Januari ni, ramai yang menyambut ulangtahun kelahiran.
Kemuliaan umur dan waktu, lebih bernilai dibandingkan kemuliaan harta. Manusia menempuh perjalanan hidupnya melewati hari demi hari, menjauhi dunia dan mendekati liang kubur. Semakin hari kita semakin kehilangan usia.. tapi kita raikan dengan semarak mungkin. Pelik kan? Sedarkah kalian, tenggelamnya matahari saban hari bererti umur kita kian berkurangan. Sesalilah jika peristiwa itu terus berlaku, sedangkan amal soleh tidak bertambah.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Jawapannya ada di tangan kalian.
.....................................................................................
Hari ini masuk hari ke-22 pencerobohan menggila Israel ke atas Gaza. Kebuasan yang tidak terbendung. Dengan bantuan perubatan dan makanan dari luar yang disekat, hospital dan kem-kem perubatan juga turut dimusnahkan.
Dapatkan info lanjut di Palestinkini.
Palestin bukan hanya soal derma, sedekah dan boikot. Ia adalah persoalan jihad dan kewajiban. Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri. Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu.
Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia. Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya. Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.
Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi. Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam. Jangan harapkan negara - negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina.
Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah. Allah tidak menerima RM100 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan redhaNya. Kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad. 100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin. Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta taqwa di dada anda.
Gunakanlah saki baki usia untuk bersatu dalam ummah.
Petikan asal: Masanya Memilih Jalan Yang Lurus
Ya Allah.. kami ingin mengorbankan kudrat kami untuk membantu umat Islam di sana. Moga usaha kecil kami ini mendapat keizinan dariMu. Permudahkanlah gerak kerja kami ini ya Allah.. (ameen~)
p/s: Mengubah mindset atau mengubah kebiasaan, memang tidak mudah, seperti halnya mengubah nasi menjadi umbi-umbian untuk makanan pokok sehari-hari.
p/p/s: Mabruk kak Waheeda dan abg Rasheed atas kelahiran puteri sulung mereka. Moga kehadirannya membawa sinar kegemilangan dalam perjuangan menegakkan syi'ar Islam. Ahlan wa sahlan ya ukhti~