru. Nah, ini hasilnya:

=)

(dengar lagu je..gamba jangan tengok)

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang


Sungguh tertarik sekali dengan posting sahabiah ini. Bagaimana interpretasi kamu? Pastinya berlainan! Baik saya, dia mahu pun kamu, sudah tentu berbeza pemikiran dan pandangan. For her, the song means a lot. Pasti ada juga di luar sana yang terlintas .. "ape kena budak ini, kemaruk bercinta ke!"..

Jawapannya tidak sama sekali.

Saya tidak bercinta dengan manusia-bukan mahram (pada masa ini, ia masih lagi milik Khaliq)

Apa yang bermain di kotak minda tatkala dengar lagu ini adalah mengenai 'kemewahannya'. Pada saya lagu ini sangat mahal nilainya seiring dengan kutipan pengalaman lalu bersama mereka yang tersayang. Baris demi baris saya hayati.. cukup sesuai untuk membuatkan skrin layar 'maya' dengan paparan suasana lalu terpasang secara automatik!

Oleh yang demikian (disebabkan jauh di mata, dengan rabithah kita terikat), saya hadiahkan lagu ini untuk mereka:

  • Kak Suhaini Supian
  • Anfal
  • Ain Shari
  • Kak Ima
  • Kak Aina
  • Kak Mieza
  • Kak Awin
  • Kak Zurin
  • Kak Linda
  • Kak Moon
  • Kak Nisha
  • Kak Aishah
  • Kak Kam
  • Da
  • Wani
  • Qurratu Ain
  • Aisyah K
  • Nik versi perempuan (Nik Nurakma)
  • Yana kembar
  • Wan Aisyah

p/s: nama-nama ini pernah menghiasi diari harian diri suatu ketika dahulu. bagi yang tiada di sini, ada lagu lain untuk anda ^_^ (serius.. )

Izzatul Islam - Rabithah

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami

Labels:

Dengan izin Allah saya memulakan segalanya..


Saat saya sedang mengira-mengira betapa betapa banyaknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, saya bertemu dengan satu penulisan yang membuatkan saya terkedu lalu terdiam sejenak.


Terkesima...


"Pencerahan bukan untuk orang manja" tajuknya.


Pencerahan bukan untuk orang manja


Pencerahan bukan untuk orang yang manja.


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas. Da’wah bukan untuk orang yang takut hendak bergerak dan mencabar diri. Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti; yang senang dan mudah.. JOIN!, yang penat dan bersusah payah.. ELAK!


Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak. Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri, yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.


Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain. yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain. yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.


Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu. Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah. Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan inform dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information. Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.


Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.


Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa da’wah.. Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.Terlalu kerap menuturkan.
"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih.."
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?


Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. La hau la wa la quwwata illa billah~

Labels:

Lama benar ditinggalkan laman ini tanpa sebarang wacana buat sajian pemikiran. Sejak dari imtihan hinggalah hari ini, pelbagai perkara berlaku. Suka, duka, helaian tawa, esakan tangisan.. semuanya bercampur dalam satu ramuan menghasilkan selauk kehidupan. Biar apa pun yang berlaku, biarlah ia dikembalikan semula kepada yang Maha Berhak. Dialah sebaik-baik perancang. Tiada daya upayaku melainkan dengan kekuatan dariNya (La hau la wa la quwwata illa billah~)

Insya-Allah saya akan berkongsi mana yang perlu buat pengajaran kita semua. Tapi bukan sekarang....biarlah ia menjadi tenang terlebih dulu. Biarlah hujan terus turun membanjiri tanah, biar ia membawa lalu segala kekotoran dan sisa daki yang membukit.

Tapi saya tak akan jadikan posting kali ini sebagai suatu yang sia-sia. Sepanjang study week yang lepas, sebelum kami menghadapi imtihan, saya merajinkan diri bertandang ke 'rumah' beberapa sahabat. Sesuai sangat untuk tatapan semua. Jom klik~

Muslimah dan Gambar

Bisikan Hati Muslimah Solehah

Only for Muslim Women

Bersama Meraih Impian Syahadah

Zawaj yang Diberkahi

Cinta Bersulam Redha

Tadabbur al-Fatihah

Jika perasan, kebanyakan daripada link ini semua khusus ditujukan buat muslimah. Entah kenapa hati ini begitu teringin untuk berkongsi semua ni di sini. Mungkin kerana ramai sahabiah dan sahabat yang mula menjinak-jinakkan diri ke alam pertunangan dan perkahwinan. Ada juga yang memandai-mandai mewujudkan perhubungan dengan mereka yang bukan mahram. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai panduan dan pengubat hati.

Ingatkan diri ini, manusia tidak layak dijadikan sandaran dan menyerahkan urusan kepada mereka.

Sibukkan diri ini dengan membaiki aib sendiri daripada aib orang lain.

p/s: dah sebulan berlalu, baru hari ini saya sah berdaftar sebagai pengundi..wee~ lepas ni boleh balik mengundi!

Labels:

Selamat hari lebaran
Minal ‘aideen wal faaizeen
Mari bersalam-salaman
Saling bermaaf-maafan
Ikhlaskanlah diri mu
Sucikanlah hati mu
Sebulan berpuasa
Jalankan perintah agama 

Selamat hari lebaran

Minal ‘aideen wal faaizeen
Mari mengucapkan syukur
Ke hadirat Illahi
Kita berkumpul semua
Bersama sanak saudara
Tak lupa kawan semua
Jumpa di hari bahagia

................................................................

Lagu ini berkumandang bersama puluhan lagi koleksi lagu raya yang mana saya rasakan seperti memaksa-maksa diri untuk mewujudkan kegairahan menyambut lebaran. Dipaksa-paksa sedih bagi apa yang hilang dan tak tercapai. Dipaksa-paksa gembira bagi hasil mahsul sebuah Hari Raya.

Tetapi apa yang mengasak fikiran saya ialah ungkapan "Minal 'Aideen wal Faaizeen" itu. Bukan sahaja ungkapannya dalam bahasa Arab, malah maknanya juga saya pasti tidak mudah difahami dengan sekadar menyebutnya di atas lisan. Fahamkah artis-artis yang beraya lebih awal dari kita itu akan maksud ungkapan berkenaan? Maksud saya, adakah mereka merakam program Hari Raya ketika kita masih bertatih puasa. Fahamkah setiap mereka yang melakar kata-kata ini pada sebahagian 160 karakter sms 'Aidilfitri, atau kad raya itu sendiri?

Atau ia hanya ungkapan kosong tanpa makna!

Seperti Assalamu'alaikum yang gersang dari rasa sebuah do'a, atau Insya-Allah yang hanya kosmetik untuk cadangan memungkiri janji!

Fenomena kata-kata tanpa makna ini memang sudah lama wujud, sudah lama berlaku. Kerana itulah agaknya Imam Hasan al-Banna sering memulakan ceramahnya dengan menyebut:

"Aku alu-alukan kalian dengan alu-aluan Islam, alu-aluan yang asalnya di sisi Allah penuh kebaikan dan keberkatan, manusia menyebutnya sebagai adat, sedangkan kita menyebutnya sebagai ibadat, Assalamu'alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh"

Ungkapan Minal 'Aideen wal Faaizeen

Ungkapan "minal 'aideen wal faaizeen" itu adalah suatu ungkapan yang sangat besar.

Kita mengucapkan tahniah atas kejayaan kita memenuhi tuntutan Ramadhan, melepasi proses Tarbiyahnya dan akhirnya kita melambai senja Ramadhan yang menyinsing dengan suatu diri yang tinggi.

Tinggi kerana kita telah menundukkan nafsu. Nafsu itu seperti api. Kecil menjadi lawan, tatkala besar menjadi lawan.

Manusia terhijab dari melihat kebesaran Allah, apabila nafsu terbiar mengganas jadi ammarah. Nafsu yang menipu kita bahawa kita sepatutnya makan lebih dari yang sepatutnya. Nafsu juga menyebabkan kita bercakap lagha, berkata lucah, mengamuk dan marah-marah, malah bergaduh dan bertelagah.

Semua itulah yang diajar Ramadhan agar kita mengatasinya. Kawal diri supaya tidak dikawal nafsu.

Bila nafsu diajar mengenal batas sempadan, barulah diri mengikut piawaian. Dan piawaian itulah yang dinamakan sebagai fitrah. Ramadhan melatih manusia menundukkan nafsu, agar dirinya kembali kepada piawaian, kembali kepada Fitrah!

Mereka inilah golongan 'Aideen; golongan yang pulang dan kembali kepada Fitrah.

Mereka Itulah Golongan Berjaya

Mereka yang berjaya menyerlahkan kembali fitrah diri yang selama ini terkurung dalam perangkap nafsu dan kejahilan, mereka inilah golongan yang sukses. Golongan berjaya iaitu golongan Faaizeen!

"Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan dirinya dari belenggu nafsu."[91:9]

Golongan ini berjaya mengawal dirinya, lantas tidak lagi dikawal oleh dorongan nafsu. Dia sudah merdeka dengan kemerdekaan yang hakiki. Mereka inilah golongan yang berjaya yang kita sebutkan sebagai golongan Faaizeen.

Cermin Diri

Maka cerminlah keadaan diri kita semua. Apakah kita telah kembali kepada fitrah diri yang sebenar selepas Ramadhan ini? Seandainya tidak, ungkapan-ungkapan itu hanyalah sebagai satu ejekan. Mengejek diri sendiri yang jelik, kerana menyarungkan pakaian sutera pada 'tunggul' manusia yang tiada nilai dan harganya.

Moga kita ini benar-benar kembali kepada fitrah sebelum kita kembali kepada Allah; Pencipta yang satu. Kerana itu sahajalah erti sebuah faaizeen.

p/s: selamat hari raya 'Aidilfitri..kullu 'aam wa antum bikhair~

Labels:

Pesta Ramadhan telah sampai ke kemuncak, gerai-gerai jualan semakin laris, dikunjungi pengunjung yang berpusu-pusu membeli jualan. Nampaknya hampir semua penduduk tidak melepaskan peluang kemari.. Jadi dikesempatan singkat ini, saya cuma ingin mewar-warkan gerai-gerai jualan yang wajar dikunjungi(must experience!). Semoga dapat memperingati yang terlepas pandang (termasuk diri sendiri) dan menambah keazaman mereka yang telah bertandang..

We definitely got something for everyone..!


  • Bagi yang ada lebihan rezeki, jemputlah ke gerai infaq, sama ada kepada organisasi masing-masing, anak-anak yatim, fakir miskin atau masyarakat yang ditimpa musibah dan memerlukan.. ganjaran musim pesta ini tidak sama dengan selepasnya mahupun sebelumnya, yang sunnah diangkat menjadi ganjaran fardhu !
  • Bagi yang menempuh perjalanan jauh ke tempat kerja, gerai zikir, tasbih, tahmid dan takbir tidak kurang menarik untuk dikunjungi. Subhanallahi wabihamdihi subhanallahil ‘aziim - Ringan di mulut, berat di timbangan, amat dicintai oleh Allah !! ini cuma salah satu dari appetiser yang dihidangkan..
  • Bagi yang sukar meninggalkan dosa kecil (setiap dari kita kot), jemputlah ke gerai mujahadah, dan merasakan manisan-manisan yang disediakan di gerai ini.. Subhanallah.
  • Bagi yang mampu mencipta masa kosong dari masa2 harian, gerai Al Quran menunggu untuk anda datang bertandang.. satu huruf, sepuluh hasanah, satu juzu’, tidak terkira hasanah,

innal hasanata yuzhibnassayyiaat

(Sesungguhnya hasanah itu menghapuskan keburukan –Al Quran),

jutaan hasanah yang pastinya memadamkan keburukan2 kita.

Allahuakbar!

  • Bagi mereka yg mampu meluangkan lebih banyak masa dari kelompok di atas, anda dialu-alukan ke gerai tadabbur, terlalu banyak kebaikan di gerai ini..
  • Bagi yang menginginkan pahala ibadah puasa berganda, jemput ke gerai juadah kami bersama rakan-rakan anda untuk berbuka

Sesiapa yang memberi makan kepada orang utk berbuka, beroleh pahala si fulan itu tanpa dia dikurangi pahalanya sedikit pun–Hadith

  • Bagi yang teguh keazaman dan berkelapangan, anda tidak harus kelepasan gerai qiyaam dan iktikaf yang terletak ditengah tapak pesta. Kami dimaklumkan gerai tersebut meng’offer’ banyak hadiah2 bonanza! Antaranya beberapa ‘Suite Executive Mardhatillah’ di tengah kota , ‘Maghfirah M5 Convertible’ dan juga ‘Tiket Petrol utk 1000 bulan’.
  • Bagi yang berpeluang merasai nikmat berdiri di malam hari, podium public speaking menanti untuk anda memotivasi pengunjung-pengunjung yang lain
  • Akhirnya bagi yang tidak mampu membuat semua yg diatas, pastikan anda tidak terkeluar dari pagar pesta ini, nescaya anda tetap sentiasa berada dalam kebaikan (i.e. menjaga puasa dalam erti kata sebenar, baik sabarnya, menahan marah, memelihara lidah dan mata, dan meninggalkan yang sia-sia)

InsyaAllah selesai pesta nanti, jemputlah ke Pentas Fitrah untuk kita sama-sama meraikan kejayaan penganjuran pesta ini (provided kita telah ambil full advantage darinya)

p/s: pesanan penaja~



Labels:

Let see what happened today:

Whatever it is, don't just look and doing nothing. 

Use your hands, ears, tongue, feet and mind in handling this issue.

Allah will never change a grace which He has bestowed on a people until they change what is in their ownselves. And verily, Allah is All-Hearer, All-Knower.

[Anfal-53]

Whosoever brings good (Islamic Monotheism along with righteous deeds), he shall have the better thereof; and whosoever brings evil (polytheism along with evil deeds), then those who do evil deeds will only be requited for what they used to do.

[Al-Qasas: 84]

p/s: manusia merencana, Allah memutuskan..

Labels:

Ditag oleh adik nurafaz
Pelik saya, ada juga yang nak men'tag' saya. Insya-Allah sempat curi sedikit masa untuk melayan~ (hehe)

Bagaimana caranya?

1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tags



http://queenmary87.blogspot.com
Saya tidak tahu nak wariskan kepada siapa tag ni. Kepada yang kene nasiblah ye~ (ahaks)

Messenger of Allah (Sallallahu Alayhi Wasallam) say during Ramadan:

‘The gates of Hell are closed, the gates of Paradise are opened, and the devils are in chains. An angel calls out: ‘O you who intend to do good deeds, have glad tidings. O you who intend to do evil, refrain, until Ramadan is completed.””

(Ahmad and an-Nasa’i)

Selamat meneruskan sisa baki perjuangan di University of Tarbiyyah~ ^_^

Labels:

Sebelum membaca posting saya kali ini, eloklah kiranya mereka yang bergelar muslimat cuba membuka minda dan berlapang dada. Jangan sempitkan pemikiran anda kerana saya juga bergelar perempuan. Cuma saya merasakan terpanggil untuk berkongsi mengenai perkara ini dengan anda semua.

Berikut merupakan beberapa hasil pemerhatian saya terhadap komen dan rungutan biasa daripada keluarga dan juga mereka bergelar lelaki ke atas perempuan:

  • gagal membuat perancangan yang rapi/pengurusan lemah
  • tidak bijak mengurus masa (susunkerja muslimat tidak teratur, mesyuarat terlau panjang dan lain-lain)
  • terlalu bergantung kepada orang lain untuk menghantar  ke sana ke mari
  • gagal membuat keutamaan (tugas rumah atau jema'ah)
  • tidak melatih keluarga membantu tugas rumah
  • tidak mendelegasi tugas (dirumah dan jemaah)
  • tidak menyediakan minda keluarga (suami dan anak-anak)
  • gagal memahami konsep wala' dan thiqah
  • tidak memberi kefahaman tentang perjuangan kepada anak-anak

Biasakah kalian mendengar rungutan-rungutan di atas?

Bagaimana? 

Semasa saya mendengarnya, saya juga seperti anda. Menafikan, menyalahkan, emosi meyelubungi diri. Namun, adakah kita hanya mahu membiar dan terus membuatkan mereka terus memperkatakan sedemikian? Mahu terus menafikan dan terus mengulanginya atau mengubahnya?

Jika lelaki berjuang dan berdakwah, wanita juga begitu. Pasti antara kita terlintas untuk turun sama berdakwah dan memperjuangkan Islam. Namun bagaimana untuk menyumbang dengan berkesan dan cekap (efektif dan efisien) dalam kerja-kerja dakwah jika kita terus-terusan mengulangi kesalahan yang sama? Hakikatnya tiada cara penyelesaian yang betul-betul menjanjikan penghasilan yang mana 100% berkesan. Namun kita boleh gunakan kaedah usaha jaya:

“mereka yang berusaha pasti berjaya”

  • Pengurusan masa yang berkesan
  • Takwim program diberitahu awal kepada keluarga -persediaan mental
  • Membuat persediaan yang sepatutnya -masak, sediakan pakaian dan lain-lain
  • Membuat keutamaan kepada senarai tugas. Dahulukan yang mana patut. Tangguhkan yang mana boleh sekiranya masa suntuk
  • Melatih keluarga untuk berdikari termasuk suami (sekali sekala buat "latihan kecemasan")
  • Mendelegasi kerja-kerja yang kita tidak perlu buat sendiri. Mendelegasi tugas kepada seramai yang mungkin supaya tidak menjadi beban kepada segelintir sahaja
  • Tepati janji dengan keluarga
  • Boleh memandu -kalau ada kereta/motor. Berdikari dimana boleh. Tidak menyusahkan anggota keluarga jika mereka keberatan
  • Merancang aktiviti-aktiviti dan mengeluarkan takwim tahunan atau bulanan. Ini akan memudahkan muslimat yang terlibat membuat perancangan dan persiapan mereka dengan keluarga
  • Memahirkan diri didalam pengurusan organisasi -mengendalikan mesyuarat dengan berkesan, fokus kepada perbincangan, lebih objektif dsbnya
  • Menggunakan tenaga jema'ah secara kreatif. Kemampuan muslimat di dalam jema'ah tidak sama. Sumbangan setiap seorang berbeza
  • Memantapkan ukhuwah dan mempraktikkan konsep takaful/tolong menolong
  • Berdikari di dalam menjalankan program
  • Memberi penghargaan/mengambil berat tentang suami/keluarga yang mengiringi isteri mereka untuk kerja-kerja jema'ah

Benar, banyak lagi jalan penyelesaian lain. Ini hanyalah cebisan cadangan sebagai penghayun langkah ke arah perubahan dan pemantapan. 

Diantara keluarga dan jema'ah, kedua-duanya dekat dihati para muslimat yang ingin bersama di dalam perjuangan ini. Untuk setiap perjuangan pasti ada pengorbanan .Apa yang diharapkan muslimat mampu menggalas kedua-dua tanggungjawab sebaik mungkin. Tetapi jika salah satu yang harus dikorbankan, biarlah kita bersama perjuangan Islam hingga ke akhir hayat walau pun mahal harganya. 

Duhai muslimat, ayuh perbaiki diri. Jangan rasa lemah dan rendah diri. Keintelektualan kita sangat diperlukan untuk membangunkan masyarakat!

Tanamkan elemen MP3 dalam diri kita.

M=Multimedia
P=Public Speaking
P=Penulisan
P=Peka Isu


Wanita agen perubah! Wanita bisa merubah nasib anak bangsa! Wanita memang TERBAIK!!!

Bangkit WANITA!
Bangkit MUSLIMAT!
Bangkit MAHASISWI!

Insya-Allah bila mana keazaman menebal, matlamat jelas, sudah tentu akal berputar laju merencana langkah, dan akhirnya tercerna oleh tindak-tanduk anggota. Ayuh kita berubah!

Labels:

  • Seorang yang beragama Islam memulakan harinya, dengan bersahur sebelum masuk waktu subuh. Lebih baik jika ia dapat dilewatkan beberapa ketika sebelum terbit fajar.
  • Selepas itu boleh bersiap sedia untuk mengerjakan solat subuh, berwudhuk di rumah dan berjalan ke masjid sebelum azan berkumandang
  • Selepas memasuki masjid, dirikanlah solat dua rakaat(tahiyatul masjid). Kemudian, duduk dan membaca doa atau membaca al-Quran atau berzikir sehingga azan dilaungkan. Cubalah menjawab azan yang dialungkan oleh muazzin dan membaca doa selepas azan.
  • Kemudian, mendirikan solat sunat subuh dua rakaat. Selepas itu, jika masih ada masa terluang, bolehlah membaca al-Quran atau doa sehingga muazzin iqamah untuk mendirikan solat subuh berjemaah.
  • Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, eloklah membaca zikir selepas solat. Kemudian, jika ingin terus duduk di masjid sehingga matahari naik, dia boleh berzikir atau membaca al-Quran kerana itulah amalan Rasulullah S.A.W selepas setiap kali solat subuh. 
    Kira-kira suku jam selepas matahari naik, sunat mendirikan solat dhuha sekurang-kujrangnya dua raakat. Jika tidak, boleh melengahkan solat sehingga masa yang dipilihnya ketika hari bertambah panas atau mahatari lebih tinggi.
  • Jika sesiapa terasa ingin tidur sebentar sebelum memulakakan kerja, berniatlah untuk memulihkan tenaga dalam beribadat dan mencari rezeki agar diberi pahala oleh ALLAH. Adalah dianjurkan untuk meniru cara tidur Rasulullah S.A.W.
  • Setelah semua itu selesai, bolehlah pergi bekerja dan apabila masuk watktu solat zuhur, disunnatkan pergi awal ke masjid dan bersedia untuk menunaikan solat zuhur berjamaah. 
    Mendirikan solat 4 rakaat(Solat sunat sebelum zuhur). Ia dilakukan dua rakaat diikuti salam, kemudian bangun dan menyambung lagi dua rakaat menjadikannya 4 rakaat beserta dua salam. Selepas mendirikan solat zuhur berjemaah, dirikanlah solat sunat selepas zuhur sebanyak 2 rakaat
  • Selepas solat, sempurnakanlah segala tanggungjawab ditempat kerja sehingga tiba waktu pulang. Jika masih ada masa terluang, bolehlah tidur sebentar sebelum tiba waktu asar. Jika bimbang terlepas melakukan solat asar berjemaah, bolehlah menyibukkan diri dengan sebarang aktiviti yang sesuai sehingga tiba waktu solat. Sama ada pergi ke pasar untuk mendapatkan keperluan keluarga atau terus ke masjid sehingga selesai mengerjakan solat asar.
  • Selepas asar, bolehlah melakukan sebarang aktiviti yang sesuai seperti membaca al-Quran atau sebagainya. Jika seseorang itu berasa penat, bolehlah berehat bagi mengembalikan tenaga untuk persediaan solat terawih pada sebelah malam.
  • Sebelum azan maghrib, bersiap sedialah untuk berbuka.Pada waktu itu, lakukanlah sesuatu yang berfaedah seperti berdoa atau berbual-bual dengan isteri dan anak-anak tentang perkara yang bermanfaat.
  • Salah satu amalan baik yang boleh dilakukan ialah mengambil bahagian dalam mengagihkan makanan kepada orang yang berbuka puasa. Ini adalah satu nikmat yang tidak diketahui ramai kecuali mereka yang telah melakukannya.
  • Selepas berbuka, bolehlah terus ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Dirikanlah solat sunat selepas maghrib 2 rakaat, kemudian bolehlah kembali ke rumah.
  • Diharuskan makan makanan yang masih terhidang tetapi jangan terlalu banyak.
  • Kemudian, lakukanlah sebarang aktiviti untuk mengisi masa sama ada dengan membaca buku atau berbual-bual tentang perkara yang diizikan bersama anggota kerluarga. Jangan sekali-kali melakukan perkara-perkara haram pada waktu-waktu begini. 
    Pada waktu ini biasanya media elektronik menghidangkan program-program menarik yang mengandungi perkara-perkara yang tidak bermoral. Berusahalah untuk mengalih pandangan keluarga terutamanya anak-anak daripada perkara-perkara yang sia-sia.
  • Bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak. Seelok-eloknya pergilah ke masjid sebelum masuk waktu dan membaca al-Quran atau mendengar sebarang sebarang syarahan jika ada.
  • Selesai mengejarkan solat isyak, diikuti dengan solat sunat selepasnya, mulakanlah solat terawih bersama imam dengan penuh kusyuk serta menghayati ayat yang dibaca. Jangan berhenti selagi imam tidak berhenti.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

Sesungguhnya sesiapa yang berdiri(dan solat) bersama imam sehingga selesai, dicatatkan baginya seperti mengerjakan solat sepanjang malam. (Diriwayatkan oleh Abu Daud: 1370 dan lain-lain)

  • Selepas solat terawih, bolehlah merangka apa-apa program yang sesuai dengan masa dan keadaan serta keperluan peribadi seseorang. Walaubagaimanapun, beri penekanan perkara-perkara berikut:
  1. Hindari perubuatan haram dan menutup semua pintu ke arah itu.
  2. Pastikan keluarga tidak melakukan perkara haram dan menasihati mereka dengan berhikmah. Contohnya, menyediakan program khusus untuk mereka, membawa mereka melawat tempat yang diharuskan, mengelakkan mereka daripada berkawan dengan orang yang tidak berakhlak dan mencarikan mereka kawan yang berpekerti mulia.
  3. Berusahalah untuk tidur awal mengikut cara tidur Rasulullah S.A.W. Selesaikanlah pembacaan al-Quran ataupun mana-mana buku yang belum dihabiskan pada hari itu.
  4. Peruntukanlah masa yang cukup untuk bersahur. Berdoa sebanyak mungkin pada waktu ini kerana sepertiga akhir malam adalah masa ALLAH turun. Dia memuji mereka yang memohon keampunan daripadaNya. Dia juga berjanji akan mengabulkan doa dan menerima taubat hamba yang bertaubat kepadanya. Jadi, janganlah melepaskan peluang ini.
  5. Pada hari jumaat di bulan ramadhan. Jumaat adalah hari terbaik di dalam seminggu. Jadi, kita hendaklah mempunyai jadual khas untuk beribadat pada hari ini. Cuba lakukan perkara berikut: 

    o Datang awal ke masjid untuk mendirikan solat jumaat. 

    o Berusahalah untuk berada di masjid selepas solat asar dan mengisinya dengan membaca al-Quran dan berdoa sehingga waktu-waktu terakhir hari itu. Pada masa inilah doa dimakbulkan. 

    o Ambillah peluang pada hari ini untuk melengkapkan segala amalan yang tidak sempat disempurnakan sepanjang minggu. 


  6. 10 hari terakhir ramadhan. 10 hari terakhir meliputi malam al-Qadar yang merupakan malam terbaik daripada seribu bulan.Maka, disunatkan beriktikaf di dalam masjid pada masa ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Melakukan iktikaf pada waktu ini merupakan satu rahmat besar daripada ALLAH. Sesiapa yang tidak mampu melakukannya sepanjang 10 hari, cubalah dapatkan sebanyak yang termampu. Hidupkanlah malam ini dengan mendirikan solat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Sebaiknya berehat pada siang hari agar mudah berjaga pada sebelah malam.
  7. Program ini hanyalah satu cadangan. Ia boleh diubah dan setiap orang boleh menyesuaikannya mengikut keadaan. Apa yang disenaraikan di sini lebih menumpukan kepada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Ini tidak bererti setiap yang disebut di sini mesti dibuat dan diwajibkan. Ia hanya meliputi banyak perkara yang berbentuk sunnah dan amat digalakkan. Sebaik-baik amalan disisi ALLAH ialah yang berterusan sungguhpun sedikit. Pada awal bulan ramadhan lazimnya seseorang sangat cenderung melakukan amal ibadat, kemudian keghairahan menurun sedikit demi sedikit. Berjaga-jagalah dari keadaan itu dan bertekadlah untuk sentiasa beristiqamah pada bulan yang berkat ini. Umat Islam hendaklah berusaha untuk mengatur masanya dalam bulan ini agar tidak terelpas peluang untuk melakukan amalan soleh. Berusaha untuk membeli segala keperluan keluarga sebelum masuk bulan ini. Pilihlah waktu yang sesuai untuk melawat kawan dan saudara mara agar amal ibadat pada bulan ini tidak tergangu.
  8. Beribadatlah sebanyak mungkin dan dekatkanlah diri kepada ALLAH.
  9. Bertekadlah dari awal bulan untuk pergi ke masjid di awal waktu agar dapat mengerjakan solat berjemaah dan memperbanyakkan qiamullai serta bersedekah.
  10. Ambillah sebaik peluang dalam bulan ramadhan untuk mengukuhkan hubungan dengan al-Quran melalui kaedah berikut: 

    o Membetulkan bacaan. Cara yang betul untuk memenuhi tuntuan ini ialah dengan mendapatkan seseorang yang pakar dalam membaca al-Quran atau mendengar kaset qari-qari yang terkenal. 

    o Mengulangi setiap ayat yang dihafal untuk meningkatkan daya ingatan. 

    o Membaca buku-buku tafsir, seperti Tafsir al-Baghawi, Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir al-Sa'di. Mulakan dengan juzuk ke-30 diikuti dengan juzuk ke-29 dan seterusnya. 

    o Bertekad untuk menyempurnakan segala tuntutan ALLAH sebagaimana yang terdapat dalam ayat yang dibaca. 

Semoga ALLAH melengkapkan kepada kita keberkatan ramadhan dan membantu kita untuk mengerjakan ibadat puasa dan qiamullail sepenjang bulan. Juga menerima segala amalan kita serta mengampunkan dosa yang kita lakukan. 

Disunting dan dinukilkan dari buku Soal Jawab Puasa Berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi(Jilid 1). Terbitan Karya Bestari, Cetakan Pertama 2005 (m/s : 56-63)

Labels:



30 Ogos 2008, Dataran Merdeka: Lajnah Dakwah GAMIS mengambil inisiatif untuk mengedarkan risalah dan mendekati anak-anak muda Melayu Islam yang hadir ke Konsert Avril Lavigne pada 29 Ogos 2008 dan juga pesta merayakan malam kemerdekaan negara di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos 2008. Ketua Lajnah Dakwah GAMIS, saudara Yusri menyatakan penghargaan kepada hampir 50 orang petugas dari pelbagai kampus di Lembah Klang yang sudi hadir ke Dataran Merdeka itu untuk mendapatkan pengalaman berdakwah secara ‘live’ dan melihat realiti anak-anak muda Melayu-Islam selepas lebih 50 tahun kemerdekaan.

Lihat gambar 

Apa dah jadi dengan anak Melayu…


Tingginya ‘kerjasama’ polis pada yang hadir konsert. Yang bantah konsert hampir nak ditangkap…

Handbill Merdeka GAMIS yang simple, tapi sudah memadai untuk menyampaikan mesej utama


Muslimat turut sama partisipasi dalam dakwah

Apa sudah jadi dengan anak Melayu ?

Apabila ibubapa tidak mengetahui atau mengambil peduli kenyataan Mufti Perak yang pernah menyebut memakai tanduk adalah syirik…
Bacaan lanjut [klik sini]
Pautan Harakahdaily [klik sini]

Labels:

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Pusat Setempat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Malaysiakini

Pengerusi Helwani GAMIS, saudari Mala Abdullah selepas pertemuan sejam dengan wakil Puspal mengesahkan KPKKW pada awalnya telahpun menimbangkan untuk tidak meneruskan konsert itu dengan alasan tidak sesuai dengan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos dan membawa nilai buruk kepada akhlak rakyat Malaysia. Bagaimanapun, kerajaan membenarkan semula konsert setelah menetapkan prasyarat dan peraturan kepada penganjur agar ia tidak menjejaskan budaya dan penerapan nilai yang tidak baik di kalangan anak-anak muda khususnya dalam bulan kemerdekaan ini.

Lihat gambar dan video
Lihat di TV Pas

Lihat juga


Labels:

KUALA LUMPUR, 20 OGOS, 10 am : Sekretariat Hal Ehwal Wanita (HELWANI) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) pada awal pagi tadi telah menyerahkan memorandum bantahan penganjuran konsert Avril Lavigne kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penganjuran konsert tersebut. Memorandum itu diserahkan oleh saudari Rafidah Jannah Salleh selaku Naib Presiden 1 GAMIS kepada wakil Datuk Bandar, Ezriq Razak jam 10.25 pagi tadi. Rafidah juga menjelaskan, Helwani juga telah menerima sokongan membantah konsert itu diadakan daripada mufti kerajaan Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Jumaat lalu. 


Saudari Rafidah juga menegaskan bahawa konsert itu tidak perlu diadakan dalam bulan kemerdekaan atau di luar bulan kemerdekaan, apatah lagi bagi menghormati kehadiran Ramadhan al-Mubarak. GAMIS tidak menyalahkan konsert itu diadakan tetapi artis yang mengisi konsert tersebut hendaklah ditapis oleh kerajaan atau mana-mana pihak yang membawa artis tersebut.

Labels:

InsyaAllah tibalah bulan yang dinanti-nantikan, bulan Ramadhan; bulan agung, penuh barakah yang di dalamnya terkandung Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Setiap amalan fardhu diberikan ganjaran 70 kali ganda, manakala amalan-amalan sunat pula dikurniakan pahala seperti ibadat fardhu.

Marilah kita sama-sama renungi persiapan yang perlu dilakukan untuk mempersiapkan diri menyambut bulan penuh barakah ini.

PERSIAPAN RUHIYAH (SPIRITUAL)

Banyakkan ibadah sunat seperti:
  • Solat sunat – Amalkan solat-solat sunat rawatib, solat hajat.
  • Qiyamullail - Serikan dengan tahajjud, solat taubat, solat hajat, solat witir dll.
  • Membaca al-Qur’an - Perbanyakkan dan bolehlah ditambah hafazan juga ya!
  • Berzikir - Al-ma’tsurat, zikir selepas solat, sebelum tidur dan pada setiap ketika, mudah-mudahan setiap saat dalam zikruLlah.
  • Berdoa - doa orang berpuasa sangat mustajab. Perbanyakkanlah berdoa untuk kebaikan diri dan umat Islam yang lain, khususnya yang sedang ditimpa kesulitan dan musibah. Antara masa-masa mustajab berdoa - sewaktu bersahur dan berbuka, dan di sepertiga malam (qiyamullail)

Oh ya! Apatah lagi ibadat wajib, sama-sama kita sempurnakan dari segi keikhlasan niatnya, tepat pada waktunya dan khusyu’nya, InsyaAllah.

PERSIAPAN FIKRIYAH

Mendalami ilmu, beramal dan berkongsi dengan orang di sekitar, khususnya dalam ilmu berkaitan ibadah ramadhan. Banyak orang yang berpuasa tidak menghasilkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Ini berlaku kerana puasanya hanya pada nama, dan tidak dilandasi dengan ilmu yang cukup. Amal tanpa ilmu mahupun ilmu tanpa amal adalah suatu yang sia-sia.

PERSIAPAN MENTAL

Tingkatkan kekuatan mental dengan melatih diri melawan tarikan duniawi yang berlebih-lebihan agar ibadat tidak terganggu. Berpada-padalah membuat persediaan berbuka puasa dan menyambut hari raya. Seharusnya, ibadah puasa Ramadhan dilakukan secara maksima dari awal hingga akhirnya.

PERSIAPAN FIZIKAL DAN MATERIAL

Seseorang muslim tidak akan mampu untuk berpuasa dengan maksima sekiranya fizikalnya sakit. Oleh itu, kita dituntut menjaga kesihatan fizikal serta menjaga kebersihan.

Menabunglah sebelum bertemunya Ramadhan untuk dijadikan bekalan ibadah Ramadhan. Idealnya seorang muslim akan menabung sebelum tibanya Ramadhan. Apabila Ramadhan tiba, dia dapat beribadah secara khusus dan tidak berlebihan dalam mencari harta atau kegiatan lain yang dapat mengganggu kekhususan ibadah puasa. Harta juga dapat disedekahkan atau diinfakkan pada jalan kebaikan.

Jadi, marilah kita memulakan momentum ibadat kita dari sekarang. Bagi yang sudah memulakannya, alhamdulillah. Bagi yang belum, ayuh, kita mulakan sekarang!

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانٍ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah berkahilah hidup kami di bulan Rajab dan Syaaban dan sampaikanlah kami hingga bulan ramadhan”.

WAllahua’lam.

p/s: ramai yang terus menderita menjelang Ramadhan duhai sahabat. keamanan-keamanan mencabar minda bertawadhuk, mengapa embargo ke atas wilayah yang miskin, ke atas jiwa yang tidak memimpikan istana, hanya ingin merdeka. bahagia diabaikan oleh kuasa-kuasa yang mampu mengubah keadaan...Ramadhan menjadi segan silu untuk diraikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...