Mei, Jun dan Julai..ramai sungguh yang menamatkan zaman solo. Menaiktaraf status diri kepada isteri mahupun suami kepada pasangan masing-masing. Meskipun tidak berjaya menghadirkan diri, saya tetap mendoakan kebahagiaan kalian.
Jun 27, 2011
Loves in the air~
Jun 23, 2011
Kenapa tiada siaran langsung?
Jun 21, 2011
Hari Bermakna
- umur yang panjang dalam keredhaan, keberkatan dan penuh kesyukuran,
- kemurahan rezeki yang halal,
- hati yang gembira,
- kesihatan yang sempurna,
- dijauhkan dari penyakit-penyakit berbahaya,
- dipermudahkan dalam mempelajari ilmu agama dan mengamalkannya,
- ikatan perkahwinan, rumah tangga yang kukuh dan bahagia hingga ke syurga,
- diizinkan Allah untuk menjadi tetamuNya di Mekah- mengerjakan ibadah haji dan umrah,
- diakhirkan kehidupan di dunia dalam kemantapan iman,
- dihimpunkan di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan.
Jun 14, 2011
Hadiah berupa Amanah
Bismillah wa Alhamdulillah
Hari ini terbaca di page Kak Taz:
pagi ni happy dpt berita gembira nab bersalin baby boy 4kg, walau nab yg mengandung dan melahirkan, aura gembira dpt kita rasakan, itulah sebab Allah Taala suruh sebarkan berita gembira agar semua boleh rasa, bila ditimpa kesedihan dimaklumkan agar penderitaan jiwa jadi ringan bila dikongsi bersama, gembira perasaan duka pun perasaan, ianya blh berkembang dan berkurang, syaratnya luah cara Islam!
selamat bersahabat!
Seperti ada kaitan dengan apa yang zauj sahabat saya kongsikan di page nya:
5 Minggu ~ Alhamdulillah :)
Sahabat saya kini hamil 5 minggu! Zaujnya kata, “Hadiah besday tu, 8 jun..”
Saya sangat sangat sangat sangat teramat sangat bahagia apabila membaca berita berkenaan. Lagi seronok apabila zauj sahabat saya sendiri mengiyakan berita berkenaan. Itu baru suaminya. Kalau sahabat saya sendiri yang berkongsi cerita, tak tau la macam mana jadinya nanti. Happening!
Rasa seperti baru semalam saya mengiringinya pulang ke kampung halaman. Macam semalam juga menaiki penerbangan tambang murah Air Asia, merasai pengalaman meredah cuaca buruk ketika hendak melakukan pendaratan. Setia di sisi dari Terengganu sehinggalah ke Kelantan. Dan kini, beliau disahkan hamil cahaya mata sulung! Cepat betul masa berlalu.
Ketika usia pernikahan mereka mencecah sebulan
Baik sahaja saya nak post entry ni, beliau sms. Dan akhirnya...Sahih! Mabruk ‘alaikum~ Tidak terperi kegembiraannya. Daripada tersenyum kambing, secara automatik bertukar senyuman safi :D Sujud syukur pada Mu ya Rabb.
Pintanya:
“Doakan saya dan kandungan ok. Kecit Kecik sangat lagi ini”
Semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga zaujnya tenang dan sabar sepanjang period ni :) Kepada sahabat tersayang, semoga Allah berikan kesabaran dalam mendepani setiap kesakitan dan dugaan yang ditanggung sepanjang tempoh masa mengandung dan ketika proses melahirkan nanti.
Ameen ya Rabb~
p/s: Dalam suka, ada yang sedang berduka. Takziah juga buat adindaku, ‘Izzati Osman sekeluarga atas pemergian atok nendanya kerahmatullah tengahari tadi. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang soleh. Semoga beliau sekeluarga tabah dan sabar dalam menerima dugaanNya.
Al-Fatihah~
Jun 10, 2011
Senyum kerana Dia
Bismillah wa Alhamdulillah
Percaya tak jika saya kata, untuk sebarkan islam, menyampai dan berkongsi ilmu, kita hanya perlukan sebuah senyuman.
Tak percaya?
Cubalah anda senyum kepada sesiapa sahaja apabila bertemu.. cuba lihat respon mereka. Pasti mereka kembali melontarkan senyuman semanis kurma.
Senyum mencipta mesra
Senyum bukti tanda hormat
Senyumlah dari hati
You smile, i smile~
Senyuman yang ikhlas dari hati, pasti berjaya memikat hati. Senyuman berupaya mencipta kemesraan. Menghubungkan dua insan yang saling tidak mengenali, dan akhirnya bertukar menjadi sahabat sejati. Orang mendekati kita dengan perasaan bukan kerana dipaksa. Semestinya, dengan izin Dia.
Senyuman yang berbalas, berkemungkinan besar mencetuskan sebuah komunikasi. Komunikasi yang ringkas di permulaan berupaya mendorong kepada bicara yang lebih panjang, lama, kompleks dan padat.
Keindahan itu tidak semestinya hadir hanya dalam kesamaan tetapi keindahan juga boleh datang dalam perbezaan.
Setiap manusia yang lahir, tidak menyerupai antara satu sama lain. Ada yang sempurna, ada yang sebaliknya. Namun semuanya sama-sama membesar berakar baik jiwa pemikiran dan raganya.
Info menarik:
Teknik senyum 1225
1 dari hati yang ikhlas, 2 cm ke kiri, 2 cm ke kanan, Lakukan selama 5 detik (minimum)
Terbentuk senyuman yang seimbang, sempurna, akan hadir rezeki dan kasih sayang manusia. Senyuman yang seimbang akan melambangkan keseimbangan hati kita. Tapi awas! Jangan diubah tekniknya menjadi 1230:
1 dari hati yang kusut, 2 cm ke depan, Dilakukan selama 30 detik
Semua yang terjadi dalam seharian, sepanjang kehidupan ini semuanya dari Allah. Oleh yang demikian, tersenyumlah kerana DIA.
A smile is a powerful weapon, you can even break the ice with it.
Always be happy, always wear a smile. It is not because life is full of reasons to smile. But because your smile itself is a reason for many others to smile :)
SMILE – Special Magic In Leaving Everyday
p/s: :)
Jun 8, 2011
Kemudahan yang Menyusahkan?
Dalam perjalanan ke pejabat, seperti kebiasaan saya akan dengar radio sebagai hiburan peneman dikala kebosanan menghadapi kesesakan jalan di pagi hari. Mereka yang dekat dengan saya tahu yang saya bukan jenis yang suka dengar radio atau lagu. Selalu kalau dengar pun, bila terasa nak dengar. Itu pun jarang-jarang sangat. Tengok angin~ Tetapi kini apabila memandu sendirian sambil ditemani kesesakan lalu lintas setiap kali pergi dan balik dari pejabat, menjadikan radio atau lagu itu suatu kemestian apabila memandu. Bosan dengan 1 siaran, berpindah ke siaran lain sehinggalah sampai tempat praktikal.
Pagi tadi, dalam ralit bertukar-tukar siaran radio, saya tertarik dengan tajuk yang dibincangkan oleh penyampai radio mengenai penggunaan singkatan dalam berkomunikasi oleh generasi Y. Saya rasa generasi lain pun ada gunakan tapi tak se’fasih’ mereka :)
Kata-kata singkatan seperti OMG, OTW, IMHO, OYD, LOL, BRB, BFF, FYI, TBC, TMI, JK, ASAP, OEB, TOY, PIC, PCM, OIC, TTYL, dan seangkatan dengannya dah terlalu biasa digunakan baik dikalangan kanak-kanak, remaja, sehinggalah mereka yang bijak pandai. Jika ada dikalangan kita yang tidak tahu maksud singkatan tersebut dianggap sebagai old school dan ketinggalan zaman. Sebenarnya tak sesusah mana untuk faham jika sudah terbiasa bergaul dengan mereka yang gemar berbahasa basi sebegini. Layankan~
Saya sendiri sejak dua minggu di sini (pejabat), semua urusan pun dalam singkatan. Sampai rasa macam, “boleh tak hari ini kita lancarkan kempen berbahasa lengkap” aihh~ Mimpikan sahaja sebab adakalanya singkatan yang digunakan sangat membantu dek kerana ayat lengkapnya sangat lah panjang berjela-jela.
Kadang-kadang seronok juga menggunakannya, kerana kita dapat ajak si penerima (pembaca) untuk berfikir dan buat homework sedikit sebelum tahu dan faham. Melatih akal supaya rajin berfikir. Saya sendiri, untuk urusan kerja, adakalanya perlu google terlebih dahulu untuk tahu maksud sesuatu singkatan perkataan. Tapi dalam urusan lain ketika bersms/fb dan sebagainya, menggunakan perkataan-perkataan singkat ini, bila dah selalu sangat, dan diaplikasikan tak kena tempat, itu yang jadi sangat menyusahkan! :)
Namun, ada sesuatu yang saya sangat tak suka mengenai bahasa adik-adik remaja sekarang. Penggunaan ejaan seperti itew (itu), kamoo (kamu), kakaq (kakak), keyh (ok), jer (sahaja), ty (nanti) ada kalanya sangat melemaskan. Kalau dahulu banyak orang yang suka memendekkan perkataan. Contohnya seperti 2 (itu), 2moro (tomorrow), on9 (online), n (and), ur (your). Tapi sekarang lain pula cerita, suka pula mereka nak memanjangkan sesuatu perkataan.
Penggunaan singkatan atau bahasa ringkas semestinya akan memberi implikasi besar dalam kehidupan kita kerana ia membabitkan komunikasi harian. Bahasa itu sendiri merupakan medium yang memudahkan proses komunikasi. Namun begitu, tiada gunanya andai perkataan yang dipendek-pendekkan ringkas, tapi bukan main payah nak baca. Tak ke menyusahkan? Bak kata seseorang, apa guna memudahkan komunikasi, kalau nak memahami komunikasi itu mengambil masa?
Belajarlah berbahasa kerana bahasa jiwa bangsa~ :) Jika tiada rasa kasih kepada bahasa, bagaimana mungkin ada kemahuan untuk menjaga dan menghormatinya.
Jom selak semula pandangan Ustaz Hasrizal: Pecah Kaca Pecah Gelas, Rosak Bahasa Nak Baca Pun Malas
Nota kaki:
OMG – Oh My God
FYI – For Your Information
IMHO – In My Humble Opinion
BFF – Best Friend Forever
BRB – Be Right Back
LOL – Laugh Out Loud
OTW – On The Way
TBC – To Be Confirmed
TMI - Too Much Information
JK - Just Kidding
ASAP - As Soon As Possible
OEB - On Early Bird
TOY - Thinking Of You
PCM - Please Call Me
OIC - Oh I See
TTYL - Talk To You Later
PIC - Person In Charge
OYD – Oleh Yang Demikian (saya tambah sendiri) ^,^
p/s: ingatkan masa di MMU je..