Jan 26, 2011

Kerana Kasih

Bismillah wa alhamdulillah..

Sedikit lucu apabila melihat telatah adindaku yang seorang ni. Niat nak kejutkan subuh, tiba-tiba..

"saya lapar, .. muntah-muntah semalam.."

tak pernah umur saya dengar orang bangun pagi terus mengadu lapar.. (sendiri rasa tu biasalah).

kerana kasih~

Nasib baik ada baki bahan-bahan untuk dimasak lagi..nasi lemak, sambal tumis ikan bilis dan ikan goreng di pagi hari. Terima kasih jiran sebelah kerana sentiasa mengizinkan daun pandannya diguna pakai selalu.. (oh~ mereka perasan tak saya ambil..) .. bersedekah amalan mulia, dah merimbun kan, membazir pula jika tak dimanfaatkan ;)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Janganlah sekali kali engkau meremehkan kebaikan sekecil apapun, meski hanya dengan bermuka manis ketika bertemu dengan saudaramu"
(HR Muslim, Ahmad dan Ibnu Hibban)

Jangan memperkecilkan perkara yang ma'aruf walaupun sedikit. Meskipun sekadar 2 helai, banyak perut yang dapat ditenangkan :)

Memetik kata-kata Ustaz Hasrizal:

Jangan pandang kecil, selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan. Penilainya adalah Tuhan, Allah yang menilai amal pada harga sebuah iman. Jangan tangguhkan kebaikan yang kecil semata-mata mahu menunggu peluang amal yang besar.


Bercakap mengenai perkara ma'aruf, ada suatu kisah yang saya dengar semasa menghadiri majlis ilmu lewat minggu sudah. Diceritakan bahawa ada seorang sahabat ingin memenuhkan saff pertama. Namun ruang yang tinggal tidak muat untuk dirinya yang bersaiz sedikit besar. Kerana khuatir akan menyakiti jama'ah di saff pertama, dia membatalkan hasratnya dan mendirikan solat di saff kedua. Dek kerana niatnya itu, pahala solat yang didirikan tadi seumpama dia mendirikan solat di barisan pertama.

Tidak menyakiti hati saudara semuslim adalah suatu perbuatan ma'aruf yang sangat besar. Menyakiti yang dimaksudkan adalah meliputi aspek perkataan (ucapan) dan perbuatan (tingkah laku). Sebagai muslim, kita bukan sahaja dilarang daripada melakukan perlakuan atau tindakan yang boleh mencederakan fizikal atau mengorbankan nyawa orang lain, tetapi juga ditegah daripada melakukan apa sahaja perbuatan yang boleh menyinggung dan menyakiti hati dan yang paling teruk lagi memutuskan tali perhubungan.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
"Hai orang-orang beriman, janganlah berolok-olok satu kaum kepada kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diprolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan itu), jangan juga wanita-wanita kepada wanita-wanita yang lain kerana boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan itu) lebih baik daripada wanita-wanita (yang mengolok-olokkan itu), janganlah kalian mencela diri kalian sendiri dan janganlah kalian panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk.…

(al-Hujurat:11)


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya kebanyakan prasangka itu adalah dosa. Janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kalian memakan daging saudaranya yang mati?"

(al-Hujurat: 12)


Islam mengajar manusia melakukan apa sahaja perbuatan yang menyenangkan hati dan membahagiakan kehidupan manusia yang lain. Sehinggakan senyuman kepada seseorang itu dikira sebagai satu sedekah (Hadith)


Islam menggalakkan perpaduan ummah


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
"Sesungguhnya segala orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikan antara dua saudara yang bersengketa"

(al-Hujurat : 10)


Bersahabat dan bersaudaralah kerana Allah. Binakan ia dengan diasaskan oleh satu matlamat iaitu untuk menegakkan kalimah Allah, mempertahankan kebenaran (hak) dan menentang kebatilan. Mereka yang terlibat menjalinkan cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah :)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mukmin dengan mukmin itu umpama bangunan, sebahagiannya saling berkaitan dengan bahagian yang lain"

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"


Apabila bersahabat, perselisihan, perbalahan, dan perbezaan pandangan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia akan sentiasa berlaku. Dalam hal ini kita didiklah diri untuk fa'fu iaitu memaafkan, wasfahu (dan berlapang dadalah).. hatta ya'tiyallahu biamrih (sehinggalah Allah datangkan perintahNya). Biarlah Allah menyelesaikannya..


وَدَّ ڪَثِيرٌ۬ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَـٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدً۬ا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّ‌ۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۤ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
"Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w.). Oleh itu, maafkanlah dan biarkahlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

(al-Baqarah: 109)


Dalam tafsir Riyadhun Nadhirah ada menyebut, pada zaman sekarang, akan ada orang yang bertindak seperti kaum Yahudi dan Nasrani apabila berhadapan dengan perselisihan. Hal ini perlu kita berjaga-jaga, kerana dengan sebab itu boleh melalaikan orang islam sendiri. So, beware!

Bila timbul persoalan khilafiyah (perbezaan pendapat), kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Adakan pertimbangan berdasarkan ilmu dan dalil, seterusnya berpegang kukuh kepada yang betul. Jangan lakukan sebaliknya. Jangan menghentam dan berkata mengikut nafsu, tetapi perlu diterangi, diberikan penerangan secara jelas, kemudian kita serahkan pada Allah agar kita semua diberikan hidayah. Dengan pendekatan inilah baru secocok dengan title sebagai seorang Muslim. Cara biar kena dengan gaya ;)

Unity in Diversity

Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa, seorang muslim adalah mereka yang mulut dan tangannya membuat orang lain merasa damai. Kata-katanya tidak menyakiti dan perilakunya tidak melukai. Kata kata bijak seseorang akan menjadi omongan kosong jika tingkah lakunya menjengkelkan (rujuk kamus sendiri ye), dan gerak tubuh yang sopan akan sia-sia jika kata -katanya memedihkan telinga yang mendengar.

Sebab itulah Allah mengingatkan..

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ ۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ
"Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut nyebut dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian... "

(al-Baqarah: 264)


Karena itu, muslim sejati adalah orang yang selalu membawa rasa aman dengan apapun yang ada pada dirinya dan bagi siapapun yang ada disekelilingnya.


Berdakwah; dua elemen penting yang terkandung di dalamnya adalah menyampaikan dan menyerahkan. Dakwah dilaksanakan dengan menyampaikan dengan jelas dan perbanyakkan doa supaya Allah berikan hidayah (sebagai tanda penyerahan kita terhadap Allah). Hidayah milik mutlak Allah. Kita hanya layak berusaha, kesan dan natijah selepasnya terletak dalam kuasa Rahmat Allah Ta'ala. Manusia merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cintaNya. Kita memberi, Allah menghakimi :)

Oleh kerana itu kita jangan pernah putus asa. Apabila tak sama dalam berpandangan, jangan melatah. Jangan sampai mengeluarkan kata-kata caci maki, lantaran dorongan nafsu yang gagal dipagari iman. Dalam berdakwah, tak boleh isti'jal (terburu-buru).. takut-takut nanti terlepas semuanya.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Oleh sebab itu, jangan abaikan penguasaan ilmu. Jangan hanya nak memberi, sampai lupa nak suap mulut sendiri. Jadikan ia seiring dan sejalan :) al-'ilmu nurullah~ ilmu adalah nur. Nurul 'ilm; tugas menyampaikan ilmu bukan kerja calang-calang, amanah berat. Lunasi amanah dengan beradab dan pergantungan penuh kepada Allah.

Menyahut seruan kata-kata Ustaz Hasrizal:

Mari luruskan saf, mari kemaskan saf, mari pelihara adab dalam iman. Murahkan senyuman, banyakkanlah membuat kebaikan yang mudah dan kecil tapi berpanjangan.Mengubah ranting dari jalan agar jangan ada yang kesakitan, memandang wajah saudara dengan air muka manis penuh senyuman. Banyak-banyakkan berbuat kebaikan, tidak diketahui yang mana bakal dipilih Tuhan, jadi pemboleh ke syurga yang berkekalan.


Ya usrati..

Manusia makhluk sosial, tidak boleh hidup sendiri, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Jika kamu bersengketa, renunglah matanya dalam-dalam dan abaikan pergerakan mulutnya. Insya-Allah kita boleh merasai keresahannya andai jiwanya sedang tertekan atau bersedih. Mata itu akan menceritakan segala-galanya.. sama ada jiwanya tersenyum atau sedang bersedih.

Renunglah temanmu hari ini dan cuba kenalinya dengan lebih mendalam. Jika kita seorang pendidik atau pendakwah, renungilah wajah mereka dan selamilah segala keresahan dan keperluan mereka kepada hidayan Allah s.w.t.



p/s: hargai mereka selagi Allah berikan peluang

Jan 24, 2011

If you love me for me..

Pengalaman pagi tadi benar-benar memeranjatkan sahabat-sahabat yang mendengar. Bukan setakat mereka, orang yang menyambut pun seolah-olah bermimpi saya berada disisinya pada waktu yang sungguh tidak masuk akal. Well, i'm just being myself. Sangat bersyukur atas bantuan adinda-adinda di sini yang teramat sangat membantu - pemudah cara! Jika kalian tanpa sengaja membaca entry ini, ketahuilah saya teramat sangat menghargainya.

Segala-galanya seolah-olah dipermudahkan..

00:59 a.m. - balasan sms diterima
01:46 a.m. - kata putus dimeterai
02.15 a.m. - perjanjian penyerahan dimaklumi
03.00 a.m. - and I go~


Semuanya berlaku didasari oleh kata-kata ini:

"..because you are my sister~.."

Yes!

Because you are my sister, I came to you..
Because you are my sister, you'll always try your very best to help me..
Because you are my sister, you accompany me wherever I go..
Because you are my sister, I'll always love you the way you are..
and that will never change~


Bertemu walau sekejap, namun biarlah ikatannya kukuh sampai bila-bila..





p/s: pasti merindui dirinya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...