Mar 28, 2009

Akhawat .. dan kekuatan ukhuwwah

Nikmat Allah yg mana hendak kamu dustakan?

Terlalu byk kenikmatan Allah berikan sepanjang hayat ni. 

Walaupun kesihatan semakin merosot, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Moga kesakitan ini Allah iringkan dengan nikmat kafarah.

Keputusan untuk memilih tinggal di melaka sepanjang cuti kali ini bukan suatu pilihan yang mudah. Dengan kerinduan yang menebal pada ibu dan ayah di rumah, dan peneman bilik juga memilih untuk pulang awal.. lagi memberatkan diri untuk angkat kaki dan pulang saja ke kluang.

Tapi bila fikirkan list 'To Do' yang panjang berjela-jela.. tak sanggup rasanya ditangguh-tangguh lagi. Akhirnya saya di sini ..

"Tangguh itu Lenguh"

Kesepian itu tidak lama. Pelawaan Kak Hidayah dan Usu yang mengajak bertemu dengan isteri asy-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi di program Cinta & Airmata Wanita Palestin di Dewan MPS, Seremban tidak dibiar lama. Lekas jari menaip pesanan ringkas tanda setuju.

Sedikit nota pengenalan:
  • Nama: Rasya al-Adluni juga dikenali sebagai Ummu Muhammad
  • Merupakan isteri kepada Dr. Abdul Aziz Rantisi Rahimahullahi alaih, Presiden Hamas yang telah syahid pada 17 April 2004 dalam serangan bom oleh Apache
  • Berumur 55 tahun
  • Dianugerahi Allah dengan 6 orang cahaya mata dan 20 orang cucu
  • Menjadi simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahawa semangat dan kekuatan wanita yang beriman 

Sebagai tema rombongan dari melaka, kami sepakat sedondon berona purple, kami bergerak ke seremban.. 

Tak sabar rasanya menemui beliau. 
Kehadiran wanita-wanita 'besar' dikagumi
3 mujahidah KTIAM yang bertindak sebagai penyambut tetamu
Sang mujahid kecil~

Di dalam dewan, Kak Ady (Haiwan Teladan) mengambil tugas sebagai pengerusi majlis. Petah percakapannya. Sekitar pukul 3.15 petang, beliau melangkah masuk menuju ke pentas utama dengan ditemani Umi Nadia Al-Ahsy (isteri kepada Dr. Musa Muhammad Abu Marzouk - Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS) dan anak saudaranya yang sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di sini. Saya dapat rasakan satu aura.. tapi sukar nak digantikan dengan kata-kata. Allah lebih mengetahui perasaan itu..

Saya sangat kagum dengan beliau. Seorang wanita dan juga seorang ibu yang mempunyai kekuatan dan kesabaran luar biasa kurniaan Allah untuk menghadapi segala jenis ujian. Kecintaan dan keimanannya pada Allah, pada islam.. kerinduannya pada syahid..

"Hanya hati lembut mampu menanggung beban yang berat"



Saya sering dilihatkan semasa ceramah atau forum berkaitan Palestin yang dianjurkan di seluruh negeri, yang sarat dengan paparan penderitaan, kesengsaraan dan bantuan yang perlu dihulurkan kepada mereka di sana. Tapi saya tidak nampak semua itu dari riak wajah beliau. Meskipun sempurna berniqab, namun lontaran kata-katanya tidak langsung mecerminkan kesedihan, mendambakan sebarang bantuan hatta sebuah rayuan. Malah beliau berkali-kali mengucapkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada umat Islam di seluruh dunia atas doa dan bantuan yang tidak putus-putus. Subhanallah.. kata-kata beliau sarat dengan semangat perjuangan.

"Tarbiyyah bermula dari rumah. Lahirkan anak-anak yang akan menjadi mujahid dan mujahidah untuk agama. Biarkan mereka keluar berjuang demi agama, menjadi mujahid-mujahidah yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel."

Kita orang Malaysia tak sekuat, segigih, seberani, setabah dan sesabar mereka wanita Palestin. Semangat juang mereka jauh berbeza. 
Antara akhawat yang hadir memenuhi dewan MPS .. (tak sempat mencari Mak Chik, Mak Su n Kak Ayu - kot2 ada)
Dari kiri: anak saudara Ummu Muhammad, Umi Nadia, Ustazah Solehah (Ketua Akhawat Seremban).. Kak Hidayah menjadi orang media di belakang tu (nampak tudung je, katanya Mak2 Arab besar sangat).. sementara Ummu Muhammad  menunaikan amanah sebagai hamba Allah, bersolat di belakang pentas sejurus azan 'asar berkumandang (mereka mengambil giliran untuk bersolat di belakang, subhanallah.. prihatinnya mereka akan tanggungjawab pada Rabb)


Mereka tidak lemah mental, tidak lemah penampilan, tidak juga lemah beraktiviti. Mereka tidak gementar mendengar deruan pesawat pengebom berlegar atas kepala mereka. Mereka berani berlawan walaupun hanya bersenjatakan alatan dapur. Mereka berani melontarkan kekecewaan secara terbuka di depan para wartawan. Mereka tidak takut turun membeli barang dapur walau bedilan bom merata-rata.

“Mati ini hanya sekali. Maka bersedialah untuk hari itu.”


Ya Allahu Ya Rabb, matikanlah diriku dalam keadaan sempat bertaubat, sedang betaubat serta berada dalam keadaan yang baik. Ku rindukan syahid di jalan Mu ya Allah. Moga Allah terus menetapkan keimanan dan aqidah kita sebagai seorang muslim dan mu’min.

“Keimanan kita menentukan cara kematian kita.”


“It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing. Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache”.

Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi

Memeluk beliau membuatkan saya terasa sangat kerdil. Basah hati seketika mendakap seorang ibu, merasai kekuatan dan ketabahannya mendepani pelbagai mehnah yang tidak terbayang kemampuan saya sekiranya turut diuji perkara yang sama.

Saya tertarik dengan salah satu petikan dari kata-kata Ummu Muhammad:

Beliau ditanya, “Di belakang seorang lelaki hebat pastinya seorang wanita yang sangat hebat,” 
Ummu Muhammad pantas menjawab "Tidak, demi Allah, jika wanita itu ada di balik kesuksesan dr. Rantisi hingga ia meraih syahadah, maka tak lain dia adalah ibunya-Allahuyarhamuha- yang telah membesarkan dan mendidiknya dengan sebaik-baik pendidikan. Beliaulah yang menanam makna kemuliaan dan ketinggian harga diri di jiwa As-Syahid.”


Tarbiyyah bermula dari rumah. Moga Allah kurniakan kemudahan dalam mendalami ilmunya, mengurniakan zauj yang faham akan islam dan nilai perjuangannya, yang akan sama-sama membantu dalam perjuangan, anak-anak yang akan menjadi mujahid-mujahidah buat bekalan di akhirat. 


Rombongan melaka~
Kak Amalia dengan babynya~

Semasa perjalanan pulang, kak Hidayah dan Usu bernasyid di dalam kereta menjiwai bait-bait kata yang dinyanyikan Ummu Muhammad sejurus sebelum kesyahidan Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi. Saya dan Kak Faridah dengar je..

An tudkhilani Rabbil Jannah
Haza aqsa ma atamanna
Wa tahablil darajatil ‘ulya
Ya zal minna.. ya Rabb
aa.. aaa.. aaaaa..

Teks Ucapan Ummu Muhammad

p/s: akhawat lil habibat ..

Jangan Sepikan Kesedaran Itu

Innalillahi wa inna ilaihi roji'unn~

Baru diberi kesempatan melemparkan masa ke ruangan sepi ini. Atas kealpaan dan kegagalan menyusun jadual dengan efektif, tanpa sengaja ruangan ini terbiar lesu. Mawar merah ini hampir layu walau merah menyala pada zahirnya. 


Syukur lillah, dengan bantuan Allah segala perancangan untuk merealisasikan program yang saya rasakan baru dari kacamata saya terjadi juga depan mata. Walaupun ada pandangan, lontaran, kritikan, cadangan dan idea datang bertubi-tubi, inilah sahaja dahulu yang termampu dilaksanakan. Kami sangat menghargai segala yang kalian hulurkan.. terima kasih yang tidak terhingga. Jazakumullahu khiran katheera. Saya bayangkan kalimah ini sahajalah selayaknya mewakilkan rasa syukur dan penghargaan yang tidak terhingga atas kesudian kalian membantu. Moga Allah memberikan ganjaran yang melimpah ruah atas kebaikan yang kalian hulurkan. 

Buat adik-adik tersayang yang sudi membantu 'menghidupkan' program ini juga, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat kalian. Terlalu banyak peristiwa dan kenangan, baik yang manis mahupun yang kelat perlu ditelan semasa proses 'meniupkan roh' ke dalam program ini. Biarlah kegembiraan dan tangisan itu dimemorikan sebagai pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana. 

Pengalaman yang menjadi panduan bagi mendepani situasi mendatang. Pengalaman yang tidak dapat diperoleh di dalam kelas mahupun kuliah-kuliah berjadual. Pengalaman dan kesempatan yang Allah berikan untuk kita mengenali manusia, memahami karakter manusia yang pelbagai dan yang penting, mendidik diri kita untuk berukhuwwah kerana Allah. Saya tidak sempurna, kamu serta mereka juga tidak sempurna. Namun, bila kita bersama, kita sempurna. Saling lengkap-melengkapi. Terima kasih Allah atas kenikmatan ini.

“Amat menghairankan sekali keadaan orang mu’min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorang pun melainkan hanya untuk orang mu’min itu belaka, iaitu apabila ia mendapat kelapangan hidup, ia pun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa kesukaran (yakni yang merupakan bencana) ia pun bersabar dan hal ini pun adalah merupakan kebaikan baginya.” 
(Riwayat Muslim)

"Berusahalah mempelajari ilmu sebab mempelajarinya adalah suatu perbuatan yang baik dan menuntutnya adalah ibadah"


Saya seronok bersama kalian semua. Bermula dari perbincangan dalam skype, kemudian ke meja mesyuarat, diikuti dengan pemilihan barisan penggerak, seterusnya ke mesyuarat agong, kembali kepada perancangan terperinci, hebahan kepada umum, mencari sumber kewangan untuk bergerak, melancarkan tabung kutipan dana, menyebarkan risalah kesedaran, menyediakan gambar-gambar buat hiasan, mewarnai banting, menggantung poster dan banner, menghasilkan lukisan-lukisan hasil kreativiti tersendiri, bersama-sama menggantung kain-kain merah hijau di clc, mengadakan pameran, kemudian berceramah berkongsi pandangan dan merasai pengalaman mereka yang pernah berada di bumi gaza, bertungkus lumus menghiasi dewan, menyusun kerusi, menggantung hasil-hasil karya sahabat-sahabat, merentang kain, mendengar taklimat, ber'rehearsal', dan akhirnya tiba ke hari yang dinanti-nantikan. Kronologi yang tidak pantas dilupakan semudah makan kacang ngan yin .. 

Ada seketika, kami yang terlibat dalam proses mendekorasi pentas malam itu, terhibur seketika dengan lagu wonderpet! Keletah itu cukup menceriakan, menghilangkan terus suasana yang awalnya terasa tegang dan kusut. Selingan yang mengukuhkan ukhuwwah barangkali.
Apa yang penting?
Kerja~ sama! 
(memang kene dengan situasi ketika itu)

Peristiwa yang membuatkan saya tersenyum sendirian tatkala diimbau kembali kejadian itu adalah memandu viva ida dengan ketiadaan lesen, ic, mahupun id! Meluru menjemput kehadiran sahabat-sahabat UIA yang setia menanti di tepi tol; yang dijemput khas untuk membuat persembahan di malam hari. Pecut macam pelesit sebab dah terlewat, tup-tup di hadapan ada pakcik polis tengah buat 'road block'. Memang tawakal lillahi ta'ala. Syukur Allah bantu manusia degil ni, pakcik polis angkat tangan sambil tersenyum manis, bagi jalan. Selamat tiba mereka di gerbang mmu~ 

Ada insan pernah pesan: 'Pecut pelan2 (perlahan-lahan) je. Awak tu hawa..' (macam mana nak pecut kalau bawak perlahan ek? Hmm adakalanya perlu pecut juga bila situasi memerlukan asalkan perlu fokus pada pemanduan) 

“Live life fully while you're here. Experience everything. Take care of yourself and your friends. Have fun, be crazy, be weird. Go out and screw up! You're going to anyway, so you might as well enjoy the process. Take the opportunity to learn from your mistakes: find the cause of your problem and eliminate it. Don't try to be perfect; just be an excellent example of being human.” 

Anthony Robbins

“Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya (membawa) takut kepada Allah, menuntutnya adalah ibadah, membincangkannya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah pendekatan diri kepada Allah; kerana ilmulah petunjuk kepada yang halal dan haram, menara kepada jalan penghuni syurga, teman setia di saat kesunyian, rakan di masa keseorangan, teman berbicara di waktu kesunyian, petunjuk kepada yang membawa bahagia dan yang membawa kecelakaan, senjata menghadapi musuh, perhiasan di saat bersama teman-teman. Dengan ilmu Allah telah mengangkat (tinggi) kedudukan banyak kaum, sehingga Allah menjadikan mereka pimpinan yang tegak, jejak langkah mereka diikut, perbuatan mereka dicontohi dan pendapat mereka dijadikan pemutus. Para malaikat terlalu kepingin berteman dengan mereka, sentiasa mengusap mereka dengan sayapnya. Setiap benda lembab, kering, ikan dan binatang di laut, binatang buas di darat dan binatang jinak, kesemuanya memohon agar merka diampunkan. Kerana ilmu meghidupkan hati dari kejahilan, lampu bagi penglihatan di saat kelam. Dengan ilmu, hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang pilihan dan darjat yang tinggi di dunia dan akhirat.”

(Hadith riwayat Ibni Abdul-Barri dalam kitab “Al-Ilmu”)



Mereka di Akhbar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0319&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_11.htm&arc=hive

Moga kesedaran yang dibina tidak berakhir selepas usai majlis berkenaan. Teruslah berjuang membangkit kesedaran diri dan ummah. 

Allahu'alam

Mar 9, 2009

Salam Maulidur Rasul


Seringkah kita terfikir
Bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita
Tetap tersenyum apabila dibenci
Tetap tenang bila dimusuhi
Tetap membantu walau disakiti
Tetap menyeru walau diusir pergi

Kenapa kita mudah benci bila dikasari
Mudah putus asa bila yang dilakukan tak menjadi
Mudah kecewa bila orang lain tak memahami
Mudah terguris bila kita dinasihati

Ayuh kita bangkitkan diri
Agar segala yang indah menghiasi peribadi
Kerana qudwah kita adalah Nabi
Kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki..

Dari Ibnu Mas'ud r.a: Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari Qiyamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR At-Tirmidzi)

Info Maulidur Rasul

Ceramah Maulidur Rasul 1430H peringkat Daerah Kluang:

(maaf jika audio tak memuaskan. saya telah dilupakan untuk rakam sedari awal..namun alhamdulillah, masih dapat rakam input-input penting buat kongsian bersama)

p/s: Macam sama je kan Malam Sinar Maulidurrasul tu..huhu. kenangan~

.................................................................................................................

Ada orang suruh saya 'update birthday list' untuk bulan 3. Untuk membiarkan dirinya tersenyum manis, saya cuba 'kabulkan' juga permintaan tu. Apa-apa pun, sekurang-kurangnya ini tanda ingatan dan juga penghargaan buat kalian semua :)

05 - Ukhti Wani (mpbp)

06 - Ukhti Adilah (jr. management) 
06 - dik Wani (jr. STM2) 
07 - Ukhti 'Izzati 
12 - Ukhti Shuhada @ cik da~ 
13 - Ukhti Muni 
15 - Akhi Faruq 
19 - Akhi Azril Hanafi 

22 - Ukhti Shaz (classmate) 
24 - Ukhti aisyah adnan 
26 - Ukhti Siti Nur Khadijah 

29 - Akhi Nik Zarizi


Ya Allah, ya tuhan kami, hanya Engkaulah satu-satunya tuhan kami, tempat kami mengadu dan tempat kami meminta. Daripada-Mu kami datang dan kepada-Mu, pasti kami semua akan dikembalikan.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami, terutama kedua ibubapa, yang telah melahir dan membesarkan kami, rahmatilah mereka sebagaimana mereka telah memelihara sewaktu kami kecil tidak berdaya. 

Ya Allah, balaslah setiap titisan darah dan peluh mereka, melahir dan membesarkankan kami, dengan ganjaran berlipatganda, kami berwakil kepada Mu untuk membalas mereka, dengan sebaik-baik anugerah dan pahala, jadikanlah mereka berbangga melahirkan kami, wahai tuhan manusia yang Maha Esa.

Ya Allah, kami mohon rahmatkanlah hamba-Mu yang kami kasihi dan yang kami rai. Murahkan rezeki mereka, gembirakan hati mereka, sihatkan tubuh badan mereka, berkatkan ahli keluarga mereka, dalam redha dan rahmat-Mu sentiasa, dari dunia hingga ke syurga, kekal selama-lamanya.

Ya Allah, peliharalah hamba-Mu dalam kesejahteraan dan keselamatan, panjangkan usia mereka dalam keberkatan dan kesyukuran, akhirkan kehidupan mereka dalam kemantapan iman, himpunkan mereka di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. 

Himpunkan mereka di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. Himpunkan mereka dan kami kesemua di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. Wahai Allah yang memperkenan segala permintaan.

Ameen~

Mar 4, 2009

Warkah Indah bersulam Cinta Suci kerana Ilahi


Di dalam mujahadah 
suatu masa, 
kamu akan merasa lemah 
lantaran kesilapan kamu sendiri
dan dorongan bisikan syaitan
Jangan kamu benarkan diri kamu 
jatuh pada saat itu
Mohon ampunlah padaNya
dan teruskan berjuang..
andainya kamu terjatuh jua,
bangunlah segera
jangan mudah terhalang

Jatuh?
Bangun semula!

Push forward against all the obstacles. Bypass them when they cannot be pushed.

Reach the goal by finding every possible way. This is success.

p/s: jazakillahu khir ya habibati for this lovely quote.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...