Nov 15, 2011

Khali Setagal

Bismillah wa Alhamdulillah..

Dalam hadith Nabi s.a.w. yang mulia ada menyebut (Dari Abu Hurairah r.a.):

Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan. Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat tersebut, malaikat itu pun bertanya, “Saudara mahu ke mana?” Lelaki itu menjawab, “Saya ingin menziarahi saudara saya yang tinggal di kampung ini.” Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah saudara datang kepadanya atas maslahat sesuatu?” Lelaki itu menjawab, “Tidak, saya datang kepadanya semata-mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.”

“Barangsiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakan (takwa), maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya.”


Khali setagal

Barangkali ayat ini yang sering digunakan oleh Saudara Zaid Akhtar dalam penulisannya, mencerminkan situasi saya tatkala menatap rafik yang dah lama benar tak bersua di kesempatan menemuinya beberapa hari sudah.

Diuji dengan kesesatan yang memerlukan saya membuat pusingan U entah untuk kesekian kalinya. Bimbang juga tuan rumah yang menunggu hilang keterujaannya atau lebih teruk saya yang berputus asa mencari jalan ke Putra Perdana. (sebenarnya tidaklah seteruk mana, jalannya terus sahaja) Mungkin kerana ini musafir pertama bersendirian ke rumahnya tanpa ditemani sesiapa.

Rindu yang teramat menjadi faktor bertekad mengatur perancangan di saat-saat akhir. Pada asalnya ingin berkumpul bersama kakak-kakak dan sahabat-sahabat yang lain namun mereka lebih dahulu mempunyai perancangan aktiviti masing-masing. Mujurlah tuan rumah tidak jadi turun ke Melaka. Allah punya kuasa. Semua berlaku dengan izinNya.

Tiba di rumah beliau agak lambat. Sekitar pukul 6 saya fikir.

Disambut oleh ‘Cik Chubby’ di kawasan letak kenderaan. Saya sesat lagi! Rasanya kali pertama dulu bertandang ke situ, saya perlu merentas kawasan rumput. Tup-tup tuan rumah tanya:

“Awak nak ke mana tu?”

Terkial-kial mencari, rupa-rupanya kediaman mereka betul-betul menghadap Cik Chubby. (Aihh malunya).. Kena pulak ‘Encik Suami’nya pulak yang menyambut. (Hmm segannya~)

Menjejakkan kaki semula di rumah mereka untuk kali kedua. Tercari-cari kelibat rafik yang disayangi, dan akhirnya…

Tergamam atau lebih tepat terkedu seketika. Tak lama.

Menghulur tangan, berjabat mesra. Rindu yang dipupuk sekian lama akhirnya terlerai dalam dakapan dan ciuman di pipi. Eh, kami sama-sama biru!

“Satu suit!”, suaminya menegur melihatkan kami sama-sama mengenakan pakaian bertemakan warna biru.

Ukhuwwah barangkali. Bukan selalu dapat macam ni.

Plan berlangsung seperti yang dirancang. Minum petang, kuliah Maghrib di Masjid Negeri di Shah Alam dan makan malam bersama. Di kepala memikir untuk balik tapi hati sesukanya berdialog:

Sekejapnya.. entah bila lagi nak berjumpa

Oklah tu.. ada rezeki jumpa lagi

Hmm.. nak bermalam di sini

Mana boleh! Segan kot! Dulu solo, sekarang dah berdua..


Akhirnya saya mengalah, dan bermalam di ‘Bayt al-Azraq’..(kononnya sebab saya datang lambat). Teringat dulu pertama kali ke rumahnya. Sudahlah bertandang lewat malam, balik pun pandai-pandai sendiri, tak sempat nak jumpa tuan rumah.

Kesian umi to be lewat tidur, menemankan saya mungkin (hmm student kan, mana ada tidur awal). Dikuncinya rumah siap-siap khuatir saya balik senyap-senyap macam dulu.

Syukur saya bermalam di situ. Dapat juga membantu mana yang boleh untuk perjumpaan ringkas yang diadakan dirumah mereka keesokan harinya. Santap ke tengahari saya di situ sehingga suaminya berkata,

“Kesian..semua (muslimat) yang datang sini, mesti jadi bibik”

Bibik? Bukanlah. Itu namanya ukhuwwah. Sama-sama meringankan. Kerana ukhuwwah kami hadir dan tak berlaku seperti tetamu VIP. Dan kerana ukhuwwah juga kami menjadi tetamu kelas pertama!

Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi adalah ithar (melebihkan saudaranya lebih dari diri sendiri)

Enggan berlama-lamaan di situ. Tidak wajar menangguh-nangguh sementelah melihatkan tuan rumah yang penat melayan tetamu. Lebih-lebih lagi umi to be. Mesti dah sengal-sengal pinggang. Barangkali qailullah beberapa minit boleh meredakan sedikit. Saya meminta diri untuk pulang ke Cheras.

Memasak janji pada diri; Penghuni Bayt al-Azraq.. insya-Allah saya bertandang lagi. Dah nampak jalan!

Ini semua kerja Tuhan. Rencana-Nya yang tak terjangkakan. Dia yang menggerakkan hati saya untuk hadir menziarah, menerbitkan rasa tekad untuk mengatur perancangan, membatalkan perancangan awal tuan rumah, mengaturkan teman-teman selainnya dengan perancangan hujung minggu masing-masing, akhirnya menemukan kami.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Syukur li Allah~


Ya Rahman, kurniakanlah kami kehidupan yang sentosa dibawah rahmatMu di dunia yang sementara. Ya Ghaffar, ampunkan segala dosa kami selama ini. Berikan kekuatan iman kepada kami. Jadikanlah kami insan yang bertakwa dan bertawakal kepadaMu. Permudahkan rafik ku sepanjang tempoh kehamilan. Titipkan untuknya ketabahan dan kesabaran. Selamatkanlah kedua-duanya (umi dan bayi yang dikandungkan) semasa proses kelahiran. Hanya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mendengar.



p/s: Saya pun rindu dekat Cik Ika!

Nov 10, 2011

Hargai Diri

Bismillah wa alhamdulillah..

Menjenguk kembali dek kerinduan yang menghuni sebuku hati. Perkongsian sebagai ingatan untuk diri dan usrati yang disayangi..


Jangan kau sangka labuh tudungku
tanda alimnya diriku,
Aku juga sepertimu
masih mencari-cari segenap cahaya
buat menerangi sepanjang perjalanan

Kerana tudungku ini
bukan sekadar menutupi
tetapi melindungi jua mengingatkan diri ini
menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri.



Muslimah; masih banyak yang tak mengerti, jangankan ajnabi itu, mereka yang bergelar perempuan juga ada lagi yang belum faham indah dan bahagianya menjadi dirinya (muslimah).

"Menjadi wanita itu indah, menjadi muslimah itu sangat indah, menjadi mukminah jauh lebih indah, dan menjadi solehah adalah pilihan.. tentukan pilihanmu mulai sekarang" - Bukan Muslimah Biasa

p/s: Belajar mengHARGAI diri untuk tahu menjaga HARGA diri :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...