Sep 23, 2014

Harta [Cik Samad vs. Cik Abu]

Bismillah wa alhamdulillah..




Cik Samad: Kau suka harta, Bu? (tanya Samad kepada kawannya, Abu)

Cik Abu: Aihh, siapa yang tak suka? Gila kau tak suka! Aku kalau ada harta, uishh.. senang..senang.. (Abu berseloroh sambil membayangkan dirinya diselubungi kemewahan)

Cik Samad: Seronok kan? (Samad bersinis)

Cik Abu: ... (tersenyum lebar sambil terus hanyut mengelamun)

Cik Samad: Tapi kau jangan lupa, itu bukan milik kita.

Cik Abu: Aihh mana boleh! (bentak Abu yang kehairanan) Aku dah penat-penat kerja, usaha itu ini nak dapatkan harta, senang-senang kau kata bukan aku punya! (tambah si Abu..walhal kemewahan tadi hanyalah dalam angan-angan mak jeninnya sahaja)

Cik Samad: Harta tu Allah punya. Allah bagi pinjam kat kita. (terang si Samad)

Cik Abu: ... (krik..krik..krik..krik.. bunyi cengkerik)

Setiap dari kita pasti suka pada harta, kekayaan, kemewahan dan yang sewaktu dengannya. Ada yang direzekikan untuk merasainya, ada yang hanya boleh bermimpi dan berangan-angan.

Semua harta yang kita ada, tak kira dalam apa bentuk sekalipun, semuanya milik Allah. Oleh itu, jangan terlalu sayang dengan harta, dikhuatiri kita akan terjebak dalam wabak TAMAK & ANGKUH.

Kalau nak periksa samada kita ni sayang harta atau tak, senang sahaja. Apabila barang/duit kita hilang atau rosak, kita boleh redha atau meraung kesedihan? Cuba ingat balik respon diri kita sebelum-sebelum ni.

Punca barang atau harta kita hilang boleh disebabkan beberapa faktor:

1. Allah nak uji kita
2. Bukan milik kita
3. Punca harta tersebut adalah dari jalan yang salah/haram

Allah pinjamkan kita harta untuk kita bersyukur. Sedikit atau banyak semua Allah yang tentukan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Belum tentu jika kita kaya, kita akan memberi (menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan). Allah tahu apa yang terbaik kepada kita. Cukuplah dengan apa yang kita ada, cukup untuk keperluan kita dan keluarga. Jika ada lebih, ringankan tangan untuk tolong orang lain.



- a short pencil is better than a long memory -


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...