Sep 15, 2007

Tarbiyyah Ruhiyyah

Di antara kekuatan dalaman yang perlu dibina melalui tarbiyyah ruhiyyah ialah :

1. Pastikan solat berjemaah dijaga setiap hari, terutamnya solat Isyak dan Subuh.
Hadis nabi s.a.w. yang bermaksud ;

Dirikanlah sembahyang Subuh kerana ia lebih besar pahala untukmu

Sesiapa yang mendengar azan sembahyang, kemudian ia tidak mendatangi, maka tidak ada sembahyang baginya, kecuali uzur

Sesiapa yang suka untuk berjumpa dengan Allah pada hari esok(kiamat) dalam keadaan Islam, maka hendaklah menjaga sembahyang-senbahyangnya di mana ia diseur untuk mengerjaknnya


2. Membiasakan diri untuk bangun malam (Qiamulail)
Hadis nabi s.a.w.bermaksud ;

Hendaklah kamu berqiamulil kerana sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, menghapuskan keburukan, mencegah dari perbuatan dosa dan menghalau penyakit dari tubuh badan

3. Sentiasa membaca al-Quran dan zikir kepada Allah.

4. Sentiasa komited dengan majlis ilmu agama.

5. Menajamkan pemikiran dengan membanyakkan membaca bahan ilmiah dan buku-buku yang berkonsepkan jihad, tasawuf, ibadah dan sebagainya.

6. Menjauhi segala bentuk bida’ah yang dholalah atau bida’ah tarkiyyah (amalan yang tiada nas dan dalil).

7. Mengkaji sirah perjuangan Rsulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.

8. Jadikan Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyatun nafs(mendidik nafsu).

9. Pastikan cara hidup Islam berfungsi di dalam kehidupan kita seperti di kelas, kampus, kolej dan di tempat umum.

10. Jauhi dosa-dosa kecil yang berterusan dan jangan sekali-kali ingin membuat dosa besar.

Maka ini merupakan antara amalan yang cukup penting di dalam membentuk peribadi dalaman seseorang muslim. Jadikan amalan di atas ini amalan wajib untuk diri-sendiri!

"Aku merinduimu TEMAN untuk berjuang,
aku rindukan SAHABAT untuk berjihad,
KAWAN senda dan tawa,
RAFIQ untuk sama-sama beribadah,
RAKAN untuk sama-sama bermuhasabah, 
yang sama-sama menuntut ilmu ALLAH
sama-sama bekerja demi ISLAM
sama-sama berkorban demiNya
dan sama-sama saling berpesan-pesan
dengan kebenaran dan kesabaran...
Ya Allah, ubatilah rinduku ini!
 "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...